Monday, October 3, 2011

Home » » Betul ke Pocong??

Betul ke Pocong??

Share
 
Betul ke Pocong??

SENAWANG: Beberapa penduduk di Taman Jasmin Indah, di sini, dikejutkan dengan kemunculan kelibat makhluk berbalut kain kapan dipercayai pocong di atas sebuah bukit di kawasan perumahan berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, kemunculan lembaga itu disedari seorang penduduk, Ahmad Surathi, 41, yang mendakwa melihat kelibat makhluk itu sekitar jam 12 tengah hari.
 
Menceritakan detik menakutkan itu, Ahmad berkata, kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak di kawasan atas bukit berhampiran rumahnya sering dilihat sedang ‘bermain’ dan merenung tajam ke arahnya.

Menurutnya, dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah pocong itu yang gelap selain ia didakwa hanya merenungnya saja.
 
“Sejak saya pindah di kawasan perumahan itu sejak enam tahun lalu, ini bukan kali pertama saya melihatnya, malah sudah lali hingga menganggapnya seolah-olah ‘penduduk’ kawasan perumahan ini juga,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
 
Katanya, pernah dia membawa rakannya pulang ke rumah kira-kira jam 12 tengah malam semata-mata untuk melihat pocong itu.

“Pocong itu menunjukkan diri hingga menyebabkan rakan saya itu serik untuk datang ke rumah saya lagi dan demam selepas melihat makhluk itu,” katanya.
 
Ahmad berkata, dia sebenarnya seorang yang sukar mempercayai benda pelik sebegitu tetapi selepas melihat dengan mata sendiri berasa ada kebenarannya.

“Malah, beberapa penduduk di sini, selalu melihat kelibat berkenaan sedang meloncat di kawasan bukit itu dan tangki air,” katanya.
 
Katanya, sebelum ini, rakan sering mengusik dan bercerita mengenai pocong biarpun mereka sendiri tidak pernah melihat sebelum dia menyaksikan secara terbuka.
 
Malah dakwanya, anak saudaranya berusia tujuh tahun pernah merakamkan gambar pocong sedang berdiri di pekarangan rumah tinggal yang terbiar di kampungnya di Tampoi, Johor, baru-baru ini.
 
“Ketika itu, anak saudara saya bermain menangkap gambar menggunakan kamera telefon bimbit ibunya, dan secara kebetulan menangkap gambar makhluk itu sedang berdiri merenung rumah tinggal itu,” katanya.
 
“Kebetulan, rumah itu sudah lama ditinggalkan dan berdekatan dengan kawasan perkuburan, terkejut anak saudara saya dan terus demam apabila melihat makhluk itu,” katanya.
 
Ahmad berkata, dia melihat semula rakaman gambar itu dengan jelas sebelum terlihat tubuh putih memandang ke arah rumah lalu menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.
 
“Namun, tidak dapat dipastikan sama ada makhluk berkenaan adalah betul atau ia perbuatan segelintir remaja nakal,” katanya.
 
Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Datuk Mohd Yusof Ahmad menyifatkan penemuan pocong didakwa muncul di Taman Jasmin Indah, di sini, sebagai makhluk Allah Taala.
 
“Makhluk ditemui lelaki itu mungkin golongan jin yang boleh ghaib serta bertukar rupa bentuk. Bagaimanapun, saya menasihatkan umat Islam tidak mudah tergoda makhluk sedemikian mungkin boleh menyesatkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sumber:Hmetro


Ni haa gambar poconh yang budak tu ambik. Macam tipu je. Budak berani ambik gambar pocong. Leh caya ke.Hehe



2 comments:

tips said...

ish! ish! :)

sahara aban said...

Kalau betul benda ni wujud kat JB minta tlglah ushakan dipindah/dihalau sebelum mengganggu orang ramai sebab saya duduk JB ... Saya ingin berkongsi pengalaman bila baca artikel ini. Sebelum ini saya memang tidak percayakan hantu2 ni tetapi semanjak pengalaman mengubati ahli keluarga yang sakit misteri tanpa diketahui puncanya oleh pakar-pakar perubatan saya berubah fikiran. Derita mengubat penyakit belum selesai dapat tertipu pula oleh dukun penipu.Tak apalah, pengalaman... Alhamdulilah akhirnya kami diberi petunjuk menemui Ustaz Adi Wijaya, guru agama di daerah Pontian yang tinggal di kg Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor hingga akhirnya ahli keluarga saya pulih seperti sediakala. Saya paparkan kisah ini sebagai tanda kesyukuran dan membantu sesama yang memerlukan khidmat perubatan traditional agar tidak tersilap langkah. Sempat saya rakam beberapa foto ritual beliau pada malam Jumaat Keliwon untuk tatapan bersama dalam: http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive