Sunday, May 15, 2011

Home » » Kenapa Diet Tapi Tak Kurus-Kurus Gak??

Kenapa Diet Tapi Tak Kurus-Kurus Gak??

Share

 Kenapa Diet Tapi Tak Kurus-Kurus Gak??
 
Kenapa aku selalu diet tapi masih tak kurus-kurus??Haaa..Tu soalan yang selalu akan main kat dalam kepala otak bagi yang selalu diet tapi berat tak jugak turun-turun. Makin naik lagi ada..Haha.Awat jadi lagu tu?Pi baca sendiri la na kat bawah ni..:-p

Bila kita makan, makanan akan diagihkan dalam badan kita tu melalu 4 cara..Cara-caranya:


1) Hati

Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabila enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.(Perut buncit ye dak??huhu.Rajin-rajin la joging pastu buat sit up..Lalalala)

 
2) Otak

Otak menggunakan secara terus zat makanan yang diperlukan. Yang terpenting adalah glukosa. Keseimbangan paras glukosa dijaga oleh keseimbangan hormon dalam darah kita. Apabila kelenjar hormon bermasalah maka ketidakseimbangan paras gula membuatkan seseorang berasa berdebar debar dan mudah letih.

Apabila otak tidak mendapat cukup tenaga maka seseorang juga menjadi murung dan mudah berasa bosan.

 
3) Otot

Otot kita menggunakan banyak tenaga. Metabolisme pada otot boleh jadi berlaku secara erobik di mana otot menggunakan oksigen bagi menguraikan gula kepada tenaga dan boleh jadi juga secara unerobik di mana pemecahan glycogen tidak menggunakan oksigen. Hasil akhirnya ialah sejenis asid laktik yang membuatkan otot berasa sakit dan lenguh.

 
4)Adipose tisu

Adipose tisu ialah nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita. Tisu lemak merupakan simpanan tenaga dalam tubuh. Apabia seseorang berada dalam keadaan berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga. Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Di antara hormon dan enzim yang penting ialah insulin glucagon thyroid lipase dan banyak lagi jenis amylase yang bekerja bersama sama.

Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.

Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stress.


Korang faham ke tak?Tak faham??Gue pun ngak paham de...hahaha. Bosan tak tau nak update ape dah kat blog ni..Ada idea tak??.:-p

5 comments:

josrevalution said...

salam kenal bro..dah followed u blog..kalo sudi folo lah balik yer..tq...owh..entry nie nie menyedihkan sy plak..haha..sebab sy bukan nak diet tapi nak cari petua untuk gemuk adalah..hehe..blogger menghapuskan blog untuk blogger yg masih belum beralih ke gmail sebelum 25 jun 2011!!betul ke?

wazy said...

Kalau nak diet kena nekad dan tawakal je
lagi satu niat tu penting untuk jaga pemakanan,
jangan lak nanti bila dah separuh jalan,terus tak jadi nak diet

zuar said...

josrevalution:haha..sama la kite bro..aku pun nak petua jadi gemok gak

wazy: betul tu bro.diet ni kena diet yang sihat..bukan xmkn lgsg.huhu

waniQstiletto.blogspot.com said...

menarik..nice blog..:-)

gerbert said...

mungkin ini jawapan nya
http://jomcepatkurus.blogspot.com

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive