Monday, March 7, 2011

Home » » [Video]Kontroversi Eric Cantona Lagenda Man Utd Kungfu Penyokong Crystal Palace

[Video]Kontroversi Eric Cantona Lagenda Man Utd Kungfu Penyokong Crystal Palace

Share


[Video]Kontroversi Eric Cantona Lagenda Man Utd Kungfu Penyokong Crystal Palace


Tensen wehhh kalah 2 kali berturut-turut plak..Hahaha. Tapi suka hati la kan nak menang ke nak kalah pun. Janji team yang menang tu bukan leh potong MU pun kan..Kekeke.

Korang peminat-peminat tegang tegar MU tak? Kalau korang kipas susah mati MU korang mesti kenal mamat kat bawah ni kan. Ni nama dia Eric Cantona kalau korang nak kenal bagi yang tak kenal lagi. Macam dia sorang je yang kenal kan.Hampeh!kui3. 


 Ni gambar masa Cantona dengan Sir Alex Ferguson masa muda-muda sikit



 Ni gambar Cantona masa zaman tua..Still kacak dan bergaya ye dak??



Eric Cantona Berkungfu Dengan Penyokong Crystal Palace

LEGENDA Manchester United, Eric Cantona mendakwa insiden dia menyepak seorang peminat Crystal Palace dengan gaya kung fu adalah memori terindah dalam kariernya.

Pemain Perancis itu digantung perlawanan pada 1995 selepas melompat ke arah penonton lalu menyepak peminat Palace, Matthew Simmons selepas dibuang padang.

Insiden itu adalah titik hitam dalam karier gemilangnya tetapi Cantona - yang baru-baru ini dilantik sebagai pengarah bola sepak New York Cosmos - menegaskan ia adalah kemuncak kariernya.

Ditanya dalam rancangan Football Focus siaran BBC mengenai apa kemuncak karier bola sepaknya, dia membalas: “Apabila saya melakukan sepakan kung fu ke atas penonton yang jahat, kerana orang seperti ini tidak sepatutnya menyaksikan perlawanan.

“Saya fikir mungkin ia bagaikan satu mimpi buat seseorang, untuk menyepak atau menendang orang sebegini.

“Jadi saya melakukannya buat mereka. Jadi mereka gembira. Ia bagaikan satu kebebasan buat mereka.

“Jadi saya bercakap mengenainya kerana mungkin mereka berasakannya. Kerana mereka berasa sesuatu yang istimewa secara fizikal. Mungkin ia satu perasaan yang berbeza.

“Ia satu perasaan yang hebat, tapi berbeza.

“Tapi saya pernah lihat ramai pemain menjaringkan gol, mereka tahu apa perasaannya.

“Cuma yang satu ini - pemain melompat dan menendang seorang hooligan - ia bukannya sesuatu yang anda lihat setiap hari.”

Sekalipun menganggap saat buruk dalam kariernya itu sebagai satu daripada yang paling menyeronokkan, Cantona menegaskan dia tidak mahu pemain lain menurutinya.

“Tidak, ia satu kesilapan,” katanya. “Tapi itulah kehidupan. Itulah diri saya. Terima atau sebaliknya.”

Projek terbaru Cantona, selepas karier seketika sebagai pelakon dan berjaya dalam bola sepak pantai, kini menjurus kepada membangunkan semula kelab legenda New York Cosmos.



Kat bawah ni video kungfu tu. Orang main bola dia berkungfu plak. Keh3




Superb free kungfu kick dari Eric Cantona kan..Kui3

2 comments:

RABUN said...

kalau bruce lee tgk mesti kagumnya...

Izmel Azim said...

tak dpt tengok lah video dea .

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive