Saturday, July 23, 2011

Home » , » Kelayakan Piala Dunia 2014: Gol Singapore vs Malaysia[3-5] 23/7/2011

Kelayakan Piala Dunia 2014: Gol Singapore vs Malaysia[3-5] 23/7/2011

Share


Kelayakan Piala Dunia 2014: Gol Singapore vs Malaysia[3-5] 23/7/2011

SINGAPURA: Skuad Harimau Malaya tewas 5-3 kepada pasukan tuan rumah dalam perlawanan pertama bola sepak pusingan kedua kelayakan Zon Asia Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Stadium Jalan Besar di sini, sebentar tadi.

Skuad negara yang ketinggalan 4-1 pada separuh masa kedua bangkit merapatkan jurang jaringan dengan meledakkan dua gol pada separuh masa kedua bagi mencatatkan keputusan 4-3 pada satu ketika.

Malaysia yang kehilangan ketua pasukan, Safiq Rahim selepas dilayangkan kad merah mula menunjukkan keyakinan mengawal permainan sebelum Singapuran menjaringkan satu gol menjadikan keputusan 5-3.

Pasukan Singapura turut bermain 10 orang selepas pemainnya, Ismail Yunos dilayangkan kad kuning kedua apabila mangasari pemain negara.

Keputusan itu masih membuka peluang kepada pasukan negara untuk layak ke pusingan seterusnya sekira mampu menewaskan pasukan Singapura dengan jaringan tiga gol dan mengagalkan pasukan lawan mendapatkan jaringan pada perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini.


Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura:
Malaysia 3 (Mohd Safee Sali 1', 71'; Abdul Hadi Yahya 70');

Singapura 5 (Aleksandar Duric 7', 82'; Qiu Li 22'; Mustafic Fahrudin 44'; Jia Yi Shi 45'+1)

(Kad)
Malaysia: Ahmad SAARANI (37' kad kuning); Safiq Rahim (50' kad merah)

Singapura: Ismail Yunos (19' kad kuning); Qiu Li (39' kad kuning); Ismail Yunos (55' kad merah selepas mendapat dua kad kuning)




Kalau kita tengok separuh masa pertama Malaysia gagal main dengan baik sebab tak biasa dengan padang tiruan. Bola kalau passing memang berdesup laju. Sebab tu player Malaysia tak boleh nak kontrol bola dengan kemas. Passing pun macam tak tentu hala. Tapi separuh masa kedua Malaysia dah boleh sesuaikan diri. Tapi malang pulak pertahanan Malaysia memang out. Memang terasa ketiadaan Aidil Zafuan. Memang nampak sangat kelemahan Malaysia dekat bahagian pertahanan.
 
Lepas ni main dekat Bukit Jalil kita semua rakyat Malaysia nak tengok permainan sebenar Malaysia. Walaupun dengan ketiadaan kapten pasukan Malaysia dan jugak tonggak utama bahagian tengah iaitu Safiq Rahim, Malaysia akan ada pengganti yang sesuai .Malaysia mesti boleh!!..Semoga penyokong-penyokong Malaysia bagi sokongan padu pada pasukan bola sepak kita.Ayuh Malaysia!!Bangkit semula!Semangat Harimau Malaya tersemat di dada!!!


Ni video dari youtube gol-gol yang dijaringkan tadi. Yang tak dapat tengok tu boleh la tengok kat bawah ni k.




Korang rasa Malaysia mampu menang berapa nanti??


Keputusan Malaysia vs Singapura 23/7/2011|Malaysia vs Singapore 23/7/2011|Gol Malaysia vs Singapore 23/7/2011|Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapore 23 Julai 2011|Youtube gol Malaysia vs Singapore 23/7/2011

6 comments:

Anonymous said...

malaysia mampu menang dgn singpore 28 july nnt, jika barisan pertahanan lebih mantap dan jentera serangan tetap consistent.

Anonymous said...

Sebenarnya Malaysia akan layak jika kita menang 2:0 pada perlawanan timpal balik nanti kerana kelebihan jaringan di tempat lawan... Namun kita harus menyerang habis-habisan untuk mencari gol pertama sebaik sahaja wisel bermula ditiup sebab serangan sahaja adalah cara terbaik untuk kita bertahan... Memandangkan pertahanan kita sangat mudah melakukan kesilapan, kita mesti banyak bergerak ke depan dengan hantaran pendek yang pantas sepertimana kita lakukan pada separuh masa kedua tadi...
Go Malaysia Go... Malaysia Boleh !! Insya'allah.

zuar said...

ya..malaysia memang mampu menang kat bukit jalil nanti..tp biarla menang dan lyak..bukan menang tp tak layak..kena kerja keras lg..main mcm biasa seperti sebelum2 ni..

Anonymous said...

perlawanan kedua nanti harapanku dlm minit terawal pasukan malaysia harus membuat serangan bertubitubi utk dapat gol sebab tengok bila malaysia dapat masuk gol keadaan pasukan singapura kelam kabut waktu nilah malaysia guna peluang ini utk menjaringkan gol beberapa banyak apatah lagi bila main ditempat sendiri.kekuatan singapura terletak kepada pemain import.aku percaya pasukan singapura akan bermain secara defensif tapi pertahanan malaysia kena kunci kubu jgn bagi singapura jaringkan gol dan jgn leka.guna format attacking football.insyallah malaysia bolih

Hans said...

barisan pertahanan malaysia je masalah besar skrg

Anonymous said...

Kasian.... kasian....kasiannnnn......

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive