Thursday, September 29, 2011

Siapa Di Kubur itu?

Share
 
Siapa Di Kubur itu?

Dalam suasana malam yang sunyi sepi di suatu kawasan perkampungan, ada 2 orang sahabat yang baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan sebuah kawasan perkuburan. Suasana malam disirami cahaya bulan mengambang penuh cukup menyeramkan...

Semasa melalui kawasan perkuburan tersebut, hati mereka berdebar-debar dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi seperti ketukan dari kawasan tersebut.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi tu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan yang dah dipacakkan atas kubur menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu, orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu di atas batu nisan.

Sambil mendekati orang tua tersebut lalu mereka bersuara "Fuuuhhh...terkejut kami, ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut je..Legaaaa".

Mereka bertanya lagi:"Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Dengan tak semena-mena lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Diorang tulis nama aku pun salah!!"

2 orang sahabat tu kemudian saling berpandangan dan..........Caboooooootttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Agak2 korang sape tu??

Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 27, 2011

Dialog Sebelum dan Selepas Couple

Share


Dialog Sebelum dan Selepas Couple


Sebelum Couple

Lelaki: Ya dah lama saya tunggu saat ni...

Perempuan: Adakah awak terfikir akan tinggalkan saya??

Lelaki: Tak..Tak pernah terfikir pun.

Perempuan: Awak sayangkan saya???

Lelaki: Mestilah!!!

Perempuan: Pernah awak tipu saya??

Lelaki: Tak. Kenapa awak tanya macam tu?

Perempuan: Awak akan cium saya?

Lelaki: Asal ada peluang je, mesti nak.

Perempuan: Adakah awak akan pukul saya?

Lelaki: Awk gila ke?? Saya bukan jenis orang macam tu!

Perempuan: Saya boleh percayakan awak?

Lelaki : YES..

Perempuan: Darling!!


Selepas Couple

Sila baca dialog dari bawah ke atas




Keh3. Ada jugak orang macam tu kan.

Monday, September 26, 2011

Safee Sali Bakal Menyarung Jersi Cardiff City??

Share
 
Safee Sali Bakal Menyarung Jersi Cardiff City??


DEBARAN penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali (gambar) pastinya semakin lama semakin memuncak.

Apa tidaknya, hari ini merupakan hari terakhir Safee menjalani ujian pemilihan bersama Cardiff City sebaik tiba di bumi England sejak dua minggu lalu.

Teka-teki persoalan sama ada bakal menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di sana bagaimanapun hanya akan terungkai sebaik pengumuman rasmi daripada pihak Cardiff sendiri.

Apa yang pasti, perjuangan Safee sepanjang berada di sana telah menerbitkan rasa positif peminat bola sepak tempatan lantaran aksinya dikhabarkan mencetus rasa minat pengendali Bluebirds, Malky Mackay sebelum ini.

Namun, jika benar Mackay enggan ‘bersusah payah’ mendapatkan khidmat Safee lantaran isu permit kerja, apa ada hal kerana yang penting pengalaman sepanjang berguru di sana boleh dijadikan azimat buat Safee bagi meningkatkan kariernya selaku pemain bola sepak.

Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim tidak dapat menjelaskan sejauh mana teka-teki Safee bakal menyarung jersi Cardiff atau pun tidak bakal terjawab.

“Buat masa ini, Safee masih menjalani latihan seperti biasa yang dijangka berakhir esok (hari ini).

“Keputusan rasmi juga saya tidak pasti sama ada diumumkan serta merta sebaik latihan berakhir ataupun ia hanya akan diumumkan Cardiff selepas Safee pulang semula ke pangkuan majikannya, Pelita Jaya,” katanya semasa dihubungi semalam.

Zakaria memberitahu, Safee juga dijangka tiba semula di tanah air pada tengah hari Rabu (lusa) selepas menjayakan sambutan Hari Malaysia di Cardiff yang dijadualkan berlangsung esok.

Sebelum pulang ke Indonesia, katanya, Safee juga dijangka mewakili bekas majikannya, Selangor bagi aksi Piala Sultan Selangor menentang Singapura terlebih dahulu pada 1 Oktober depan, selain turut membawa cabaran pasukan kebangsaan bagi aksi persahabatan menentang Australia di Sydney selepas itu.

“Soal dipilih Cardiff atau tidak terserahlah kepada pengurusan kelab, dan kami tidak mahu memberi tekanan kepada mereka dalam membuat sebarang keputusan.

“Apa yang pasti, kegagalan menyarung jersi Cardiff bukan bermakna karier Safee berakhir, perjalanannya masih panjang justeru marilah kita sama-sama mendoakan kejayaannya,” katanya. Sumber: Kosmo!


Kita doakan kejayaan Safee Sali..Semoga berjaya dalam pemilihan tu. Kalau tak berjaya pun, Safee dapat pengalaman berguna untuk pasukan negara. Good luck Safee Sali!

Sunday, September 25, 2011

HP Baru Nokia: Nokia 600, Nokia 700 dan Nokia 701 dilengkapi dengan Symbian Belle

Share
 
HP Baru Nokia: Nokia 600, Nokia 700 dan Nokia 701 dilengkapi dengan Symbian Belle 

NOKIA memperkenalkan tiga model handphone pintar terbaru yang di datangkan dengan platform sistem operasi Symbian menggunakan kemas kini perisian terbaru Symbian Belle.

Model Nokia 700, Nokia 701 dan Nokia 600 bukan saja dilengkapi dengan reka bentuk terkini, malah kefungsiannya juga kerana ketiga-tiganya turut dilengkapi teknologi sentuhan tunggal NFC untuk berkongsi dan penyepadanan di antara dua peranti yang menyokong standard berkenaan.



PRODUK: Nokia 700
HARGA: Anggaran RM1,170
RANGKAIAN: WCDMA 850/ 900/ 1700/ 1900/ 2100, GSM/ EDGE 850/ 900/ 1800/ 1900
SISTEM OPERASI: Symbian Belle
PEMPROSES: 1Ghz
SKRIN: AMOLED ClearBlack kapasitif 3.2 inci
MEMORI: 2GB (dalaman), slot kad memori microSD
MAIN SEMULA MUZIK: hingga 47 jam
MAIN SEMULA VIDEO: hingga 6.9 jam
DIMENSI: 110 x 50.7 x 9.7 mm
BERAT: 96gm

Nokia 700 dikategorikan sebagai yang terkecil di dunia bagi telefon bimbit dengan skrin peka sentuhan dijual pada harga AS$390.
 



 
PRODUK: Nokia 701
HARGA: Anggaran RM1,260
RANGKAIAN: WCDMA 850/ 900/ 1700/ 1900/ 2100, GSM/ EDGE 850/ 900/ 1800/ 1900
SISTEM OPERASI: Symbian Belle
PEMPROSES: 1Ghz
SKRIN: IPS LCD ClearBlack 3.5 inci, 640 x 360 piksel
MEMORI: 8GB (dalaman), slot kad memori microSD
MAIN SEMULA MUZIK: hingga 71 jam
MAIN SEMULA VIDEO: hingga 8.9 jam
DIMENSI: 117.3 x 56.8 x 11 mm
BERAT: 131gm

Nokia 701 pula dinyatakan sebagai telefon bimbit dengan paparan paling terang dalam industri berasaskan skrin ClearBlack 3.5 inci untuk menjadikannya sesuai ketika di luar atau di dalam rumah. Dijual pada harga AS$420.


 


PRODUK: Nokia 600
HARGA: Anggaran RM780
RANGKAIAN: WCDMA 850/ 900/ 1700/ 1900/ 2100, GSM/ EDGE 850/ 900/ 1800/1 900
SISTEM OPERASI: Symbian Belle
PEMPROSES: 1Ghz
SKRIN: nHD sentuhan kapasitif 3,2 inci, 640 x 360 piksel
MEMORI: 2GB (dalaman), slot kad memori microSD
MAIN SEMULA MUZIK: hingga 60 jam
MAIN SEMULA VIDEO: hingga 6.5 jam
DIMENSI: 111 x 53 x 13 mm
BERAT: 100 gm

Sementara Nokia 600 adalah telefon pintar yang paling murah dengan harga AS$260 tapi memiliki bunyi paling kuat (106 Phons), lebih-lebih lagi dilengkapi antena FM terbina dalam untuk membolehkan pengguna mendengar radio tanpa fon telinga.

 Sumber: Hmetro


Boleh tengok review melalui video handphone ni daripada Amanz.my



Makin hari makin banyak pulak gadjet yang keluar. Yang berkemampuan tu memang la bila baru je keluar terus beli, tapi yang kurang berkemampuan ni, tengok je la dulu...Huhu=_=


Friday, September 23, 2011

Tanda Terkena Santau, Petua Elakkan dan Kesan Santau

Share

 Tanda Terkena Santau, Petua Elakkan dan Kesan Santau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setiap hari jumaat akan ada kuliah agama selama satu jam bermula pukul 8.30 pagi sampai 9.30 pagi kat ofis tempat saya keja. Kuliah hari ni disampaikan oleh Ustaz Farhan Wijaya berkaitan dengan Sihir dan jugak Santau. Kuliah bahagian kedua pasal Santau ni akan bersambung minggu depan. Saya tertarik dengan ceramah pagi ni dan saya akan kongsikan kepada korang semua berkaitan dengan Santau ni yang saya dapat dari ceramah tadi dan dari internet.


Santau terbahagi kepada dua: 

Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah dirawat. 

Jenis Kedua – Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering. 


Secara umumnya, santau ditujukan kepada mangsa bertujuan seperti berikut: 

- Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.
- Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.
- Ingin menguji tahap kekuatan atau ketahanan kebatinan seseorang. 
- Sebagai medan menguji tahap kekuatan dan kesan santau yang dimiliki. 
- Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluargannya. 
- Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang.


Bahan-bahan Santau:

- Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
- Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
- Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusia atau binatang dan sebagainya.
- Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, tulang dagu kera duku, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.


Tanda-tanda terkena santau:

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
- Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
- Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
- Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
- Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
- Lenguh seluruh anggota badan.
- Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
- Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
- Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
- Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
- Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
- Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.
- Sentiasa sakit pada tulang belakang
- Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)


Kesan-kesan Santau:

Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:

- Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t. 
- Hilang daya ingatan 
- Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah, 
- Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat penyakit menjadi seorang yang panas baran. 
- Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan. 
- Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur. 
- Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu. 
- Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan. 
- Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.


Panduan Mengesan Kehadiran Santau:

Apabila orang yang terkena santau angin, makan limau nipis atau nenas bersama kicap dan mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan dan pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam.

Panduan untuk kita mengesan kehadiran santau bila kita makan di kedai makan ataupun di restoran daripada Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Bin Rozali:

Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.

Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau


Ayat Pelindung Diri dari Santau
 

Ayat di atas ini adalah amalan bagi mengelakkan dari terkena santau ataupun bagi pendinding diri dari segala mudharat. Hadith nabi "Sesiapa yang membacanya ketika pagi sebanyak 3 kali dan petang sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan dimudharatkan oleh sesuatu pun". Segalanya dengan izin Allah SWT. Seeloknya ayat ini diamalkan sekurang-kurangnya sebanyak 3 atau 7 kali sebelum keluar daripada rumah setiap hari


Antara ayat-ayat lain yang boleh diamalkan untuk mengelakkan santau boleh ke website Darussyifa yang diasaskan oleh Dato` Dr. Haron Din di sini


. Gunakan minyak Kasturi Syifa yang telah dibacakan dengan ayat Al-Quran untuk pendinding diri. Semoga ilmu  ni bermanfaat untuk semua. Insyaallah. 




Wednesday, September 21, 2011

Punca, Tanda dan Kesan akibat Tekanan(Stress)

Share

Punca, Tanda dan Kesan akibat Tekanan(Stress)

Tekanan berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fisikal.
 
Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan.


Tanda-tanda Awal akibat Tekanan

Gejala Fizikal dan Gejala Mental:-

Degupan jantung yang cepat
Rasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku
Banyak berpeluh
Risau dan bimbang
Terasa loya Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan
Bernafas kencang
Rasa tidak sihat
Cirit birit dan terasa hendak membuang air kecil
Sukar untuk tidur
Kaki dan tangan terasa sejuk
Keinginan seks menurun
Selera makan berubah
Terasa amat letih
Gangguan keseksualan
Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok
Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan
Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit.

Kesan Tekanan Yang Berpanjangan

Tekanan darah tinggi
Lelah
Masalah kulit yang semakin teruk (jerawat)
Serangan jantung
Masalah sinus
Kehilangan fungsi seksual dan pembiakan
Strok
Masalah berat badan
Gangguan tidur
Cirit-birit atau sembelit
Serangan migrain
Gangguan kebimbangan
Ulser perut
Sakit kepala
Kemurungan

Punca Tekanan

Personaliti
Kesempurnaan, di mana anda menetapkan standard yang terlalu tinggi atau mustahil untuk dicapai
Keresahan
Berperasaan negatif (marah, kecewa, rasa bersalah)
Bercita-cita terlalu tinggi
Persekitaran
Suasana bising
Persekitaran tempat tinggal atau kerja yang teruk atau tidak terurus
Gaya hidup dan pekerjaan
Beban kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak
Desakan masa atau tekanan untuk mengejar masa
Jaminan kerja yang tidak kukuh
Tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat, kekecewaan dan bosan dengan tanggungjawab sekarang
Dikehendaki melakukan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan keupayaan sebenar
Pengurusan masa yang tidak baik
Keluarga
Masalah kewangan
Masalah hubungan
Perubahan dalam keluarga seperti kehilangan orang yang dikasihi samada disebabkan perceraian atau kematian.


Sumber: Pusat Maklumat Rakyat


Bila selalu rasa sakit kepala semenjak dua menjak ni, tetiba rasa nak search lak punca sakit kepala ni. Terjumpa la dengan artikel kat atas ni. Fuhh!!Stress!!

Saturday, September 17, 2011

10 Teori Konspirasi Serangan 11 September 2001(11/9/2001)

Share
  
10 Teori Konspirasi Serangan 11 September 2001(11/9/2001)
 
Pada tanggal 11/9/2011 yang lalu, dunia memperingati ulang tahun ke-10 serangan 11 September 2001. Ia membabitkan empat serangan serentak terhadap sasaran di New York dan Washington DC, Amerika Syarikat (AS).

Anggota al-Qaeda didakwa merampas empat pesawat dan menggunakan dua daripadanya untuk merempuh Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. Kedua-dua menara itu musnah sama sekali dalam masa dua jam.

Pesawat ketiga digunakan untuk merempuh Pentagon di Arlington, Virginia. Apabila penumpang cuba menguasai pesawat keempat, Penerbangan 93 United Airlines, ia terhempas di kawasan lapang berhampiran Shanksville, Pennsylvania, menghalangnya daripada sampai ke sasaran di Washington, DC. Hampir 3,000 orang terbunuh dalam serangan itu.

Al-Qaeda serta-merta menjadi suspek. Ketuanya, Osama Laden, yang mulanya menafikan terbabit, kemudian mendakwa bertanggungjawab. Alasan serangan itu ialah tentangan mereka kepada sokongan AS terhadap Israel, kehadiran tentera AS di Arab Saudi dan sekatan terhadap Iraq. Mei lalu, komando tentera AS mendakwa menembak mati Osama di Pakistan selepas bertahun-tahun memburu dan cuba membunuhnya. Mayatnya dicampakkan ke laut.


Namun selepas 10 tahun, masih ramai percaya kejadian itu adalah konspirasi membabitkan ejen Israel dan kerajaan AS.


Dalam kajian pendapat di 17 negara mengenai kejadian itu, sejumlah responden percaya AS menjadi dalang utama di sebalik serangan itu.

Tujuh peratus responden menyalahkan Israel, manakala angka sama turut percaya individu lain selain daripada Osama dan al-Qaeda menjadi dalang di sebalik serangan itu.

Berikut ialah 10 teori konspirasi yang dirumuskan mereka.


1. MEREKA TAHU LEBIH DULU

Sejurus selepas serangan itu, Presiden George W Bush berkata: “Tidak ada siapa dalam kerajaan AS dan kerajaan sebelum ini pernah terfikir untuk merempuh pesawat pada bangunan.”

Hanya beberapa minggu sebelum itu, ketika Bush dan pemimpin dunia lain berbincang pada persidangan tahunan G8 di Genoa, Itali, perancang keselamatan melakukan persediaan untuk menghadapi serangan seumpama itu.

Peluru berpandu anti-pesawat ditempatkan berhampiran Genoa kerana Itali menerima ancaman bahawa pesawat akan digunakan sebagai senjata bagi membunuh pemimpin G8.

Markas Pertahanan Angkasa Lepas Amerika Utara (Norad) menjalani latihan bagi menghadapi seumpama itu.
 
 
 

2. LETUPAN YANG TERKAWAL

Ahli teori konspirasi, termasuk ahli fizik dan jurutera perisian, percaya bangunan berkembar WTC runtuh akibat letupan yang terkawal, bukan angkara dirempuh pesawat. Pendapat itu diluahkan berikutan fakta bahawa dua menara itu runtuh secara teratur hingga ke dasarnya, berbanding hanya bahagian atas menara yang musnah.

Kumpulan ahli teori itu percaya sejumlah besar bahan letupan disembunyikan dalam kedua-dua menara itu dan cerucuk keluli yang menyokong bangunan itu dipotong terlebih dulu, membolehkan bangunan berkenaan runtuh pada tapaknya. Dan berikutan langkah keselamatan ketat di tapak bangunan itu selepas ia runtuh, bahan bukti kemudian dapat dialihkan dan dihantar untuk dikitar semula.


3. ORANG DALAM BURSA SAHAM MERANCANGNYA

Sebelum insiden serangan 11 September, berlaku beberapa siri perdagangan saham yang luar biasa di kalangan syarikat yang menerima kesan negatif dan positif akibat serangan itu. United Airlines dan American Airlines, yang kedua-duanya hilang pesawat dalam serangan, dijual begitu banyak sebelum serangan. Tiada syarikat penerbangan AS lain dilihat mengalami kegiatan saham seperti dua syarikat berkenaan.

Saham syarikat pertahanan yang mendapat faedah berikutan tindak balas agresif ketenteraan turut memperoleh banyak belian pada minggu sebelum serangan. Morgan Stanley yang beribu pejabat di WTC adalah syarikat yang banyak membuat jualan saham. Begitu juga dengan syarikat insurans.

Malah, Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS melancarkan siasatan terhadap kegiatan Wall Street sebelum serangan berlaku.


4. MENAHAN KEMARAAN PESAWAT

Norad mempunyai sistem maklumat canggih mengenai rampasan pesawat itu tetapi mengarahkan juruterbang mereka supaya tidak bertindak atau sengaja melengahkan tindakan supaya tidak dapat menghalang pesawat yang dirampas itu daripada tiba ke sasaran mereka.

Sudah pasti Norad yang bertanggungjawab ke atas pertahanan udara mampu mengesan pesawat penumpang yang besar dan berat.

Bukankah mereka mempunyai sistem radar paling canggih? Jadi, mengapa mereka tidak bertindak sewajarnya dan menghalang tragedi itu daripada berlaku? Dan mengapa dua jet diarah keluar dari ruang angkasa tentera di ruang udara Long Island ketika Bandar Raya New York diserang? 
 
 
 
 
 
5. ‘PESAWAT’ PENTAGON

Ahli teori konspirasi berkata, Pentagon tidak diserang pesawat penerbangan American Airlines 77. Bangunan pertahanan paling selamat di dunia itu mempunyai sejumlah besar kamera yang mengawasi keadaan sekitarnya. Namun, tiada satu pun daripada kamera berkenaan dapat menangkap imej pesawat itu. Malah, ia mungkin peluru berpandu yang dilepaskan penyangak kerajaan AS.

Dan lubang akibat serangan pesawat itu hanya seluas 20 meter, sedangkan panjang sayap Boeing 757 adalah 40 meter dari hujung ke hujung. Lubang yang berlaku di Pentagon juga terlalu kemas dan bangunan itu hanya rosak sedikit, seolah-olah ia bukan kesan serangan pesawat yang dipandu laju. Ia adalah hasil tembakan peluru berpandu.


6. KOTAK HITAM

Semua pesawat yang digunakan dalam serangan itu membawa dua kotak hitam. Laporan rasmi insiden serangan 11 September berkata, tiada satu pun daripada empat kotak hitam dua pesawat yang merempuh menara berkembar WTC dapat diselamatkan kerana musnah terbakar. Namun, dua lelaki yang bekerja di kawasan kejadian berkata, mereka membantu ejen persekutuan menyelamatkan tiga daripada empat kotak hitam itu.

Kotak hitam dalam pesawat yang menyerang Pentagon dikatakan musnah teruk dan maklumat mustahil diperoleh. Hanya kotak hitam pesawat penerbangan United 93, di mana penumpang dan kru kabin dikatakan melawan perampas pesawat hingga menyebabkan ia terhempas di ladang jagung di kawasan luar bandar Pennsylvania, ditemui.

Namun, ia mengambil masa tujuh bulan sebelum keluarga dapat mendengar pita rakaman dan lima tahun enam bulan sebelum ia dikemukakan dalam perbicaraan orang yang digelar perampas ke-20.


7. MENYALAHKAN CIA DAN MOSSAD

Seorang bekas Presiden Itali merangsang lagi teori konspirasi apabila berkata, semua anggota parti pembangkang Itali tahu Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan ejen perisikan Israel, Mossad adalah dalang serangan itu dan menjadikan militan Islam sebagai kambing hitam.

Ia membolehkan AS memberi sokongan penuh dan berterusan kepada Israel. Sementara itu, bekas ketua agensi Perisikan Pakistan (ISI) mendakwa, pihaknya mempunyai maklumat mengenai serangan itu dan tahu CIA bekerjasama dalam Israel untuk melancarkan serangan.

Dan serangan itu adalah peluang paling sempurna untuk Zionis menguasai hal-ehwal dunia sebagai membalas dendam.


8. BUKAN ANGKARA PESAWAT

Pesawat Boeing yang digunakan dalam serangan itu sebahagian besarnya diperbuat daripada aluminium dan secara fizikalnya, mustahil ia boleh menyebabkan kemusnahan sebagaimana berlaku di WTC dan Pentagon. Menurut video ahli teori terbabit yang tersebar di Internet, serangan itu dilakukan menggunakan peluru berpandu dengan kesan hologram.

Teori mereka disokong analisis secara berperingkat serangan ke atas menara berkembar WTC. Paparan video itu menunjukkan objek berbentuk cerut dan bukan pesawat. Tambahan pula, bahang disebabkan oleh minyak pesawat tidak mungkin cukup panas untuk mencairkan cerucuk keluli yang menyokong bangunan menara berkembar itu.


9. ISU TENAGA MINYAK YANG BERAKHIR DENGAN BAIK

Harga minyak berikutan peristiwa serangan 11 September menunjukkan penurunan disebabkan pengeluaran secara berlebihan dan penemuan telaga minyak baru. Namun, isu serangan dramatik di AS dan menyalahkan militan Islam atas apa yang berlaku memberi kesan jangka panjang terhadap harga minyak.

Dengan pergolakan yang berlaku di Asia Barat, tindakan ketenteraan AS akan melindungi hasrat strategik mereka untuk menguasai minyak di negara berkenaan. Lagi pun, siapa selain AS mampu merancang serangan seumpama itu.


10. TERSELAMAT DARIPADA TRAGEDI

Ahli teori hairan dengan kisah seorang anggota bomba yang terselamat selepas jatuh dari tingkat 82 runtuhan menara utara dengan memegang sisa runtuhan ketika ia jatuh di besi pasak bangunan itu. Satu lagi kisah menceritakan seorang kakitangan syarikat kewangan yang gemarkan sukan luncur, meluncur di atas sisa runtuhan dengan selamat apabila bangunan itu runtuh.
 
Sumber: Hmetro Online

Friday, September 16, 2011

[Gambar]Pelancaran Rasmi Perodua Myvi 1.5 SE dan 1.5 Extreme

Share

[Gambar]Pelancaran Rasmi Perodua Myvi 1.5 SE dan 1.5  Extreme 2011















Sumber: Lepak.my









Sumber: Arena Kereta


Terbaik kan??:-)

Tuesday, September 13, 2011

Gambar dan Harga Perodua Myvi 1.5 Extreme 2011

Share

Gambar dan Harga Perodua Myvi 1.5 Extreme 2011


KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka Myvi 1.5 yang baharu akan menyumbang kepada kira-kira separuh jualan bulanan daripada 8,000 unit model Myvi.

Myvi 1.5 yang baharu akan tersedia di kesemua 178 bilik pameran Perodua di seluruh negara dari 15 September, kata Pengarah Urusan Datuk Aminar Rashid Salleh.

Dalam satu kenyataan hari ini, katanya, jika diambil kira kejayaan Myvi 1.3 sebelum ini, edisi baharu itu dikeluarkan berikutan permintaan dari pihak-pihak tertentu yang mahu mendapatkan Myvi yang mempunyai kapasiti enjin lebih besar.

"Myvi 1.5 baharu itu kini hanya dikeluarkan secara eksklusif bagi pasaran Malaysia dan disasarkan kepada eksekutif muda dan di bandar yang mahukan kereta yang sporty dan premium,” katanya.

Tempahan bagi variasi premium dan sporty dibuka dari 12 September manakala harganya akan diumumkan pada hari pelancarannya.

Sejumlah empat variasi, yang termasuk variasi multimedia, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik tersedia dalam lima warna.

"Kesemua bilik pameran Perodua akan dibuka sehingga lewat malam bagi menampung pelawat yang ramai dalam tempoh beberapa hari selepas pelancaran itu,” kata Aminar Rashid.

Mengenai Myvi 1.3 katanya, tempahan dan jualan kereta itu terus mencatatkan peningkatan yang baik sejak pelancaranya pada Jun tahun ini.

"Perodua telah menerima tempahan 34,000 unit dengan 18,000 telah diserahkan sehingga ini,” katanya. - Bernama


Sumber: Utusan Online


Gambar-gambar brochure Perodua Myvi 1.5 Extreme













Sumber: Buy Perodua












Sumber: blog e-kereta.com


Pelancaran Perodua Myvi 1.5 Extreme akan dilancarkan hari ni..Sama-sama kita tunggu pelancaran nanti..Kalau ada gambar menarik nanti saya akan update. Hari ni ada open house company saya kat SACC Mall plak. Tak boleh nak ikut perkembangan sangat:)



Pelancaran Perodua Myvi 1.5|Gambar Perodua Myvi 1.5|Harga Perodua Myvi 1.5|Pelancaran Rasmi Myvi 1.5 Extreme

Sunday, September 11, 2011

Dapat 3 Buffered Earnings dari Nuffnang Serentak!

Share
 Dapat 3 Buffered Earnings dari Nuffnang Serentak!

Wuhuhu..Blog ni dapat 3 buffered earnings serentak la beb dari Nuffnang!(Orang lain dapat 10 rilek je kan). Bukan pe, sebab ni first time ni dapat 3 iklan serentak. Kalau sebelum-sebelum ni satu-satu je masuk..Paling banyak pun 2..Kali ni ada 4..Yang lama tengah running ada la satu.Suke3^_^.

Cek pun tak tau la na apa requirement diorang ni bagi BE. Kalau tengok blog ni tak dak la trafik tinggi mana pun. Tapi Alhamdulillah la sebab Nuffnang ni baik hati nak bagi kat blog cek yang tak seberapa ni kan..Toche3!!. Tak sia-sia cek setia dengan Nuffnang^_^. Korang yang sudi singgah sini pun thanks jugak sebab ada gak trafik kan. Kalau tak sunyi la blog ni:-p

Ni la iklan untuk buffered earnings yang tengah dok running sekarang ni kat blog ni. Digi Blackberry Bundle Prepaid tu yang dah lama..




DiGi Blackberry Bundle Prepaid



VW Scirocco R Cup 2011



Celcom SAMSUNG GALAXY TAB 10.1


Sony E-Mount NEX C3





Thanks to Nuffnang sebab sudi letak iklan kat sini. Lepas ni boleh kot nak bagi lagi kan?^_^

Friday, September 9, 2011

Wallpaper dan Biodata Hana Tajima Yang Kiut Miut

Share

Wallpaper dan Biodata Hana Tajima Yang Kiut Miut

Salam 1 dunia..Apa khabar korang semua hari ni? Moga-moga sihat la kan. Hari ni saya nak buat entri pasal Hana Tajima plak. Sebenarnya dah lama dengar nama Hana Tajima ni kat blog-blog. Tapi saya buat tak tau je la kan sebab bab-bab fesyen, dengan tudung semua tu pompuan je la yang minat. Tak pernah lagi tengok rupa Hana Tajima ni.

Tapi..tapi...Tiba-tiba ada plak member ofis buat wallpaper gambar sorang minah cantik ni..Sekali tengok macam kenal..Macam pernah tengok.Sebab ada iras-iras seseorang.Huhu. Dengan tak semena-mena je terminat plak dengan Hana Tajima ni..Memang kiut miut kan.Loike2 ^_^. Hana Tajima ni memang femes dengan design tudung dia tu. Ramai la pompuan sekarang yang nak tiru Hana Tajima ni..


Ni statement dari Hana Tajima:

"I started wearing the hijab the day I took my shahada. I came to Islam in a really natural way and it was all a part of that. On a personal level it was a good way to distinguish what had gone before in my life, to what was in front of me.- Hana Tajima"

Jom tengok biodata Hana Tajima ni jap.

Nama penuh: Hana Tajima Simpson

Nama glemer: Hana Tajima

Nama glemer kedua: Nunu Tajima(Oppssss)

Umur: 23 tahun

Agama: Islam(Convert)

Kacukan: Jepun(Ayah) dan English(Mak)

Status: Berkahwin(Melepas gua...)

Kerjaya: Pereka Fesyen a.k.a fesyen designer






Moh le tengok gambar-gambar/wallpaper/photo Hana Tajima yang kiut miut ni^_^





  












Sweet kan???^_^


Biodata Hana Tajima|Wallpaper Hana Tajima|Gambar Hana Tajima|Hana Tajima Photos|Hana Tajima Pictures
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive