Monday, October 31, 2011

Jawatan Kosong Kemaman Sebagai QAQC Clerk

Share


Jawatan Kosong Kemaman Sebagai QAQC Clerk


Shapadu Energy & Engineering Sdn Bhd menawarkan kekosongan jawatan sebagai QA/QC CLERK di Kemaman Supply Base (KSB), Terengganu.

Syarat kelayakan:

- Minimum SPM atau Diploma dalam bidang yang berkaitan.
- 1-2 tahun pengalaman sebagai QA/QC Clerk.
- Boleh bekerja di Kemaman.
- Boleh bekerja lebih masa.
- Mahir mengendalikan aplikasi komputer.
- Mempunyai pengetahuan asas tentang selok belok QA/QC.

Kepada yang berminat, sila emelkan permohonan anda dalam bentuk RESUME menyatakan latar belakang pendidikan, pengalaman kerja, gaji diminta dan juga bergambar kepada:


azuar@shapadu.com.my
mohd.nazri@shapadu.com.my
syamim@shapadu.com.my


Boleh jugak tengok iklan di mudah.my kat sini

Sunday, October 30, 2011

Gajet Terbaru di PC Fair PIKOM ICT Mall November 2011

Share

Gajet Terbaru di PC Fair PIKOM ICT Mall November 2011

PESTA jualan perkakasan, perisian dan perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), PC Fair 2011 kembali lagi untuk pusingan akhir tahun bermula 3 hingga 6 November di gedung ICT terbaru, Pikom ICT Mall di CapSquare, Kuala Lumpur.

Pesta jualan anjuran Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), itu diadakan di 14 lokasi di seluruh negara setiap tahun termasuk dua kali di Kuala Lumpur bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan produk berteknologi terkini.

Presidennya, Shaifubahrim Salleh berkata, PC Fair akan mengetengahkan lebih banyak inovasi perkomputeran mudah alih, peranti tablet dan kamera digital yang dihasilkan dengan hubungan jaringan Internet.

“Pengunjung pasti tertarik dengan alat serta produk baru yang dipamerkan, malah mereka boleh merasakan sendiri pengalaman menggunakan pelbagai peralatan itu nanti,” katanya.

Menurutnya, Pikom pertama kali mengadakan PC Fair di CapSquare dan sempena sambutan ke-25 Pikom, pihaknya turut menawarkan hadiah bernilai RM300,000 kepada pengunjung yang bertuah.

Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti yang dijalankan bagi memenangi Apple iPad, Samsung Galaxy Tabs, kamera digital Canon, netbook Dells, pengawal suara komputer, GPS, USB dan banyak lagi barangan yang boleh ditawarkan.

Sementara itu, untuk pembelian RM100 bagi setiap satu resit layak untuk cabutan bertuah untuk mendapatkan hadiah kereta Mazda2 1.5 DN78 RAB (edisi khas) yang bernilai RM100,000.

Saturday, October 29, 2011

Rihanna Gila Sex??

Share
 
 Rihanna Gila Seks??

27 Okt - Demi 'keperluan' diri sendiri, penyanyi "California King Bed", Rihanna, sanggup berhabis duit lebih AS$1,500 (RM4,692) di sebuah kedai menjual barangan seks.

Dipetik daripada laporan NY Post, Rihanna telah singgah di kedai Lovestore dan membeli barangan seperti permainan seks, gari, lilin wangian dan juga pakaian dalam ketika berada di Paris baru-baru ini.

Satu sumber memberitahu The Sun, "Dia tahu apa yang dia inginkan dan tidak memerlukan sebarang bantuan ketika membeli. Dia kelihatan gembira dan seperti tergesa-gesa ingin pulang ke hotelnya."

Rihanna yang digosipkan bercinta dengan model muzik video terbarunya berjudul "We Found Love", Dudley O'Shaughnessy, juga dikatakan mengambil masa selama lima minit sahaja di kedai seks tersebut.

Penyanyi berusia 23 tahun ini kemudiannya dilihat memegang buku imej grafik aksi lesbian oleh Ellen Von Unwerth yang telah dibeli di kedai tersebut.

Ini bukanlah kali pertama Rihanna dilihat di kedai seks. Pada Mac lalu, dia dilihat berada di luar sebuah kedai seks The Tool Shed di Sydney, Australia dengan membawa dua bag penuh barangan yang dibeli. Kemudia pada Julai lalu, Rihanna sempat singgah di Wanda's Adult Emporium di Ottawa, Kanada bersama penyanyi Drake yang dilaporkan bekas teman lelakinya.

Friday, October 28, 2011

Website FAM Kena Hack?

Share


Website FAM Kena Hack?

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.
Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini. – Utusan



Ni la antara ayat dalam website FAM yang kena hack tu:

So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je

Wahai FAM si kapitalis anjink!! Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!! cakap pakai bontot ke wahai FAM..... Pegi mampos la FAM!!! FAM **********


So, apa FAM patut bual lepas ni kan?? Kesian penyokong bola sepak yang tak berkemampuan sebab harga tiket yang agak membebankan tu...Memang la penyokong ada hak untuk boikot tak beli tiket..Tapi jangan la sampai letak harga macam tu sekali...Lagi satu, memang tak patut jugak la website FAM ni kena hack sampai macam tu sekali..Memang agak kurang sopan..

Tuesday, October 25, 2011

Kisah Seekor Harimau Yang Beriman

Share

Kisah Seekor Harimau Yang Beriman

Alkisah...Maka tersebutlah kisah..Ada sorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Dah la tak semayang Jumaat, dia masuk pulak hutan nak buru ayam hutan. Masa dia terhendap-hendap dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan sekor harimau yang sedang lena tido.

Dia terkejut sampai senapang yang dia pegang tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek macam nangka busuk ke arah lain, jatuh pulak atas batu dan.............KRAKKKK!

Dua-dua belah kaki dia patah. Nah!Padan muka..Tapi jangan risau ..Ni bukanla berita paling buruk ok. Ada lagi ..Berita paling buruknya adalah harimau yang lena tido tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh nak gerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah harimau yang memburuku harimau yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba-tiba dengan tak semena-mena harimau tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di depan lelaki tu bertukar menjadi sekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit .. Harimau tu pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "

Ngaappppppppppp!!!!!!!!!

Monday, October 24, 2011

Jom Like KL Wedding Ministry

Share

 Jom Like KL Wedding Ministry

Kuala Lumpur Wedding Ministry diuruskan oleh beberapa orang muda yang mempunyai pengalaman yang luas dalam industri pengurusan majlis di negara ini terutamanya dalam bidang perkahwinan. Melengkapkan pembelajaran mereka dalam bidang masing-masing di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), mereka telah mengambil pendekatan yang berbeza dalam mengendalikan sesuatu majlis dengan menggabungkan pembelajaran teori dan mempraktikkan pengalaman sedia ada untuk sesebuah majlis. 

Misi mereka adalah untuk membawa keseluruhan konsep, implimentasi sewaktu fasa perancangan seterusnya pembahagian kerja yang teratur, bersama-sama bekerja untuk mencapai matlamat demi kepuasan pelanggan.  Jadi, tidak kira besar atau kecil sesuatu majlis itu, pasukan ini yang terdiri daripada Pengurus Majlis dan koordinasi yang professional akan memberikan perkhidmatan secara menyeluruh untuk memastikan sesebuah majlis itu berjaya dan bermakna kepada para pelanggan dan syarikat mereka sendiri.


Antara koleksi gambar majlis yang diuruskan oleh KL Wedding Ministry:










Testimonial:
 



 


Diuruskan Oleh : KL Wedding Palace Ent.(002029921- T)

Website : www.klweddingministry.com
Facebook : www.facebook.com/klweddingministry
Twitter : www.twitter.com/klwedministry
Fotopages : http://weddingministry.fotopages.com
Emel : klweddingministry@gmail.com
Contact Number : 0192020 538 (pogy Manan) 0196492793 (dwen) 017 2891415 (fais Roslan)




Kunjungi mereka secara dekat di Pameran Pengantin Malaysia, Shah Alam Convention Center, 28 - 30 October 2011 nanti.



Jangan lupa klik like di Facebook KL Wedding Ministry di sini


Sunday, October 23, 2011

Cara Check Handphone Korang Ori Ke Tak

Share

 Cara Check Handphone Korang Ori Ke Tak

Haa..Info ni saya dapat dari Facebook tentang cara nak check handphone kita samada original ke tak. Kalau original tu maknanya berkualiti la ye dak? Macam tu ke? Bagus gak info ni kan. At least boleh check dulu sebelum beli. Mana la tau jurujual tu cakap ori tapi sebenarnya handphone tu dari Azerbaijan. Guna 2 3 hari meletup. Huhu.


Cara-caranya kat bawah ni:

1. Dail *#06#

2. Lepas tu akan keluar nombor IMEI [International Mobile Equipment Identity] handphone korang

Contoh : 345671047335724

3. Semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8

Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 04

4. Semak no kat bawah ni:

02 atau 20 dari China = Kualiti Rendah
08 atau 80 dari Germany = Kualiti Sederhana
01 atau 10 dari Finland = Terbaik
00 atau 03 atau 04 dari kilang asal = Sangat Terbaik
13 dari Azerbaijan = Sangat Kurang Kualiti dan Merbahaya!


Maknanya handphone tu datang dari kilang asal dan kualiti sangat terbaik. Tapi kalau tak pandai jaga lingkup jugak kan. Hehe

Saturday, October 22, 2011

Kes Tipu Paling Tinggi Di Mudah.my?

Share

 Kes Tipu Paling Tinggi Di Mudah.my?


Seperti yang kita tau mudah.my ni tempat untuk orang iklankan barang-barang untuk jual, sewa, iklan kerja kosong dll. Semua orang boleh iklankan barang-barang dengan mudah semudah nama website tu mudah.my. Memang mudah untuk kita buat iklan, tapi mudah lagi orang nak menipu. Bukan salah website ni tapi salah orang yang nak beli sebab tak berhati-hati.  Di mana-mana pun ada kes kena tipu, cuma paling tinggi di mudah.my. Baca berita kat bawah ni:



KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta.

Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, modus operandi sindiket penipuan itu ialah suspek akan mengiklankan barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik minat pembeli.

"Mangsa dan suspek hanya akan berurusan melalui telefon ataupun emel. Mangsa menyedari tertipu apabila tidak menerima barangan walaupun pembayaran telah dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ramli, sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,241 kertas siasatan telah dibuka bagi kes penipuan pembelian melalui Internet membabitkan kerugian RM2,969,420.34.

Beliau berkata, jumlah tersebut didapati meningkat berbanding 1,114 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu, walaupun jumlah kerugian menurun berbanding RM3,124,836.72.

Katanya, jumlah kes yang disiasat bagi tempoh dua tahun ini adalah meningkat lebih 50 peratus berbanding hanya 551 kes dengan kerugian sebanyak RM786,029.89 dicatatkan dalam tempoh sama pada 2009.

"Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dalam membuat transaksi ke atas pembelian barangan melalui Internet terutama bagi laman web mudah.my yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding lain-lain laman web.

"Sejak Januari hingga September lalu sahaja, sebanyak 872 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat penipuan pembelian barangan melalui mudah.my dengan kerugian berjumlah RM1,354,120.12," ujarnya.

Menurut Ramli, jumlah kes penipuan membabitkan mudah.my didapati meningkat setiap tahun dengan 739 kes membabitkan RM1,216,506.64 kerugian dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu dan 458 kes dengan RM616,522.89 kerugian pada 2009.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan urus niaga melalui Internet kerana sifat tersebut adalah faktor utama mangsa-mangsa ditipu.

"Orang ramai yang menggunakan kemudahan pembelian barangan melalui Internet perlu membaca langkah-langkah keselamatan terdapat dalam laman web tersebut, memastikan membeli daripada pengiklan berdaftar atau berjumpa dengan pengiklan bagi proses pembelian.

"Sekiranya masih ragu-ragu, orang ramai boleh membuat semakan di pejabat Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian 03-26163972 (waktu pejabat) atau Bilik Gerakan JSJK (03-26163999) selepas waktu pejabat," katanya.



Memang kalau kita bukak tengok iklan barang-barang dalam tu, memang murah giler dari harga pasaran. Ada yang betul, tapi ada yang tak betul. Kalau betul-betul nak buat pembelian melalui mudah.my ni saya sarankan jangan guna pos tapi terus jumpa. Sebab kalau jumpa boleh kita check dulu barang tu, boleh godek-godek tengok mana tau ada yang tak kena. Kalau dah puas hati baru lah bayar..Lebih mudah..

Friday, October 21, 2011

Forteen - Berdua Bersatu MP3 + Lirik Link Mediafire

Share

 Forteen - Berdua Bersatu MP3 + Lirik Link Mediafire


Korang dah dengar ke belum lagu kumpulan Forteen ni terbitan KRU. Best wooo..KRU yang buat lagu mesti semua best-best betul tak? Tajuk dia Berdua Bersatu. Kalau yang belum dengar lagi bek korang dengar sebab kalau tak dengar memang cakap tak best. Haha. Chow cincau. Download link kat bawah sekali....


Lirik Lagu Forteen - Berdua Bersatu

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Chorus
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Ulang Chorus


Kredit to 1liriklagu



MP3 Berdua Bersatu - Forteen link mediafire kat sini . Nak tengok sedutan video klip tengok kat sini


Amacam??Best tak??


Forteen - Berdua Bersatu MP3 Download|Lirik Berdua Bersatu - Forteen

Thursday, October 20, 2011

Bertaubatlah Kamu Bila Sudah Terlanjur

Share
  
Bertaubatlah Kamu Bila Sudah Terlanjur

SAYA pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 20 tahun. Saya sudah beberapa kali terlanjur bersama teman wanita saya dan kini kami berdua sudah berpisah. Saya ingin bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi.

Perlukah saya berbaik semula dengan teman wanita yang saya tiduri dan mengajaknya bertaubat kepada Allah s.w.t ataupun saya terus melupakannya dan berdoa supaya Allah mengurniakan saya dengan wanita lain sebagai jodoh?

Saya ingin bertanggungjawab di atas keterlanjuran kami dengan memujuknya kembali bersama saya, tetapi dia sudah mempunyai lelaki lain. Saya mahu bertaubat sebelum ajal menjemput. 
HASRAT untuk bertaubat dan tidak lagi mengulangi dosa zina itulah yang sepatutnya. Ini kerana kita perlu ingat bahawa dosa zina termasuk dalam dosa besar yang kedua selepas dosa syirik.

Rasulullah s.a.w mengingat-kan setiap individu bahawa: “Tiada dosa yang lebih besar selepas daripada syirik selain dari seorang lelaki yang meletakkan maninya dalam kandungan perempuan yang tidak halal baginya (bukan isteri).” (Tafsir Ibn Kathir III: 38)

Pilihan untuk bertaubat dan berkahwin itulah yang sebaiknya. Manakala berkahwin dengan teman wanita itu juga sebahagian daripada menebus dosa zina sekiranya dia bersetuju.

Sekiranya tiada persetujuan, maka pilihlah wanita yang beragama untuk dikahwini sekiranya ada jodoh. Selain itu buatlah segala amal soleh bagi menebus kesalahan lalu seperti memperbanyakkan amalan sunat.

Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, anda terselamat daripada hukuman dan seksaan Allah sama ada di dunia atau akhirat. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah menerima taubat hamba-Nya sepanjang masa. Sumber: Hmetro



Share la dengan kawan-kawan sebagai peringatan:-)

Tuesday, October 18, 2011

Betul Ke Si Tanggang Wujud?

Share

Si Tanggang Betul-Betul Wujud Ke?

KISAH seorang lelaki disumpah menjadi batu oleh ibunya begitu popular dalam masyarakat Melayu Nusantara. Di Malaysia, lelaki itu dikenali sebagai Si Tanggang manakala dia dipanggil Malin Kundang di Indonesia dan Nakhoda Manis di Brunei.

Menurut mitosnya, Si Tanggang ialah seorang pemuda miskin yang merantau mengikut sebuah kapal bagi mencari kekayaan.

Malangnya, selepas kaya dia berubah menjadi sombong dan langsung tidak menjenguk ibunya walaupun semasa kapalnya berlabuh di kampung ibunya.

Lebih menyedihkan, si ibu yang datang ke kapal tersebut untuk mencari Si Tanggang telah dihalau oleh anaknya itu.

Si Tanggang yang telah memperisterikan seorang wanita cantik dikatakan berbuat begitu kerana malu mempunyai ibu yang miskin. Disebabkan kecewa, si ibu telah menyumpah Si Tanggang menjadi batu.

Apa yang menarik, batu yang didakwa sebagai Si Tanggang itu boleh ditemui di sebuah gua di Batu Caves, Selangor. Batu berbentuk manusia juga ada terdampar di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera, Indonesia manakala di Brunei, ia terletak di tepi laut Jong Batu.


 


Darah Si Tanggang

Gua Gelap di Batu Caves dikatakan menjadi tempat mengalirnya darah Si Tanggang.

“Anda dapat melihat sendiri seakan-akan darah mengalir di celah batu dan lantai gua ini. Adunan air dan batu berwarna merah seperti menguatkan mitos Si Tanggang.

“Kesan ini wujud sejak gua ini ditemui pada tahun 1889,” ujar warden Gua Gelap, Batu Caves, Hadrian Sanie, 42, sambil menunjukkan batu berwarna merah seperti darah beku manusia.

Hadrian telah bekerja sebagai pemandu pelancong Gua Gelap sejak lima tahun lalu. Kisah Si Tanggang itu diceritakan dari mulut ke mulut sejak dahulu lagi.

“Ramai juga pelancong yang memasuki gua bertanyakan perkara yang sama. Malah mereka takut untuk memegang air dan batu tersebut,” kata Handrian.

Tetapi terdapat penjelasan tentang perkara itu mengikut ilmu geologi.

Profesor Mohd. Shafeea Leman, 53, Ketua Kumpulan Teras Warisan Geologi Malaysia (KWGM) mempunyai jawapannya.


“Proses semula jadi di gua itu sendiri mengakibatkan fenomena itu berlaku. Aliran air yang mengandungi besi oksida menyebabkan batu itu berwarna oren.

“Kemudian oksigen menukarkan pula batu itu kepada warna merah. Ia bukan darah tetapi kesan perubahan kimia batu itu,” ujarnya.

Di Pantai Air Manis pula, yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Kota Padang, Sumatera, terdapat batu Si Tanggang dan kesan kapalnya. Batu itu kelihatan seperti seseorang sedang meniarap di celah-celah serpihan kapal yang pecah.

Batu yang dikatakan telah dibentuk semula itu kini masih menjadi tarikan pelancongan di situ.

Menurut pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam, kisah Si Tanggang amat dekat dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

Katanya, kisah Si Tanggang itu mungkin benar berikutan penemuan batu berbentuk manusia dan kapal di tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.

“Malangnya, tiada dokumen rasmi yang mengesahkan kejadian itu walaupun pada masa itu tamadun manusia sudah berkembang.

“Dengan adanya cerita mengenai kapal dan perdagangan yang melibatkan Si Tanggang menunjukkan ketamadunan manusia telah berkembang di nusantara ketika itu,” katanya kepada Jurnal.

Ramlah memberitahu, kisah Si Tanggang hanya diceritakan secara lisan dan mungkin perjalanan ceritanya berbeza kerana ada penambahan daripada versi asal.

“Ia kemudian dimasukkan unsur komersial seperti magis bagi mencantikkan lagi cerita.

“Lagipun versi kisah Si Tanggang di ketiga-tiga negara ini hampir sama. Ini agak pelik. Bagaimana seorang individu atau satu kejadian boleh berlaku di tiga lokasi?” katanya.

Ujar Ramlah, persamaan versi kisah Si Tanggang ialah perjalanan ceritanya banyak berkisar mengenai laut atau sungai, aktiviti perniagaan dan perkampungan nelayan, selain cerita derhaka si anak kepada si ibu.


Bukti saintifik

Ramlah turut menyebut, konsep pembalasan dosa dalam Islam bukan di akhirat sahaja tetapi juga di dunia seperti yang cuba digambarkan dalam kisah Si Tanggang.

Bagi pakar geologi, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan, kebenaran kisah Si Tanggang boleh dibuktikan dengan melakukan ujian saintifik ke atas batu berbentuk manusia yang didakwa sebagai kesan sumpahan lelaki itu.

“Para pengkaji sejarah boleh menguji batu-batuan di ketiga-tiga lokasi bagi menentukan usianya.

“Selepas itu, kita bandingkan usia batu itu dengan usia cerita lisan yang diceritakan dari mulut ke mulut sejak berzaman lalu itu,” terang Ali.

Katanya, dari sudut geologi, pembentukan batu-batuan yang menyerupai manusia dan kapal bukan perkara mustahil.

“Walaupun tidak seratus-peratus tepat, proses hakisan yang disebabkan faktor semula jadi seperti angin dan air boleh membentuk objek seperti manusia, haiwan atau benda tertentu.

“Kadangkala manusia sendiri mungkin menambah dan mengukir batu-batu tersebut supaya menyamai rupa manusia,” katanya. Sumber: Kosmo!

Thursday, October 13, 2011

Kemayan City, Shopping Kompleks Berpuaka??

Share
 
Kemayan City, Shopping Kompleks Berpuaka??

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi” katanya. Sumber: Hmetro




Saya pun pernah gak alami peristiwa seram macam dalam cerita ni. Masa saya pegi satu shopping kompleks tu, duit dalam wallet ada lagi, tapi bila dah balik bukak wallet duit dah habis.Yang ada cuma barang-barang je. Mana pegi duit tu?? Misteri-misteri. Keh3

Wednesday, October 12, 2011

[Gambar] Nur Fathia Yang Cun Melecun

Share
Biodata Nur Fathia

Nama sebenar:
Nur Fathia Abd Latiff

Tarikh lahir:

1 September 1987

Tempat lahir:

Ayer Hitam, Pulau Pinang

Keluarga:

Anak sulung daripada empat beradik

Cita-cita:

Seniwati yang dihormati dan peguam

Pendidikan:

Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM, Selangor.

Drama dan telefilem:

Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut, Al-Hijab

Iklan komersial:

Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic









Real Madrid Nak Sambar Chicharito 30 Juta Pound

Share
  
Real Madrid Nak Sambar Chicharito 30 Juta Pound

LONDON: Penyerang Manchester United, Javier Hernandez dikejutkan dengan tawaran perpindahan bernilai 30 juta pound (RM147 juta) daripada kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, semalam.

Namun pengurus United, Alex Ferguson bertegas penyerang 23 tahun itu akan kekal di Old Trafford dengan menawarkan kontrak baru lima tahun dan menggandakan gajinya daripada 25,000 pound (RM122,584) kepada 75,000 pound (RM367,753) seminggu.

Real bagaimanapun sedia menggandakan jumlah itu dan membayar yuran perpindahan yang nilainya lima kali ganda berbanding jumlah dibayar United ketika membeli Hernandez, 18 bulan lalu.

Jurulatih Real, Jose Mourinho mahu perpindahan itu dilakukan Januari depan tetapi percaya peluang terbaik mendapatkan Hernandez ialah pada penghujung musim ini.

Lantas Ferguson berharap Hernandez tidak berubah hati untuk berhijrah ke Bernabeu, perkara sama yang pernah dilakukan Cristiano Ronaldo sebelum ini.

Hernandez atau lebih popular dipanggil Chicharito, menjaringkan 20 gol sepanjang musim sulungnya musim lalu bagi membantu United merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris buat kali ke-19.

United kelmarin mengikat pemain tengahnya, Tom Cleverley, 22, untuk lanjutan kontrak empat tahun. Sumber: Bharian




Real Madrid ni memang dah melampau nampak. Christiano Ronaldo nak, Rooney nak, Nani nak, Valencia nak, Chicharito pun nak. Adoiyai...Nasib la MU ni hebat. Tak la macam Arsenal tu semua player nak blah..Sori fan-fan Arsenal.:-p

Chicharito ni memang hot prospect untuk jadi sehebat penyerang-penyerang MU yang pernah ada sebelum ni. Sebelum ni tak de sape pun yang kenal Chicharito. Lepas masuk MU, pergh..Meletup beb! Tu baru first season. Kalau lama lagi, mau 40 juta pound harga mamat ni. Simpan la Sir Alex no..Bayar gaji mahal pun tak pe..Muda lagi tu...
 
Pogba, Cleverly, Smalling, Diouf, Smalling, Evans antara pemain yang bakal mewarisi team-team yang ada sekarang ni..Good luck Chicharito dan Man Utd!


Monday, October 10, 2011

7 Wallpaper Windows 7 Yang Cun

Share








Kalau berminat sila la save. Klik dulu untuk besarkan kemudian baru save untuk dapatkan saiz image sebenar:-)

Saturday, October 8, 2011

6 Produk Terbaik Apple di Bawah Steve Jobs

Share
Di bawah merupakan senarai produk terbaik dan terkenal yang dikeluarkan oleh syarikat maklumat dan komputer gergasi, Apple di bawah pengasasnya, Steve Jobs. Sebagai mana yang kita tau Steve jobs meninggal dunia pada 05 Oktober 2011 bersamaan tarikh pelancaran iphone 4S. Untuk tau lebih lanjut mengenai penglibatan Steve Jobs bersama Apple boleh ke sini


1. Komputer Macintosh - Komputer pertama Macintosh dilancarkan pada tahun 1984. Rangkaian komputer tersebut kemudiannya berkembang kepada beberapa model lain termasuklah komputer meja, iMac dan komputer riba canggih MacBook.


 


2. iPod - Diperkenalkan pada 2001, gajet tersebut merevolusikan hiburan menerusi pemain muzik digital. Antara model yang popular ialah iPod Touch MP3 yang lengkap dengan skrin sentuh.


 


3. iTunes Store - Dilancarkan pada tahun 2003, ia merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem dan program televisyen untuk komputer, telefon serta peranti keluaran Apple.


 


4. iPhone - Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone pertamanya pada tahun 2007. iPhone menggabungkan ciri-ciri yang ada pada iPod dan sambungan Internet dalam sebuah telefon pintar bersama skrin sentuh yang kemudian pantas menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.




5. App Store - Apple mula membenarkan pembuat aplikasi dari luar menghasilkan aplikasi untuk iPhone dan iPod Touch pada tahun 2008. App Store kini mengandungi lebih 150,000 aplikasi yang menawarkan pelbagai fungsi.





6- iPad - Pada April 2010, Apple merevolusikan era komputer peribadi menerusi komputer tablet yang hanya sebesar lembaran sekeping kertas.  Sumber: Kosmo!


Lepas Steve Jobs meninggal ni apa pulak gadjet yang bakal keluar lepas ni kan.:-)

Friday, October 7, 2011

[Temuduga Terbuka] Jawatan Kosong Offshore dan Onshore Shapadu Energy & Engineering Sdn Bhd

Share


 [Temuduga Terbuka] Jawatan Kosong Offshore dan Onshore Shapadu Energy & Engineering Sdn Bhd


Kepada sesiapa yang berminat nak kerja di Offshore dan Onshore dalam industri minyak dan gas untuk jawatan-jawatan yang tersenarai kat bawah korang boleh datang untuk sesi temuduga terbuka kat JTK Kemaman 15 Oktober 2011 dan di KSB 16 Oktober 2011 nanti ok. 

Untuk interview jawatan engineer, kita akan buat screening dulu dan akan ada second interview kemudian bagi yang terpilih. Bagi yang mempunyai pengalaman sahaja kita akan interview untuk semua jawatan di bawah. Minimum pengalaman yang diperlukan adalah 2 tahun dan ke atas.


Ok. Kat bawah ni antara jawatan-jawatan yang akan dibuka untuk sesi interview:


Nama Syarikat/Kontraktor:
Shapadu Energy & Engineering Sdn Bhd

Jenis Industri:
Minyak dan Gas

Tarikh:
15 Oktober 2011(Sabtu)

Masa:
9 pagi hingga 3 petang

Tempat:
Ruang Legar JTK Kemaman
Bangunan Persekutuan Kemaman
Jalan Melur, 24000
Kemaman, Terengganu


Tarikh:
16 Oktober 2011(Ahad)

Masa:
9 pagi hingga 3 petang

Tempat:
Bilik Temuduga Tingkat 1,
Bangunan Pentadbiran B,
KSB





Jawatan Kosong:

Mechanical & Piping Engineer

Electrical & Instrument Engineer

Safety Promoter

Painting Inspector

Fitter Foreman

Blaster Painter Foreman

Rigger Foreman

Scaffolder Foreman 

E&I Foreman

Fitter

Rigger Scaffolder

Welder




So, kalau yang berminat boleh hantar dulu resume kat saya di azuar@shapadu.com.my ataupun boleh datang terus untuk sesi interview nanti. Kalau nak datang nanti, bawak sekeping gambar berukuran passport, maklumat diri yang lengkap, sijil-sijil berkaitan dan salinan kad pengenalan.


Kepada korang yang berminat untuk datang interview, kita jumpa kat sana ok^_^. Sebarang pertanyaan kalau ada abang-abang, adik-adik korang yang berminat nak datang tu boleh tanya kat bahagian komen ni.


Jawatan kosong Offshore|Kerja kosong Offshore
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive