Friday, December 23, 2011

Home » » Kad Jemputan Pengumuman Istimewa Yusry & Lisa Surihani

Kad Jemputan Pengumuman Istimewa Yusry & Lisa Surihani

Share

Kad Jemputan Pengumuman Istimewa Yusry & Lisa Surihani

PETALING JAYA: Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.

Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.

Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.

"Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah," katanya berseloroh.


 


Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.

Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.

Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.

 Sumber: Mstar Online



KUALA LUMPUR, 22 NOV 2011: Semakin hampir dengan penghujung tahun 2011, semakin kencang gosip yang bertiup mengatakan pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, iaitu pengarah popular, Yusry KRU dengan kekasih hatinya, Lisa Surihani bakal melansungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Yusry KRU dan Lisa Surihani dikatakan bakal berkahwin pada Februari tahun depan. Gosip tersebut mula tersebar berikutan khabar angin yang mengatakan stesen televisyen berbayar Astro telah pun mendapatkan hak penyiaran majlis gemilang tersebut.

Enggan mengiya atau menafikan tarikh tersebut merupakan detik penyatuan mereka berdua, jelas Lisa Surihani, pengumuman mengenainya akan dibuat sendiri oleh Yusry KRU sedikit masa lagi.
"Saya rasa lebih elok sekiranya pertanyaan mengenai perkahwinan kami itu dijawab oleh Yusry. Malah dia telah pun berpesan kepada saya bahawa dia sendiri akan menjawab mengenai isu perkahwinan kami.

"Cuma beri dia sedikit masa lagi kerana sekarang dia sedang sibuk menyiapkan filem Vikingdom. Jadi selepas dia menyelesaikan penggambaran filem tersebut sekitar bulan depan, bolehlah anda semua bertanyakan hal tersebut kepadanya," katanya kepada portal murai.com.my ketika ditanya mengenai isu perkahwinannya.

Menepis dakwaan jawapannya itu sebagai alasan untuk melarikan diri daripada menjawab persoalan pihak media, kata Lisa Surihani, tidak manis sebagai seorang wanita menwar-warkan kepada umum mengenai perkara tersebut.

"Jawapan yang saya berikan tadi bukanlah untuk melarikan diri daripada soalan anda semua. Cuma sebagai wanita tak manis sekiranya saya yang membuat pengumuman. Lagipun dia dah berpesan kepada saya biar dia yang memberitahu kepada umum, jadi kita tunggu sahajalah bulan Disember depan," ucapnya sambil tersenyum manis.


 

Saling mengenali tidak sampai setahun, namun tutur aktres berusia 25 tahun ini, itu bukanlah alasan untuknya menolak Yusry sebagai peneman hidupnya.

"Kami saling mengenali tidak sampai setahun. Tapi itu bukan alasan kami tidak boleh mengakhiri perhubungan ini ke fasa perkahwinan. Kerana sebelum ini saya sendiri pernah terlibat dalam hubungan cinta selama lapan tahun dan akhirnya hubungan itu putus. 

"Bagi saya masa bukanlah ukuran untuk menilai sesebuah perhubungan itu. Selagi kita bersama orang yang kita sayang, kita tidak akan pernah berhenti daripada terus mengenali dirinya. 

Jadi kalau kita kenal hanya sekejap dan berkahwin, kita masih boleh mengenalinya lagi selepas itu.Malah saya sendiri sudah bersedia untuk bergelar isteri," jelasnya yang menyasarkan usia 24 tahun untuk menamatkan zaman bujangnya namun tidak kesampaian. 

Bakal terlibat dengan dua buah projek filem bersama KRU Studio iaitu Tingkat 4 dan Ular, anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini, menafikan sekeras-kerasnya hubungannya sebagai kekasih hati Yusry, penyebab dia ditawarkan tawaran tersebut.

"Saya bakal terlibat dengan KRU Studio untuk dua buah filem iaitu Tingkat 4 dan Ular. Saya tahu ramai yang akan membuat andaian kerana saya mempunyai hubungan cinta bersama Yusry menyebabkan saya ditawarkan projek tersebut.

"Itu tidak benar sama sekali kerana pembabitan saya dalam dua buah filem berkenaan tidak disebabkan oleh Yusry. Saya ditawarkan membintangi filem itu kerana watak yang dicipta bersesuaian dengan diri saya," katanya.

Sumber: Murai
Mesti ramai yang dah dapat agak apa kejutan yang nak diumumkan oleh Yusry tu nanti. Semua peminat pun dah tau yang diorang ni memang tengah dilamun cinta. So, pihak media dah dijemput untuk buat liputan esok pagi untuk dapatkan penjelasan dari pihak Yusry dan Lisa sendiri mengenai apa yang bakal terjadi dalam waktu yang terdekat ni.
Samada diorang akan berkahwin tahun depan ataupun tak, kita sama-sama tunggu. Yang pasti, Lisa Surihani memang not available dah untuk korang. Hahaha.

 Cantik Lisa ni kan^_^

Update 24/12/2011:
Majlis pernikahan Yusry KRU & Lisa Surihani akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 23 Febuari 2012 dan resepsi perkahwinan akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 26 Febuari 2012. Tahniah!

3 comments:

Izzat Aziz said...

oh lisa.. why lisa why.. tapi secocok apa dua ni..haha

zuar said...

izzat: ok la tu ngn yusry.nsb bek bkn dgn gua.hahaha

Ietams said...

ok la tu...
lisa mmg cantik

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive