Trailer Movie Terbaru|Karak - Laluan Puaka Terbitan KRU Studios
Korang ingat lagi tak kisah seram Volkswagen kuning yang kacau pemandu kat highway Karak tu dulu? Dulu??Sekarang dah tak de ek??Huhu. Memang femes gak cite ni masa zaman dulu-dulu tu. Ramai orang cakap pernah jumpa..Siap masuk majalah Mastika lagi..Tapi kebenarannya Wallahualam...
Moh baca cite seram Volkswagen kuning ni sat.
Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Kredit to ezany
Pergh!!Gitu noo citenye..Huhu..Betoi ka??Tak pa la..Tak kesah la macam mana pun. Yang penting KRU nak kuarkan movie baru bertajuk KARAK - LALUAN PUAKA pada 26 Mei 2011 ni berdasarkan cerita kat atas tu. Weehhuuu!!!Macam best je kan kalau KRU yang buat..Mesti gempak. I loike cite hantu.Grrrrr!!
Ni plak Sinopsis Movie Karak - Laluan Puaka ni
Kami rasa semua rakyat Malaysia tahu akan sejarah lebuhraya Karak atau tempat itu sendiri. Banyak kemalangan ngeri yang kita dengar berlaku disitu. Ada juga yang berkata ternampak makhluk halus kerana banyaknya kejadian ngeri yang berlaku.
Dari perkara itu, KRU Studios keluar dengan filem seram terbaru dan pertama arahan Yusri Abdul Halim, "Karak". Menceritakan empat pelajar kolej yang ingin pulang ke Kuantan setelah berhibur di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan telah mengambil keputusan menggunakan jalan singkat. Semasa menggunakan jalan singkat tersebut macam-macam perkara telah berlaku dan mereka telah terserempak dengan Volkswagen berhantu yang berada disitu.
Antara pelakon yang terlibat dalam "Karak" ialah Shahir, Sheera Ayob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussien. Filem yang diadaptasi dari kisah benar ini telah ditulis oleh Norman KRU dan bakal ditayangkan tahun ini.
Kredit to: KRU Studios
Cek tengok trailer kat bawah ni macam best. Korang tengok lagi tak? Moh le kita tengok Trailer KARAK - LALUAN PUAKA ni.Seram dol!!
Korang pernah jumpa tak masa lalu kat highway Karak?:-p
Ni lagi cerita pasal Karak - Misteri Laluan Karak Berhantu
Ni lagi cerita pasal Karak - Misteri Laluan Karak Berhantu
Nak laptop free tak???Klik la sini kalau berani
15 comments:
tajuk pon dh seram dh. mesti box office lg ni. hehe
Alahai,asyik-asyik cerita hantu je,takde idea lainke?
pergh!!sempoi.ni mesti tengok ni.
aku dulu belajar kat poli ipoh,kampung kat bagan serai, perak.kaau balik kampung memang aku akan ikut highway jelapang ni la.ada gak dengar cerita ni,memang femes la citer ni.
tapi dari yang aku dengar kisah dia, kes ni kereta wv ni dulu berlumba. kemalangan sebab main kotor. jadi pemandu WV tu dendam la kot dan sehingga sekarang dia akan mengganggu pemandu2 yang lalu kat jalan tu..tak tahu la betul ker tak.
Jom bro kita tubuhkan unit penyiasat.."Ghost Researcher" hahahahahaa
huh nampak cam seram ....
Bro Zuar,laluan Karak ni dah dekat sangat ngan kampung aku neh....Tak sabar gak aku nak nonton kalau betul cite neh ditayangkan.Laluan tu memang banyak cite puake,tapi member2 lori aku yg naik pantai timur lom penah jumpe WV kunin tu....Kalau tanye aku,aku pun tak nak jumpe....haha
Whoaaa... ini dah nak sama standard dengan filem seram Thailand! pelakon2 pun bukan muka-muka yang dah penat tonton kat TV & wayang. Syabas KRU!!
dewa: tengok tajuk pun dh seram..xpyh tengok movie pn xpe kn:p
pakar: ce cite ce cite ape yg xde idea..:-p
amry: cmtu ke citenye..dia lumba ngn kete pe tu?mesti kalah kn sbb tu jadi hantu..hehe.nice story^_^
aina: nampak pun dah seram..belum lg rasa kn..hehe
alan mx: dekat ke?kalau cmtu betul ke cite2 ni?ke tipu je?huhu
Dila: harap2 cmtu la..dapat capai kepuasan maksimum pas tgk movie ni..huhu
volkswagen kuning tu bumblebee versi lama la..sbb tu jln sendir... :p
cite tu betul bro...tapi sedikit penambahan tu,biaselah....aku dengar kru wat pengambaran kat jalan beranang...tak berapa nak kaw lah..klu jalan karak ori,aku rasa silap aribulan,depa pun leh jumpe macam2...
xsaba nk tgok cite ni...alan ko duk mane??umah aku pon xjauh mane la ngan hw karak ni....cite2 kt hw karak ni bnyk versi...mane 1 yg tulen tu kite dapat nk pastikan...tp antara yg feymes mmg vw kuning tu la...anyway...gudluck KRU...pecah panggung k....
sy duk di kuching, tp de kwn ngan bdak pahang.. dy pon de cite sal volkswagen kuning tu.
tapi sy lbih tertarik dgn cite kat laluan karak pasal sebuah keluarga lalu jalan tu dan si suami mati. stgh sumber ckp dada kne kopek tp de yg ckp putus stgh badan. ntah,byk version.. de yg kte nmpk bnde besar cam kelawar baham suami dy, de jgak ckp pontianak.. wallahuaklam.. tak tau sejauh mne kbenaran cite tu.. lau tak silap lam movie ni pon de kan.. tu yg wat nak tgok ni :)
anon: klu transformers org mst tak tkt..hehe
alan: biasa la tu..tmbh sana ckt cni ckt jadi la cite tipu kn..haha
anon:klu dlu2 mmg ada cite mcm2..mcm2 jenis hantu ada..ntah btl ke tidak tu xtau la..yg pasti dlm cite ni mmg hantu tipu..hehe
dah tengok karak... pengisian nya best,,
anon: mmg ada pengisian..tp xseram lgsung..huhu
saye xfahamlah citer ni..Zura mati ker?sbb wartawan ckp 3 dtemui mati sorang ilang?ape kene mengene dgn pakcik tua dlm utan tu?ni mesti ade part 2 ni.hehe..
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D