Tamatnya Riwayat Rumah Hantu Seksyen 2 Shah Alam:-)
Kisah Rumah Hantu Seksyen 2 lagi..Tak habis-habis lagi ke bang oi...Nak buat macam mana kan, cerita ni memang femes pun walaupun tak tau betul ke tidaknya..Huhu. Tapi untuk pengetahuan korang, bagi sape-sape yang nak tengok rumah macam kat gambar atas ni live sekarang mintak maaf la na..Sebab rumah ni memang dah bukan macam ni dah rupanya..Rumah hantu dah tamat riwayatnya..Hehe. Meh baca cerita kat bawah ni.Eden songlap dari Kosmo! hari ni.
Seorang penduduk, Mohd. Yusof Mohd. Sidin, 57, mendakwa terdapat tiga buah rumah yang dikatakan menyeramkan di kejiranan itu.
Dia berkata, pelbagai kisah misteri mengenai rumah itu sudah didengarinya sewaktu mula menetap di Seksyen 2 itu pada tahun 1980.
Dia berkata, pelbagai kisah misteri mengenai rumah itu sudah didengarinya sewaktu mula menetap di Seksyen 2 itu pada tahun 1980.
Kosong
“Seorang jiran pernah memberitahu kami terdapat rumah berhantu di sini dan tidak pernah diduduki. Rumah itu didakwa pernah menjadi lokasi pembunuhan kejam dengan mayat mangsa ditanam di dalam dinding rumah.
“Saya agak ragu-ragu dengan cerita itu sehinggalah saya mendengar kisah penuntut UiTM Shah Alam diganggu makhluk halus di rumah yang mereka sewa di Jalan Sri Cempaka, Seksyen 2 ini,” kata Yusof lagi.
Secara kebetulan, anak lelaki Yusof yang juga pelajar UiTM turut mendiami rumah terbabit.
“Kedua-dua kaki anak saya ditarik hingga dia terjatuh dari katil. Kejadian itu menyebabkan dia segera berpindah ke rumah lain walaupun sewa banglo itu tidak sampai RM100,” katanya.
Selama bertahun-tahun, rumah itu terbiar usang dan tidak berpenghuni. Dindingnya berlumut dan berwarna kehitam-hitaman. Tahun lalu, banglo itu dirobohkan. Tapak rumah itu kini dipenuhi semak-samun.
“Tetapi masih ada penduduk yang melintasi kawasan rumah itu pada waktu malam mendakwa ternampak lembaga wanita berambut panjang melambai-lambai ke arah mereka,” cerita Yusof.
“Kalau anda tidak percaya, cubalah bermalam di bekas tapak rumah berkenaan atau rumah lain yang dikatakan berhantu di kawasan ini,” ujar Yusof kepada Jurnal.
Sebuah lagi rumah yang didakwa misteri terletak di Jalan Bunga Raya, Seksyen 2. Terdapat sebatang pokok besar di tepi banglo itu dengan daunnya menyentuh tingkap rumah. Banglo dua tingkat itu sedang diubahsuai dipercayai oleh pemiliknya yang baharu.
Mac lalu, penduduk di situ terkejut kerana beberapa pekerja sibuk membersihkan rumah itu, membuang perabot yang rosak dan mengecatnya semula.
Khabarnya, rumah itu dibeli oleh seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa.
Bagaimanapun, ada juga penduduk yang menafikan cerita hantu tersebut dan mendakwa rumah yang diperkatakan itu sebenarnya tidak wujud.
Rumah hantu dah tak jadi rumah hantu lagi dah sebab rumah ni dah di cat lawa-lawa so tak nama rumah hantu lagi dah jadi rumah orang..Hehe. Saya baru je lalu minggu lepas...Memang betul dah ada orang nak duduk..Dah lawa dah..Tak macam gambar tu lagi..Huhu
5 Jenis Smartphone terbaru dari Celcom..Nak tengok tak?Tengok sini
33 comments:
Walaupon rumah dah lawa...tapi penghuninya belum tentu blah bro..ntah2 dia lagi suka rumah dia dah cantik.langsung dia ajak geng2 dia yang lain.wakakaka...
aku nak komen serius jadi komen lawak pulak...adehhh
Mudah2an antu tu takut nak duduk kat rumah tu... Kang tak pasal2 kena hantar Mesir lak.. hehe...
mmg dulu ade membe yg sewa rumah niyh...esok nye dah crik rumah lain dah...dye ckp tak than coz mmg kne terok sgt mlm wu...tp tak tahu la kalo kali niyh mmg "penghuni" rumah dah tda...
kite tggu jew la nanti...
cbe riki btol2..mne tau org mesir ke antu mesir yg dok kat ctu..? haha
mane ade warga mesir beli. mane ade jadi tmpat asuhan kanak2. sedih sy dengar cerite2 karut. dah lame senyap. tapi makin lame makin menjadi. sy kenal sngt dengan owner rumah. rapat sngat. darah sy dan darah owner rumah ni mengalir darah yg same. so paham2 k. assalamulaikum
Rumah tu dah cantik sekarang.. Bersih.. Tapi nampak lagi buaian kat rumah tu.. Pokok besar tu pun dah dipotong dahan yang panjang tu.. Rumah tu dah dicat putih.. Memang tak nampak seram dah..
Alif Syafiq Rosli de contact tuan rumah tu nak boleh? sy nak beli la rumah tu seyis nie email kat kamisyahmi@gmail.com ok??? plzzzzzz
mana team seekers malaysia,try le wat shooting kat sini....ada bran??
seekers team.....ada bran??
xthu nux ckap pe..
aku hari2 lalu kat umah tue la.. mne ade org lg kat sane..nie sape plak pndai2 ckp dah ade org baru..lps tue pndai2 plak buat citer dah tebang pokok besar tue..pokok tue pun masih cntik lg brdiri kat sana..xpyh la nk reka2 citer sgt la wei..
Mcm berminat jerk citer umah tue..hehe mlm nie nak try singgah lah jp..tgk² ada per cer..sama ada mmg btol dh cantik or still same mcm dulu..tggu esk plak keyh :D
tak tau samada masih tak sedar boleh tengok hantu betul ke
tipu ! rumah tu still macam dulu la ! bersemak samun lagi ! aku bru lalu hari tu.. -_-
elehhhh menipu. aku lalu semalam ada je lagi rumah ni.
ketua seekers tgh buat penggambaran 'antu'dia dlm lokap...hehe
mana ada dah dirobohkan...masih ada lagi lah umah tu..aku study shah alam,so salu nmapak umah tu msaih ada lagi..
encik,jgn la tipu..baru je ahad lepas bersamaan 5/8/2012.sy ngan kawan2 lalu depan rumah ni.. mna ada org dduk lagi. buaian tu pun masih lagi kat situ..ngan pokok besar tu,
mana ada sape2 reka cerita. yang sebenarnya korang nie tgk rumah yang lain2 laaa. Kan orang tu cakap ada beberapa rumah berhantu kat situ. Hahahaa.
seram mcm villa nabilah kat jb x ?
sy nak number owner tu. nak sewa situ. lantak la ade hantu ke xde ke... plz2
Panggil paranormal US tu je. Diorang kalo buat liputan kt bangunan lama n hospital lama kt US je mesti jumpe menda2 alah tu..nk harap group uncle seekers hampeh..
http://www.syok.org/new/showthread.php?14107-Kisah-Rumah-Sewa-RM50-di-Seksyen-2-Shah-Alam&highlight=sewa+rumah+rm50
tgk2 lah cerita kt cni pula
Last pergi kelmarin serious rumah tu dah lawa tapi penghuni baru xduduk lagi atau dah kena kacau ?
Rumah tu mmg dah cat baru dah mcm renovate kot tapi apesal kedudukan buaian xberubah? Tu satu. Yg ko ckp ad penduduk jadah ap ad penduduk. Kosong je haritu aku tgk.
apa2pun xperlu gadoh2 pasal rumah 2~~
terbaik....ghostbuster...mari kita bsatu undilah persatuan sange yasha...banteras hantu2 yg ada...dan negara...
Nk bermlm..kt tapak tu...
Apsal gaduh2... Agaknyer pandangan korang semua dah dimainkan dek hantu tu kot. Tu pasal lah korang semua nampak rumah tu keadaan asyik lain2 jer..??? Hoho..
duduk rumah tu buat kerja elok2 la. baik dalam beragamanya. takda la kena kacau. sekarang ni kita takut kat hantu ke, hantu yang takut kat kita ntah ~ haha
Sy bwu je lalu kt umh tu...mmng btul la da cntik ....siap ad owg lg kt umh tu cz lampu siap psang ...sy lalu mlm kot...ad kreta owg lg...myb kreta owner kot
Umah tu da cntik. Sy bwu p tgk...ad lmpu lg owner psang kt tngkt atas...
rumah tu dh jd taska atau tadika.mLm td saaye pg tgok..kLau bLeh post gmbr kt sini sye dh post dah...
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D