Malaysia Salah Satu Daripada 12 Pasukan Terbaik Asia!Malaysia Boleh!!!
Pasukan Bola Sepak Olimpik Malaysia telah membuktikan yang Malaysia memang merupakan pasukan Asia Tenggara yang digeruni buat masa sekarang. Malaysia menjadi satu-satunya wakil di Asia Tenggara yang melangkah ke peringkat kumpulan kelayakan Olimpik 2012. Kita patut berbangga dengan pencapaian skuad bola sepak negara yang menunjukkan prestasi menakjubkan sejak kebelakangan ni..Malaysia bakal diundi untuk berjumpa dengan gergasi Asia yang lain seperti Australia, Jepun, Korea Selatan, Bahrain dll..
Zaman kegemilangan bola sepak Malaysia dulu bakal menjelma lagi kalau prestasi pasukan Malaysia dapat dikekalkan dan dimantapkan lagi lepas ni. Tak mustahil kita boleh kalahkan pasukan Asia yang selalu ke Piala Dunia seperti Jepun dan Korea Selatan. Memang bukan perkara yang mustahil sebab kita mampu buat sebelum ni. 7 Julai 2011 nanti kita akan tau keputusan undian siapa lawan Malaysia dalam peringkat kumpulan.
Jadual perlawanan seperti berikut:
Perlawanan pertama : 21/9/2011 seterusnya
Perlawanan ke-2 : 23/11/2011
Perlawanan ke-3 : 27/11/2011
Perlawanan ke-4 : 05/02/2012
Perlawanan ke-5 : 22/02/2012 dan
Perlawanan terakhir :14/05/2012
Ni keputusan perlawanan lain:
Oman vs China: 4-1
Emiriah Arab Bersatu (UAE) vs Korea Utara: 2-1
Syria vs Turkmenistan: 6-2
Qatar vs India: 4-2
Arab Saudi vs Vietnam 6-1
Uzbekistan vs Hong Kong: 3-0
Iraq vs Iran: 2 - 1
Australia vs Yaman: 7-0
Jepun vs Kuwait: 4-3
Korea Selatan vs Jordan: 4-2
Bahrain vs Palestin: 2-2
So, pasukan yang layak sebaris dengan pasukan Malaysia di peringkat kumpulan nanti adalah Jepun, Korea Selatan, Australia, Bahrain, Iraq, Uzbekistan, Arab Saudi, Qatar, Syria, UAE dan Oman. 12 pasukan yang layak ni akan diundi dalam 3 kumpulan. Jadi, setiap kumpulan ada 4 pasukan.
Kalau Malaysia jadi juara kumpulan, secara automatik Malaysia akan ke Sukan Olimpik London 2012 nanti. Tapi kalau Malaysia jadi naib juara kumpulan, Malaysia akan dijadualkan bertemu dengan naib juara kumpulan yang lain untuk merebut slot playoff dan akan berjumpa dengan wakil dari Afrika untuk merebut satu lagi tempat ke Sukan Olimpik 2012 nanti.
Harapan kita sebagai rakyat Malaysia, kita mahukan permainan yang berkualiti dan bermain dengan semangat juang yang tinggi untuk menaikkan nama negara supaya menjadi salah satu pasukan yang kembali digeruni satu masa nanti. Malaysia Boleh!!!!!!!!!!!!!
5 comments:
mestilahh nak komenn..bro!
kami rasa bangga juga dengan prestasi Malaysia sekarang..tepat pada waktunya malaysia berubah kearah yang lebih baik..tgk mlm tu time lawan dgn lubnan..fuhh memang bertenaga! stamina begitu tinggi walaupun pemain kita rendah dan kerempeng kalau nak dibandingkan dgn pemain lubnan..permainan macam ni lah yang peminat harap2 kan...kalau kalah pun puas hati sebab pemain kita bagi presure pada depa...kalau dulu punya game kami nampak pemain malaysia mcm takut2 tak ketahwan hala..sbb tu malaysia asyik kalah...kalah...kalah...kalah...!!! tapi kalau permainan mcm sekarang boleh dikekalkan , kami paasti malaysia bakal digeruni seperti jepun dan korea...MALAYSIA! MALAYSIA!MALAYSIA!!!!
R.O.T: betul la tu..semangat juang tak mudah mgalah patut ada kt semua pemain..klh xpe jnji lawan smpi hbs msa..bru best tgk^_^
aku tak kisah lepas nih malaysia menang or kalah
sebab aku rasa pasukan skrg memang terbaik dan main bersungguh2
apa2pun aku xsabar nak tahu malaysia dalam group dengan negara mana
semoga berjaya Malaysia melakar lebih banyak kejutan
Kumpulan Sepah Juara Maharaja Lawak
hans:aku harap msia dok dlm group jepun, UAE dengan Syria..hehe
berbngga dgn team malaysia skrang..gameplay dowg mmg berbeza dgn yg dulu..gameplay lgi kemas n teratur...mmg tak pna miss kalo tgk team Malaysia lwan..kalo dulu tgk pon kalo dah gol...tp skrang tgk full coz suke gameplay dowg
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D