Monday, September 26, 2011

Home » , » Safee Sali Bakal Menyarung Jersi Cardiff City??

Safee Sali Bakal Menyarung Jersi Cardiff City??

Share
 
Safee Sali Bakal Menyarung Jersi Cardiff City??


DEBARAN penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali (gambar) pastinya semakin lama semakin memuncak.

Apa tidaknya, hari ini merupakan hari terakhir Safee menjalani ujian pemilihan bersama Cardiff City sebaik tiba di bumi England sejak dua minggu lalu.

Teka-teki persoalan sama ada bakal menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di sana bagaimanapun hanya akan terungkai sebaik pengumuman rasmi daripada pihak Cardiff sendiri.

Apa yang pasti, perjuangan Safee sepanjang berada di sana telah menerbitkan rasa positif peminat bola sepak tempatan lantaran aksinya dikhabarkan mencetus rasa minat pengendali Bluebirds, Malky Mackay sebelum ini.

Namun, jika benar Mackay enggan ‘bersusah payah’ mendapatkan khidmat Safee lantaran isu permit kerja, apa ada hal kerana yang penting pengalaman sepanjang berguru di sana boleh dijadikan azimat buat Safee bagi meningkatkan kariernya selaku pemain bola sepak.

Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim tidak dapat menjelaskan sejauh mana teka-teki Safee bakal menyarung jersi Cardiff atau pun tidak bakal terjawab.

“Buat masa ini, Safee masih menjalani latihan seperti biasa yang dijangka berakhir esok (hari ini).

“Keputusan rasmi juga saya tidak pasti sama ada diumumkan serta merta sebaik latihan berakhir ataupun ia hanya akan diumumkan Cardiff selepas Safee pulang semula ke pangkuan majikannya, Pelita Jaya,” katanya semasa dihubungi semalam.

Zakaria memberitahu, Safee juga dijangka tiba semula di tanah air pada tengah hari Rabu (lusa) selepas menjayakan sambutan Hari Malaysia di Cardiff yang dijadualkan berlangsung esok.

Sebelum pulang ke Indonesia, katanya, Safee juga dijangka mewakili bekas majikannya, Selangor bagi aksi Piala Sultan Selangor menentang Singapura terlebih dahulu pada 1 Oktober depan, selain turut membawa cabaran pasukan kebangsaan bagi aksi persahabatan menentang Australia di Sydney selepas itu.

“Soal dipilih Cardiff atau tidak terserahlah kepada pengurusan kelab, dan kami tidak mahu memberi tekanan kepada mereka dalam membuat sebarang keputusan.

“Apa yang pasti, kegagalan menyarung jersi Cardiff bukan bermakna karier Safee berakhir, perjalanannya masih panjang justeru marilah kita sama-sama mendoakan kejayaannya,” katanya. Sumber: Kosmo!


Kita doakan kejayaan Safee Sali..Semoga berjaya dalam pemilihan tu. Kalau tak berjaya pun, Safee dapat pengalaman berguna untuk pasukan negara. Good luck Safee Sali!

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive