Tuesday, November 1, 2011

Home » » Taktik Licik Penyeludupan Dadah

Taktik Licik Penyeludupan Dadah

Share


 Taktik Licik Penyeludupan Dadah


Kat bawah ni ada beberapa bukti dan pendedahan polis cara penyeludupan sindiket penjenayah dadah masa sekarang ni. Macam-macam cara diorang nak bawak masuk dadah. Memangla lumayan jual dadah tapi sekali kena tangkap hukuman mati la jawabnya...

Serangga
Sejumlah 300 gram kokain ditemui di dalam 100 kumbang mati, yang ditemui oleh pegawai-pegawai kastam di Amsterdam di dalam kargo dari Peru.

Lampin bayi
Di Jerman, seorang ibu muda ditahan kerana cuba menyeludup 15 gram amphetamines dan 46 pil ecstasy ke dalam lampin anaknya.

Rambut palsu
Pihak berkuasa Namibia, menahan seorang pelajar berusia 21 tahun di Angola dalam cubaan pelajar itu menyeludup kokain ringan menggunakan 76 paket yang dibungkus melalui rambut sambungan di kepalanya.

Gajet seks
Seorang wanita Ukraine tidak menyangka pegawai-pegawai kastam Lapangan Terbang Kiev akan memeriksa kandungan barang-barang, terutama gajet seks yang dibawanya yang terbukti ada kandungan dadah di dalamnya.

Air gereja
Pihak berkuasa Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) menangkap Warren Maynard Brooklyn berusia 50 tahun kerana cuba menyeludup 42 botol cecair ketamin ke Amerika Syarikat dari Kanada. Maynard cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan mengisytiharkan cecair itu sebagai ‘holy water’ penganut Kristian.

Patung
Menyorokkan dadah dalam patung agama adalah helah lama tetapi kini patung agama turut digunakan. Sebuah patung Jesus diperbuat daripada plaster yang digabungkan dengan kokain berjaya dirampas kastam Amerika Syarikat di sempadan Laredo, Texas pada tahun 2008. Wanita yang membawa patung £6.6 juta (RM2.83 juta) berjaya melarikan diri kembali ke Mexico, tetapi seorang lelaki Mexico berusia 61 tahun disyaki membayar wanita untuk membawa patung itu telah ditangkap.

Anak anjing
Penyeludupan dadah biasanya takut dengan anjing yang dilatih pihak berkuasa narkotik untuk mengesan dadah, namun kali ini mereka menggunakan anjing dengan memasukkan heroin yang dipaketkan ke dalam perut haiwan berkenaan. Perut anak anjing itu dibedah dan dijahit semula. Kejam bunyinya, namun itulah hakikatnya apabila pihak berkuasa narkotik Amerika Syarikat pada 2006 menahan ahli organisasi dadah Colombia yang cuba menyeludup heroin ke negara itu .

Kaki palsu
Seorang lelaki Chile berusia 66 tahun telah ditangkap oleh pihak berkuasa lapangan terbang di Barcelona, Sepanyol setelah mereka mendapati bahawa simen pada kakinya yang patah itu dibuat daripada kokain. Polis dilaporkan berkata, kaki lelaki itu mungkin telah sengaja dipatah bagi membolehkan kokain dijadikan simen kakinya. Walaupun nampak macam tidak logik dan sukar dikesan, namun ia dapat dipatahkan pihak berkuasa negara itu.

Kerepek kentang
Pada 2006, polis di Austin, Texas Amerika Syarikat menemui 168 gram kokain dalam kerepek kentang berjenama popular. Ini jelas menunjukkan pengedar dadah semakin kreatif kerana berjaya menghasilkan kerepek kokain yang menyerupai kerepek kentang sebenar. Namun, mereka tewas juga kerana polis juga kreatif dalam mengesan tempat dadah itu disorokkan.

Beg pakaian
Bukan seperti taktik lama yang mana dadah disorokkan di dalam bahagian beg pakaian, kerana penjenayah dadah kreatif dengan menjadikan beg pakaian itu menggunakan campuran kokain dengan damar dan gentian kaca. Kejadian berlaku di Sepanyol apabila seorang wanita Chile yang cuba masuk ke Sepanyol ditahan bersama dua beg pakaian yang dibawanya. Wanita itu ditahan kerana pihak berkuasa mendapati beg pakaian yang dibawanya lebih berat daripada kandungannya.





Perghhh!!Memang gila orang ketagih dadah ni.

3 comments:

~ Cik Azz ~ said...

Macam2 cara dorang lakukan.. Moga kita dijauhkan dari menjadi keldai dadah ni...

zuar said...

cik azz: moga2 cmtu la.mintak simpang la..huhu

amat aman said...

ada lagi cara-cara lain ni...antaranya sorok dalam kemaluan samada depan atau belakang...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive