Thursday, August 18, 2011

Home » , » Sneijder Sanggup Turun Gaji Nak Ke Man U

Sneijder Sanggup Turun Gaji Nak Ke Man U

Share

Sneijder Sanggup Turun Gaji Nak Ke Man U

LONDON - Perancang Inter Milan, Wesley Sneijder sanggup mengurangkan bayaran gaji semata-mata mahu beraksi bersama juara Liga Perdana England, Manchester United.

Bulan lalu, United telah menawarkan kontrak kepada Sneijder dan Inter bersedia untuk menjual pemain yang berusia 27 tahun itu dengan nilai £35 juta (RM170 juta).

Tidak lama kemudian, Sneijder telah menuntut bayaran gaji berjumlah £200,000 (RM973,000) seminggu.



Bagaimanapun, The Red Devils tidak bersetuju mengenai syarat-syarat gaji yang diminta oleh Sneijder.

Ekoran itu, Sneijder mula risau apabila United masih belum mengemukakan tawaran baharu selepas permintaan gajinya yang terlalu mahal.

Dia mula menimbangkan semula tuntutannya itu kerana khuatir United tidak mampu mengikut apa yang diminta, sekali gus menggagalkan hasratnya untuk berhijrah ke Old Trafford.




Justeru, bekas pemain Real Madrid ini sanggup mengurangkan gajinya sebanyak £60,000 (RM291,905) seminggu menjadi £140,000 (RM683,300).

Sekiranya perpindahan itu berjaya, Sneijder bakal menjadi pemain kedua United menerima bayaran gaji tertinggi selepas Wayne Rooney yang menerima £250,000 (RM1,216,300) seminggu.



Bila la nak habis cite pasal Sneijder ni....Sneijder tu nak masuk sangat dah. Tapi belum dapat official offer lagi dari MU ni. Kalau dapat memang terbaik la..Memang pengganti yang tepat untuk Paul Scholes yang dah gantung but season lepas. Kalau tak dapat pun tak pe..Tom Cleverly ada. Boleh asah lagi bakat mamat tu. Muda lagi..Nampak tenang je main, kontrol pun bagus. Tapi seboleh-bolehnya kena dapatkan midfield yang betul-betul experience baru boleh nak challenge Barca season ni..Hihuuuu

Gaji Rooney banyak weyyy...Sejuta seminggu...Perghhhhhh!!!!!!

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive