Keputusan Permohonan Kemasukkan ke IPTA Tahun 2011/2012 Dah Keluar
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera..
Alhamdulillah..Semakan keputusan permohonan untuk kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dah pun keluar..Kepada adik-adik lepasan SPM yang buat permohonan tu dah boleh mula check samada terpilih ataupun tak belajar di IPTA.
Cara-cara nak check boleh ikut kat bawah ni. Ada banyak cara yang boleh check. Tapi cukupla pilih satu..Kalau excited sangat boleh try semua.^_^
1. Hubungi talian hotline 03-88835858, helpline 03-88835848 ataupun ditalian am 03-88835801/5802.Lagi mudah bila kita bercakap sendiri. Ada masalah boleh tanya direct.
2. Layari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my. Kalau guna website maybe talian akan jadi slow sebab ramai yang check..So, kalau tak boleh harap bersabar..Huhu
3. Ataupun boleh je SMS, taip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888. Kalau tak de kredit jangan lupa pegi beli topup dulu ok.
Bila dah dapat masuk universiti, study elok-elok..Jangan hampakan harapan ibu-bapa kita..Jangan main-main lagi..Gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya.
Kepada yang berjaya tahniah diucapkan..Kepada yang tak berjaya jangan kecewa, jangan sedih sebab nanti ada lagi peluang buat permohonan untuk sesi rayuan.
Yay!!Nak konvo dah 14 haribulan Mei ni...Huhu..Nak jumpa balik kawan-kawan UiTM^_^.
3 comments:
IPTA neh tak sama dengan poly an?
alhamdulillah dapat
Tahniah kepada adik-adik yang dapat tawaran ni
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D