Saturday, January 29, 2011

Akaun Facebook Ayu Raudhah Kena Hack???

Share

Akaun Facebook Ayu Raudhah Kena Hack???

Terkejut gak baca paper Utusan Online tadi yang akaun Facebook my ex-gf Ayu Raudhah kena ceroboh ataupun dalam kata lain bahasa komputer kena hack..Huk3. Saya yang nak add dia ni pun tak bleh lagi..Korang tengok gambar atas tu "The user already has too many friend requests":-(

Takkan korang jeles Ayu Raudhah kawin ngan Zaquan kot..Ke nak Ayu Raudhah kawin ngan aii...Hak3. Tak baik betul la korang ni... Eh??Bukan korang yang baca ni..Tapi si hackers tu..Jom baca cepat kalau yang tak baca lagi.

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Pelakon jelita, Ayu Raudah Che Wan, 27, hari ini merayu kepada pihak yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan perbuatan menceroboh laman sosial Facebooknya.

Menurut Ayu, perbuatan mereka yang menggodam Facebooknya itu menyebabkan beliau tidak dapat dihubungi melalui e-mel oleh para penerbit filem kerana kata laluannya sudah ditukar.
"Sebenarnya dua bulan sebelum Ayu melangsungkan perkahwinan, laman Facebook Ayu tidak boleh dibuka kerana kata laluannya telah ditukar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Kali pertama penceroboh menggodam Facebook Ayu, Ayu masih boleh membukanya tetapi kali kedua Ayu gagal kerana mereka tahu segala-galanya tentang Ayu dan telah menukar kata laluan itu."

Hahh!! Sapa la yang buat kerja ni?? Memang tak dak kerja sungguh...Kalau ye pun nak hack pergi la hack akaun Facebook Mark Zuckerberg ke, Bill Gates ke..Tapi jangan hack akaun Facebook aiii sudah la...Lariiiii!!!


Selingan jap..Hot nii gambar ni...Hik3


p/s: Bagi yang tak tau lagi, ecece saya pun baru je tau baca paper tadi..Majlis persandingan Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah bagi pihak lelaki akan diadakan di Dewan Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban esok pukul 11 pagi..Tunggu la gambaq depa bersanding esok naa...Huk3


Esok aii nak pi outstation kat Dungun dengan Kemaman 4 hari..Bye2..^_^

Thursday, January 27, 2011

Misteri Segitiga Bermuda Yang Belum Terungkai...

Share

Misteri Segitiga Bermuda Yang Belum Terungkai...

Korang minat tak dengan cerita-cerita misteri? Saya kalau bab-bab misteri ni memang peminat nombor 1..Cerita hantu, UFO, Illuminati, lagi benda pelik-pelik yang jadi kat dunia ni memang best kalau nak baca. Tak boring...Sebabnya...Misteri...........Huhu. 

Kali ni saya nak share cerita berkaitan dengan misteri segitiga Bermuda..Memang misteri kan cerita ni..Sampai sekarang pun orang tak tau macam mana kapal besar-besar tu boleh hilang sampai tak dapat dikesan..Pelik! Besar tapi habuk pun tak jumpa...Kalau korang peminat cerita-cerita misteri ni boleh la join sekaki ngan saya..Terjumpa aktikel lama-lama kat dalam laptop ni jadi saya pun share la k..Meh baca meh..^_^.
  
KEGEMBIRAAN Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri. Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.

Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.

Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.

Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.

Dalam meneliti kawasan Amerika yang baru dijumpai itu, pelayar terbabit mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.

Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasan terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.
 
 

Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga Bermuda’ itu.

Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!

Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880.

Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.

Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya ‘menelan’ kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.

Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.

Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.

Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.

Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.

Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.

Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.

Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.

Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii.

Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.


Sejak itu, cerita mengenai UFO yang ‘menculik’ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.

Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes. Ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.

Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.


Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.

Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu.

Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini......




Best tak korang? Korang rasa sebab apa benda ni jadi?Ada UFO kah??Raksasa makan kah??Kena sedut ke langit kah?Huk3. Jom tengok dinosor plak!!


Monday, January 24, 2011

[New Single]Wali Band - Aku Bukan Bang Toyib|Jom Download!Best!!

Share

 [New Single]Wali Band - Aku Bukan Bang Toyib|Jom Download!Best!!

Salam semua..Sihat ke tak korang ni? Korang peminat Wali Band tak? Wali Band dah keluarkan single baru ni...Tajuk dia Aku Bukan Bang Toyib..Best siot...Mesti meletup gak single ni nanti..Huk3..Korang nak komen best ke tak dengarla dulu k..Kalau tak best delete je la..:-p. Tapi sure korang tak kan delete punya^_^.


Lirik Lagu Wali Band - Aku Bukan Bang Toyib

Kau bilang padaku, kau ingin bertemu
Ku bilang padamu oh ya nanti dulu
Aku lagi sibuk sayang, aku lagi kerja sayang
Untuk membeli beras dan sebongkah berlian

(*)
Sayang, aku bukanlah bang toyib
Yang tak pulang-pulang
Yang tak pasti kapan dia datang

Sabar sayang, sabarlah sebentar
Aku pasti pulang karna aku bukan
Aku bukan bang toyib

Sudah tunggu saja diriku di rumah
Jangan marah-marah, duduk yang manis ya
Aku lagi sibuk sayang, aku lagi kerja sayang
Untuk membeli beras dan sebongkah berlian

Back to (*)(2x)

Sabar sayang, sabarlah sebentar
Aku pasti pulang karna aku bukan
Aku bukan aku bukan aku bukan bang toyib


Download kat sini Wali Band - Aku Bukan Bang Toyib



Amacam??Ada syok ka??

Sunday, January 23, 2011

[Gambar]Majlis Resepsi|Malam Berinai|Perkahwinan|Persandingan Ayu Raudhah & Zaquan

Share

[Gambar]Majlis Resepsi|Malam Berinai|Perkahwinan|Persandingan Ayu Raudhah & Zaquan

Seperti yang kita dah tau awek hot idaman jejaka-jejaka ni, Ayu Raudhah dah pun kena sambar dek Zaquan..Arghh!!Melepas plak rasa..Ahaha. Memang sepadan la kedua-dua mempelam mempelai ni..Sama cantik sama padan..Tapi mempelai tu apa ek??Ahaha. Jom tengok gambar 2 pengantin baru ni kat bawah..Hot...Cun....Sweet....Mantap...Smart^_^.



Semoga berbahagia Zaquan dengan Ayu Raudhah sampai ke anak cucu nanti. Jangan jadi macam artis lain-lain yang kawin kejap dah cerai..Tapi tu kan takdir..Tak boleh nak elak kan..Kena la terima.....Tapi harap Zaquan dapat jaga Ayu ni elok-elok..Jangan main kayu 4..Rugi lol..^_^

Selamat Pengantin Baru....Semoga Bahagia Selalu....


Sumber-sumber gambar ni korang boleh jengok kat bawah ni k...Jangan lupa masuk sebab banyak gambar hot Ayu Raudhah dengan Zaquan masa majlis kawin ni...^_^

Facebook Asmady Ahmad


Nak baca artikel ataupun tengok gambar berkaitan dengan Ayu Raudhah sebelum-sebelum ni boleh terjah kat bawah ni:

Ayu Raudhah dan Zaquan Kawin Januari 2011??
Ayu Raudhah Breast??


Lagi sekali melepas...Sebelum ni Mizz Nina...Ahaha. Tapi cute kan Ayu Raudhah..Betol tak??Ke tak betol??

Friday, January 21, 2011

Nak Tau Hujan Ke Tak Tanya Dukun Ni|Terer Beb

Share

Nak Tau Hujan Ke Tak Tanya Dukun Ni|Terer Beb

Makin hari makin busy plak nak tengok blog ni..Baru balik dari outstation semalam start hari isnin sampai rabu..Nak update blog pun dah tak sempat...Kadang-kadang je boleh on9 pun..Saya pegi outstation dekat Kemaman dengan Kuantan..Buat open interview kat Jabatan Tenaga Kerja Kuantan dengan site visit kat Kemaman..Nasib baik la tak hujan..2 minggu lepas saya pegi outstation jugak tapi hujan tak henti-henti sampai banjir kat Kemaman tu. Huhu..Sebenarnya saya cuma nak relate kisah hujan dengan satu dukun ni yang boleh ramal hujan ke tak..Jom la baca..Hebat betul tok dukun ni Lepas ni kalau nak keluar kena tanya tok dukun ni dulu la^_^.


Di pedalaman sebuah perkampungan Borneo, datang seorang mat saleh namanya Mr. Joe Labu. Hobi mat saleh tu suka meredah hutan. Tapi ada satu sebab  yang buat dia risau masa masuk hutan. Mr. Joe Labu ni takut hujan.

Orang kampung cuba bagi nasihat kat Mr. John supaya dapatkan ramalan daripada sorang Pak Dukun sebab ramalan dia selalunya sangat tepat..Maka Mr. Joe Labu pun pergi berjumpa dengan dukun tu dan bermula la perbualan seperti di bawah ni:

Mr. Joe Labu: Oreng kampung said, uncle pandai buat ramalan cuaca kan?? Hmm, can i know, tomorrow hujan or tidak?

Pak Dukun: Esok hujan. Confirm hujan..So, u jangan masuk hutan ok.

Mr. Joe Labu: Owh, really? Thanks ya. Tomorrow i takkan masuk hutan.


Keesokan harinya, Mr. Joe Labu datang lagi nak dapatkan ramalan hari seterusnya...


Mr. Joe Labu: Uncle, tomorrow hujan atau tidak?

Pak Dukun: Tak hujan. So, u can pergi masuk hutan


Lepas dengar ramalan Pak Dukun, Mr Joe Labu segera menyiapkan semua kelengkapan untuk masuk ke hutan. Aktiviti Mr. Joe Labu berjalan dengan lancar. Dia rasa sangat gembira sekali sebab cuaca baik.

Pada malam tu, Mr. Joe Labu datang bertemu lagi dengan Pak Dukun untuk ucapkan terima kasih dan dapatkan ramalan seterusnya.


Mr. Joe Labu: Wow, you punya ramalan memang tepat uncle.. I sungguh tak sangka. Can i know cuaca esok pula uncle?

Pak Dukun: Saya tak tau la. Hari ni radio saya rosak..

Mr. Joe Labu:?????????

Kantoi!!!!!!!!!!!

Tuesday, January 18, 2011

5 Syarat Buat Maksiat

Share

5 Syarat Buat Maksiat

Entri sebelum ni ada orang yang search petua buat maksiat. Tapi malangnya tak jumpa petua yang dicari tu. Kesian sungguh..^_^. Tapi saya cuba cari jugak sebab nak tolong orang yang nak buat maksiat. Huhu..Nak tau tak syarat-syarat sebelum buat buat maksiat? Mai baca sampai habis na...^_^.

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?” “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

Syarat yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?” “Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?” “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.” Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.


Cukup sudah 5 syarat sebelum buat maksiat...Marilah sama-sama kita merenung sejenak......Artikel ni saya jumpa kat entri Jom Kita Buat Maksiat!!

Sunday, January 16, 2011

Aznil Dah Maafkan Zizan Raja Lawak|Semua Orang Buat Silap

Share

 Aznil Dah Maafkan Zizan Raja Lawak|Semua Orang Buat Silap

Mungkin korang dah tau cite ni kalau selalu baca kat blog-blog ataupun laman Twitter yang buat ulasan pasal Aznil Nawawi a.k.a Pak Nil bengang dengan Zizan sebab buat lawak bodoh yang menyebabkan Pak Nil mengamuk kat Twitter. 

Kes ni jadi masa Zizan yang jadi pengacara Raja Lawak musim ke-2 terbuat lawak dengan memanggil nama ayah Pak Nil, Nawawa. Nama arwah ayah Pak Nil yang sebetulnya Nawawi tapi oleh sebab tersalah ataupun memang sengaja Zizan terpanggil Aznil Haji Nawawa. Korang boleh tengok kat bawah ni yang saya ambik dari Beautifulnara


Tapi kes ni dah settle sebab Zizan dah pun akui kesilapan yang dia buat. Zizan dah mintak maaf kat Pak Nil dengan semua peminat Pak Nil, peminat Zizan sendiri di Twitter.





Mungkin Zizan tak ada niat nak mempersendakan Pak Nil..Mungkin Zizan cuma berniat nak buat lawak..Tapi nak buat lawak biarla dengan lawak yang berakal, bukan lawak bodoh yang boleh buat orang meluat macam kes Nabil dulu. Main-main dengan nama bapak orang ni benda sensitif apatah lagi orang yang dah meninggal dunia. Jadi, jangan sesekali buat lawak tak kena pada tempatnya..Biarla lawak yang boleh orang terima..

Jadi, selesai sudah....Pak Nil dengan Zizan dah pun berdamai...semua orang pernah buat salah...Bila buat salah kita mengaku orang pun tak marah...^_^

Nak baca lagi boleh ke blog Beautifulnara ok

Saturday, January 15, 2011

[Gambar]Anna Chapman|Bekas Spy Rusia Berbogel Dalam Majalah Playboy

Share

[Gambar]Anna Chapman|Bekas Spy Rusia Berbogel Dalam Majalah Playboy

Bogel??Huh!!Korang mesti pernah tengok cite Salt yang my girlfriend Angelina Jolie berlakon tu kan. Best kot cite tu. Sebab Jolie yang berlakon. Agagaga. Kalau nak jadi spy mesti kena cun..Baru boleh lepas kot. Gesel-gesel sorang sikit lepas la kan..Wahahaha.

Yang tu cite dalam filem, tapi berita kat bawah ni cite yang betul ok. Bukan cite Tipah Tertipu. Kalau cite Tipah Tertipu tu boring!Nak watpe..Kah3. Meh baca meh..

NEW YORK – Bekas perisik terkenal dari Rusia, Anna Chapman berbogel dalam majalah Playboy untuk isu Januari, lapor sebuah akhbar.

Gambar-gambarnya dalam keadaan bogel itu disiarkan dalam satu artikel yang berjudul My Father the Spy oleh wartawan John H. Richardson di dalam majalah tersebut.

Namun, Anna sebenarnya tidak bergambar untuk Playboy. Gambar bogel itu merupakan milik seorang bekas teman lelakinya. Ia merupakan sebahagian daripada gambar-gambar bogelnya yang disiarkan di Internet pada Julai lalu.

Gambar tersebut menunjukkan Anna berbogel di dalam sebuah tab mandi.

Anna merupakan antara perisik Rusia yang terlibat dalam proses pertukaran tahanan selepas dia ditangkap pada awal tahun ini di Amerika Syarikat (AS) kerana mengintip.

Pada Oktober lalu, Anna bergambar seksi untuk majalah Maxim edisi Rusia. Bekas perisik itu kini diberikan tanggungjawab sebagai ketua sayap belia dalam parti Rusia Bersatu yang memerintah negara itu. - Agensi

Korang nak tengok gambar Anna Chapman spy yang cun tu berbogel ke? Tengok kat bawah. Tapi jangan tengok lama-lama^_^.


Jangan berangan nak tengok benda-benda lucah na..Ni bukan blog 18 sx. Kalau blog 18 sx try pegi search kat Google..Agagaga.

By the way, boleh tahan jugak Anna Chapman ni..Siap boleh jadi spy lagi. Kan dah kena tangkap. Rugi je..Baik jadi model jalan kucing Catwalk ke lagi bagus. Mesti malatop!Kalau nak jadi spy belajar la dengan Jolie dulu. Baru mantop!. Ahahaha.

Wednesday, January 12, 2011

Senarai Pemain Kedah|Jersi Baru|Player Baru Musim 2011

Share

Senarai Pemain Kedah|Jersi Baru|Player Baru Musim 2011

Sori la kalau  yang baca ni bukan orang Kedah na...Huk3. Kalau nak baca pun boleh^_^. Kali ni nak update pasai pasukan Kedah pulak. Sapa pemain yang baru masuk, jersi baru Kedah yang tak berapa nak cun dengan senarai semua 19 pemain Kedah yang dah didaftarkan.

Ok la hangpa tengok dulu senarai 19 pemain Kedah kat bawah ni. Macam biasa tetap dengan muka lama lagi kecuali ada 3 orang pemain baru yang masuk. Maknanya ada 16 orang pemain lama tambah lagi 3 orang pemain baru.


Penjaga Gol
Helmi Eliza Elias
Muhammad Al-Hafiz Hamzah
Abdul Hadi Hamid

Pertahanan
V. Thirumurugan
Sharil Faizal Sharifuddin
Fazliata Taib
Mohamad Khairul Helmi Johari
Mohd Fauzi Nan
Azmi Muslim
Shafizan Hashim

Tengah
Ahmad Fauzi Shaari
Amar Rohidan
Sabree Abu
Firdaus Fauzi
Baddrol Bakhtiar
Mohd Khyril Muhymeen Zambri

Penyerang
Azlan Ismail
Mohd Faizal Abu Bakar
Ahmad Shakir Md. Ali



Belakang dari kiri: Helmi Eliza, Shahril Faizal, Khyril Muhymeen, Fazliata Taib, Al-Hafiz Hamzah,V. Thirumurugan dan Baddrol Bakhtiar.

Barisan kedua dari kiri: Abdul Hadi Hamid, Faizal Abu Bakar, Ahmad Shakir Ali, Azlan Ismail dan Shafizan Hashim.

Depan dari kiri: Firdaus Fauzi, Azmi Muslim, Amar Rohidan, Fauzie Nan dan Khairul Helmi Johari.

Yang tak dak dalam gambaq ni Sabree Abu dengan Fauzi Shaari ataupun lebih dikenali dengan nama Pak Long. Tak tau la depa pi mana time ni..huhu



Ni pulak gambaq 3 orang pemain baru Kedah


Dari kiri: Fauzi Nan, Amar Rohidan dengan Firdaus Fauzi. Sorang tu dah pernah main dengan Kedah dulu(Fauzi Nan). Yang lain-lain tu sorang dari Terengganu(Firdaus Fauzi), sorang lagi dari Perlis(Amar Rohidan). 


Difahamkan pemain yang tinggalkan pasukan Kedah untuk berhijrah ke pasukan lain antaranya seperti Saramsak Kram, Fadhly Baharom ke Perlis dan Syafiq Jamal ke Perak.


Kedah la ni dok kekalkan lagi penaja lama untuk jersi baru tahun 2011 iaitu dari syarikat barangan sukan Lotto. Nampak macam Ultraman pun ada gak kan. Eh?Salah-salah..Macam MU pun ada gak.:-p. Tapi jersey yang sebelum ni ok sikit kot..Lawa sikit dari yang ni. Jersi ni macam zaman Kedah dulu-dulu. Tapi takpa la..Ok la tu..Jersi tak penting janji Kedah dapat kekalkan rentak cemerlang untuk musim baru ni kan.


Ni gambar 3 jersey Kedah untuk Home(Hijau), Away(Kuning) dengan 3rd kit (Kelabu)



Kedah ada beberapa orang pemain kebangsaan dalam pasukan antaranya sapa lagi kalau bukan Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen, Sabree Abu, Faizal Abu Bakar, Khairul Helmi dan yang terbaru Amar Rohidan. Pergh!!Terbaik siot..^_^.


Harap-harap Kedah dapatla sapu satu piala musim ni dari 3 piala yang ada tu. Satu pun jadi la  naaa..Kalau nak 3 tu payah la sikit..Tapi tak mustahil kan..^_^


Sapa orang Kedah kat sini??^_^


Gambar kredit to  

Tuesday, January 11, 2011

dR Rozmey Bakal Ambik Alih Facebook..What???

Share

dR Rozmey Bakal Ambik Alih Facebook..What???

Damn!!Facebook nak tutup pulak dah. Eh??Betul ke Facebook nak tutup 15 Mac ni??Korang percaya ke? Kalau betul pun apa salahnya..Lagi bagus!!Sebab........Jeng..Jeng...Jeng!!!

v
v


v


v

dR Rozmey nak gantikan Facebook dengan dRbook..Agagaga..Tengok komen kat bawah


Gambar kredit to Melvister


Lawak betul la dR Rozmey ni..Memang suka buat lawak 40 juta tau..Malu i...Wakakaka.



Artikel berkaitan dengan Facebook








Korang percaya ke Facebook nak tutup?Hak3

Download Kalendar Tahun 2011 Percuma

Share

Download Kalendar Tahun 2011 Percuma 

Korang dah ada lagi ke belum kalendar untuk tahun 2011? Kalau belum ada lagi korang boleh  la download kalendar kat bawah ni secara percuma. Disertakan sekali dengan tarikh-tarikh penting cuti umum bagi yang memang dok tunggu bila la nak cuti..Agagaga.. Kredit kepada bighandesign untuk kalendar ni.

Raya cina ni cuti nak balik kampung halaman..Yippii!!



Download Kalendar Tahun 2011 Percuma

Monday, January 10, 2011

Keputusan Penuh AJL 25|Siapa Ana Raffali?

Share

Keputusan Penuh AJL 25|Siapa Ana Raffali?

Tamat sudah AJL ke 25 yang dilangsungkan pada tahun 2011 ni..Agak mengejutkan jugak keputusan tadi kan? Mengejutkan atau tak saya rasa tak patut kita nak pertikaikan keputusan juri malam ni yang memang semuanya professional. Ok la..Semua pun dah tau keputusan tadi tapi saya nak update gak. Mana boleh korang je yang update..Huhu.


Senarai Pemenang AJL 25:

Juara - Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali/Ana Raffali/Ana Raffali)

Naib Juara - Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja)

Tempat Ketiga - Noktah Cinta(Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)

Persembahan Terbaik - Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)

Vokal Terbaik - Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam)

Juara AJL kali ke 25 jatuh kepada Ana Raffali kan..Saya pun agak terkejut. Sebab terlalu awal buat Ana nak menang AJL. Tapi tu rezeki dia kita kena ingat. Allah dah tentukan. Janganla kutuk-kutuk pulak sebab dia menang. Tak baik tau..Sedap jugak lagu tu..Not bad kan. Jom kita kenal dengan Ana Raffali kat bawah ni:




Biodata Ana Raffali:

Nama Penuh: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali

Nama Komersial: Ana Raffali

Tarikh Lahir: 4 November 1985

Tempat Lahir: Kuala Lumpur

Adik Beradik: Anak ke sembilan daripada 11 beradik

Karier: Penyanyi dan penggubah lagu

Album: Ketika Aku Kecil

Lagu Popular: Hujang Bunga di Kuala Lumpur, Tolong Ingatkan Aku

Pendidikan: Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM)



Tahniah buat Ana Raffali! Jangan lupa diri. Semoga berjaya di masa depan..Korang nak dengar lagu-lagu tadi boleh ke Senarai 14 Lagu Layak ke AJL 25.


Wehh!!!MU menang la dengan Liverpool!Haha. 

Sunday, January 9, 2011

Dalam Dilema Antara Bola dengan AJL 25. Nak Pilih Yang Mana??

Share

Dalam Dilema Antara Bola dengan AJL 25. Nak Pilih Yang Mana??

Wahh!!Penatnya cuti ni..Busy giler wa cakap sama lu! Baru balik dari setup deco wedding  Jovian Mandagie punya event. 2 minggu lepas kat Concorde Hotel Shah Alam, hari ni kat Mandarin Oriental Hotel. Sebab tu agak kebizian sikit nak tengok blog kebelakangan ni...

Saya sekarang ni tengah berada dalam keadaan dilema ni samada nak tengok bola ke AJL. Huhu. Bola pun best gak, Manchester United vs Liverpool pusingan ke-3 Piala FA main kat Old Trafford..Awal sangat MU jumpa Liverpool ni..Tapi takpe..Tak ada masalah punya la nak menang. (Ayat berani mati sambil bangga jap). Koh3. Liverpool sekarang dah tukar pengurus. Abang Roy Hodgson baru je kena pecat kemudian Kenny Dalglish yang ganti kot.

AJL pulak malam ni mesti best gile!! Semua 14 lagu yang layak masuk final semua mantop-mantop. Dengar bunyinya AJL 25 kali ni paling meletup sekali. Tak tau la meletup cam mana kan. Kena tunggu malam ni dulu la. Huhu. Pernah tengok sekali AJL live kat Bukit Jalil masa AJL 23.

Yang tak bestnya AJL mula pukul 9 malam, MU vs Liverpool mula pukul 9.25 malam. Owh!!No!!Kenapa la buat time yang sama. Huhu. Dah la member saya dapat tiket VVIP tapi 4 keping je. Mana cukup...Uwaaaa...(Sedih jap). Kalau dapat tiket tu boleh la dok sebelah Lisa Surihani kan. Kah3. Konpom bola tak tengok pun takpe..Tak dak nak dilema-dilema lagi. Hua3. Tapi malangnya...........Isk3.

As a conclusion, MU vs Liverpool malam ni dah semestinya MU yang akan menang ye dak? Oppssss!!2-1 boleh kot. AJL pulak yang akan menang mungkin Faizal Tahir - Hanyut, Meet Uncle Hussein - Drama King dengan Yuna - Cinta Sempurna kot..



Korang pilih lagu mana yang menang AJL 25? Mesti korang pilih MU menang gak malam ni kan..Kan3??:-p. Tapi nak tengok yang mana satu ni??Any idea??Huhu

Thursday, January 6, 2011

Cara Tingkatkan Trafik ke Blog dengan Gengblogger.com

Share
  
Cara Tingkatkan Trafik ke Blog dengan Gengblogger.com

Salam 1Malaysia semua kawan-kawanku yang disayangi..Lama tak jumpa kan??Eh, penah jumpa ke??Uhuk3. Lama dah tak update blog ni. Dah bersawang macam sarang Spiderman dah. Hak3. Bukan saje tak nak update tapi baru hari ni dapat tengok blog ni..Baru balik dari ganu kite. Nananana..Ganu kite!!Hoho. Kemaman banjir ye dak? Sape dok kemamang kat sini?? Lebat hujan kat Kemaman harini. Nasib baik dapat balik Shah Alam gak^_^.

OK2..Mari kita teruskan dengan tutorial kita hari ni. Lama dah aih tak update pasal cara tarik/tingkatkan/tambah/ trafik ke blog ni..Yela..Sape la saya nak update pasal trafik-trafik ni..Blog ni pun trafik ciput je(sedih jap)..Tapi, time kasih naa kawan-kawan yang sudi jengok sini^_^. Love u 2..Ehhh??

Korang mesti pernah dengar gengblogger kan..Mungkin ada yang tak pernah dengar lagi..Gengblogger ni satu lubuk nak dapatkan trafik riban-riban ribu-ribu sehari kalau kena gayanya. Saya pun baru je lagi join gengblogger ni..Tapi trafik takde la ribu-ribu sehari..Nak dapat trafik banyak ni entri kena best..Tajuk kena power..Baru orang nak baca ye dak? Kepada yang nak tarik trafik ke blog tu boleh la ping entri kat gengblogger..Kalau tak faham pasal blog ataupun berkaitan dengan gengblogger semua ni boleh tanya otai-otai yang ada kat situ macam Kak Jie yang selalu buat entri pasal SEO..Dan otai-otai yang lain..Ramai..Tanya je kat bahagian forum tu. Mesti ada orang jawab punya k.

Ni gambar muka depan gengblogger. Korang boleh tengok Entri Best Hari Ini, Forum, Popular Hari Ini dll..Korang pun boleh tengok entri ikut kategori contohnya lawak, tutorial blog & web, gosip artis dll..




Cara Register Blog di Gengblogger

Sebelum kita nak tarik banyak trafik, kita kenala register dulu. Tapi macam mana nak register kat gengblogger??Ok..Kalau korang nak tau boleh ke entri ni Cara untuk Register di Gengblogger oleh Ariffshah.


Lepas dah register korang kena isikan detail-detail di bahagian Setting.


Cara Ping Entri Blog di Gengblogger

Lepas dah register, dah complete semua detail-detail time ni la nak ping entri blog kat sana. Macam mana nak ping?? Caranya:


Pergi ke bahagian rumah > akan keluar macam gambar kat bawah ni > Pilih kategori mana entri blog korang tu > Tekan Ping Blog..Siap.



Ataupun korang boleh tengok video kat bawah ni..Upload oleh andyhowtt.com




Kalau nak tarik trafik guna cara selain gengblogger korang boleh jugak ke entri 18 Teknik Mudah Promosi Blog


Kepenatan belum habis lagi ni..Next entri kalau sempat saya akan buat lagi satu tutorial cara nak tarik trafik dengan gengblogger tau. Selamat berblogging^_^. 

Dah register ke belum??^_^

Monday, January 3, 2011

Lawak Samy Vellu|Tolong Jangan Gelak!

Share

Lawak Samy Vellu|Tolong Jangan Gelak!

 Kita semua tau pada 6 hb Disember 2010 yang lalu, Datuk Seri S. Samy Vellu secara rasminya dah lepaskan jawatan sebagai presiden MIC. Beliau mengambil alih pucuk pimpinan parti pada tahun 1979 lepas kematian presiden keenam Tan Sri V. Manickavasagam dan dah pegang jawatan sebagai presiden MIC selama 31 tahun. Pergh!!Lama sungguh..

OK la...Apa yang best mengenai beliau ni adalah terkenal dengan dialog Bahasa Melayu yang agak tunggang-langgang, lucu dan jugak kelakar. Lepas ni tak dapat dah cari pengganti yang sama macam dia kan...^_^. Antara dialog ataupun ayat yang boleh kita gelak guling-guling sampai berbuih mulut korang boleh baca kat bawah:

  • Samy Vellu komen tentang pos laju. “Besok kirim, hari ini juga sampai”
  • Dalam interview di TV, dia ingin meluahkan perasaan malunya. “Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat besar”
  • Dalam satu ceramah, “Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini”. Tiba-tiba seorang pakcik menyampuk “Tapi kita takde sungai, buat apa bina jambatan??” Dato Seri dengan bangga membalas “Kalau takda sungai, kita bina sungai.”
  • Semasa krisis air “Semua orang diminta jangan buang air!”
  • Dato Seri komen pasal orang marah tol naik “Toll naik sikit, banyak marah saya. You orang ingat semua ini tol saya punya bapak punya kah?”
  • Komen pasal isu masalah sosial “Orang-orang muda sekarang banyak suka hisap dade“ Dade = Dadah
  • Sempena kempen derma darah “Marilah kita semua menderma dare” 
  • Semasa kes Al Arqam di kemuncak “Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”
  • Mengenai kepulangan Dr Sheikh Muzaffar, angkasawan negara pulang ke bumi “Kita rasa bersyukur kerana angkasawan kita yang telah meninggal dunia selama 10 hari telah selamat dikebumi”
  • Di sebuah majlis perasmian bangunan “Tuan-tuan dan puan-puan, saudara mara (sepatutnya saudara-saudari), sesudah semua orang makan kenyang, sekarang kita mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain“
  • Dato Seri komen tentang orang pergi ke bulan "Bagi saya, ini adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi matahari. Barulah USA, Russia respect sama kita. The jounalist replied "Tapi Dato Seri, matahari kan panas, macam mana mahu pergi?". Dengan cool nya Dato Seri reply "Itu pasal la u takda jadi menteri, saya sudah lebih 30 tahun jadi menteri, saya mesti ada penyelesaian. Kita jangan pergi siang, banyak panas. Kita pergi malam, baru ada sejuk"


OMG!!!Help Me Please!!!Tolong!!!



Kalau terhibur klik la butang Share ataupun Like^_^

Sunday, January 2, 2011

Ayu Raudhah Breast???

Share

Ayu Raudhah Breast???

Wah3!!Ada apa dengan breast Ayu Raudhah ni??? Awat ramai sangat orang nak tengok breast Ayu Raudhah hah?Korang tau tak Ayu Raudhah dah nak kawin 21  hb Januari 2011 ni?? Gatai hangpa noo....Ayu Raudhah kawin sama siapa?? Ayu Raudhah vs Zaquan Adha la geng...Repot sama itu Zaquan Adha baru tau..hak3

Macam-macam perangai orang kita ni..Ade ke patut search keyword Ayu Raudhah breast. Search la pasal Scarlett Johanssen ke, Angelina Jolie ke..Baru best..keh3. Mentang-mentang la Ayu Raudhah dah nak kawin bulan ni, kome gatai nak tengok breast Ayu Raudhah ye yob??



Nah ambik ni bukti keyword yang orang search pasal Ayu Raudhah tu..Ingat i tipu ke..huk3




Kalau nak tengok sangat terjah entri kat Beautifulnara kat bawah ni. Saja try search kat google apa yang keluar guna keyword tu. Keluar la entri kat Beautifulnara ni..Blog Beautifulnara femes kat Malaysia tau..

Siapa punya breast paling mantap?
Ayu Raudhah Seksi Dalam Mangga

Ayu Raudhah Merenung Tajam ke Mata Anda


Biodata Ayu Raudhah:
  
NAMA: Raudah Che Wan
NAMA KOMERSIAL: Ayu Raudah
USIA: 27 tahun
TARIKH LAHIR: 7 Disember 1984
TEMPAT LAHIR: Alor Star, Kedah (Kalau hang pi Aloq Staq aku putaq kepala hang^_^)

Biodata Ayu Raudhah kredit to gambarartis


Selamat Pengantin Baru kepada Ayu Raudhah dan Zaquan Adha..Semoga Berbahagia ke Anak Cucu ^_^.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive