Sunday, May 29, 2011

[Video]Highlight Man Utd vs Barcelona Final UEFA Champion League 2011 29/5/2011

Share

 [Video]Highlight Man Utd vs Barcelona Final UEFA Champion League 2011 29/5/2011


Uwaaa....My favourite team udah kalah dengan team dari planet Marikh..Wuhuhuu. Bapak smart diorang main..Memang kontrol kaw2 wa cakap sama lu..Huhu. Memang superb performace dari Barca..Tiada tolok banding lagi..Kemas, laju, cantik..Dah la..Malas nak cakap..Haha..MU kalah dengan team paling kuat di dunia sekarang ni...So, memang boleh diterima..Memang tak dapat nafikan Barcelona memang akan jadi kuasa bola sepak terhebat dalam masa 10 tahun akan datang ni dengan adanya Messi..Messi tu pun datang dari planet Marikh gak tu..Huhu.



Starting Line Up Man Utd UCL 2011

MU plak memang tak boleh nak kontrol sebab bola memang Barca yang pegang..MU tak boleh nak main macam biasa sebab tekanan tak dapat bola..Lagi satu skill player Barca memang betul2 superb..Semua sekali yang ada atas padang memang penuh ber'skill'. So, kalau MU nak menang dengan Barca, kena tingkatkan skill dulu setiap player, beli player berkelas dunia kat bahagian tengah, asah skill passing bagi power dulu..Baru ada harapan nak beat Barca..Tu je.



Starting Line Up Barcelona UCL 2011


So kepada sesape yang tak sempat tengok semalam boleh tengok highlight kat bawah ni..Jangan lupa download k..^_^.Congratz Barca..Congratz MU my favourite team forever..

Saturday, May 28, 2011

Final Impian Man Utd vs Barcelona di Wembley 29/5/2011[Glory Glory Man Utd!!!]

Share

Final Impian Man Utd vs Barcelona di Wembley 29/5/2011[Glory Glory Man Utd!!!]

Glory Glory Man Utd...Glory Glory Man Utd..Glory Glory Man Utd..^_^. Tak sabar nak tunggu game malam nanti. Jangan lupa pukul 2.45 pagi tau. Sediakan siap-siap makanan nak kunyah depan tv tu kalau kat rumah, kalau kat mamak jangan lupa pakai baju MU ramai-ramai. Baju Barca tak payah.Hua3.

Malam ni zuar chicharito nak pi tengok bola kat mamak Hakim Seksyen 7. Kat situ port MU. Memang meriah. Tapi kena pi awal na..Kalau tak kat jalan la jawabnya..Huhu.Sapa nak tengok kat mamak Hakim Seksyen 7 Shah Alam malam ni angkat kening???Boleh lepak sama-sama sokong MU.Lalalala^_^.

Malam ni bukan lagi malam final kat Rome Final tahun 2009..Kali ni barisan MU dah berubah sebab ada Chicharito, tak ada Christiano Ronaldo..Walaupun tanpa Ronaldo @ CR7 MU tetap gagah ke Final Liga Juara-Juara 2011 dengan rekod tanpa kalah dengan 9 kemenangan dan 3 seri..Power beb!!Hanya MU saja team yang tak kalah kat Champion League tahun 2011 ni..Bangga dol!!Kekeke.

Barisan kemungkinan malam ni untuk kesebelasan utama dah semestinya la Edwin Van Der Sar, Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, John Oshea/Fabio, Patrice Evra, Park Ji-Sung, Michael Carrick, Antonio Valencia, Ryan Giggs, Wayne Rooney dan Javier 'Chicharito' Hernandez. MU akan main formasi biasa 4-4-2.




Ni pulak barisan kemungkinan Barcelona malam nanti..Victor Valdes, Dani Alves, Javier Mascherano, Gerard Pique, Carles Puyol, Xavi Hernandez, Sergio Busquets, Andres Iniesta, Pedro, Lionel Messi dan David Villa. Formasi bakal digunakan 4-3-3. 




Kali ni MU kena tukar strategi..Kena serang habis-habisan. Bergerak dalam satu pasukan bukan macam main kat final masa tahun 2009 dulu. 10 minit pertama MU kontrol game, tapi lepas tu MU hilang bola..Banyak bertahan..Don`t play like this tonite wokay!Cakap bahasa omputih pulak..Huhu.Hope malam ni akan membawa lagi satu kejayaan buat pasukan MU walaupun Barcelona ataupun Barca merupakan pasukan pilihan yang memang betul-betol power n sukar nak tewaskan. Tapi bola tu bulat, kalau MU main dalam satu pasukan, hantaran satu dua, counter attack pantas, jangan hilang bola, tak mustahil malam ni malam MU berpesta..

Seperti kata Sir Alex Ferguson, Barcelona ni macam Arsenal..Kalau MU jumpa Arsenal, 70% possession mesti Arsenal pegang, tapi yang keluar sebagai pemenang adalah MU...Hehehe. Hopefully game best n tak membosankan...

So, malam ni Barca jangan harap nak menang..Kalau menang jugak ambik la kat hangpa..Hua3..Fan-fan anti MU macam Arsenal, Liverpool dengan Chelsea akan turun pakai baju Barca malam ni..Hati-hati..Hua3. Glory Glory Man Utd!!!


Fan MU jangan lupa klik like ok!^_^


Final Liga Juara-Juara 2011|Final UEFA Champion League 2011|Manchester United vs Barcelona Liga Juara-Juara 2011

Friday, May 27, 2011

Minum Jus Katak Boleh Jadi Besar Dan Kuat!Buwekk!!!

Share

Minum Jus Katak Boleh Jadi Besar Dan Kuat!Buwekk!!!

Yarkkk!!!Jus katak??What the tuttttt??Agak-agak korang sanggup tak nak minum jus katak semata-mata nak jadi sihat dan bertenaga?Huhu. Boleh lari keliling padang tak henti-henti. Tu kalau kat padang. Kalau kat katil plak cane?Wahahaha. Jom baca sat.




LONDON: Park Ji-Sung (atas) men­dedahkan betapa jus katak adalah ramuan rahsia di sebalik kejayaannya mengelilingi segenap pelusuk padang yang menjadikan pemain Korea Selatan itu sebagai kunci Manchester United dalam usaha menewaskan Barcelona pada final Liga Juara-Juara Eropah, esok. Larian bertenaga Park menjadi kunci penting dalam resipi kejayaan direncanakan menentang juara Sepanyol di Wembley, tetapi ia adalah ramuan pahit itu yang menjadi asas kepada peningkatan pemain tengah itu. Selepas menunjukkan bakat bola sepak ketika kanak-kanak, perkembangan Park dilihat terbantut kerana dia tidak memiliki tubuh fizikal diperlukan menangani keperluan pemain bola sepak di peringkat tertinggi.

Dalam usaha mempercepatkan perkembangan Park, ayahnya akan membuat perjalanan jauh dari rumah di Suwon ke wilayah Go-heung. Dia akan mengunju­ngi ladang katak mengumpulkan bahan bagi minuman protein pelik itu.

Apabila pulang ke rumah, jus katak itu akan direbus sebelum ditelan semuanya oleh Park.

Park mengakui jus itu menjijikkan tetapi remaja bertubuh kurus sanggup melakukan apa-apa dalam usaha menjadi pemain bola sepak.

"Ayah saya pergi menangkap katak liar. Saya bertubuh kurus dan lemah dan ayah saya mendengar bahawa jus mereka akan memberikan saya kekuatan dan membesarkan saya," kata Park.

"Ia rasa begitu teruk tetapi saya perlu minum kerana saya mahu menjadi pemain bola sepak dan semua orang berkata saya perlu menjadi lebih besar dan kuat. Mereka berkata ia adalah bagus untuk kesihatan dan saya sanggup makan apa-apa untuk meningkatkan kesihatan saya." - AFP



Saje la boring-boring nak hapdet blog hari ni. Nak bagi panas sikit line. MU kan nak jumpa Barcelona final Liga Juara-Juara nanti. MU bakal bawak balik piala lagi satu ok. Jangan harap la nak bagi chance kali kedua kat Barca. Tapi kalau MU kalah pun tak pe..Tetap ada jugak piala kan..Hua3

Haaa..Pasal jus katak tadi, kalau orang islam korang jangan nak mengada-ngada nak minum plak. Benda dah haram tetap haram k. Huhu. Bye

Sunday, May 22, 2011

[Panas]Pengakuan Yusri KRU Keluar Dating Dengan Lisa Surihari Setiap Hari!

Share

 [Panas]Pengakuan Yusri KRU Keluar Dating Dengan Lisa Surihari Setiap Hari!


Panas cuaca hari ni, panas lagi hatiku dengan cerita ni..Hua3..Ce baca!Ce baca!:-p

ADA makna bergulung-gulung di sebalik senyuman yang dilemparkan oleh seorang daripada tiga beradik jutawan, sejurus diajukan pertanyaan berhubung kisah peribadinya.

Apatah lagi, pemilik nama Yusry Abdul Halim mudah dicemburui banyak lelaki kerana sering terkait dengan lirikan dan lenggok selebriti jelita seperti Maya Karin, Julia Ziegler, Tiz Zaqyah dan Kilafairy.

Air mukanya juga seolah-olah sedang bersedia dengan jawapan yang tersusun rapi. Jawapan itu pastinya mampu disenangi hati insan yang sedang hangat bertakhta di hatinya.

Terbaru, duda popular itu kononnya sedang dilamun asmara dengan aktres berbakat, Lisa Surihani. Kemesraan mereka sukar ditepis apabila ramai yang mendakwa, pasangan itu sedang menuju ke titik serius dalam perhubungan.




"Memang saya sedang kenal dan rapat dengan Lisa. Saya boleh katakan, kami dalam proses untuk lebih mengenali hati budi masing-masing. Boleh dikatakan, hampir setiap hari kami keluar bersama untuk menonton wayang, makan atau lepak berjam-jam," akuinya yang tidak lekang mengorak senyuman.

Jujur ingin berkongsi tentang hubungan itu, Yusry menjelaskan, dia selesa mendekati Lisa memandangkan wanita muda bijak menyesuaikan diri dan tidak kekok dengan personaliti dirinya.

"Walaupun jarak usia agak jauh iaitu 12 tahun, Lisa boleh diajak bersembang dalam apa sahaja topik. Dia sebenarnya seorang yang matang, sopan dan seronok didampingi," puji Yusri melambung tinggi.

Tidak menafikan sering berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS), anak kedua daripada empat beradik itu berterus-terang, keakraban mereka sudah pun diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

"Kalau tak lepak di luar, saya akan berkunjung ke rumah keluarga Lisa," ujarnya tanpa berselindung.

Jika benar ada putik kasih sedang subur di hati Yusry dan Lisa, ada harapan, kesendirian Yusry tanpa suri sedang berganti bulan terang dipagar bintang.


Lagi cerita Yusri dengan Lisa Surihani kat sini





Tu dia...Makin hari makin rapat Yusri dengan Lisa ni..Makin hari makin ku jeles..Hahaha..OK jugak Yusri dengan Lisa ni kawin. Memang sesuai..Yusri pun baik budi pekertinya, Lisa pulak sopan santun kan.Alamak!!Sorang demi sorang dah terlepas dariku..Uwaaaa..............




Saturday, May 21, 2011

Cara/Tips/Kaedah Pilih Graphic Card Terbaik

Share
 

Cara/Tips/Kaedah Pilih Graphic Card Terbaik


Sebab apa komputer perlukan graphic card ataupun dalam bahasa melayunya disebut kad grafik? 

Kad grafik diperlukan untuk penggunaan komputer yang memerlukan paparan berprestasi tinggi untuk membuat animasi komputer, pengeditan video, permainan komputer 3D dan lain-lain. Kad grafik yang sedia ada dalam komputer kita adalah berprestasi rendah dan kurang mampu untuk memproses  kerja-kerja tadi dengan baik.  Jadi, langkah terbaik kita cari kad grafik yang power untuk dipasangkan ke dalam komputer kita untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik dari sebelum ni. 


Sebelum kita beli kad grafik, kita mestilah tahu kriteria untuk dapatkan kad grafik yang terbaik. Korang boleh baca cara pilih graphic card/kad grafik terbaik kat bawah ni:


1. Jenis slot untuk kad grafik yang disokong oleh komputer sedia ada sama ada PCI, AGP atau PCI-E. Papan utama yang lama menyokong slot AGP. Bagi papan utama(Motherboard) yang baru, penggunaan slot PCI-E adalah prestasi yang terbaik bagi kad grafik.

2. Tahap resolusi. Ia penting untuk mendapatkan paparan video, gambar dan grafik berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada jenis dan saiz monitor yang digunakan oleh sesebuah komputer.

3. Memori. Kebanyakan kad grafik hari ini mempunyai memori berkapasiti lebih daripada 1 GB. Sekiranya kurang, ia akan mengurangkan prestasi dalam memaparkan sesuatu grafik atau video yang beresolusi tinggi dengan tekstur yang komplek.

4. Sistem penyejukan. Kad grafik yang berkelajuan tinggi akan menjadi cepat panas dan mengeluarkan haba pada kadar yang tinggi. Jadi, ia memerlukan sistem penyejukan tambahan.

5. Kelajuan pemproses(Processor). Pemproses bagi kad grafik dikenali sebagai GPU atau Graphical Processing Unit. Ia juga perlu sepadan dengan jenis CPU yang digunakan oleh sesebuah komputer. Ini penting untuk menangani segala beban kerja yang diperlukan untuk membina sesuatu grafik bagi paparan di skrin monitor sesebuah komputer.

6. Jenis paparan kad grafik. Jenis paparan atau fail grafik yang disokong oleh kad grafik tersebut sama ada DVI (Digital Visual Interface), VGA (Video Graphic Array), HD (High Defination) atau HDTV (High Defination Television).



Dari segi jenama, terdapat pelbagai syarikat pengeluar yang menghasilkan kad grafik ini seperti ATI, NVIDIA, ASUS, MSI dan lain-lain. Namun begitu, terdapat dua pengeluar utama kad grafik berkualiti tinggi iaitu ATI Technologies Inc. dan NVIDIA. Kad grafik keluaran pihak NVIDIA mempunyai prestasi paparan berkualiti tinggi berbanding kad grafik keluaran pihak ATI.


Tetapi, kad grafik keluaran ATI mempunyai kelebihan kerana lebih stabil dari segi penjimatan tenaga yang digunakan dan pengeluaran haba pada kadar yang rendah. Pada masa kini, syarikat ATI telah dibeli oleh syarikat komputer AMD.


Sumber asal: www.utusan.com.my

Wednesday, May 18, 2011

Sebab Cuci Kereta Lagi Best Dari Berkhalwat

Share


Sebab Cuci Kereta Lagi Best Dari Berkhalwat


Salam semua..Pergh!Tajuk tak leh blah kan. Mesti korang nak tau betul ke cuci kereta lagi best dari berkhalwat. Ce baca..Ce baca.^_^


1. Cuci kereta boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2. Masa sedang asyik menggosok badan kereta tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3. kereta tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggungjawab sekiranya hendak mula mencuci kereta.

6. Lepas cuci boleh naik dan tekan-tekan serta baring-baring dalam sebarang posisi tanpa rasa takut disergah pencegah maksiat.

7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi. Depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh mak bapak,kawan-kawan.

10. Majikan tidak akan memecat anda.


Kredit to Kakilepak



Betul tak??^_^

Monday, May 16, 2011

Ni ke Gambar Kapal Perang USS Carl Vinson Yang Campak Mayat Osama Laden Ke Laut??

Share

Ni ke Gambar Kapal Perang USS Carl Vinson Yang Campak Mayat Osama Laden Ke Laut??

MANILA: Pegawai Amerika semalam mengalu-alukan kedatangan Presiden Benigno Aquino lll dan pelawat ke atas kapal perang USS Carl Vinson, di mana dari kapal itulah, jenazah pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden dicampakkan ke laut.

Aquino yang diiringi anggota kanan kabinet beliau dan ketua staf tentera, diterbangkan ke kapal pengangkut pesawat itu semalam, ketika ia belayar di Laut China Selatan menghala ke Filipina. Sekumpulan wartawan juga diundang untuk melawat kapal seberat 97,000 tan itu dan berbual dengan kelasi ketika ia berlabuh di Manila bersama tiga kapal perang lain bagi memulakan lawatan hormat empat hari di beberapa pelabuhan di Filipina.


Jurucakap Kedutaan Amerika Wossenyelesh Mazengia, memberitahu lebih 24 wartawan yang menaiki feri selama setengah jam menuju ke kapal itu bahawa tiada sesiapa di USS Vinson dibenarkan berbincang sebarang butiran terperinci operasi serangan ke atas Osama bin Laden.

“Saya tidak katakan bahawa anda tidak boleh bertanya. Anda boleh berbuat demikian,” katanya.

Setiausaha Pertahanan, Voltaire Gazmin berkata Aquino dan rombongannya dibawa melawat kapal perang itu dan menyaksikan satu pertunjukan pesawat perang ketika berlepas dan mendarat di atas kapal berkenaan. Satu daripada pesawat itu diterbangkan seorang juruterbang Filipina warga Amerika.


“Pada satu ketika, Aquino duduk di dalam kokpit pesawat perang Super Hornet F/A-18E di hangar kapal, manakala kelasi mengambil beliau. Presiden itu juga bergambar kenangan dengan kelasi Filipina warga Amerika,” kata Gazmin Bagaimanapun beliau berkata, suatu perkara yang ketara, isu pengebumian Osama dari Carl Vinson, 12 hari sebelum itu tidak disentuh langsung, manakala rombongan Aquino juga berpendapat perkara itu tidak perlu ditanya.

“Kami tidak meminta taklimat mengenainya kerana ia terlalu sensitif. Ia adalah satu lawatan persahabatan dan kami ia kekal begitu,” katanya.

Gazmin, seorang jeneral bersara berkata, beliau kagum dan cara serangan komando waktu malam yang membunuh Osama dan menambah, ia menunjukkan kehebatan kuasa tentera Amerika. – AP



Tapi betul ke Osama kena humban ke laut?Ataupun tu semua hanya konspirasi US je....Sama-sama kita fikir-fikirkan...



Sunday, May 15, 2011

Kenapa Diet Tapi Tak Kurus-Kurus Gak??

Share

 Kenapa Diet Tapi Tak Kurus-Kurus Gak??
 
Kenapa aku selalu diet tapi masih tak kurus-kurus??Haaa..Tu soalan yang selalu akan main kat dalam kepala otak bagi yang selalu diet tapi berat tak jugak turun-turun. Makin naik lagi ada..Haha.Awat jadi lagu tu?Pi baca sendiri la na kat bawah ni..:-p

Bila kita makan, makanan akan diagihkan dalam badan kita tu melalu 4 cara..Cara-caranya:


1) Hati

Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabila enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.(Perut buncit ye dak??huhu.Rajin-rajin la joging pastu buat sit up..Lalalala)

 
2) Otak

Otak menggunakan secara terus zat makanan yang diperlukan. Yang terpenting adalah glukosa. Keseimbangan paras glukosa dijaga oleh keseimbangan hormon dalam darah kita. Apabila kelenjar hormon bermasalah maka ketidakseimbangan paras gula membuatkan seseorang berasa berdebar debar dan mudah letih.

Apabila otak tidak mendapat cukup tenaga maka seseorang juga menjadi murung dan mudah berasa bosan.

 
3) Otot

Otot kita menggunakan banyak tenaga. Metabolisme pada otot boleh jadi berlaku secara erobik di mana otot menggunakan oksigen bagi menguraikan gula kepada tenaga dan boleh jadi juga secara unerobik di mana pemecahan glycogen tidak menggunakan oksigen. Hasil akhirnya ialah sejenis asid laktik yang membuatkan otot berasa sakit dan lenguh.

 
4)Adipose tisu

Adipose tisu ialah nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita. Tisu lemak merupakan simpanan tenaga dalam tubuh. Apabia seseorang berada dalam keadaan berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga. Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Di antara hormon dan enzim yang penting ialah insulin glucagon thyroid lipase dan banyak lagi jenis amylase yang bekerja bersama sama.

Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.

Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stress.


Korang faham ke tak?Tak faham??Gue pun ngak paham de...hahaha. Bosan tak tau nak update ape dah kat blog ni..Ada idea tak??.:-p

Friday, May 6, 2011

Keputusan Permohonan Kemasukkan ke IPTA Tahun 2011/2012 Dah Keluar

Share


Keputusan Permohonan Kemasukkan ke IPTA Tahun 2011/2012 Dah Keluar


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..Semakan keputusan permohonan untuk kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dah pun keluar..Kepada adik-adik lepasan SPM yang buat permohonan tu dah boleh mula check samada terpilih ataupun tak belajar di IPTA.

Cara-cara nak check boleh ikut kat bawah ni. Ada banyak cara yang boleh check. Tapi cukupla pilih satu..Kalau excited sangat boleh try semua.^_^

1. Hubungi talian hotline 03-88835858, helpline 03-88835848 ataupun ditalian am 03-88835801/5802.Lagi mudah bila kita bercakap sendiri. Ada masalah boleh tanya direct.

2. Layari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my. Kalau guna website maybe talian akan jadi slow sebab ramai yang check..So, kalau tak boleh harap bersabar..Huhu

3. Ataupun boleh je SMS, taip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888. Kalau tak de kredit jangan lupa pegi beli topup dulu ok.



Bila dah dapat masuk universiti, study elok-elok..Jangan hampakan harapan ibu-bapa kita..Jangan main-main lagi..Gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya.

Kepada yang berjaya tahniah diucapkan..Kepada yang tak berjaya jangan kecewa, jangan sedih sebab nanti ada lagi peluang buat permohonan untuk sesi rayuan.


Yay!!Nak konvo dah 14 haribulan Mei ni...Huhu..Nak jumpa balik kawan-kawan UiTM^_^.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive