Thursday, March 31, 2011

[Trik]Call Free Tanpa Had Menerusi HP

Share

[Trik]Call Free Tanpa Had Menerusi HP

Korang nak tau tak semalam saya dapat idea untuk cari cara-cara kenakan telco-telco seperti Maxis, Celcom, DIGI dan lain-lain. Dan tanpa diduga.......SAYA AKHIRNYA BERJAYA!!!

SAYA BERJAYA HACK TALIAN TU UNTUK BUAT PANGGILAN PERCUMA DENGAN MANA-MANA TELCO SEKALIPUN!

PLEASE!!INI BUKAN CERITA TIPU YE!

Sebenarnya, agak keberatan jugak saya nak share trick yang saya jumpa ni. Tapi bila saya fikir balik, tak baik kita kedekut ilmu betul tak.

Jadi, saya akan cuba ajar korang sedaya upaya saya untuk bagi korang pandai buat jugak. Tapi jangan la bagitau seluruh dunia pulak pasal trick ni ok. Kalau pihak berkuasa atau pihak telco sendiri yang tau saya takut cara ini akan diblock dan gagal la nak dapat panggilan percuma tanpa had ni.

 

Saya ingatkan, tips ini dapat digunakan untuk semua nombor. Boleh digunakan tanpa had waktu. So, kalau korang berminat nak tau boleh la belajar trick yang saya akan tunjukkan kat bawah ni.


Tanpa membuang masa lagi jom kita tengok cara-caranya:

1. Pertama sekali pastikan kredit minimum di HP korang harus RM0.50 atau lebih.

2. Pastikan nombor telefon yang akan korang gunakan nanti aktif.

3. Pastikan korang ingat nombor HP kawan korang tu.

4. Salin 5 digit pertama dan 5 digit terakhir nombor telefon yang korang nak dail tu.

5. Buka SMS kosong di HP korang.

6. Taipkan nombor telefon kawan korang tu.

7. Langkah terakhir taip SMS dengan isi seperti berikut… .



















“Telefon aku sekarang, PENTING!!”

P/S: Jangan ingat semua benda boleh dapat free. Masuk toilet pun 20 sen.



Tuesday, March 29, 2011

Senarai Nama 12 Pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-9(AF9)

Share

Senarai Nama 12 Pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-9(AF9)

Teka-teki sape yang bakal jadi pelajar Akademi Fantasia Musim ke-9 dah pun terjawab. 3 orang daripada pelajar tu merupakan bekas bintang realiti My Starz LG dengan Mentor iaitu:



Ahmad Aliff Afif Tirmizie (Afif), 24 tahun merupakan  bekas peserta Mystar LG musim pertama




Mohamad Azri Abdullah berumur 23 tahun ataupun dipanggil Azri merupakan bekas pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan(ASWARA). Selain tu Azri jugak pernah join My Starz LG musim ke-2. Kalau korang nak tau Azri adalah seorang vokalis Breakfast Band. Breakfast Band ni femes dengan 2 single bertajuk Hentikan dengan Bagai Puteri. Kalau korang nak dengar lagu tu boleh terjah ke entri ni Breakfast Band - Bagai Puteri dan ni lagi satu Breakfast Band - Hentikan.



Hairul Najmuddin Abu Samah (Erul), 19 merupakan bekas pelajar rancangan realiti TV3 iaitu Mentor (Protege Jaclyn Victor)



Lagi 9 orang peserta ialah:



Nur Haidir Muhd (Kay), 22 tahun



Mohamad Amirullah Jahari (Amir), 18 tahun




Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib), 20 tahun




Lenaber Haidir (Lena), 20 tahun




Zulaika Zahari (Laika), 22 tahun



Nur Atiqah Shaffudin (Eka), 21 tahun




Roshammizah Rosli (Miza), 27 tahun





Nur Suhada Jebat (Aida), 18 tahun dan




Queennera Francine Francis Kitingon (Nera), 19 tahun.


Agak-agak Azri Breakfast Band boleh menang tak?Breakfast Band Rawks!!!

Saturday, March 26, 2011

18 Teknik Mudah Promosi Blog|Tarik Trafik

Share

18 Teknik Mudah Promosi Blog|Tarik Trafik

Kepada korang yang baru nak berblogging ataupun yang dah lama tapi belum tahu lagi cara nak promosi blog, saya nak share 18 teknik mudah untuk promosi blog korang. Bukan nak mengajar sebab trafik blog ni pun ciput je tapi sekadar nak share apa yang saya tau sejak mula berblogging tak lama dulu. 

Ada banyak lagi cara promosi tapi saya cuma senaraikan beberapa teknik je yang paling mudah dan senang . Gunakan teknik ni sebaik mungkin dan rajin-rajinkan diri sendiri buat promosi k. Yang paling penting kena rajin..Tu je. Kalau malas tak dapat la den nak tolong^_^. Jom terjah 18 teknik mudah promosi blog kat bawah ni.

1. Selalu update blog dengan artikel terbaru. Pastikan blog tak terbiar dengan artikel yang lama. Lagi rajin korang update lagi bagus.


2. Bagi benda yang percuma untuk orang download supaya orang seronok melawat blog kita.


3. Kenalpasti sasaran pelawat contohnya blog yang menjual tudung sasarannya adalah wanita. Jadi, banyakkan promosi kepada blog yang pemiliknya adalah wanita.

4. Tinggalkan komen pada Chatbox dan promote link korang bagi blog yang mempunyai Chatbox ataupun dipanggil BLOGWALKING^_^


5. Buat link exchange / banner exchange dengan blog lain.


6. Rajinkan diri untuk komen yang bernas di blog orang lain dan letakkan sekali link korang. Mesti tuan punya blog akan datang balik ke blog korang. (Tapi ada yang cakap kalau letak link sekali macam tak ikhlas nak komen??)


7. Buat analisis statistik pelawat blog menggunakan tools percuma seperti Google Analytics. Kalau korang tak tau lagi cara nak guna, boleh terjah kat sini
Panduan Memasang Google Analytics.

8. Buat page contact us untuk mendapatkan feedback dan komen dari pengunjung.


9. Cipta sendiri tagline yang menarik untuk memudahkan pelawat ingat blog  kita Contohnya Just Do It untuk Nike, Rentak Muzik Terkini untuk ERA, Sumber Informasi Terkini untuk zuarxpdc.com.


10. Dapatkan PageRank (PR) yang baik di dalam Google dan Search Engine. Blog ni pun pagerank tak naik-naik..Dulu dapat pagerank 1 lepas tukar domain terus hilang^_^


11. Gunakan function RSS supaya orang lain boleh subscribe. Contohnya boleh baca melalui e-mel. Korang boleh masukkan e-mel ke dalam kotak di bahagian atas blog ni kalau nak langgan melalui emel.


12. Gunakan domain yang ringkas supaya mudah orang ingat contohnya www.zuarxpdc.com *Lalalala*


13. Promosi blog melalui signature email. Macam mana nak buat signature kat email?Klik sini


14. Promosikan pada laman social yang popular seperti Facebook, Myspace, Friendster, Twitter dll.


15. Submit URL blog korang di Directory Listing seperti DMOZ.org, blogmalaysia.com, gengblogger dll.


16. Submit URL di search engines. Contohnya Google, Yahoo, Alexa, MSN dll. Cara submit blog terjah sini Cara Submit Blog ke Search Engine.


17. User friendly. Jangan masukkan terlalu banyak javascript, gambar atau animasi supaya blog boleh loading dengan cepat untuk memudahkan lagi proses SEO.


18. Bagi blog yang ada widget feedjit, lepas korang melawat sesuatu blog URL blog korang akan tersenarai pada widget feedjit blog tersebut dan tuan punya blog mesti akan melawat balik. Setiap hari korang lawatlah blog tu untuk dapatkan traffic percuma. Sama jugak macam widget di gengblogger..



Teknik Extra:

19. Kalau korang ada pasang iklan Nuffnang, dapatkan status Glitterati..Jangan pasang iklan lain selain iklan nuffnang. Nanti korang boleh ping blog korang di www.innit.nuffnang.com..Tapi, hanya blog yang dapat status Glitterati saja yang boleh ping kat situ.

20. Buat la entri yang berkualti, entri yang best-best..Sebab orang akan selalu masuk kalau ada informasi yang berguna..

21. Pastikan jugak tajuk tu hot..Maksudnya letak tajuk yang boleh tarik minat orang nak baca. Kalau buat tajuk macam ni "Kucing". Orang nak baca pun malas kan kecuali letak macam ni "Kucing Merogol Tuannya". Agak-agak orang nak klik baca tak?Koh3


Kalau ada lagi nak tambah korang boleh tambah kat bawah k. Sama-samalah kita berkongsi ilmu^_^. Publish balik entri lama..Tapi ada 3 teknik extra..^_^


Jom tengok Drama Korea Kegemaran Korang kat sini

Friday, March 25, 2011

Servis Format Komputer Murah Seksyen 7 Shah Alam

Share


Servis Format Komputer Murah Seksyen 7 Shah Alam


Pakej format laptop harga student!

Termurah dan Terbaik! 

Murah giler adik/kakak/bro

Berapa???

RM25 jer

Betul ke??

Ye betul. RM25

Dijamin puas hati. Ada masalah sila cari kami!


  • Pusat Operasi: Pusat komersial, Seksyen 7(Atas 7Eleven/Avon) 
  • RM0 SERVICE DELIVERY AREA Seksyen 2/Seksyen 7/UiTM Shah Alam
  • Hubungi: 017-3357247(zuar) atau 013-4138026 (Zam) untuk sebarang pertanyaan. 




Format komputer murah Shah Alam|Servis Format komputer Shah Alam|Format komputer Murah Sekyen 7

Cara Submit Blog ke Search Engine|Enjin Carian

Share


Cara Submit Blog ke Search Engine|Enjin Carian

Selamat malam korang..Korang dah tido ke? Ke tengah blogwalking ke tu??Huhu. Korang ada blog kan??Dah submit blog ke enjian carian lagi tak??Ape??Belum??Ish3..Korang ni...Tak boleh buat camtu tau...

Kalau korang ada blog, korang kena submit ke search engine @ dalam bahasa melayunya enjin carian..Sebab pe nak submit ke enjin carian plak??

Haa...Meh cek nak bagitau..Submit link ke enjin carian ni amat-amat penting sekali untuk pelawat yang datang dari Google, Yahoo, Bing dan sebagainya. Sebelum diorang datang kita mestila kena bukak pintu dulu kan nak bagi masuk..So, bila kita submit link blog ke enjin carian, kita dah bukak satu laluan untuk diorang datang.  

Kalau korang tak buat ni, memang teramat rugi..Kalau korang nak tau, pelawat ataupun trafik dari enjin carian ni menguntungkan untuk jangka masa yang panjang..Tapi korang kena mahir dengan teknik SEO dulu.
 

SEO adalah Search Engine Optimization!!



OK la..Sebelum korang belajar teknik SEO ni yang penting submit dulu link blog tu ke enjin carian yang ada. Lepas submit kita kena sabar sebab ada blog yang ambik masa yang lama sebelum terindeks ke enjin carian ni..Ada yang sekejap..Yang penting kena bersabar ok!

Macam mana cara nak submit link blog ke enjin carian ni?? Senang je...Klik link kat bawah ni k



Masukkan nama blog korang pada URL contohnya http://www.namablogkorang.com dan masukkan jugak apa yang korang nampak di CAPTCHA tu. Lepas tu tekan Submit Request.


Dah siap semua tunggu la dengan penuh kesabaran ok!:-p 

Selesai....



Cara submit blog ke Google|Cara submit blog ke Yahoo|Cara submit blog ke Bing|Cara submit blog ke Alexa


Korang dah sumbit ke belum ni???^_^

Wednesday, March 23, 2011

Trailer Movie Terbaru|Karak - Laluan Puaka Terbitan KRU Studios

Share

Trailer Movie Terbaru|Karak - Laluan Puaka Terbitan KRU Studios
 
Korang ingat lagi tak kisah seram Volkswagen kuning yang kacau pemandu kat highway Karak tu dulu? Dulu??Sekarang dah tak de ek??Huhu. Memang femes gak cite ni masa zaman dulu-dulu tu. Ramai orang cakap pernah jumpa..Siap masuk majalah Mastika lagi..Tapi kebenarannya Wallahualam...


Moh baca cite seram Volkswagen kuning ni sat.


Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai  kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Kredit to ezany


Pergh!!Gitu noo citenye..Huhu..Betoi ka??Tak pa la..Tak kesah la macam mana pun. Yang penting KRU nak kuarkan movie baru bertajuk KARAK - LALUAN PUAKA pada 26 Mei 2011 ni berdasarkan cerita kat atas tu. Weehhuuu!!!Macam best je kan kalau KRU yang buat..Mesti gempak. I loike cite hantu.Grrrrr!!


Ni plak Sinopsis Movie Karak - Laluan Puaka ni

Kami rasa semua rakyat Malaysia tahu akan sejarah lebuhraya Karak atau tempat itu sendiri. Banyak kemalangan ngeri yang kita dengar berlaku disitu. Ada juga yang berkata ternampak makhluk halus kerana banyaknya kejadian ngeri yang berlaku.

Dari perkara itu, KRU Studios keluar dengan filem seram terbaru dan pertama arahan Yusri Abdul Halim, "Karak". Menceritakan empat pelajar kolej yang ingin pulang ke Kuantan setelah berhibur di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan telah mengambil keputusan menggunakan jalan singkat. Semasa menggunakan jalan singkat tersebut macam-macam perkara telah berlaku dan mereka telah terserempak dengan Volkswagen berhantu yang berada disitu.

Antara pelakon yang terlibat dalam "Karak" ialah Shahir, Sheera Ayob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussien. Filem yang diadaptasi dari kisah benar ini telah ditulis oleh Norman KRU dan bakal ditayangkan tahun ini.


Kredit to: KRU Studios


Cek tengok trailer kat bawah ni macam best. Korang tengok  lagi tak? Moh le kita tengok Trailer KARAK - LALUAN PUAKA ni.Seram dol!!





Korang pernah jumpa tak masa lalu kat highway Karak?:-p

Ni lagi cerita pasal Karak - Misteri Laluan Karak Berhantu


Nak laptop free tak???Klik la sini kalau berani

Monday, March 21, 2011

Kiamat Sudah Dekat|Sudah Bersediakah Kita?

Share

Kiamat Sudah Dekat|Sudah Bersediakah Kita?

KEJADIAN tsunami dahsyat di Jepun telah membuat manusia beranggapan apakah peristiwa sebegini membawa petanda dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.

TSUNAMI yang berasal dari perkataan Jepun bermaksud "ombak gergasi" sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di hadapannya.

Sehinggakan manusia semakin terfikir apakah fenomena tsunami yang melanda dunia, yang dilihat lebih kerap adalah hanya satu lagi fitrah alam atau apakah ia angkara petanda kemarahan alam terhadap kerakusan manusia itu sendiri?

Melihat kepada tragedi tsunami yang melanda Jepun pada tanggal 11 Mac lepas memang mengerikan namun ia bukanlah sesuatu yang baru di negara matahari terbit itu.

Akibatnya ramai yang mula beranggapan apakah peristiwa tsunami sebegini membawa petanda apakah dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.

Dunia sudah dilanda dua kejadian tsunami besar dalam tahun millennium baru dan semakin ramai yang terpengaruh dengan ramalan kiamat dan kemusnahan total pada 2012.

Melihat kepada telahan umum ramai yang beranggapan tahun 2012 adalah tahun di mana satu bencana besar akan berlaku malah ada yang begitu yakin kiamat akan melanda manusia pada tahun tersebut.


Kiamat 2012

Apatah lagi sudah terdapat filem mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dalam filem 2012.

Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya yang berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.

Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.

Pada tarikh 21 Disember 2012 Bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

 

Nostradamus

Begitu juga bagi peminat Nostradamus bilamana mereka telah membuat andaian akan berlaku satu peristiwa besar pada 2012, berdasarkan ramalan di bawah;

"At the place where HIERON has his ship built,
There will be such a great sudden flood,
That one will not have a place nor land to fall upon,
The waters mount to the Olympic Fesulan."

Nostradamus mendakwa planet-planet di angkasa lepas akan berantakan yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan. Namun tiada sebarang tarikh khusus yang dinyatakan cumanya pengikut Nostradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka.

Keadaan kini semakin kalut apabila dikatakan sebuah planet bernama Nibiru atau Planet X oleh NASA sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini digambarkan 100 kali ganda besar berbanding bumi atau sama besar dengan planet Musytari.

 

Planet Nibiru

Adalah dijangkakan pada 23 Disember 2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada Bumi apabila ia menceroboh sistem solar Bumi.

Apabila ini berlaku kesan paling buruk adalah ia akan memutarkan kedudukan kutub-kutub sekarang kepada terbalik (polar shifting). Bagi mereka yang percaya ia dikaitkan dengan peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh alaihissalam dahulu.

Bagaimanapun planet ini dikatakan tidak akan menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Planet ini dikatakan hanya akan lalu di antara bumi dan matahari, dimana kecerahannya muka buminya berwarna kemerah-merahan seperti matahari.

Maka ada yang beranggapan ia sebagai antara tanda besar kiamat dimana akan kelihatan objek merah di langit.

Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus, senantiasa berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam lain dan ia mampu memudaratkan hidupan-hidupan yang menghampirinya. Selain itu Planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik dan boleh menganggu kestabilan geografi bumi.

Semenangnya banyak kajian mengenai planet ini telah dijalankan namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet, kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto.

Malahan pada tamadun Mesopotamia dan pada era kegemilangan Kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezzar, Planet Nibiru juga dikenali sebagai Planet Tiamat, maka adakah ia juga satu sebutan bagi kiamat?

 

Kod Rahsia

Selain itu teori akan berlaku kiamat pada 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik. Menurut mereka, bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

Bagi seorang penulis, Fahd Amir al Ahmadi mengatakan bahawa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya bahawa satu kejadian besar akan berlaku pada tahun 2012 namun masih belum diketahui jenis bahananya.

Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi China dari Dinasti Chang sejak tahun 1766, akan berlaku bencana besar pada 3778 M (yang bertepatan dengan tahun 2012).

Seorang ahli astronomi Jepun, Haido Itakawa pula berkata pada tahun 1980 bahwa planet-planet matahari akan tersusun di dalam satu garis di belakang matahari, dan ini kemudiannya akan mengakibatkan kejadian kemusnahan di angkasa raya sekaligus menghentikan kehidupan di atas muka bumi juga pada tahun 2012.

Itu adalah antara sebahagian tilikan dan kepercayaan sesetengah manusia bahawa kejadian tsunami yang semakin hebat melanda dunia adalah antara petanda dunia sudah semakin sampai ke penghujung.

Sesungguhnya ramalan mengenai kiamat tahun 2012 itu disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi moden. Namun bagi kita sebagai umat Islam seseorang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan berlaku. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.

 

Islam

Namun begitu soal kiamat merupakan hal ghaib yang harus dipercayai oleh setiap Muslim namun tarikh sebenar hanya diketahui oleh Allah SWT seperti firmannya dalam surah al A'raf: 187, maksudnya :

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba".

Malah tokoh Islam, Syeikh Yusuf al Qaradhawi pernah ditanya apakah dunia akan hancur pada tahun 2012 ?

Beliau menjawab bahawa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang, menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada anda besok atau lusa, dan itu semua tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah SWT.



Tsunami Jepun

 Sehingga kini berdasarkan rekod, Jepun adalah negara paling banyak dilanda tsunami dan sememangnya ia sudah sangat sinonim dengannya. Dalam jangkamasa lebih 1,300 tahun, sebanyak 195 kejadian tsunami telah melanda Jepun dan secara puratanya kejadian ini berlaku sekali dalam 6.73 tahun.

Malah, gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Richter yang juga kelima terkuat di dunia telah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer.

Hingga kini jumlah korban sebenar masih belum boleh dipastikan kerana angkanya terus meningkat dari saban hari. Dijangka jumlah sebenar mungkin melebihi 10,000 orang.

Mengenali rakyat Jepun nyata mereka dikenali dengan semangat tinggi untuk bangkit seperti kebangkitan yang ditunjukkan mereka selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima.

Namun diharapkan selepas tertinggal di belakang China pada nombor tiga sebagai negara ekonomi terbesar dunia, mungkin peristiwa tsunami ini akan memberi sinar baru yang lebih baik dan bermakna dalam kehidupan.


Sumber: Utusan Online



Bila baca je artikel ni terasa macam takut sangat-sangat sebab amalan belum lagi cukup nak hadapi hari tu nanti..Bumi kita ni dah terlalu tua..Makin sampai ke penghujung..Dah banyak tanda-tanda yang berlaku...Dunia kita makin hampir dengan Hari Kiamat..Tapi kita tak tau bila  akan berlaku..Cuma kita kena percaya dan wajib beriman dengan adanya Hari Kiamat. Hanya Allah yang tahu bila tarikh sebenar Hari Kiamat..

Ada hikmahnya Allah sembunyikan bila akan berlakunya Hari Kiamat supaya kita semua sedar dan tak leka untuk selalu beribadat kepadaNYA untuk berdepan dengan Hari Pembalasan kelak iaitu di Padang Mahsyar samada amalan kita membawa kita ke Syurga mahupun Neraka..

Kalau korang rasa artikel ni membawa kebaikan, kongsi-kongsikanlah...Sama-sama kita bersedia tingkatkan amalan kita...Amar Maaruf Nahi Mungkar..Kadang-kadang kita buat apa yang tak disukaiNYA..Tapi kita masih ada masa lagi untuk bertaubat..Untuk mendapat keampunan dariNYA...INSYAALLAH


Saturday, March 19, 2011

Blogger Bakal Muncul Dengan Interface Baru Dalam Tahun 2011

Share

Blogger Bakal Muncul Dengan Interface Baru Dalam Tahun 2011

Selamat bercuti korang semua. Tengah bercuti ye? Ada yang cuti sekolah, ada yang cuti U, ada yang cuti keje ye dak? Kalau korang tengah bercuti tu hati-hati lah di jalan raya..Ingatlah orang yang tersayang..:-p

Ok la..Berbalik kepada tajuk asal iaitu Blogger Bakal Muncul Dengan Interface Baru pada tahun ni iaitu tahun 2011. Masa nak bukak blog tadi saya baru terperasan ada announcement kat Dashboard tu. Tak tau la dah berapa lama kat situ. Yang pasti baru terbaca tadi..Huk3.

Kalau tengok kepada apa yang Blogger akan buat ni, memang nampak macam sangat-sangat menarik. Sebab interface baru tu memang nampak friendly dan membuatkan ebih mudah untuk kita nak berblogging ni.

7 tahun dulu tak ramai orang yang ada blog dan tak ramai yang baca blog. Lebih kurang dalam 750 000 orang macam tu je pembaca blog ni..Tapi sekarang??Korang agak-agak berapa??

400 juta pembaca yang aktif!!!Mak oii!!Lagi ramai dari penduduk Amerika Selatan!*Nak pengsan jap*. Lepas tu pulak lebih setengah trillion perkataan dah ditulis..Anggaran lebih kurang 5.3 juta novel. Fuhh!!Dasyat siot. Banyak perubahan yang blogger buat tahun 2010 lepas contohnya template designer yang baru, font yang berbagai-bagai(lebih suka guna Arial @ Times New Roman je), Real time stats, Spam Filtering dan lain-lain..


Untuk tahun 2011, apa yang Blogger akan improved???Let's Go!!


Dashboard Baru




Post Editor Baru



Ala......Malas la nak bagitau banyak-banyak..Korang tengok sendiri la video kat bawah ni..:-p

Interesting Beb!!



Dah tengok ke??Best kan....^_^

Tuesday, March 15, 2011

Betul Ke Kota Atlantis Tertimbus Akibat Tsunami?

Share

Betul Ke Kota Atlantis Tertimbus Akibat Tsunami?

Sebelum kita baca kisah Kota Atlantis ni mari sama-sama kita sampaikan ucapan takziah buat keluarga mangsa-mangsa Tsunami yang melanda Jepun pada hari Jumaat lepas 11 Mac 2011 yang mana angka kematian dianggarkan lebih dari 10 000 orang. Kita harap semoga bandar-bandar Jepun yang teruk dilanda gempa bumi dan Tsunami tu akan kembali pulih seperti biasa dalam waktu terdekat ni.

Ok la..Korang pernah dengar tak pasal kisah Kota Atlantis ni? Menurut Plato, seorang ahli falsafah Yunani, Kota Altantis merupakan kota yang canggih dan moden pada zamannya. Namun ia tenggelam ke dasar laut hanya pada kejadian satu hari dan satu malam. Plato juga menyatakan kedudukan Altantis berada bertentangan dengan Selat Gibraltar dan mempunyai kerajaan seluas Asia dan Libya yang digabungkan. Kota itu dipercayai wujud pada 9000 BC sebelum ia hilang tanpa ditemui sehingga kini.


Betul ke Kota Atlantis tu semakin hampir untuk ditemui? Korang baca artikel dari Utusan Online bertarikh 13 Mac kat bawah ni:




NORTHAMPTON, Massachusetts 13 Mac - Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) percaya, mereka mungkin telah mengenal pasti lokasi bandar purba Atlantis yang hilang beribu-ribu tahun dahulu selepas ia dilanda tsunami, menyebabkannya tertimbus dalam lumpur di selatan Sepanyol.

Penemuan itu didedahkan dalam rancangan khas di siaran National Geographic, Finding Atlantis hari ini.

"Inilah kuasa yang dibawa tsunami. Sukar untuk memahami ia boleh menenggelamkan bandar sehingga 96 kilometer ke daratan dan itulah yang banyak kami bincangkan," kata Richard Freund dari Universiti Hartford, Connecticut yang mengetuai kumpulan pencarian antarabangsa itu.

Bagi menyelesaikan misteri berkurun lamanya itu, pasukan berkenaan menggunakan gambar satelit untuk mengesan bandar yang tenggelam bagi mengenal pasti tapak Atlantis di selatan Sepanyol.

Menurut Freund, bandar yang tertanam di kawasan paya yang luas terbentang di Dona Ana Park itu menunjukkan ciri-ciri bandar purba yang dikenali sebagai Atlantis.

Pasukan arkeologi dan geologi itu pada 2009 dan 2010 menggunakan kombinasi radar untuk mengesan sesuatu benda jauh di dalam tanah, pemetaan digital dan teknologi di dalam air untuk meninjau tapak tersebut.

Penemuan beberapa siri 'bandar memorial' yang dibina di Atlantis dan digambarkan oleh pelarian kota purba itu selepas bandar tersebut dimusnahkan oleh tsunami menambahkan lagi bukti dan keyakinan kumpulan penyelidik itu.

Penduduk Atlantis yang tidak terkorban selepas bencana tsunami melanda telah melarikan diri ke kawasan darat dan membina bandar baru di sana.

Walaupun sukar untuk mengetahui dengan pasti tapak kota purba itu, Freund memberitahu, penemuan memorial bandar itu membuatkannya yakin Atlantis tertimbus dengan lumpur di selatan negara Sepanyol.



Korang minat nak baca lagi tak? Kalau korang minat dengan cite macam ni mesti korang akan baca sampai habis..Teruskan membaca^_^




Terdapat sebuah pulau besar yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau ‘Atlantis’.

Pulau itu sungguh hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)!

Aspek sains dan teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak. Saintisnya berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras.

Kemajuan sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini.

Setiap ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan dipertingkatkan.

Atlantis (kononnya) kurniaan tuhan kepada dewa laut, Neptune yang memiliki lima pasang anak kembar dan setiap seorang diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir.

Keluasannya 600 darab 400 kilometer persegi dan memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya saja seramai 1.6 juta orang.

Negara itu disinari matahari terik sepanjang tahun. Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas.

Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar dengan lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air; jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan.

Ibu kotanya dibina di tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata berharga.

Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi pusat kajian sains dan kemanusiaan.

Begitu lama Atlantis hidup gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa.

Akhirnya, lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh semalaman.

Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas.

Demikianlah antara cedukan maklumat hasil keterangan Plato mengenai tamadun Atlantis yang kini terus menjadi misteri di kalangan pengkaji profesional sehinggalah kepada rakyat biasa di seluruh dunia.

Pengkaji terus mencari di manakah sebenarnya lokasi Atlantis pada bulatan Bumi sebelum ia tenggelam. Pelbagai maklumat geografi hasil kisah Plato seperti dicatat dalam ‘Timaeus and Critias’ terus dikaji dan dirujuk silang dengan topografi ketika ini.

Harapan untuk menjumpai kesan tamadun Atlantis tidak pernah padam kerana sesiapa yang berjaya menemui arkeologi tinggalan benua itu digambarkan akan menjadi individu atau pihak ‘paling berkuasa’ di muka Bumi!




Ini disebabkan Atlantis digambarkan memiliki teknologi canggih termasuk keupayaan ketenteraan yang melebihi kemampuan teknologi dicapai manusia abad ini. Ia memang menakjubkan tambahan pula jika dilihat kecanggihan itu dicapai lebih 11,000 tahun lalu!

Keterangan Plato menyebabkan ramai berfikir dua kali kerana sebelum ini, mereka menyangka sains dan teknologi baru saja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu. Mana mungkin 11,000 tahun lalu sudah ada dunia futuristik yang lebih hebat daripada sekarang?

Tetapi jika benar dunia Atlantis yang amat maju itu wujud, maka penemuan tinggalan arkeologi tamadun itu bakal menyingkap pelbagai rahsia sains dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini seterusnya mampu memberi kuasa pengetahuan yang hebat kepada sesiapa yang menemuinya!

Justeru, pengkaji berlainan bangsa daripada seluruh dunia terus-menerus meneliti rekod dialog Plato mengenai tamadun yang dikatakan lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Inca dan Greek itu selain meneliti keadaan geografi Bumi kini.

Antara meraka adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes dos Santos, yang mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya Indonesia.

Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean, Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi.

Antara hujah lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak gunung berapi aktif iaitu di Nusantara.

Mengenai suhu pula, Plato menegaskan bahawa penduduk Atlantis hidup dalam iklim tropika dengan pisang sebagai salah satu tanaman. Penduduk Atlantis dikatakan menanam tanaman dua kali setahun dan ia dikaitkan tanaman padi, gandum atau barli yang banyak ditemui di kawasan Timur Jauh.

Mengenai jumlah penduduk pula, Santos menegaskan Plato merujuk kepada sejumlah besar penduduk yang secara langsung menafikan dakwaan Atlantik di Eropah, Asia Utara dan Utara Amerika sebagai Atlantis kerana kawasan berkenaan ketika itu masih berais.

Kenyataan Plato bahawa Atlantis menghasilkan banyak bijih timah dan emas juga selaras dengan galian yang banyak terdapat di Asia Tenggara iaitu bijih timah dan emas sehingga pernah digelar ‘Semenanjung Emas’, ‘Gunung Emas’ dan ‘Bukit Besi Putih’.

Atlantis juga dikatakan disinari panas sepanjang tahun yang dikaitkan sebagai iklim tropika di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa.

Selain itu, terdapat umat Islam yang mengaitkan tenggelamnya Atlantis disebabkan peristiwa banjir besar Nabi Nuh AS.



Sejak wujudnya cerita Plato itu, misteri Atlantis terus menerus dikaji dan difantasi. Teori yang pelik turut kedengaran seperti kota Atlantis kini masih wujud di dasar laut dengan penduduknya menjadi ikan duyung.

Golongan skeptikal menamatkan misteri itu dengan babak yang mungkin seperti berikut - selepas selesai menceritakan mengenai kota Atlantis itu, Plato menghembuskan nafasnya dengan dada yang lapang. Dia berpuas hati dengan cerita hebatnya mengenai Atlantis.Tamat...


Agak-agak betul tak kewujudan Kota Atlantis ni?Kalau betul pastu jumpa memang satu penemuan yang menakjubkan dalam tamadun manusia..


Penemuan Kota Atlantis|Kota Atlantis Ditemui|Bandar Atlantis|Bandar Atlantis Tertimbus

Monday, March 14, 2011

Gambar Yang Jadi Kontroversi di Berita Harian Pasal Tsunami Jepun

Share
Gambar Yang Jadi Kontroversi di Berita Harian Pasal Tsunami Jepun

MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu hari ini, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.

Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.

Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian  bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.

Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.

Sumber: Bharian Online



Ni lah gambar yang jadi kontroversi tu. Kredit to Beautifulnara


Maybe tak de sikit pun niat diorang(Berita Harian) nak mempersendakan mangsa Tsunami di Jepun ni..Mungkin diorang cuma nak buat selitkan sikit humor tapi tak kena pada masanya.

Tak pe la..Yang penting Berita Harian dah mintak maaf..So, tak payah panjang-panjangkan cite lagi..Lepas ni kalau nak buat lawak tu kena la fikir sensitiviti orang ramai dulu sama macam kes Fizz Fairuz dalam Twitternya...:-)



Tahniah Datuk Lee Chong Wei Juara ALL ENGLAND Tahun 2011 yang baru habis sebentar tadi selepas menewaskan musuh tradisi Lin Dan dari China dengan straight set 21-17, 21-17. Malaysia Boleh!^_^


Ilustrasi Kontroversi Berita Harian|Ilustrasi Tsunami Berita Harian|Lakaran Kontroversi Tsunami Berita Harian|Gambar Kontroversi Tsunami Berita Harian|Ultraman Tsunami Berita Harian

Friday, March 11, 2011

[Video]Kejadian Tsunami di Jepun 11 March 2011|Pengalaman Sendiri Melihat Tsunami

Share

[Video]Kejadian Tsunami di Jepun 11 March 2011|Pengalaman Sendiri Melihat Tsunami
 
Gempar!Gempa bumi sebesar lebih kurang 8.9 skala richter melanda negara matahari terbit, Jepun harini 11 Mac 2011. Kejadian gempa bumi tu telah menyebabkan berlakunya Tsunami setinggi 10 meter. Gempa bumi terkuat yang pernah berlaku sejak 140 tahun..Satu jangka masa yang amat lama. Baca info pendek kat bawah ni:


WASHINGTON 11 Mac - Satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter menggegar pantai timur Jepun hari ini, mengakibatkan satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.





Korang  tengok video dari Youtube kejadian Tsunami di Jepun kat bawah ni. Menakutkan......


Harap-harap akibat dari gempa ni tak sampai ke Malaysia..Masih ingat lagi kejadian Tsunami tahun 2004 dulu..Masa tu saya saksikan sendiri pengalaman Tsunami yang melanda negara kita di Penang..Masa tu kita semua tak pernah lagi ada pengalaman kena Tsunami..Masa  kejadian Tsunami tu saya tengah keje kat Park Royal Hotel Penang pada 26 Disember 2004. Saya keje part-time lepas habis SPM.




Saya ada di tingkat 14 kat hotel tu. Tinggi kot tingkat 14. Memang clear la nampak kat tengah lautan..Saya saksikan sendiri air laut jadi hitam bergulung-gulung...Macam satu garisan panjang warna hitam kat tengah laut menghala ke pantai..Masa tu Tsunami belum lagi sampai kat pantai..Sejibik macam kat dalam video kat atas ni..Tapi masa tu saya tak rasa benda yang pelik. Masa tengah keje dengar bunyi ambulans, tapi buat tak tau je sebab mungkin ada kemalangan kat mana-mana..


 


Bila saya nak balik saya lalu tepi laut tu baru saya perasan yang Malaysia dilanda ombak besar Tsunami. Tu pun lepas tanya orang kat situ. Masa keje biasa la bukan boleh tengok tv..So, tak tau perkembangan..Tapi kat kawasan bawah tepi pantai hotel tu memang dah kena teruk..Nasib baik tak seteruk kat Pantai Batu Feringghi yang ada orang meninggal hanyut kena ombak. Syukur Alhamdulillah masa kejadian tu kawasan saya keje tu tak ada apa-apa sangat...


Ni video lagi...



Satu pengalaman yang tak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila...Korang ada pengalaman tak pasal Tsunami ni?


Tsunami Jepun 11/3/2011, Gempa Bumi Jepun 11 Mac 2011, Tsunami di Jepun, Video Youtube Tsunami di Jepun

Wednesday, March 9, 2011

Gambar Rumah Hantu Seksyen 2 Shah Alam|Apa Kata Diorang Pasal Rumah Hantu Seksyen 2 Shah Alam??

Share

Gambar Rumah Hantu Seksyen 2 Shah Alam|Apa Kata Diorang Pasal Rumah Hantu Seksyen 2 Shah Alam??

Korang tau tak, semenjak 2 menjak ni kan cite pasal Rumah Hantu Seksyen 2 ni femes gilerrrr..Tambah-tambah yang dok dekat area-area situ terutama sekali budak UiTM la. Femes kejap Seksyen 2 ni kan.Huhu. Oleh sebab saya ni sorang penggemar cite-cite seram ni, so memang minat sangat la nak tau kan. Sebelum tu kalau korang tak baca lagi cerita tu boleh terjah kat sini

Jom tengok apa komen diorang ni pasal rumah hantu tu. Ada yang dah pernah pegi melawat, ada yang tau dari mulut ke mulut je, ada yang pernah dengar dari dalam internet. Semua ada la no...Ce baca..Ce baca^_^. Baca je..Nak percaya ke tak terpulang la kan..Tapi best gak dengar pasal cite ni:-)


Ni komen daripada member sekolah saya dulu budak SMKA Baling. Nama dia Nizam Mansor

Salam zuar..aku ni Nizam..Kalo ang ingat lagi la..Hehehe..Emm..Aku baru baca ja nih post ang ni..Aku x pasti la cerita budak-budak tu betoi atau x...x pernah dengaq lak selama aku dok kat lembah klang nih..Hehe..Tapi pasal umah tu memang betol-betol ada..Hehehe..Aku pun x ingat la umah yang mana satu..Aku dok kolej Meranti dulu tahun 2007..Membe aku p riki umah kat Seksyen 2 sebelah tu ja..Memang dia ada cakap ada sebijik umah memang murah RM50 ja..Hehehe..Tapi kami x jadi dok umah tu pun..Sebab dah tau dah cerita dia..Hahaha..n ada satu lagi rumah kat Seksyen 11..Yang ni aku x pasti betol x umah tu angker..Dengar cerita ada orang kena bunuh then tanam kat dinding umah..Haha..Ada brann? P cari tgk..n umah Seksyen 2 tu siriusly aku lupa dah yg mana sebab aku pun dh lama meninggalkan Shah Alam..Try la p ronda-ronda Seksyen 2..hehehehe..


Perghh!!Menarik gak ni...Makin panas..ekekeke. Ni pulak daripada anonymous..Tak tau sape... Just komen bagi nama anonymous je. Boleh bagi nama plisss:-p

Hmm... Well i da g tengok da umah yang keras ni serius i ckp memang seram der.....Umah tu memang semak but yang menjadi mushkil i ngan kawan-kawan ialah umah tu nampak bersih je macam dijaga rapi....N ape yang i rase n x tau nak ckp macam mana mase g umah tu kite rase macam ade orang tengok kite je....Hmm umah tu memang seram x yah masuk la duk kat luar pun rase seram da kalau ade sape-sape nak g u all g kawasan umah kat depan Wet World Shah Alam....N cari Jalan Bunga Raya....Umah tu kat corner lot n depan umah tu ade 2 buaian....k


Jalan Bunga Raya??Korang tau?? Ni pulak komen dari facebook..Member saya  ex-student UiTM, Syed Muhammad Fikri
Aku g malam semalam kul 3 pagi 2 buah kete ngan membe-membe aku.... xtaula nak cakap camne, maybe citer betul n maybe citer rekaan semata-mata. Yelah penulis citer gempak, so bila baca nampak menarik n orang nak amik tau.... Then skang teknologi canggih, FB? Blog? Kalo post je bape seconds jek da heboh merata sane sini....Kebetulan malam semalam aku g tu, adela 2 orang mamat ni tegur kitorang, die cakap die memang orang Sek. 2, stay ngan family r.. Bukan student...Die pun pelik asal ramai sangat datang Sek. 2 ni nak tengok antu...Padahal xde ape-ape pun sebenarnye....1st die tegur coz macam da rimas sebab diorang rasa x best sebab orang kuar masuk area situ malam-malam...xde privacy... So diorang da nak report polis, tapi kesian so diorang cakap cara baikla... Explain citer sebenar... Ntahla... Kalo nak tau betul ke x, tryla masuk tido dalam umah tu ke camne... Aku g malam semalam punya ramai budak-budak datang n masuk umah tu amik-amik gamba... Tapi xde ape belaku pun...Bese jek sume... Sekian

Ni sambungan lagi...
Maybe betul maybe x, cume ape yang brader tu cakap Sek. 2 tu ade 2 buah umahla yang bese dak2 g... 1 umah betul-betul depan Wet World tu... Banglo xde orang, umah tu die cakap uncle die punya, uncle die pindah dok Mekah...Then umah tu kosongla, but da jadi citer macam ni... Umah tu asal nak jual, tapi xde buyer lepas orang citer bukan-bukan.... Ramai datang nak beli tapi last-last cancel...Sian uncle die tu... Then umah yang dalam gamba ko tunjuk tu die gtau xde ape-ape pun... tapi xtaula betul ke x die cakap tu... Nobody knows...Cume adela sebuah umah lain tapi skang cume tinggal tapak jek sebab dah diruntuhkan...Dulu die citer adela bomoh ni datang konon nak buang hantu, tapi sedar-sedar pagi bomoh tu ade kat tasik Wet World tu...Em tapi umah tu skang tiggal tapak kosong jek...

Perghh!!Macam-macam cerita yang keluar kan..Sebenarnya banyak lagi cerita pasal ni..Malas nak tulis..Best jugak kalau di layan..Layan boleh..Nak percaya tu tak pasti. Kalau nak tau betul ke tak try la pegi tido kat dalam rumah tu semalaman macam kawan saya cakap baru tau betul ke tak kan ^_^.

Tapi cerita sebelum ni yang mati semua tu maybe ditokok tambah untuk nak sedapkan cerita..Bila dah ditokok tambah mula la cerita jadi mengarut. Tapi maybe ada jugak yang betul sebenarnya..Ada yang cakap kawasan tu keras sikit. Bukan tak percaya..Tapi buat apa kita nak takut..Tu pun makhluk Allah jugak kan..

Ok la..Kalau korang nak tengok Gambar Rumah Hantu Seksyen 2 tu boleh tengok kat bawah ni..Saya ambik dari sini






Jom gi bercuti kat rumah ni nak??





Rumah Hantu Shah Alam, Rumah Hantu Sekyen 2, Gambar Rumah Hantu Shah Alam Sekyen 2|Rumah Sewa RM50 Seksen 2 Shah Alam

Tuesday, March 8, 2011

Tizz Zaqyah Jadi Penyanyi Pulak Berduet Dengan Yassin|OST Nur Kasih The Movie

Share

Tizz Zaqyah Jadi Penyanyi Pulak Berduet Dengan Yassin|OST Nur Kasih The Movie


Korang mesti peminat setia drama Nur Kasih dulu kan? Korang pun mesti dah tau yang Nur Kasih The Movie akan menjengah pawagam pada 19 Mei 2011 nanti. Betul tak? Betul la sebab kat poster atas tu ada tulis ^_^. Tak sabar la tu dok menunggu kan..Kan3..Kekeke.

Sebenarnya saya tak pernah tengok langsung pun drama Nur Kasih tu. Orang cakap best tapi tak terdetik pun nak tengok nape ntah. Tapi saya ni peminat setia cite Asmara..Asmara 2 bersambung balik malam ni ye dak?^_^

OK la..Kalau korang peminat Nur Kasih ni mesti selalu dengar lagu tema ataupun OST dia kan. Kalau dulu Yassin sorang je yang nyanyi masa drama tu..Kali ni untuk Nur Kasih The Movie Tizz Zaqyah akan menyumbang  suara jugak bersama dengan Yassin. 

Kat bawah ni lirik lagu Nur Kasih The Movie..Lirik tetap sama dengan lirik drama Nur Kasih cuma ada tambahan suara Tizz Zaqyah.


Tizz Zaqyah

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Tizz Zaqyah dan Yassin

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti

Janji suci yang abadi

Nur kasih
Nur kasih
Ya nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur kasih
Nur kasih
Nur nur kasih
Nur nur kasih


Ni video klip OST Nur Kasih..Directornya Faisal Ishak..Cekidaut



Ni link mediafire untuk download mp3 Nur Kasih The Movie...Selamat Melayan..Zass!!!!!Kredit to maelah@syok.org





Sedap jugak suara Tizz ni kan.. Nur Kasih The Movie mesti kena tengok sebab tak payah tunggu tiap-tiap minggu:-p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive