Saturday, June 25, 2011

Malaysia Salah Satu Daripada 12 Pasukan Terbaik Asia!Malaysia Boleh!!!

Share

Malaysia Salah Satu Daripada 12 Pasukan Terbaik Asia!Malaysia Boleh!!!

Pasukan Bola Sepak Olimpik Malaysia telah membuktikan yang Malaysia memang merupakan pasukan Asia Tenggara yang digeruni buat masa sekarang. Malaysia menjadi satu-satunya wakil di Asia Tenggara yang melangkah ke peringkat kumpulan kelayakan Olimpik 2012. Kita patut berbangga dengan pencapaian skuad bola sepak negara yang menunjukkan prestasi menakjubkan sejak kebelakangan ni..Malaysia bakal diundi untuk berjumpa dengan gergasi Asia yang lain seperti Australia, Jepun, Korea Selatan, Bahrain dll..

Zaman kegemilangan bola sepak Malaysia dulu bakal menjelma lagi kalau prestasi pasukan Malaysia dapat dikekalkan dan dimantapkan lagi lepas ni. Tak mustahil kita boleh kalahkan pasukan Asia yang selalu ke Piala Dunia seperti Jepun dan Korea Selatan. Memang bukan perkara yang mustahil sebab kita mampu buat sebelum ni. 7 Julai 2011 nanti kita akan tau keputusan undian siapa lawan Malaysia dalam peringkat kumpulan.

Jadual perlawanan seperti berikut:

Perlawanan pertama :  21/9/2011 seterusnya 
Perlawanan ke-2        : 23/11/2011
Perlawanan ke-3        : 27/11/2011
Perlawanan ke-4        : 05/02/2012
Perlawanan ke-5        : 22/02/2012 dan 
Perlawanan terakhir   :14/05/2012


Ni keputusan perlawanan lain:

Oman vs China: 4-1
Emiriah Arab Bersatu (UAE) vs Korea Utara: 2-1
Syria  vs Turkmenistan: 6-2
Qatar vs India: 4-2
Arab Saudi vs Vietnam 6-1
Uzbekistan vs Hong Kong: 3-0
Iraq vs Iran: 2 - 1
Australia vs Yaman: 7-0
Jepun vs Kuwait: 4-3
Korea Selatan vs Jordan: 4-2
Bahrain vs Palestin: 2-2


So, pasukan yang layak sebaris dengan pasukan Malaysia di peringkat kumpulan nanti adalah Jepun, Korea Selatan, Australia, Bahrain, Iraq, Uzbekistan, Arab Saudi, Qatar, Syria, UAE dan Oman. 12 pasukan yang layak ni akan diundi dalam 3 kumpulan. Jadi, setiap kumpulan ada 4 pasukan.

Kalau Malaysia jadi juara kumpulan, secara automatik Malaysia akan ke Sukan Olimpik London 2012 nanti. Tapi kalau Malaysia jadi naib juara kumpulan, Malaysia akan dijadualkan bertemu dengan naib juara kumpulan yang lain untuk merebut slot playoff dan akan berjumpa dengan wakil dari Afrika untuk merebut satu lagi tempat ke Sukan Olimpik 2012 nanti.




Harapan kita sebagai rakyat Malaysia, kita mahukan permainan yang berkualiti dan bermain dengan semangat juang yang tinggi untuk menaikkan nama negara supaya menjadi salah satu pasukan yang kembali digeruni satu masa nanti. Malaysia Boleh!!!!!!!!!!!!!

Thursday, June 23, 2011

Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia vs Lubnan 23/6/2011

Share

Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia vs Lubnan 23/6/2011

Laungan Malaysia Boleh akan bergema lagi malam ni di Stadium Nasional Bukit Jalil. Skuad Olimpik Malaysia akan turun bertemu dengan Skuad Olimpik Lebanon @ Lubnan pukul 8.45 malam pada perlawanan kelayakan Olimpik 2012. Skuad negara mesti menang malam ni..Kalau seri dengan jaringan Malaysia akan tersingkir sebab peraturan gol tempat lawan.  Perlawanan sebelum ni di tempat lawan berkesudahan seri 0-0.

Kalau diikutkan kelebihan, Malaysia ada kelebihan sebab main kat tempat sendiri untuk perlawanan timbal balik ni.. Pemain Malaysia mesti serang habis-habisan. Kena cari gol awal..Kalau Lebanon dapat gol awal Malaysia mungkin akan main dalam keadaan tertekan..Hope Pasukan Malaysia dapat teruskan lagi kemaraan ke peringkat seterusnya untuk main dalam peringkat kumpulan sebelum layak ke pusingan akhir Olimpik 2012 nanti.






Senarai pemain Malaysia yang bakal diturunkan malam nanti bertemu pasukan Lubnan:

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat, Muhd Zamir Selamat dan Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Pertahanan: Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Amer Saidin, Mahalli Jasuli(Digantung satu game), Mohd Affizie Faizal Mamat, Nazirul Naim Che Hashim dan Mohd Zubir Azmi.

Tengah: Mohd Irfan Fazail, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Abdul Shukur Jusoh, Mohd Fandi Othman, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Faizal Abu Bakar.

Penyerang: Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim dan Ferris Danial Mat Nasir.

Semoga pemain negara akan berjuang habis-habisan...Jangan mengalah sebelum wisel penamat dibunyikan...Kita rakyat Malaysia semua sama-sama doakan kejayaan pasukan negara malam ni...Malaysia Boleh!!!!


Bagi yang tak sempat nak ke stadium boleh tengok live di Astro Arena je...Kalau tengok kat kedai mamak lagi best..Lagi meriah.Lagi semangat!!Ayuh kita bakor kedai mamak malam ni!!!!!!!^_^



Update!!!Keputusan Kelayakan Olimpik 2012 Malaysia vs Lubnan: Malaysia 2 Lubnan 1.

Malaysia layak ke peringkat kumpulan untuk berentap bersama 12 pasukan dari Asia termasuk Malaysia nanti. 3 pasukan yang menjuarai kumpulan tu akan layak ke Sukan Olimpik 2012 di London nanti. Lepas ni Malaysia perlu berkerja lebih keras lagi untuk mantapkan stamina dan berjaya menjadi juara kumpulan untuk ke Sukan Olimpik nanti.Malaysia Boleh!!!!!!!!!!


Perlawanan Malaysia vs Lebanon 23 Jun 2011|Malaysia vs Lubnan 23/6/2011|Olimpik Malaysia vs Olimpik Lubnan 23/6/2011|Keputusan Malaysia vs Lubnan 23/6/2011

Sunday, June 19, 2011

Misteri Laluan Karak Berhantu

Share

Misteri Laluan Karak Berhantu

Salam 1 Malaysia semua...Cerita misteri datang lagi. Bukan lagi pasal Rumah Hantu Seksyen 2 Shah Alam..Kali ni kisah pasal laluan Karak..Korang dah tengok movie Karak - Laluan Puaka kan?Tak seram pun la..^_^. Tapi cerita misteri pasal Karak ni memang best..

Lebuhraya Karak ni bukak pada tahun 1977 dengan jalan sepanjang 60km menghubungkan Kuala Lumpur ke Karak(Pahang). Kalau nak ke Pantai Timur contohnya Pahang, Kelantan ataupun Terengganu memang orang akan lalu Karak dulu..




Ada banyak cerita pasal Karak ni..Seperti biasa sebagai seorang peminat cerita-cerita seram ni, saya akan try cari dan share kat semua yang minat nak tau pasal cerita seram ni..^_^. Jom teruskan baca lagi pengalaman orang yang pernah alami misteri kat situ..Nak percaya or tak terpulang la kan.Janji best di baca..hehe


Mohd. Saifullah Adli Hamzah, 32, mendakwa, dia pernah berada dalam situasi menyeramkan ketika melalui laluan berkenaan.

“Kejadian ini berlaku lima tahun lepas. Ketika itu saya dan tiga rakan dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Tanah Merah, Kelantan.

“Perjalanan dimulakan sekitar pukul 1.30 pagi dari Shah Alam. Kami bergerak lewat kerana ada rakan-rakan yang bekerja syif petang.” katanya yang juga merupakan pegawai pasukan beruniform.
 

Dihempap

Menyambung bicaranya, sebaik sahaja melepasi tol Gombak, dua rakannya, Azizi dan Malik minta izin untuk tidur kerana mereka akan bergilir memandu sementara dia dan seorang lagi rakan bernama Hadi, asyik bersembang.



 
“Selepas melalui Bentong, jalan mulai sunyi. Ketika kereta menaiki bukit, saya terdengar seperti ada benda terjatuh menghempap bahagian belakang kereta.

“Hadi turut mendengar bunyi yang sama. Bila saya lihat cermin pandang belakang, saya tidak nampak apa-apa.

“Memandangkan keadaan ketika itu sunyi dan gelap, saya teruskan juga pemanduan,” ujarnya yang membuka tingkap sepanjang perjalanan kerana mahu merokok selain menikmati udara sejuk hutan.

Laluan berliku dan berbukit memaksa Saifullah berhati-hati ketika meningkatkan kelajuan untuk memintas beberapa lori besar.

Ketika itu, dia mula merasakan keretanya berat namun dia tidak fikir yang bukan-bukan. Mungkin juga tekanan berat itu disebabkan kereta transmisi automatik yang dipandunya.

Namun, sebaik dia melepasi sebuah lori balak, pemandu tersebut menyalakan lampu besar berulang kali.

“Hadi menyuruh saya memecut supaya tidak terus terganggu dengan nyalaan lampu tinggi lori terbabit.

“Peliknya selepas itu ada dua tiga kenderaan yang memintas saya turut menyalakan lampu tinggi, malah ada yang membunyikan hon. Kata saya kepada Hadi, mungkin mereka hendak beritahu sesuatu,” katanya yang terus mengejutkan dua lagi rakannya yang sedang tidur.

Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena.

“Sebaik saja saya dan Hadi buka pintu untuk keluar, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta saya meneruskan perjalanan.

“Allahuakhbar! Pul, kau jangan keluar! Kita blah... kita blah!” jerit Malik dengan muka panik sambil menepuk-nepuk belakang kerusi supaya kami segera beredar dari kawasan tersebut.


 
Pontianak

Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya.

Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup. Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.

“Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita.

“Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya,” kata Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.

Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi.

“Pul, betullah. Aku nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hadi. Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit,” ujar Saifullah.

Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar.

“Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang kemalangan,” jelasnya yang sehingga kini mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.

Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras.

Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.

Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.


 

Mintak Nombor Ekor

Seorang pengguna laluan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, gangguan-gangguan tersebut adalah tanda marah roh-roh yang meninggal dunia di situ.

“Kemungkinan besar roh-roh itu marah dengan pengendali trak penunda. Saya sudah beberapa kali melihat kemalangan ngeri di lebuh raya ini.

“Bila ada kemalangan saja, trak penunda akan datang. Kalau mereka angkut kereta rosak saja tak mengapa, tapi kebanyakan buat bisnes di situ.

“Mereka perah limau dan tabur garam pada kawasan berdarah sebab mahu puja roh untuk dapatkan nombor ekor.

“Dalam kepercayaan orang Cina, perbuatan itu hanya akan menambah sakit pada si mati.

“Mungkin bukan semua buat begitu, tapi saya percaya, ada yang buat sebab itu roh tak tenteram dan kacau orang lain,” katanya yang berulang alik ke Pasir Puteh, Kelantan, sebulan sekali melalui lebuh raya berkenaan.

Biarpun ada berpuluh versi kisah seram di sepanjang Lebuh Raya Karak, laluan yang merentas negeri Pahang itu masih tetap menjadi pilihan terutamanya kepada anak-anak Pantai Timur yang mencari rezeki di ibu kota.




Lepas baca cerita ni korang yang lalu jalan Karak janganla takut plak. Ada lagi cerita yang lagi seram tau tak..Hehe...


Nak hadiah tak???Klik la sini kalau berani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive