Saturday, October 8, 2011

Home » , » 6 Produk Terbaik Apple di Bawah Steve Jobs

6 Produk Terbaik Apple di Bawah Steve Jobs

Share
Di bawah merupakan senarai produk terbaik dan terkenal yang dikeluarkan oleh syarikat maklumat dan komputer gergasi, Apple di bawah pengasasnya, Steve Jobs. Sebagai mana yang kita tau Steve jobs meninggal dunia pada 05 Oktober 2011 bersamaan tarikh pelancaran iphone 4S. Untuk tau lebih lanjut mengenai penglibatan Steve Jobs bersama Apple boleh ke sini


1. Komputer Macintosh - Komputer pertama Macintosh dilancarkan pada tahun 1984. Rangkaian komputer tersebut kemudiannya berkembang kepada beberapa model lain termasuklah komputer meja, iMac dan komputer riba canggih MacBook.


 


2. iPod - Diperkenalkan pada 2001, gajet tersebut merevolusikan hiburan menerusi pemain muzik digital. Antara model yang popular ialah iPod Touch MP3 yang lengkap dengan skrin sentuh.


 


3. iTunes Store - Dilancarkan pada tahun 2003, ia merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem dan program televisyen untuk komputer, telefon serta peranti keluaran Apple.


 


4. iPhone - Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone pertamanya pada tahun 2007. iPhone menggabungkan ciri-ciri yang ada pada iPod dan sambungan Internet dalam sebuah telefon pintar bersama skrin sentuh yang kemudian pantas menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.




5. App Store - Apple mula membenarkan pembuat aplikasi dari luar menghasilkan aplikasi untuk iPhone dan iPod Touch pada tahun 2008. App Store kini mengandungi lebih 150,000 aplikasi yang menawarkan pelbagai fungsi.





6- iPad - Pada April 2010, Apple merevolusikan era komputer peribadi menerusi komputer tablet yang hanya sebesar lembaran sekeping kertas.  Sumber: Kosmo!


Lepas Steve Jobs meninggal ni apa pulak gadjet yang bakal keluar lepas ni kan.:-)

3 comments:

azfar hranica said...

lepas ni yang keluar I-mata :( pasal steve jobs dah xde.steve wozniak terpaksa la kerja sorg2 pasal membe baik dia dah xde

Nur Syazana Mohammed Sani said...

sekarang nie da ramai daa orang pandai . mungkin lepas nie lain pulak gadjet yang kelua =)

http://syazanasani.com

zuar said...

nur syazana: yang tu dah semestinya la kn.tp setiap org lain la citarasa nk reka bnda2 cmni kn.hihi

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive