Friday, December 9, 2011

Home » » Kontroversi Bayaran Penulis Novel Ombak Rindu Terjawab

Kontroversi Bayaran Penulis Novel Ombak Rindu Terjawab

Share

Kontroversi Bayaran Penulis Novel Ombak Rindu Terjawab

SHAH ALAM – Penerbit Alaf 21 Sdn. Bhd., Datuk Hussamuddin Yaacub hari ini tampil memberi penjelasan sebenar berhubung kenyataan penulis asal novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari yang mengatakan beliau tidak menerima bayaran setimpal selepas karyanya diangkat menjadi filem.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (KMK) berkata, sikap Fauziah disifatkan sebagai tidak bersyukur tetapi tetap memaafkan tindakan penulis tersebut yang dilihat seperti tidak memahami kandungan kontrak yang ditandatangani sebelum ini.

“Pihak kami telah menjelaskan kepada penulis-penulis kami untuk membaca dan memahami sepenuhnya kandungan kontrak sebelum tandatangan”.

“Malah, di dalam kontrak, terdapat klausa yang menyatakan pihak penerbit boleh melakukan apa sahaja kepada hasil karya penulis sama ada didaptasi kepada pelbagai bentuk tanpa perlu merujuk kepada penulis,” katanya dalam sidang media, di Auditorium KMK, pagi tadi.

Sehubungan itu, Hussamuddin mengingatkan penulis-penulis baru supaya meneliti dan memahami kandungan kontrak bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

Memandangan ini merupakan pengalaman pertama oleh pihak penerbit, Hussamuddin tetap memaafkan Fauziah dan enggan mengenakan tindakan undang-undang tetapi Fauziah perlu memberi penjelasan kepada umum mengenai hal sebenar.

Sementara itu, isu bayaran tidak berbaloi yang dibangkitkan Fauziah sebelum ini adalah tidak tepat.

Hussamuddin berkata, Alaf 21 mengakui yang mereka sebagai penerbit eksklusif novel hanya menerima RM4,000 daripada Tarantella Pictures untuk menjadikan Ombak Rindu menjadi sebuah filem.

“Fauziah menerima 40 peratus dari jumlah tersebut iaitu RM1,600 dan selebihnya milik Alaf 21. Untuk pengetahuan semua, bukan strategi kami (Alaf 21) meminta bayaran lumayan dari pihak penerbit filem.

“Projek filem adaptasi ini merupakan satu langkah promosi untuk melariskan kembali jualan buku yang kini sudah kembali dicetak sebanyak 40 ribu naskah,” katanya.

Katanya, sekiranya cetakan baru ini habis terjual (kini 20,000 naskah laris), Fauziah bakal menerima RM50 ribu dalam bentuk royalti seperti yang mereka lakukan sebelum ini.

Dalam pada itu, Hussamuddin turut menjelaskan bahawa novel Ombak Rindu sebelum ini sudah tercetak sebanyak 23 kali dan Fauziah sudah menerima lebih RM219,000 dalam bentuk wang royalti sejak jualan pertama sekitar tahun 2002.

Sumber: Sinar Harian 


Filem Ombak Rindu tengah hot lagi kat pawagam sekarang ni. Dah berapa juta sampai hari ni kan. Dasyat betul>_<.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive