Sunday, June 19, 2011

Home » » Misteri Laluan Karak Berhantu

Misteri Laluan Karak Berhantu

Share

Misteri Laluan Karak Berhantu

Salam 1 Malaysia semua...Cerita misteri datang lagi. Bukan lagi pasal Rumah Hantu Seksyen 2 Shah Alam..Kali ni kisah pasal laluan Karak..Korang dah tengok movie Karak - Laluan Puaka kan?Tak seram pun la..^_^. Tapi cerita misteri pasal Karak ni memang best..

Lebuhraya Karak ni bukak pada tahun 1977 dengan jalan sepanjang 60km menghubungkan Kuala Lumpur ke Karak(Pahang). Kalau nak ke Pantai Timur contohnya Pahang, Kelantan ataupun Terengganu memang orang akan lalu Karak dulu..




Ada banyak cerita pasal Karak ni..Seperti biasa sebagai seorang peminat cerita-cerita seram ni, saya akan try cari dan share kat semua yang minat nak tau pasal cerita seram ni..^_^. Jom teruskan baca lagi pengalaman orang yang pernah alami misteri kat situ..Nak percaya or tak terpulang la kan.Janji best di baca..hehe


Mohd. Saifullah Adli Hamzah, 32, mendakwa, dia pernah berada dalam situasi menyeramkan ketika melalui laluan berkenaan.

“Kejadian ini berlaku lima tahun lepas. Ketika itu saya dan tiga rakan dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Tanah Merah, Kelantan.

“Perjalanan dimulakan sekitar pukul 1.30 pagi dari Shah Alam. Kami bergerak lewat kerana ada rakan-rakan yang bekerja syif petang.” katanya yang juga merupakan pegawai pasukan beruniform.
 

Dihempap

Menyambung bicaranya, sebaik sahaja melepasi tol Gombak, dua rakannya, Azizi dan Malik minta izin untuk tidur kerana mereka akan bergilir memandu sementara dia dan seorang lagi rakan bernama Hadi, asyik bersembang.



 
“Selepas melalui Bentong, jalan mulai sunyi. Ketika kereta menaiki bukit, saya terdengar seperti ada benda terjatuh menghempap bahagian belakang kereta.

“Hadi turut mendengar bunyi yang sama. Bila saya lihat cermin pandang belakang, saya tidak nampak apa-apa.

“Memandangkan keadaan ketika itu sunyi dan gelap, saya teruskan juga pemanduan,” ujarnya yang membuka tingkap sepanjang perjalanan kerana mahu merokok selain menikmati udara sejuk hutan.

Laluan berliku dan berbukit memaksa Saifullah berhati-hati ketika meningkatkan kelajuan untuk memintas beberapa lori besar.

Ketika itu, dia mula merasakan keretanya berat namun dia tidak fikir yang bukan-bukan. Mungkin juga tekanan berat itu disebabkan kereta transmisi automatik yang dipandunya.

Namun, sebaik dia melepasi sebuah lori balak, pemandu tersebut menyalakan lampu besar berulang kali.

“Hadi menyuruh saya memecut supaya tidak terus terganggu dengan nyalaan lampu tinggi lori terbabit.

“Peliknya selepas itu ada dua tiga kenderaan yang memintas saya turut menyalakan lampu tinggi, malah ada yang membunyikan hon. Kata saya kepada Hadi, mungkin mereka hendak beritahu sesuatu,” katanya yang terus mengejutkan dua lagi rakannya yang sedang tidur.

Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena.

“Sebaik saja saya dan Hadi buka pintu untuk keluar, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta saya meneruskan perjalanan.

“Allahuakhbar! Pul, kau jangan keluar! Kita blah... kita blah!” jerit Malik dengan muka panik sambil menepuk-nepuk belakang kerusi supaya kami segera beredar dari kawasan tersebut.


 
Pontianak

Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya.

Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup. Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.

“Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita.

“Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya,” kata Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.

Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi.

“Pul, betullah. Aku nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hadi. Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit,” ujar Saifullah.

Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar.

“Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang kemalangan,” jelasnya yang sehingga kini mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.

Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras.

Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.

Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.


 

Mintak Nombor Ekor

Seorang pengguna laluan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, gangguan-gangguan tersebut adalah tanda marah roh-roh yang meninggal dunia di situ.

“Kemungkinan besar roh-roh itu marah dengan pengendali trak penunda. Saya sudah beberapa kali melihat kemalangan ngeri di lebuh raya ini.

“Bila ada kemalangan saja, trak penunda akan datang. Kalau mereka angkut kereta rosak saja tak mengapa, tapi kebanyakan buat bisnes di situ.

“Mereka perah limau dan tabur garam pada kawasan berdarah sebab mahu puja roh untuk dapatkan nombor ekor.

“Dalam kepercayaan orang Cina, perbuatan itu hanya akan menambah sakit pada si mati.

“Mungkin bukan semua buat begitu, tapi saya percaya, ada yang buat sebab itu roh tak tenteram dan kacau orang lain,” katanya yang berulang alik ke Pasir Puteh, Kelantan, sebulan sekali melalui lebuh raya berkenaan.

Biarpun ada berpuluh versi kisah seram di sepanjang Lebuh Raya Karak, laluan yang merentas negeri Pahang itu masih tetap menjadi pilihan terutamanya kepada anak-anak Pantai Timur yang mencari rezeki di ibu kota.




Lepas baca cerita ni korang yang lalu jalan Karak janganla takut plak. Ada lagi cerita yang lagi seram tau tak..Hehe...


Nak hadiah tak???Klik la sini kalau berani

43 comments:

DaHLia said...

sis pernah terserempak dengan Volvo tanpa pemandu..
tahun 2005 kalo tak silap.

zuar said...

dahlia: jumpa kat mana tu cikgu dahlia??ni bukan cite tipu kn..hehe.seram gak tu klu betol

blog-tips-kurus said...

Syukur ai selamat p balik lalu lebuh raya ini..

DeeDeaN said...

Seb baik klu nk blk kampung, cheq x lalu highway nie...;)

zuar said...

blog tips kurus: xde pe pun la..xpyh tkt..hehe

deedean: lalu jalan mn?

Kimi said...

kalau iman kuat insyaallah tak akan jumpe hantu kat sane,hantu kat sane takut kat kite kalo iman kuat,so sape nak lalu kat sane,bawak rr al-quran ke,yasin ke,buat bace mase lalu kat sane,insyaallah anda tak akan terserempak pon!!

G3-lina said...

tgh baca cerita ni pada pukul 11.27 malam.. dan sekarang da tak brani na bagun da~

mas said...

buat msa skg tk pernhlak jumpa.minta2 jauh kanlah. tapi adik ipar selalu lalu sna tapi tk pernh apa2 berlaku.apa2pun ingat allah dan dia akan sentisa ingat dan melindungi kita.klau bolh elaklah lalu mlm .mlm ni mcm2 boleh berlaku .lebih lagi laluan yg kita tk biasa.perjalanan waktu siang mata luas memindang apa2 berlaku senang.tapi klau dah tk boleh elak berhati2lah ye.

Pojiepooh Abdullah said...

Nasib baik balik Johor. Pergi ke arah Pahang pun ada highway baru. Lalalaa

PojiePooh; Hanya Satu...

zuar said...

g3 lina: jangan pandang belakang k..hehe

mas: sy sllu g outstation kemaman..mmg stp kali lalu karak la..xtkt pun..sebab siang..hehe

pojie: kat johor pun ada gak tu pojie..kat jalan depan rumah pojie.hehe

matsumatsu said...

ni kisah lecturer saya. adik die tu askar. askar kan boleh kuar lepas kul 12 malam je. die pun sorg2 le drive n time kat highway karak tu die dengar 'bende' tu tengah main-main ngan beg die kat belakang. beg askar yang besar tu. die bukak tutup zip. adik lecturer saya tepon kawan die gtau n tye nak buat camne. kawan die suruh le baca ayat kursi n cd menngaji. adik die nak pasang cd tu. 'bende' tu marah pasal die tepon kawan die. tibe2 terbalik keta. x tau le ape yang jadi lepas tu sebab time polis ambulans semua sampai adik dia dah ada kat dalam longkang n kepala die pecah. memang mengalir darah kt longkang tu. posisi badan die macam terbalik. polis orang pertama yang sampai kat tempat kejadian n diorg amek gambar. lecturer saya ni sorg peguam jugak so die gune le kuasa die untuk dapatkan gmbar tu. die ckp kat dlm gambar tu ade bayangan yang x jelas tengah pegang kaki adik die n terbalikkan dia. macam tengah hentak2. sekarang adik lecturer saya macam dah jadi terencat sebab pendarahan teruk kat kepala dia.

zuar said...

maatsumatsu: gambar tu ada tak?klu ada share la kt cni..td ckp kpla pecah cne hdp lg?

Anonymous said...

Rasanya dalam tahun 2005 aku dari kl hendak ke temerloh. Kejadian bermula bila aku melepasi tol terakhir negeri selangor ( lupa la )..Aku melalui lebuhraya tu sekitar 5 ptg.. apa yang terjadi bila kereta wira manual aku hanya berupaya memecut 80km/j sahaja walaupun habis tekan minyak.bila tukar gear 4 pun sama... aku ingatkan enjin aku ada masalah.. namun aku teruskan jugak... nak motong lori balak pon susah... apabila melepasi sahaja terowong sempah... tekan minyak je... berdesuppp laju. Dalam fikiran aku, mungkin ada yang nak tumpang balik hehehe... untung la masih siang lagi, klu malam mau menangis

aNgkEr said...

Pasal Highway tuh,bukan setakat Karak je...Ade 1 citer...Junior masa aku study poli kuantan dulu...Ade lah sekali tuh,dia ajak kitorang balik kampung reramai naik moto...Kene plk time tu kitorang ada kerja lain,so ajak lah dia balik lambat sehari.Dia degil,nak balik jugak.Start skuter dia terus balik sorang2...Dia ni nak balik KL jerk...So,kene lah lalu LPT tuh...Start je keluar kat Tol Gambang,dia cakap time tuh dah maghrib...Tetibe lebih kurang 2,3 km dari tol tuh,motor dia berat...Dia pun pening pikir pasal motor dia tuh...Sampai R&R gambang dia stop rehat setting balik motor dia...OK jerk...Mula balik jalan,elok masuk highway balik dari R&R motor dia berta jugak...40km/h dia cakap X lebih...Dah lah dia sorang2...Tapi dia nih X pikir plk pasal makhluk2 nih...Dia pikir motor dia trouble jerk...So,setiap perhentian yang ada dia mesti berenti.Dia cakap yang peliknya,setiap kali masuk perhentian,moto dia mesti ringan...Tapi masuk highway balik mesti berat...Dok merungut lah dia sensorang atas motor tuh.Bengang lah katekan sebab bawak motor 40km/h jerk...Pukul beraper nak sampai KL kalau bawak slow camtuh...Tgk ok merungut sensorang tuh,lama2 dia perasan yang setiap kete yang potong dia mesti ambik lane paling jauh ngan motor dia.Siap High beam lagi...Padahal dia bawak motor kat emergency lane jerk...So,X ganggu kot kalau keta nak potong.Dia mula pelik...Tapi hati tetap marah jugak sebab motor dia X mau laju.Bawak lah dia slow camtuh sampai lah penamat LPT kat tol Karak tuh.Kat situ dia lepak lama...Time tuh dia cakap dah pukul 3 lebih.Mane X nye,dari maghrib bawak moto 40km/h mau X 3 lebih baru sampai Karak.Dah lepak,dah puas rehat,dia star balik motor.Pun camtuh jugak,tetap slow...Kete2 yang potong pun mesti ambik site jauh2 dari dia & high beam...Pastuh,lepas tol Bentong,ade 1 selekoh gelap sikit,ade 1 kete nih potong dia rapat sikit ngan dia patuh driver kete tuh jerit kat dia...Elok lepas potong,kete tuh brake emergency & berenti tepi jalan...Dia nih pun benti jugak & tanya kat driver tuh...Mamat tuh suruh dia jalan jerk & buat X tau...Dia perasan mamat tuh follow dia dari jauh sambil pasang lampu tinggi...Sampai lah satu kawasan dah dekat2 ngan genting sempah,kalau perasan tepi tuh macam perkampungan cina siap ada replica tembok besar cina kat tepi tuh...(X tau lah sekarang ader lagi ke X)...Lepas jerk dari kawasan tuh motor dia tetibe ringan & boleh bawak laju...Yang mamat follow dia tadi pun tetibe jerk terus potong dia & pesan benti kat Genting Sempah...Sampai kat Genting Sempah,dia pun jumpe lah mamat tuh...Mamat tu tanya lah dia X perasan ape2 ker...Dia nih slumber jerk jawab perasaan bengang ade lah sebab motor slow sangat...Mamat tuh pun cite lah kat dia apa yang mamat tuh nampak...Mamat tuh nampak ada bende dok bertenggek atas box motor dia.Tu yang mamat tu follow dia dari jauh nak tgk sampai mana...Elok sampai kat kawasan yang ada replika tembok besar cina tuh,bende tuh terbang & hilang betul2 sebalik tokong yang ada penghujung tembok tuh...Mungkin hantu perempuan cina dia cakap...Yang junior aku nih,dah elok dengar camtuh,nak start motor balik pun takut.Tambah time tuh pukul 5 pagi dah...Dah nak subuh,tertidor dia kat petronas genting sempah tuh tunggu hari siang baru gerak...Pastuh,terus beringat X mau dah balik malam sensorang...

Anonymous said...

uitt?? seremm tuu huhu

samizul.net said...

Kalau di sebelah utara Sabah ni, jalan raya di Ulu Kukut [antara sempadan daerah Kota Belud n Kota Marudu].. Sama juga yang popular, kenderaan jadi berat.. :|

zuar said...

samizul: macam best cite tu..cite yang lagi panjang bleh x..hehe.kat sana banyak benda2 cmni kn sllu org nmpk

Anonymous said...

hmmm...saya slalu balik kul 2,3 pg balik kelantan ikut jln tuh...patut la ada keta n lori yg asyik high beam jer ..n rasa berat keta ...

Anonymous said...

Saya pernah terserempak dengan kereta yang terlalu slow, masa kat Karak niii.... Oleh kerana suami yang pandu.... sempatlah saya tinjau sana sini, dan lihat kepada kereta yang suami potong tuuu..... Ya Allah, saya lihat eloh jer pochong dok menyandar belakang seat yang kosong tuu.... Pas tu, saya cakap ngan suami... "abang.... abang nampak tak apa yang saya nampak.....?" Bila saya jelaskan pada suami, suami saya terus mmecut laju.... sebab, kebetulan kami memeang membawa anak kembar kami, yang kebetulan masih kecil. Tak mahu lah pulak benda tu menumpang kami lak.... Puhhhh.... kejadian 2 pagi, sekembali kami dari Kuantan kerana urusan rasmi kerja....

zuar said...

anon 2:52: ada bawak batu kot..tu yg berat.hehe

anon 10:11: cite betul ke tipu ni?series ke?klu btl mmg seram la..huhu

Anonymous said...

lebih kurang sama jer cam citer adik saya. benda alah tu numpang kat bonet kete. bila tgok kat cermin sisi...ternampak rambut panjang terbuai2 ditiup angin....dia buat selamba je sebab dah pernah kena. bila sampai je kat jambatan temerloh, dekat hentian rehat tu...terus je kete dia berdecum laju....

Noor Syafiqah binti Shainisi said...

abg sy prnah kne kt situ dlm thun 2004 kot...abg sy sorg2 bwk kreta dri t'ganu ke kl..tngah drive sorg2 tbe2 abg sy nmpak "makhluk tumpang free" tu kt cermin..nsb baik abg sy dh biase dgn bnde2 cmtu,abg sy ckp"kalo btul2 ko nak tumpang ko duduk diam2 jgn kacau aku"..dye slamber je tp lme2 dye hilang sdiri..hehe..klakar pulak ble crite cmni..

Akulah Apidz said...

stakat ni saya x pernah la alami bnde2 plik mcm korng cerite tu...so xtau la cm mne rupe hntu tu

HASLAN HJ ABDULLAH said...

famous juga citer hantu ni ya.ok bah

Anonymous said...

as salam...aku ad gak cite nak share...ari tu aku n famili g bcuti kat langkawi...masa balik kat terowong menora,anak aku yg no 2 gtau ad antu follow.katanya muka bdarah n tgh marah...aku ckp ala xde pape tu bdk2.sbb xnak sume panik.lgpon anak aku ni slaku ckp sendiri n marah2 ke satu arah.aku pon psg cd yaasin.lepas 3 kilo br anak aku cakap antu tu da pegi.kat area teluk intan br aku cite kat wife aku...seb bek x pape

twin of heart said...

baca suma cite antu kat blok ni kul 4 pagi, kat kampus kuantan, sebelah tingkap dibiarkan terbukak n berlatar belakang bunyi kucing bergaduh. mmg btul2 feeling ah. terer x?hehe

Anonymous said...

bukan highway luar je bpuaka tau,highway langkawi pun ada tau.ada stu cite ni.dapat dr member yg tggal dkat kwasan highway tu.ada skali tu polis wat roadblock kt stu,pastu diorg tahan sorg mamat nek motor ni,elok je dia benti,polis2 tu tengok kepalanya tade,huuu.seram.kwasan tu t0p ngan cite antu tade kpale tuh.pnh skali aku jalan kaki sorg kt stu,gelap gelita,gila seram!

Anonymous said...

ha3...

Anonymous said...

Citer aku ni baru je kena 4 hari lepas masa nk g Terengganu..masa tu aku yg drive keta dgn family ada skali..waktu jam time tu lebih kurang 12.30 tgh hari..ikut la highway LPT..masa tgh drive adik kecik bongsu aku ni asyiklah bertanya, kat mana Karak tu? ada lalu ke area tu...? X lama pastu, elok2 je lepas turun bukit menuju ke area Karak, ketiga2 lane jalan PLUS dah tutup kat depan so aku terpaksa ikut lencongan masuk ke sebuah pekan kecil (maybe pekan lama Karak kot?? x sure ~) time tu cuma ada 4-5 buah kereta aje, aku yg depan skali..bila dah masuk ikut lencongan tu, baru separuh jalan je, aku tengok side mirror tengah, kereta2 belakang aku tu semua berhenti dan u-turn balik..aku ckp kat adik aku (co-driver) kat sebelah, "x pe..dpn tu je kita dah masuk semula LPT"...Setiba je aku di atas jambatan nk menuju ke simpang masuk semula ke LPT, aku dan adik aku sempat tengok ke jalan bawah, dari mana ada banyak pulak kereta dan lori..mana plak datang nye banyak2 ni..??!! Then adik aku tanya kat aku, "Along, bukan tadi jalan dpan tu dh kena tutup by PLUS ke..??" aku pun terdiam jap...then kitorang terus terdiam dan termangu mcm org keliru jap... then kitorang teruskan perjalanan..Semalam kitorang pulang semula ke KL..waktu masa tu jam 5.00 petang mmg dah melintas kawasan Karak tu..mak aku yg tgh tido kat seat belakang tiba2 meracau mcm org mengigau dan ckap ada something gigit dia..puas ayah dan adik2 aku cuba kejut dan tenangkan dia..then sorang adik aku cuba play kan bacaan mp3 surah yg ada dlm fon dia..elok2 tgh play, fon adik aku tu hanged dan trus padam! adik aku trus hairan, padahal bateri fon dia penuh, full..! Lepas je tol UIA, masuk je MRR2, mak aku dah terjaga dan bgtahu tunjuk kat kitorang, ada kesan lebam dan 4 dot merah kecik kat lengan dia..mcm kesan gigitan...ahh, sudahh..!! kitorang satu family dlm kereta sume diam pastu sampai umah...

Anonymous said...

Asben aku brtolak dr umh kul 10mlm,dr sg petani ke t'ganu.aku tny dia nk ikut jln mn? Jln grik ke atau jln kl.dia ckp jln kl..ujan lebat lak mlm tuh.aku kt umh risau2 mikirkn asben aku tuh.dh trlena,tetiba jg dr tdo,aku pn call dia,kul 5.30pg.dia ckp keta dia trbabas kt hway karak..6 kali pusing2..ms tuh pkl 4.30pg.ms turun dr hway tu dia ckp yg tayar blkg terbrek sniri..ntah napa.loose control,so brpusing2 la.pastu dia turun check keta,tgk elok je pn,xde pape yg rosak,tayar pn ok je,x pancit pe pn.tp ms turun tu,dia ckp punyala kepala rs kembang.haish.. Aku rs msti ada 'benda' tu.sj nk kacau org lalu lalang.alhamdulillah,asben aku n kwn dia selamat.syukur sbb Allah masih sygkn mereka.tu la,x safe kn lalu kt hway tu lewat2 pg..

Anonymous said...

Aku dah la suka naik highway waktu mlm,dngar cte cmni rase seram pulak..

Anonymous said...

time 2 kiteorng berlima baru balik dari tanjung malim..kiteorng dari kebun durian member aku kat sane..kiteorng bertolak dlm pkul 11mlm..sampai la kiteorng kat faiyover dlm pkul 1pg..kalu terus naik faiyover tu,kiteorng akan terus lalu lebuh raya untuk blk ke pekan..tapi member aku yg memandu ni tanye aku,nak lalu jalan lame karak ke nak lalu lebuh raya..aku yg dok sebelah diepn ckp la kite try la lalu jalan lame karak sbb nak tengok mende2 tu..paham2 je la..3 org member kat belakang tengah tido..so kiteorng masuk la selekoh ke jalan lame..aku dah janji ngan member aku yg aku xkan tido untuk temankn die..tp malangnye aku tertido gak..tinggal la die srng yg berjage untk memandu..pastu tibe2 aku terjaga time sampai kat satu gerak kat temerloh..kiteorng makan la..time 2 member aku bukak cite..time die memandu sorng2 tu,die berselisih ngan kete katak kuning..vokvegen kuning tanpa pemandu..huh..aku bab2 cite hantu ni suke sangt..aku gi marah asal x kejut aku time 2..siot je..pastu kiteorng teruskan perjalanan blk ke pekan..erm..yg peliknye cite ni cm lebh kurang same cm filem karak arahan yusri..yg kelakahnye kejadian ni terjadi 2 minggu sebelum keluarnye firem karak 2..mcm dah berjanji pulak..kesian member aku tu sorang2 kene tp yg lain sedap tido..

mymouk said...

nk komen jugak.....>>>>>>i like<<<<<<

Faared Harris said...

Ni cerite betol,aku tak tipu.
bende ni jadi tahun lepas,aku,wong dengan che mat(jangan tanye kenape name di mcm tu),mase tu dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur nak balik bercuti raye,maklumla berpuasa kat negeri orang mane nak same dengan negeri sendiri.Nak dijadikan cerita,wong suruh kitorang bukak tingkap dan jerit sekuat hati dalam terowong kat karak tu,tanpa berfikir panjang,aku ngn che mat pun jerit dan menggunakan kata-kata kesat terhadap satu sama lain sambil di record gune HP nokia aku.habes je jerit,kitorang tutup tingkap balik,pastu aku maenkan balik ape yang kitorng jerit tu,bukan nak tipu la,kitorang dengar suara nyaring gile babi,sebijik macam suare perempuan.aku pun sengal x abes tgk dah delete.che mat langsung x berani nak tgk smpai habes.Lagi sekali nak dijadikan satu cerite,lepas hantar budak2 tu kat rumah mereke,aku pun balik rumah,pastu ter tengok cermin belakang,ade kesan 3 jari cakar kat cermin tu(bukan adidas punye stripe).aku tantye diorang,ade x cakar pegang cermin blakang,diorang kate xde.sory cerita panjang.excited.

Nadia said...

pernah lalu kat situ malam2 , seram mmg seram.. tapi masa lalu pun tutup muka. tak pandang apa apa . cuak kottt . hahaha

Anonymous said...

Selalu lalu situ , rumah pon dekat jee ngan highway karak . Tkde bnde pon . Mengarut jee ! Saya budak sentul , skg pindah taman pelangi . Sebelom nak naek karak tuh kene lintas karak untuk pegy ruma . Saya naek karak ngan membe2 saya pkul 3 pagi tkde ape pon . Volks kuning pon tak pnah nmpak kat karak ! Kalo nmpak bole ajk race kan ? Haha . Gurau jee .. Maybe time pengguna lebuhraya karak kurang lhaa die akan serang kot . Hmm.. Tak tau lhaa .. Utk saya , saya percaya kat jin dan syaitan ! Selain tuh tak wujud !

Anonymous said...

den ponah lalu kek ctu...tp x ponah jumpo papo pown kek ctu...karak tu tu tompek den tekoncing teberak yo kat situ,,xdo mano ado antu ea dowh!!!mungkin antu tu tkut nengok den gak eh..:))

Anonymous said...

pernah gak kn tindih kat petrol pam gambang.ms 2 aku drive dari perak nk lik kemaman...ms 2 pukul 3pg...ngntuk sgt benti kt gambang...2x kali aku kn tindih...nasib bc pape yang tau..n surah yasin dew lam keta..aku peluk...alhamdullilah bde 2 xd...

Pedang Setiawan said...

HAHA... memang seram... selagi lom terkena memang bnyk yang menafikan keujudan mahluk halus... tapi yang da kena wat la pengalaman... hehe... tp yang pernah kena mcm aku ni yang hampir2 mati disana tak kan serik.. sebap dia mahluk Allah s.w.t juga.... :-L x( :-o b-( ;)) :p

Anonymous said...

pedang setiawan,cer crite pngalaman ko tu kat cni...nk tau gak pngalaman hmpir2 mati tu..

Shini said...

Highway karak ni sama ker ngan jalan karak lama? Rasanya masa kecil dulu ada lalu jalan yang sangat narrow dan macam kena palu ular. Bukan jalan yang sama kan? Bro boleh gitau macam mana nak masuk jalan karak lama tak?

Highway karak biasa jer. Siang malam lalu situ masa atuk hidup lagi dulu. Tak pernah jumpa apa apa pun. Tapi kalau jalan karak lama saya percaya.

jebon kel said...

aku pn ade cter nk share..peristiwa ni berlaku dlm bln 3 2012..tp bkn di karak..tp di kawasan sekitar sungai tong pahang..aku bertolak dlm kul 2pg dari bangsar menuju ke kg aku(pasir mas)..tiba di raub aku pn masuk la simpang nk ke kelantan tu..mula2 aku da pelik sign board tunjuk ke kanan..aku pn terus je la tanpa syak ape2..bila jauh ke dlm hutan aku baru rasa x sedap ati.sbb xde keta atau bas atau lori atau moto lalu kat ctu..biasa aku balik mlm ade je kenderaan yg lalu..aku pn wat bodo je la..makin lame makin ke dalam..jalan pn makin kecik..auku pn slow la cikit bwk moto..naik je jambatan tu aku da mula pelik yg membuak..aku slow lg moto..nasib baik sempat break..bila aku berhenti n capai lampu suluh aku tgk tu jalan mati dpn tu ada gaung(x la dalam sangat) n tungul2 kayu bersepah kat ctu..aku dengan seram yg amat sangat patah balik n jumpa simpang kuala lipis...pastu da hampir subuh aku pn port kat petronas lipis sambil pikir ape yg berlaku...syukur la xde ape2 yg berlaku n aku angap ni semua ujian...

Irwan Faeez said...

Salam..ada nk join sy buat siasatan berkaitan jalan lama karak?..motor/kereta..sila email kepada sy mr_acah94@yahoo.com

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive