Tuesday, April 26, 2011

Cara Masukkan Widget Follow Blog By Emel

Share

Cara Masukkan Widget Follow Blog By Emel

Salam satu dunia semua..Apa khabar korang??Hope sihat sokmo. Dah lama tuan blog ni tak update blog. Dah berzaman sampai berkulat pun ye jugak. Kesian kat blog ni. Tuan tak jaga..Hoho. Bukan ape..Tuan blog ni sangat busy @ buat-buat busy @ malas @_@.

Bila dah lama tak update si spiderman pun mula la nak tunjuk hero buat sarang kat sini. Hampeh tol!. OK la..Lama dah tak buat tutorial pasal blog ni. Kali ni saya nak share satu tutorial cara nak masukkan widget follow by e-mail supaya senang orang yang tak ada blog nak follow blog kita. Dalam malas-malas ni pun rajin gak nak share tutorial ngan korang..Huhu

Oleh sebab blogger dah release satu lagi widget yang lebih mudah nak masukkan aplikasi follow by email tu kat blog, so tak payah la kita susah-susah lagi nak godek-godek kat tempat lain.

Cara dia kat bawah ni..Simple je..

1. First sekali korang pegi ke Dashboard > Pilih Design

2. Pastu pilih Add a Gadget

3. Dah keluar senarai macam-macam gadget/widget kat situ korang pilih yang atas sekali Follow By Email

4. Lepas tu tekan la Save..Settle masalah..Huhu


Bila dah masukkan widget tu, akan keluar la kotak macam kat bawah ni kat sidebar korang....




Kalau korang nak try jadi ke tak, bukak blog korang, pastu masukkan la emel..Nanti dah update blog tengokla kuar ke tak kat emel yang korang masukkan tu..Kalau kuar berjaya la..Kalau tak kuar gagal la jawapannye..Hua3

p/s: Widget ni untuk sape-sape yang tak ada blog n then nak follow blog tu tapi tak tau macam mana boleh la subcribe guna emel..Senang sikit..Kalau yang dah ada blog follow je la guna widget Follower tu..Kan senang..Kalau bab - bab takut stalker tu semua kalau tak guna widget ni pun orang leh jadi stalker..Kan?.


Tak de sape nak tolong cukupkan sampai 1000 ke?Baru 785 orang subscrie guna emel..Sedih3..Isk


Thursday, April 7, 2011

[Video]Trailer Filem Seram Terbaru Arahan Ahmad Idham: Senjakala

Share

[Video]Trailer Filem Seram Terbaru Arahan Ahmad Idham: Senjakala


Sinopsis Filem Senjakala

Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana.Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. 

Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. 

Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka.

Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri.Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina.

Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut.

Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab. Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka.Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. 

Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan.Akhirnya, Armand setuju memberi saka itu semula kepada Karlisa dengan harapan sebaik saka kembali kepada tuan asalnya, saka itu boleh dimusnahkan dengan bantuan seorang ustaz, Ustaz Zailan. Namun saka itu tidak musnah dan masih berada bersama-sama Karlisa.

Sumber: Hotfm



Trailer dari Youtube Filem Senjakala




Macam menarik je trailer movie ni. Kalau bab-bab cite seram ni bagi saya semua best..Huhu. Tapi kalau nak tau best ke tak kena la tunggu 14 April ni kan..Harap-harap memang betul best la. ^_^. Korang tengok la trailer tu..Seram dolllllllllll

Wednesday, April 6, 2011

Sesi Berkenalan Dengan Usop Wilcha @ Shy8|Saya Pernah Jadi Penyanyi

Share

Sesi Berkenalan Dengan Usop Wilcha @ Shy8|Saya Pernah Jadi Penyanyi

Ramai sangat yang minat kat abe Usop Wilcha ni kan. Abe Usop ni memang dah jadi fenomena kot. Kalau teringat je abe Usop ni rasa macam nak angkat tangan je..Kui3. Kalau korang nak berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan pemilik nama Usop Wilcha ni @ Shy8 boleh la membaca kat bawah ni k:-)


Pemilik nama Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 tidak pernah menjangka bahawa dia akan mengecapi populariti pada usia 46 tahun.

Dia juga tidak menyangka setiap langkahnya kini menjadi perhatian. Malah, tidak ada satu hari yang dilaluinya berlalu tanpa fotonya diambil bersama peminat sejak pecinta filem tempatan mula terpikat dengan watak Usop Wilcha lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

"Saya agak terkejut pada mulanya apabila saya keluar beli barang dapur di pasar raya ada mata-mata memerhati, senyum dan kemudian minta untuk bergambar dengan saya.

"Peminat juga memanggil saya dengan nama Usop Wilcha bukannya Shy8. Saya juga sudah terbiasa dengan panggilan Usop. Memang Usop lebih popular daripada Shy8.

"Reaksi yang saya terima itu tandanya peminat menghargai lakonan saya dalam filem itu dan saya berterima kasih atas sokongan mereka," katanya memulakan bicara.

Populariti yang diraihnya itu menandakan peminat filem Malaysia kini lebih menilai bakat dan impak lakonan.

"Saya muda lagi (ketawa). Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," jawabnya.

Sambung bapa kepada Syed Caliph Umar, 8 bulan dan suami kepada Noorafiza Abdul Aziz, 28, dia juga tidak menyangka filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang sepatutnya menjadi filem terakhirnya merupakan permulaannya untuk kembali ke gelanggang seni.

"Kalau ikutkan saya tidak mahu berlakon lagi kerana mempunyai komitmen kerja tetap sejak empat tahun lalu. Tetapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, saya berlakon juga.

"Bila lihat sambutan dan sokongan peminat, saya terpaksa tarik balik keputusan untuk berhenti berlakon tetapi saya buat secara sambilan sahaja," katanya yang memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad.

Tambah Shy8, dia juga bertuah kerana bakatnya dilihat oleh teman lamanya iaitu pengarah Mamat Khalid.

Malah dia juga mempunyai majikan yang memahami kerja seninya dan memberi kelonggaran untuknya berada di lokasi penggambaran setiap hujung minggu.

"Saya berterima kasih kepada pengarah Mamat Khalid yang bijak mewarnakan watak saya dan memahami komitmen kerja saya.

"Saya hanya boleh menjalani penggambaran setiap hujung minggu sahaja dan setakat ini saya selesa bekerja dengannya.

"Bukan tidak mahu kerja dengan pengarah lain tetapi saya bimbang kerana jadual saya akan mengganggu perjalanan penggambaran, jika mereka boleh terima syarat itu, boleh sahaja saya berlakon," tuturnya.

Terbaru, Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

"Saya harap peminat filem tempatan akan terus menyokong industri perfileman tempatan dan juga menyokong filem terbaru Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

"Bagaimana jalan cerita filem itu, peminat kena nantikan sendiri. Ia masih ada sentuhan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, cuma kali ini subjeknya berubah," ucapnya.




Sejarah Seni Shy8

Ramai yang tidak tahu, sebelum Shy8 terjun ke bidang lakonan, dia terlebih dahulu bergelar penyanyi dan pernah melahirkan sebuah album yang berjudul Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat rakaman Ambang Klasik pada tahun 1996.

Menyifatkan album yang mendapat sentuhannya sendiri secara keseluruhan sebagai album syok sendiri, hayat Shy8 sebagai penyanyi tidak bertahan lebih daripada setahun.

Selepas kecundang dengan album itu, dia mula bekerja secara bebas di sebuah syarikat pengiklanan demi kesinambungan hidup.

Sambil itu, dia mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan, bermula dengan pelakon tambahan kepada pelakon yang mempunyai dialog. Tetapi dia tidak pernah diberi watak yang besar.

"Macam-macam kerja saya buat selepas saya tidak berjaya jadi penyanyi (ketawa). Saya buat album syok sendiri, siapa yang nak dengar.

"Tetapi saya tidak minat sangat untuk serius dalam lakonan, bagaimanapun semua itu berubah apabila saya membintangi filem Zombi Kampung Pisang, sejak itu saya kembali aktif berlakon.


"Jika Mamat Khalid tidak beri peluang kepada saya, saya tidak akan berada di sini. Mungkin sudah jodoh saya dengannya, dialah penggerak utama saya. Kami cukup serasi, sehingga hari ini saya sudah kenal dia selama 10 tahun," jelasnya.


Sumber: Kosmo Online

Agak-agak Usop Wilcha boleh menang tak salah satu anugerah untuk tahun depan?Kita tunggu dan lihat la naa... Ce cite ce cite.Kui3

Tuesday, April 5, 2011

Jawatan Kosong di Kumpulan Shapadu Shah Alam dan KL

Share



Jawatan Kosong di Kumpulan Shapadu Shah Alam dan KL

Kekosongan jawatan di Kumpulan Shapadu(Shapadu Group) bagi tahun 2011 seperti berikut:


Jurutera (Engineer)

- Min. Ijazah Kejuruteraan dan yang berkaitan.

- Sekurang-kurangnya 4 tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan (minyak & gas).


Jurutera Jaminan Kualiti (Quality Assurance)

- Min. Ijazah dalam mana-mana bidang Kejuruteraan.

- Fresh graduate digalakkan memohon.


Pegawai Audit Dalaman (Internal Audit Executive)

- Min. Ijazah Perakaunan

- Berpengalaman dalam bidang audit.


Pegawai Latihan (Training Executive)

- Min. Ijazah Pengurusan Sumber Manusia.

- Berpengalaman dengan prosedur HRDF, TNA, ISO dan penilaian prestasi.


Pegawai IT (IT Executive)

- Min. Diploma atau Ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat.

- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam pengurusan Teknologi Maklumat.


Pegawai Akaun (Account Executive)

- Min. Ijazah Perakaunan.

- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan.


Pembantu Sumber Manusia (HR Assistant)

- Min. Diploma Pengurusan Sumber Manusia atau yang berkaitan.

- Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman.


Pembantu Pentadbiran (Admin Assistant)

- Min. Diploma Pengurusan Perniagaan atau yang berkaitan.

- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman.



Individu yang berminat dan berkelayakaan sila hantarkan resume berserta gambar terbaru melalui e-mel di bawah:


Bahagian Sumber Manusia Kumpulan Shapadu:


Hanya calon-calon yang disenarai pendek dan layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Monday, April 4, 2011

[Video]Aksi Johan dengan Usop Wilcha di ABPBH 2010

Share
 
[Video]Aksi Johan dengan Usop Wilcha di ABPBH 2010

Sape setuju awok nak tunjukkan video lawok Johan dengan Usop Wilcha di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010(ABPBH 2010) sila angkat tangan macam ni........ Jangan kome bako udah le!




Usop Wilcha Hantu Kak Limah Balik Rumah|Usop Wilcha|Usop Wilcha ABPBH 2010



Aksi penyelamat buat malam yang penuh suram malam tu..^_^


Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010(ABPBH 2010)

Share


Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010(ABPBH 2010)


Tarikh: 03 April 2011

Tempat: Genting Highlands


Senarai Pemenang ABPBH 2010:

1. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Sixth Sense

2.Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha

3. Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail

4. Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah

5. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani

6. Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi

7. Artis Baru Lelaki Popular – Shahir

8. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

9. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak

10. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

11. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan

12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil

13. Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir

14. Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani

15. Artis Mobile Popular – Sixth Sense

16. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali

17. Pelakon Filem Lelaki Popular -Shaheizy Sam

18. Penyanyi Wanita Popular - Yuna 

19. Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam



Tahniah kepada semua pemenang..Semua pemenang malam ni memang layak menang. Cuma agak terkilan sikit sebab Lisa Surihani tak menang Anugerah Bintang Paling Popular..Tapi Shaheizy Sam pun memang layak kan cuma kalau boleh nak Lisa Surihani menang:-p. 

Sekali lagi tahniah kepada artis-artis Malaysia yang berbakat dan popular tu. Yang paling penting jangan lupa diri, sebab sekejap je akan hilang populariti tu semua kalau tunjuk perangai tak senonoh kat peminat - peminat tau..So, pandai-pandai la bawa diri..Panjang pulak nasihat malam ni ye Cik Lisa..Tapi Cik Lisa ni baik kan..^_^



Gambar Lisa Surihani ABPBH 2010

kredit: Ohbulan.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive