Thursday, August 25, 2011

Tafsir Mimpi Menurut Perspektif Islam

Share


Tafsir Mimpi Menurut Perspektif Islam


Mimpi adalah pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, fikiran, perasaan, atau indra lain dalam tidur, terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat.

Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil terjadi dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi. Pengecualiannya adalah dalam mimpi yang disebut lucid dreaming.

Dalam mimpi demikian, pemimpi menyedari bahawa dia sedang bermimpi saat mimpi tersebut masih berlangsung, dan kadang-kadang mampu mengubah lingkungan dalam mimpinya serta mengendalikan beberapa aspek dalam mimpi tersebut.

Pemimpi juga dapat merasakan emosi ketika bermimpi, misalnya emosi takut dalam mimpi buruk.

Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Mimpi


Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa :


1.Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.

2.Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.

3.Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.

4.Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.

Berikut adalah tafsir mimpi dalam Islam yang berkaitan Peristiwa atau Kejadian

1.Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

2.Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

3.Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

4.Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

5.Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

6.Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

7.Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

8.Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

9.Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

10.Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

11.Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

12.Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

13.Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

14.Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

15.Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

16.Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

17.Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

18.Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

19.Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

20.Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

21.Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

22.Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

23.Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.

24.Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

25.Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

26.Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

27.Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

28.Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

29.Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

30.Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

31.Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

32.Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

33.Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

34.Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

35.Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

36.Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

37.Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

38.Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar

39.Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

40.Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

41.Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

42.Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

43.Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

44.Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

45.Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

46.Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

47.Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

48.Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

49.Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

50.Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

51.Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

52.Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah SWT

53.Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

54.Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

55.Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.


Sumber: http://aku-macjay.blogspot.com

Monday, August 22, 2011

Selena Gomez dan Justin Bieber Sah Berpisah

Share

Selena Gomez dan Justin Bieber Sah Berpisah

PASANGAN kekasih, Justin Bieber dan Selena Gomez dilaporkan telah memutuskan hubungan mereka kerana Selena, bintang filem Disney, memberitahu Bieber yang dia tidak suka rakan-rakan baru Justin yang dari kalangan penyanyi hip-hop.

bintang ‘The Wizards of Waverley Palace’ yang bercinta dengan Bieber, 17 tahun, sejak awal tahun ini, dikatakan memutuskan hubungan mereka kerana dia bimbang Justin akan terpengaruh dengan kawan-kawan barunya.




Sejak beberapa minggu lalu, Justin lebih banyak menghabiskan masanya dengan Sean Kingston, penyanyi rap Lil Wayne dan penyanyi Chris Brown yang telah merakamkan lagu dengan remaja Kanada itu.

Chris Brown mempunyai dikenali mempunyai perangai buruk selepas dia menyerang bekas kekasihnya Rihanna pada tahun 2009 yang menyebabkan penyanyi “Only Girl In The World” terpaksa dikejarkan ke hospital. Brown telah didakwa kerana menyerang dan membuat ugutan jenayah.

Lil Wayne pula telah dipenjarakan selama lapan bulan pada tahun 2010 setelah mengaku bersalah kerana menyimpan senjata.

Bieber telah berkawan dengan penyanyi dari Jamaica Sean Kingston sejak merakamkan lagu “Eanie Meenie” bersama penyanyi itu pada April 2010. Minggu lepas ketika Bieber dan Sean memandu kereta Rolls Royce dan bersiar-siar di South Beach, mereka telah ditahan polis. Polis merasa ragu melihat dua orang remaja di dalam sebuah kereta mewah.




Walaupun kedua orang remaja itu tidak melakukan apa-apa keselahan dan dibenarkan memandu, Kejadian seperti ini yang buatkan Selena marah. Dia tidak suka Bieber terlibat dalam publisiti yang akan memburukkan namanya.

Yang menyebabkan Selena berang, apabila Bieber membawa Sean untuk menonton persembahannya pada hujung minggu di Florida.

Seorang sahabat Selena memberitahu akhbar Sun. “Selena beritahu Justin supaya tidak bersama dengan mereka. Dia tidak mahu kawan-kawan baru Bieber itu merosakkan persembahannya. Mereka telah bergaduh besar dan Selena rasa masanya tepat untuk mereka berpisah kerana Selena sedang sibuk dengan siri persembahannya.”

Bieber dikatakan sedih dengan keputusan Selena. Dia kelihatan menangis selepas mereka bergaduh besar.

Kata kawan Selena lagi. “Sebak apabila melihat seorang lelaki berusia 17 tahun menangis dan berkata yang dia cintakan Selena.”



Sunday, August 21, 2011

Kisah Seram Jalan Gerik

Share
 
Kisah Seram Jalan Gerik

Segmen cerita seram kali ni berkaitan dengan kisah seram jalan Gerik dan merupakan kisah benar yang dilakonkan semula dalam bentuk dialog untuk memudahkan semua pembaca..

Kisahnya bermula begini................


"Mak..Mail balik dulu mak", 

"Mail..... Mak kata jangan balik malam ni, pagi esok jela balik dah pukul sebelas ni...".

"Tak boleh mak Mail kena balik malam ni jugak, banyak kerja kat office tu tak sempat siap nanti...". 

"Mail balik esok je la, bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni sesorang, bukan dekat Baling ker KL tu......

"Tak apalah mak, Mail balik dulu..Mak jangan risau..Assalammualaikum". Mail mengucup tangan ibunya dan terus memasuki kereta Myvi yang baru seminggu dibelinya..

"Emmmmm.... Boring betullah.." Rungut Mail seorang diri lantas menutup gelombang radio HOTFM setelah boring mendengar Usop Wilcha berceloteh.

Dijelingnya jam yang terpahat pada dashboard keretanya, detik jam 2 pagi, hampir 3 jam Mail memandu sampai naik kematu punggungnya. Ditolehnya kiri dan kanan, jalan semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yang ditujui setelah seminggu menyambut hari raya dikampung...

"Emmmmm...baru sampai Gerik ni...Jauh lagi....."

Tiba-tiba Mail terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula terngiang kata-kata temannya " kau kalau balik KL tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area jalan Gerik tu....Kemalangan selalu terjadi sebab ramai orang selalu jumpa makhluk ghaib......" 

Namun kata-kata temannya itu ditolaknya jauh-jauh, dikuatkan jugak semangatnya.

"Aaaarghhhh........Mengarut jer...Mana ada hantu .... Sekarang ni zaman teknologi, internet..Mana ada hantu..." kata Mail sambil mententeramkan hatinya yang memang tidak tenteram....

Mail masih lagi melalui jalan Gerik dan ditekannya pedal minyak seperti biasa dan jauh dihadapan, Mail terpandang kelibat objek putih yang terpacak ditepi jalan, peluhnya mula memercik kembali. "Hantu ker?"Soal hatinya......

"Arghhhh..Mana ada hantu" Dikuatkan semangatnya. Semakin hampir.......dan semakin jelas pandangan Mail terhadap objek tu, kelibat seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan.

Kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. Dalam hatinya berkata..."Buat apa mak cik ni sorang-sorang tengah malam kat jalan ni??"

Lalu Mail memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa untuk menumpangkan perempuan tua tersebut.....

"Mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... Bahaya sesorang malam-malam ni" segera Mail membuka pintu......Tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan.

Kemudian perempuan tua tersebut masuk dan terus menutup pintu kereta...."Terima kasih nak" kata perempuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Mail sebaliknya memalingkan mukanya ke bahagian luar..

Perasaan takut Mail datang lagi bila mendengar suara perempuan tua tersebut.......Garau dan sungguh menyeramkam........

Dengan beraninya Mail bertanya.."Aa aa apaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tepi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu" kata Mail terketar-ketar......

Dengan nada dan suara yang garau perempuan tua tu lalu berkata..."Sebenarnya, mak cik pergi cuci darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Mail 

"Apa darahhhhh!!!!!!!!" Jerit Mail dengan terkejut beruk, peluhnya semangkin banyak memercik.....Mengeletar anggota badannya dari atas sampai ke bawah tapi terpaksa Mail melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas ke tepi jalan..

Perempuan tu berkata lagi.."Yaaa....Anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti dijilat langsuir........"

Kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semakin kuat anggota badan Mail mengeletar......Ditolehnya kearah perempuan tua itu........Tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya......

"Burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!! !" Tiba - tiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ Burghhhh......Burghhhh........Burghhhh!!!!!!!!

Melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang belakang kereta. Mail mengeletar tak terlintas dikepalanya untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran kerana terlalu takut "Maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh"

Dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling ke arah Mail...


"Hiiiiiiiiii..........Hiiiiiiiiiii..........Hiiiiiiiiiii..........." Sambil mengilai dengan suara yang kuat perempuan tua itu lantas berkata.....















" ITULAH KELEBIHAN SABUN BREEZZZZZEE !"



P/S: Berhati-hati di jalan raya..Pandu cermat jiwa selamat...Hehe

Saturday, August 20, 2011

Kisah Si Penjual Telur

Share
  
Kisah Si Penjual Telur


Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik kak?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Nak yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan je la murah sikit."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Utara, Selatan atau Pantai Timur?"

Pembeli: "Yang Pantai Timur lahhhh...Banyak pulak soalan budak ni!!"

Penjual: "Mahu yang Pantai Timur dari Pahang, Kelantan ataupun Terengganu?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak main-main????"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual sayur kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Jadi, saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang..:-D



Thursday, August 18, 2011

Sneijder Sanggup Turun Gaji Nak Ke Man U

Share

Sneijder Sanggup Turun Gaji Nak Ke Man U

LONDON - Perancang Inter Milan, Wesley Sneijder sanggup mengurangkan bayaran gaji semata-mata mahu beraksi bersama juara Liga Perdana England, Manchester United.

Bulan lalu, United telah menawarkan kontrak kepada Sneijder dan Inter bersedia untuk menjual pemain yang berusia 27 tahun itu dengan nilai £35 juta (RM170 juta).

Tidak lama kemudian, Sneijder telah menuntut bayaran gaji berjumlah £200,000 (RM973,000) seminggu.



Bagaimanapun, The Red Devils tidak bersetuju mengenai syarat-syarat gaji yang diminta oleh Sneijder.

Ekoran itu, Sneijder mula risau apabila United masih belum mengemukakan tawaran baharu selepas permintaan gajinya yang terlalu mahal.

Dia mula menimbangkan semula tuntutannya itu kerana khuatir United tidak mampu mengikut apa yang diminta, sekali gus menggagalkan hasratnya untuk berhijrah ke Old Trafford.




Justeru, bekas pemain Real Madrid ini sanggup mengurangkan gajinya sebanyak £60,000 (RM291,905) seminggu menjadi £140,000 (RM683,300).

Sekiranya perpindahan itu berjaya, Sneijder bakal menjadi pemain kedua United menerima bayaran gaji tertinggi selepas Wayne Rooney yang menerima £250,000 (RM1,216,300) seminggu.



Bila la nak habis cite pasal Sneijder ni....Sneijder tu nak masuk sangat dah. Tapi belum dapat official offer lagi dari MU ni. Kalau dapat memang terbaik la..Memang pengganti yang tepat untuk Paul Scholes yang dah gantung but season lepas. Kalau tak dapat pun tak pe..Tom Cleverly ada. Boleh asah lagi bakat mamat tu. Muda lagi..Nampak tenang je main, kontrol pun bagus. Tapi seboleh-bolehnya kena dapatkan midfield yang betul-betul experience baru boleh nak challenge Barca season ni..Hihuuuu

Gaji Rooney banyak weyyy...Sejuta seminggu...Perghhhhhh!!!!!!

Tuesday, August 16, 2011

Mentega Pure Creamery Butter-Golden Churn Disahkan Tak Halal

Share


Mentega Jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn Disahkan Tak Halal

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.



Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama



Sape-sape yang nak buat kuih time raya ni nanti jangan la guna mentega ni ye...Huhu

Saturday, August 13, 2011

23 Tanda Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta Terhadap Wanita

Share

23 Tanda Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta Terhadap Wanita


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.

Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Di antara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA........

Thursday, August 11, 2011

10 Model Handphone Paling Popular Oleh Yahoo! Malaysia

Share
10 Model Handphone Paling Popular Oleh Yahoo! Malaysia


Berikut adalah hasil pencarian 10 model telefon bimbit paling popular oleh Yahoo! Malaysia Search untuk sepanjang bulan Jun 2011 :



iPhone 5

Apple memang tidak pernah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk model telefon bimbit pintar terbaru iPhone 5. Namun, disebabkan minat mendalam pengikut setia gajet itu, mereka telah mengeluarkan khabar angin bahawa Apple menyediakan 15 juta unit iPhone 5 yang dibangunkan di Taiwan sebagai persediaan memasuki pasaran menjelang September tahun ini.




iPhone 4

iPhone 4 merupakan telefon bimbit pintar berskrin sentuh dibangunkan oleh syarikat teknologi Apple. Generasi keempat iPhone itu hadir bersama keupayaan sokongan panggilan video dan kepelbagaian akses web serta multimedia. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.




Samsung Galaxy S

Telefon bimbit pintar Android ini telah diumumkan oleh Samsung pada bulan Mac 2010. Ia disempurnakan bersama pemproses Hummingbird 1 GHz, binaan memori Flash 6 hingga 16 gigabit (GB), skrin sentuh empat inci dengan resolusi 480 x 800 piksel Super AMOLED, kamera belakang lima megapiksel dan kamera depan.



Samsung Galaxy SII

Samsung Galaxy SII merupakan telefon bimbit paling berjaya pernah dihasilkan oleh Samsung. Ketika ini, model tersebut diiktiraf sebagai telefon bimbit super pintar dengan pemproses berkembar kedua ternipis di dunia.



Sony Ericsson Xperia

Xperia merupakan rangkaian telefon bimbit pintar dihasilkan oleh Sony Ericsson. Sejak 2010, syarikat itu banyak memberi fokus kepada pembangunan portfolio berkenaan dengan separuh daripada keuntungan Sony Ericsson disumbang oleh model-model Xperia.




Nokia C3

Nokia C3 merupakan telefon bimbit mampu milik dengan spesifikasi cukup lengkap untuk menarik perhatian pengguna. Ia dilengkapi capaian Wi-Fi dan papan kekunci QWERTY.



Nokia N8

Model telefon bimbit untuk siri N ini dipacu oleh sistem operasi Symbian 3. Ia merupakan peranti telekomunikasi Nokia pertama dilengkapi kamera beresolusi 12 megapiksel.



Samsung Galaxy Ace

Samsung Galaxy Ace merupakan telefon bimbit pertama Samsung menggunakan sistem operasi terbuka daripada Android. Ia hadir bersama skrin TFT sentuhan pelbagai 320 x 480 piksel bersaiz 3.5 inci.



BlackberryBold

BlackberryBold 9000 atau lebih dikenali sebagai Bold 1 merupakan model Blackberry yang popular dengan fungsi pintar, mempunyai papan kekunci QWERTY serta keupayaan mesej berkesan.


Blackberry Curve

BlackBerry Curve merupakan antara model awal yang diperkenalkan syarikat pengeluarnya, Research In Motion (RIM). Curve 8520 adalah peranti Blackberry pertama mempunyai kawalan pad trek.



Tuesday, August 9, 2011

Cara Buat Title Bar Bergerak dengan Title Bar Maker

Share

 Cara Buat Title Bar Bergerak dengan Title Bar Maker

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang baca blog ni..Dah lama rasanya saya tak buat tutorial untuk blog. Sebab terlalu sibuk keje tak sempat nak godek-godek internet cari tutorial untuk entri blog ni. Ok lah..Memandangkan saya terjumpa satu tutorial best dan simple saya nak share dengan korang semua. 

Sebelum ni saya ada buat entri Cara Membuat Animation Title Bar untuk Blog..Tutorial kali ni pun sama jugak..Tapi kali ni korang boleh buat Title Bar tu macam mana yang korang nak. Kalau sebelum ni saya tunjuk satu jenis je..Untuk kali ni ada 12 jenis animation yang korang boleh pilih untuk blog korang.


Tanpa panjang cerita, jom tengok tutorial kat bawah ni:




1. Mula-mula korang masuk ke website ni http://www.bosiljak.hr/titlemaker/

2. Lepas tu pada Add title bar message tu korang tulis la ayat yang korang nak. Contohnya "Selamat Datang dan Jangan Lupa Datang Lagi.." > klik Add

3. Pada Choose an effect, ada 12 jenis effect. Pilih satu yang korang suka.

4. Pada Repeats type korang boleh pilih samada nak animation tu Continous tak henti-henti ataupun berapa kali yang korang suka animation tu bergerak. Just tukar nombor dalam kotak times tu.

5. Pada Speed of effect korang boleh tentukan kelajuan animation tu. Lagi kecik nombor lagi laju.

6. Kalau nak preview klik Preview, kalau rasa dah ok klik OK,Generate Code!.

7. Lepas tu copy semua code dalam kotak Generated Code tu, paste dalam Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/Javascript

8. Selesai


Kalau menjadi jangan lupa tinggalkan komen.. ;-).

Monday, August 8, 2011

Jom Main Dengan 6 Trik Google

Share

 Jom Main Dengan 6 Trik Google

Entri yang lepas saya dah tunjukkan 6 Trik di Website Google Yang Agak Lucu. Kali ni saya nak tunjuk plak lagi 6 Trik Google yang lain. Trik kali ni pun sama jugak gunakan butang I`m feeling Lucky. 

Kalau korang boring-boring korang boleh la try k. Boleh tunjuk kat anak-anak buah, yang tak de anak buah tunjuk kat anak kucing pun boleh.:-p


Try la cepat. Try satu-satu k. Bukak google lepas tu ikut macam kat bawah ni:


1. Taip dalam kotak  google tu “google rainbow” > klik butang I’m feeling lucky. 


2. Taip “annoying google” > klik butang I’m feeling lucky 


3. Taip  “who’s the cutest” > klik butang I’m feeling lucky

 
4. Taip "google pacman" > klik butang I’m feeling lucky 


5. Taip  “google gothic" > klik butang I’m feeling lucky 


6. Taip weenie google > klik butang I’m feeling lucky 



Antara 6 trik yang lepas dengan 6 trik kali ni saya paling suka trik nak cari Chak Noris. Korang try la..Hehe


Taip  “find Chak Noris” > klik I’m feeling lucky


Enjoy!!!:-p

Suara Pelik di Website Yahoo!

Share

Suara Pelik di Website Yahoo!


Kita selalu je bukak website Yahoo! tapi kita tak sedar yang website Yahoo! ni tersembunyi satu rahsia...Misteri....


Apa rahsianya??


Ada suara pelik dan menyeramkan....


Kat mana nak dengar?? 



Tapi sebelum tu korang kena ada earphone @ speaker untuk dengar.



Korang bukak website Yahoo!




Korang tengok betul-betul logo Yahoo! kat atas sekali tu..




Cuba korang letakkan mouse kat lambang "!"..




Lepas tu korang try klik..Dan tunggu sampai dengar satu bunyi....



Dengar ke tak????Sereeemmmm????Hehehe

Sunday, August 7, 2011

Hello...Orang Lain Pun Puasa Jugak...

Share
Hello...Orang Lain Pun Puasa Jugak...


Hoi! Mentang-mentang la bulan puasa...Suka hati mak bapak kau je ye...orang lain pun puasa jugak. 

v



v



v



v



v



v


Suka-suka hati dia je nak tido merata. Apa pun tak boleh.











Haihh!!Penat bebeno deme berpuasa ye dak??Sampai tetido tak hengat dunia..Hehe


Jom tengok trailer movie baru kat sini:-)

Saturday, August 6, 2011

Sedapnya Orang Belanja Bukak Puasa kat Kemaman. Keh3

Share

Sedapnya Orang Belanja Bukak Puasa kat Kemaman. Keh3

Bukak puasa hari ni nak makan pe pulak? Tapi hari ni makan tak de orang belanja. So, tak berapa nak best lah. Kalau orang belanja makan tiap-tiap hari kan best. Rezeki tu. Hahaha.

Hari rabu sampai jumaat lepas saya kena outstation kat Kemaman sebab ada Pre Mob Briefing untuk Projek Dulang D. Pre Mob briefing ni kita kena buat sebelum hantar orang ke Offshore yang nak naik ke platform minyak ataupun gas. 

So, kena bagi briefing dulu pasal safety sebelum diorang naik macam mana nak buat kalau berlaku kecemasan pe semua lah. Klien dari Petronas Cari Gali pun wajib kena datang bagi briefing jugak. 

Yang nak cite bukan benda kat atas tu, tapi sebab Projek Manager belanja bukak puasa ramai-ramai dengan klien sekali. Hahahaha. Makan free beb! Ada la dalam 10 orang lebih kurang. Kitorang makan kat restoren Chinese Muslim kat area kuala tu. Ape nama restoren tu ntah..Tak hengat la plak. Apa yang dia belanja?? Huhu


Ni apa kenama pun tak tau. Dalam tu ada isi ketam campur dengan sayur sikit. Nak cakap sedap tu biasa je..Tapi orang belanja kan..Sedapp!!!Hahaha


Bukan tu je...Ada lagi....Sotong masak sambal, udang goreng tepung pastu ada sayur..Slurpppp!!!


Dan yang paling sedap!!!Ikan siakap masak tiga rasa...Yummmmmyy!!!Pergh!!Sedap gile memang tak hengat sampai menjilat jari kaki. Serious sedap wehh!!!


 Ingatkan dah habisss...Rupanya ada lagiii...Datang pulak lagi satu menu Udang goreng berempah plak..Memang tibai sampai habis siap ngn lidi-lidi pun telan. Keh3


Memang rezeki betul bulan-bulan puasa ni..Ni kalau sendiri punya nak makan camni jawabnya memang tak la..Nasib la ada orang yang sudi belanja ye tak??Hahaha

Kat bawah ni plak gambar masa outstation kat Labuan haritu..Atas kapal Kencana Petroleum dengan Safety Officer. Dengar cite Kencana Petroleum nak bergabung dengan SapuraCrest Petroleum. Baca kat sini



Minggu depan kena pegi lagi..Majlis bukak puasa jugak kat Kemaman Supply Base(KSB) dengan semua krew & staff kat sana. Rezeki-rezeki...:-p


USB Modem dari Celcom yang tak pernah korang tengok sebelum ni. Klik sini kalau nak tengok
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive