Sunday, July 31, 2011

Adab - Adab Berpuasa di Bulan Ramadhan

Share

Adab - Adab Berpuasa di Bulan Ramadhan

Tanggal 1 Ramadhan seluruh umat islam di seluruh dunia akan mula berpuasa. Kita di Malaysia 1 Ramadhan bersamaan dengan 1 Ogos dan kita akan menyambut 1 Ramadhan pada esok hari. Berpuasa di Bulan Ramadhan merupakan satu kewajipan ke atas seluruh umat islam yang termasuk di dalam Rukun Islam yang ke-3.

Setiap orang yang mengerjakan ibadah puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.


Sumber: Utusan Online


Artikel berkaitan :

Tips Berpuasa di Bulan Ramadhan

 Ramadhan Wallpaper dan E-Card



Blog Sumber Informasi Terkini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam tak kira di mana jua anda berada. Semoga di bulan Ramadhan ni kita dapat memperbanyakkan lagi amal ibadah sebagai bekalan di hari penentuan kelak.



Saturday, July 30, 2011

Selena Gomez Yang Cute - I Love U Like A Love Song

Share
 
Selena Gomez Yang Cute - I Love U Like A Love Song 

Dah la cute, lagu pun best..Suara pun sedap..I love u too Selena Gomez..Hehe. Layan video klip ni time cuti-cuti camni sebelum puasa..:-p





Lirik Lagu Selena Gomez - Love You Like A Love Song

It’s been said and done
Every beautiful thought’s been already sung
I guess right now, here’s another one
So your melody will play on and on with the best of ‘em
You are beautiful like a dream come alive, incredible
A sinful, miracle, lyrical
You saved my life again
And I want you to know, baby

I, I love you like a love song baby (3x)
And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat
I, I love you like a love song baby (3x)
And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat

Constantly, boy, you played through my mind like a symphony
There’s no way to describe what you do to me
You just do to me, what you do
And it feels like I’ve been rescued
I’ve been set free
I am hypnotized by your destiny
You are magical, lyrical, beautiful, you are
And I want you to know, baby

I, I love you like a love song baby (3x)
And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat
I, I love you like a love song baby (3x)
And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat

No one compares, you stand alone
To every record I own
Music to my heart, that’s what you are
A song that goes on and on

I, I love you like a love song baby (3x)
And I keep hitting re-peat-peat-peat-peat-peat
I, I love you like a love song baby (3x)
I love you like a love song


Monday, July 25, 2011

Duit Syiling Terbaru Malaysia Generasi Ketiga Cantik!!

Share

 Duit Syiling Terbaru Malaysia Generasi Ketiga Cantik!!

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.  



Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. 

Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama. 


 Spesifikasi 




Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh baca kat website Bank Negara Malaysia


Tak sabar nak pegang duit syiling baru.:-)

Sunday, July 24, 2011

[Ekslusif]Kenapa Perempuan Melayu Selalu Kena Histeria???

Share
 
[Ekslusif]Kenapa Perempuan Melayu Selalu Kena Histeria???

Kes ni berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh di sebuah negeri di Malaysia. Nama sekolah dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Kebanyakan yang terkena histeria adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Kenapa??

Kisah benar ni berlaku pada awal tahun 2011 yang lalu. Seorang bomoh yang memang handal dalam alam ghaib ni telah dipanggil untuk selesaikan masalah yang agak berat ni. Untuk penjelasan lanjut ikuti dialog antara bomoh tersebut dan jin yang merasuk pelajar tersebut.

Bomoh yang dipanggil begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar-legar di asrama yang merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu dan menyebabkan pelajar perempuan terpekik terlolong tak tentu hala. Ketika sampai di tempat berlakunya kejadian tersebut, bomoh pun membaca jampi serapah....

Selepas berjampi lebih kurang 15 minit, bomoh tersebut pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan rupa sebenar yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir-hampir pengsan dibuatnya!

Untuk perbandingan, mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin tu!!! Memang betul-betul hodoh nampaknya. Tapi bomoh tetap kuatkan semangatnya untuk teruskan dialog dengan jin tersebut. 

Lalu bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak mengalah walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.


"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai jin ifrit?????"


Dengan pantas dan tenang, ketua jin pun menjawab...


Siapa bilang gadis melayu tak menawan..
Tak menarik hati, tiada memikat...
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik...
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan masukkkkkk. Oyeahhh!!!






Sumber: Jumpa kat forum gempak.org pastu edit tambah-tambah kat mana yang patut.


Apa yang best tentang Proton Saga FLX CVT??Nak tau klik laa sini..

Saturday, July 23, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014: Gol Singapore vs Malaysia[3-5] 23/7/2011

Share


Kelayakan Piala Dunia 2014: Gol Singapore vs Malaysia[3-5] 23/7/2011

SINGAPURA: Skuad Harimau Malaya tewas 5-3 kepada pasukan tuan rumah dalam perlawanan pertama bola sepak pusingan kedua kelayakan Zon Asia Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Stadium Jalan Besar di sini, sebentar tadi.

Skuad negara yang ketinggalan 4-1 pada separuh masa kedua bangkit merapatkan jurang jaringan dengan meledakkan dua gol pada separuh masa kedua bagi mencatatkan keputusan 4-3 pada satu ketika.

Malaysia yang kehilangan ketua pasukan, Safiq Rahim selepas dilayangkan kad merah mula menunjukkan keyakinan mengawal permainan sebelum Singapuran menjaringkan satu gol menjadikan keputusan 5-3.

Pasukan Singapura turut bermain 10 orang selepas pemainnya, Ismail Yunos dilayangkan kad kuning kedua apabila mangasari pemain negara.

Keputusan itu masih membuka peluang kepada pasukan negara untuk layak ke pusingan seterusnya sekira mampu menewaskan pasukan Singapura dengan jaringan tiga gol dan mengagalkan pasukan lawan mendapatkan jaringan pada perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini.


Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura:
Malaysia 3 (Mohd Safee Sali 1', 71'; Abdul Hadi Yahya 70');

Singapura 5 (Aleksandar Duric 7', 82'; Qiu Li 22'; Mustafic Fahrudin 44'; Jia Yi Shi 45'+1)

(Kad)
Malaysia: Ahmad SAARANI (37' kad kuning); Safiq Rahim (50' kad merah)

Singapura: Ismail Yunos (19' kad kuning); Qiu Li (39' kad kuning); Ismail Yunos (55' kad merah selepas mendapat dua kad kuning)




Kalau kita tengok separuh masa pertama Malaysia gagal main dengan baik sebab tak biasa dengan padang tiruan. Bola kalau passing memang berdesup laju. Sebab tu player Malaysia tak boleh nak kontrol bola dengan kemas. Passing pun macam tak tentu hala. Tapi separuh masa kedua Malaysia dah boleh sesuaikan diri. Tapi malang pulak pertahanan Malaysia memang out. Memang terasa ketiadaan Aidil Zafuan. Memang nampak sangat kelemahan Malaysia dekat bahagian pertahanan.
 
Lepas ni main dekat Bukit Jalil kita semua rakyat Malaysia nak tengok permainan sebenar Malaysia. Walaupun dengan ketiadaan kapten pasukan Malaysia dan jugak tonggak utama bahagian tengah iaitu Safiq Rahim, Malaysia akan ada pengganti yang sesuai .Malaysia mesti boleh!!..Semoga penyokong-penyokong Malaysia bagi sokongan padu pada pasukan bola sepak kita.Ayuh Malaysia!!Bangkit semula!Semangat Harimau Malaya tersemat di dada!!!


Ni video dari youtube gol-gol yang dijaringkan tadi. Yang tak dapat tengok tu boleh la tengok kat bawah ni k.




Korang rasa Malaysia mampu menang berapa nanti??


Keputusan Malaysia vs Singapura 23/7/2011|Malaysia vs Singapore 23/7/2011|Gol Malaysia vs Singapore 23/7/2011|Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapore 23 Julai 2011|Youtube gol Malaysia vs Singapore 23/7/2011

Friday, July 22, 2011

Status Halal Barbican: Barbican Halal Diminum[Majlis Fatwa Kebangsaan]

Share

Status Halal Barbican: Barbican Halal Diminum[Majlis Fatwa Kebangsaan]

Sapa pernah minum air Barbican ni angkat tangan!!!Saya pernah..Hehe. Tapi sekali je. Tu pun member yang bagi. Masa tu tak de lagi keraguan pasal status halal haram air ni. Bila kat paper keluar cakap status halal air ni masih diragukan sebab ada alkohol, blurpppp!!!Rasa nak muntah balik je..Hehe.Tapi kalau tak tau tak pe la kan. Sebab ingat air ni memang air buah-buahan. Hari ni kat paper Kosmo! keluarkan artikel pasal minuman ni dan Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan yang Barbican ni dibolehkan untuk diminum.



KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.

Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.

Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Sumber: Kosmo!




Lepas ni kalau kita nak makan apa-apa pun kalau rasa benda tu meragukan baik tak payah makan or minum. Lebih baik elakkan sebab takut jugak kan. Tapi kalau dah yakin tak pe la.So, Barbican ni halal dan boleh minum kan.Tak de la saya rasa macam pernah minum arak lagi..Ngehehe

Sunday, July 10, 2011

Tamatnya Riwayat Rumah Hantu Seksyen 2 Shah Alam:-)

Share

 Tamatnya Riwayat Rumah Hantu Seksyen 2 Shah Alam:-)

Kisah Rumah Hantu Seksyen 2 lagi..Tak habis-habis lagi ke bang oi...Nak buat macam mana kan, cerita ni memang femes pun walaupun tak tau betul ke tidaknya..Huhu. Tapi untuk pengetahuan korang, bagi sape-sape yang nak tengok rumah macam kat gambar atas ni live sekarang mintak maaf la na..Sebab rumah ni memang dah bukan macam ni dah rupanya..Rumah hantu dah tamat riwayatnya..Hehe. Meh baca cerita kat bawah ni.Eden songlap dari Kosmo! hari ni.


Seorang penduduk, Mohd. Yusof Mohd. Sidin, 57, mendakwa terdapat tiga buah rumah yang dikatakan menyeramkan di kejiranan itu.

Dia berkata, pelbagai kisah misteri mengenai rumah itu sudah didengarinya sewaktu mula menetap di Seksyen 2 itu pada tahun 1980.

Kosong
“Seorang jiran pernah memberitahu kami terdapat rumah berhantu di sini dan tidak pernah diduduki. Rumah itu didakwa pernah menjadi lokasi pembunuhan kejam dengan mayat mangsa ditanam di dalam dinding rumah.

“Saya agak ragu-ragu dengan cerita itu sehinggalah saya mendengar kisah penuntut UiTM Shah Alam diganggu makhluk halus di rumah yang mereka sewa di Jalan Sri Cempaka, Seksyen 2 ini,” kata Yusof lagi.

Secara kebetulan, anak lelaki Yusof yang juga pelajar UiTM turut mendiami rumah terbabit.

“Kedua-dua kaki anak saya ditarik hingga dia terjatuh dari katil. Kejadian itu menyebabkan dia segera berpindah ke rumah lain walaupun sewa banglo itu tidak sampai RM100,” katanya.

Selama bertahun-tahun, rumah itu terbiar usang dan tidak berpenghuni. Dindingnya berlumut dan berwarna kehitam-hitaman. Tahun lalu, banglo itu dirobohkan. Tapak rumah itu kini dipenuhi semak-samun.

“Tetapi masih ada penduduk yang melintasi kawasan rumah itu pada waktu malam mendakwa ternampak lembaga wanita berambut panjang melambai-lambai ke arah mereka,” cerita Yusof.

“Kalau anda tidak percaya, cubalah bermalam di bekas tapak rumah berkenaan atau rumah lain yang dikatakan berhantu di kawasan ini,” ujar Yusof kepada Jurnal.

Sebuah lagi rumah yang didakwa misteri terletak di Jalan Bunga Raya, Seksyen 2. Terdapat sebatang pokok besar di tepi banglo itu dengan daunnya menyentuh tingkap rumah. Banglo dua tingkat itu sedang diubahsuai dipercayai oleh pemiliknya yang baharu.

Mac lalu, penduduk di situ terkejut kerana beberapa pekerja sibuk membersihkan rumah itu, membuang perabot yang rosak dan mengecatnya semula.

Khabarnya, rumah itu dibeli oleh seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa.

Bagaimanapun, ada juga penduduk yang menafikan cerita hantu tersebut dan mendakwa rumah yang diperkatakan itu sebenarnya tidak wujud.



Rumah hantu dah tak jadi rumah hantu lagi dah sebab rumah ni dah di cat lawa-lawa so tak nama rumah hantu lagi dah jadi rumah orang..Hehe. Saya baru je lalu minggu lepas...Memang betul dah ada orang nak duduk..Dah lawa dah..Tak macam gambar tu lagi..Huhu



5 Jenis Smartphone terbaru dari Celcom..Nak tengok tak?Tengok sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive