Wednesday, November 30, 2011

Penjelasan Shida Harmi Berkaitan Gambar Mesra Bersama Khairul Fahmi

Share

Penjelasan Shida Harmi Berkaitan Gambar Mesra Bersama Khairul Fahmi


 Kredit to Rotikaya.com

Akhirnya semua isu dah pun hampir selesai dengan penjelasan daripada tuan punya badan sendiri iaitu Shida Harmi. Gambar-gambar Shida Harmi dengan Khairul Fahmi a.k.a Apek sebenarnya disebarkan oleh orang lain yang memang dengki dengan populariti Apek sendiri. Gambar tu boleh tengok kat sini

So, lepas ni Apek kena sentiasa berhati-hati nak bergambar dengan orang lain sebab tak semua orang suka kita walaupun di depan nampak baik tapi kat belakang memang sebaliknya. Biasa la bila dah popular ramai yang dengki kan.


Persoalannya sekarang siapa yang menghantar emel tu?

Nazmi Faiz Ada Penyakit Misteri??

Share

Nazmi Faiz Ada Penyakit Misteri??

KUALA LUMPUR – Aksi pemain bintang muda dalam pembikinan, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada bahagian tengah skuad bola sepak negara tampak begitu sempurna.

Dia lincah, pantas dan kerap mencipta peluang gol ketika beraksi. Bakat pemain berusia 17 tahun itu kian diperkatakan setelah membantu skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI, baru-baru ini.

Namun, masa depan Nazmi boleh terjejas kerana dia mengalami ‘masalah misteri’ iaitu tidak mampu beraksi sepanjang 90 minit perlawanan.

Ini disebabkan dia akan mengalami kekejangan otot kaki jika beraksi terlalu lama.

Itulah yang berlaku ketika dia beraksi menentang Bahrain pada perlawanan Kelayakan Olimpik Ahad lalu, apabila terpaksa dikeluarkan pada kira-kira 20 minit akhir perlawanan.

Masalah misteri yang membelanggu Nazmi diakui jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Menurutnya, Nazmi memang mengalami gangguan misteri pada otot jika beraksi terlalu lama sehingga tidak mampu untuk menamatkan 90 minit perlawanan.

“Ia bukan masalah yang biasa dialami oleh pemain bola sepak. Malah, tidak ada pemain tempatan yang mengalami masalah sedemikian.

“Ini bukan bermakna dia tidak cukup cergas tetapi masalah kekejangan otot yang menghalang dia daripada memberikan aksi maksimum.

“Masalah ini jarang berlaku tetapi memang ada beberapa pemain terkemuka dunia yang mengalaminya,” katanya.

Menurut Kim Swee, demi memastikan bakat Nazmi dapat dikembangkan, dia mula mengatur langkah memulihkan masalah yang dialami pemain itu.

“Saya telah maklumkan kepada pihak Institut Sukan Negara (ISN) secara lisan mengenai masalah yang dialami Nazmi sebaik sahaja tamat perlawanan menentang Bahrain tempoh hari.

“Masalah yang dialami oleh Nazmi boleh diatasi melalui sokongan ISN,” katanya.

Nazmi menjaringkan gol pertama pasukan negara ketika menentang Bahrain Ahad lalu sebelum akhirnya Malaysia tewas 2-3.

Tambah Kim Swee, Nazmi mempunyai masa depan cerah, sekiranya pemain itu dapat beraksi dengan baik tanpa gangguan masalah kejang otot.

“Kita harus segera mencari penyelesaian kepada masalah yang dialami pemain ini untuk membolehkannya selesa beraksi dalam prestasi terbaiknya,” jelasnya.


Monday, November 28, 2011

[Video] Joe Flizzow, Altimet, Carleed - Promosikan Lagu Selamanya (Ultras Malaya) di ERA.FM

Share


Lirik Lagu Selamanya - Ultras Malaya Feat Altimet, Joe Flizzow dan Carleed Khaza

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya sokong Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah

Inilah tanah tumpahnya darahku
Negara pasukan piala hanya satu
Harimau kami berlari laju
Belang nak tertanggal dari baju
Harimau kami cekap gelecek
Pertahanan lawan tumbang sederet
Bila turun padang berumahkan gelanggang
kalau berani mari bertandang hah

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya

Semua berlari hingga tiada keringat
Gol pertama untuk negara kedua untuk pingat
Bila atas padang main tak ingat
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat
Pernah kah ada harimau yang jinak
Jawapan nya tidak semestinya lincah
Penyokong di stadium beranak pinak
Untukmu Malaysia kami ceria

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya

Hey, mari kita semangat
Hitam kuning terpahat
Mari kita berjuang
Teguh berperang di padang
Sekali lagi maju lagi serang lagi
Gagah berani sebati tidak gentar tenang
Dengan sorakan gemilang
Harimau malaya pasti menang

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya




Lagu penuh boleh dengar kat sini


Kalau tak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang~

Sunday, November 27, 2011

Gol Jarak Jauh Menarik Nazmi Faiz Malaysia vs Bahrain

Share


Biodata Nazmi Faiz Mansor
Nama : Muhamad Nazmi Faiz bin Mansor
Nama Panggilan : Nami, Nazmi
Tarikh Lahir : 16 Ogos 1994
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Umur : 17 Tahun
Tinggi : 1.67m
Posisi : Pemain Tengah


Video gol jarak jauh menarik Nazmi Faiz Malaysia vs Bahrain 2-3 



Apa yang berlaku malam ni tak payah dikenang lagi. Malaysia perlu improve lagi game kalau nak pergi lagi jauh. Main dah cantik cuma sebab masalah kecederaan yang buat Malaysia jadi huru-hara sekejap last-last minit tu. Nazmi Faiz Mansor keluar, Irfan injured tapi kena main jugak sebab dah tak boleh tukar. Kalau bukan sebab masalah tu rasanya Harimau Malaya dah boleh berpesta malam ni. 

Tapi apakan daya..Bola tu bulat..Yang di depan tak semestinya akan menang..Yang penting cuba lagi lain kali, pertingkatkan lagi permainan. Insyaallah Asia Tenggara dengan Asia tak mustahil boleh ditawan! Walaupun Malaysia kalah, tapi Malaysia tetap di hati!Malaysia Boleh!Harimau Malaya Boleh!

Series Lawak + Kesian: Anjing Tido Sambil Berdiri

Share


Sangat kecian. Mesti anjing ni jatuh dalam longkang tak pun sangkut dalam banjir ni..>_<

Lagu Terbaru Yang Best Dari Ramlah Ram ft Sleeq - Sesaat Kau Datang

Share

Lagu Terbaru Yang Best Dari Ramlah Ram ft Sleeq - Sesaat Kau Datang 


Lirik Lagu Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram ft Sleeq

Sesaat Kau Datang
Sesaat Kau Hilang
Kemunculan dirimu
Penuh misteri

Kau Mendekat
Kau Menjauh
Kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku
Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together
I hate to be cold but i got to let you go

Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Ha ha ha ha ha ha

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa

Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Ha ha ha ha ha ha

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu kepadamu


Download lagu Sesaat Kau Datang dari Ramlah Ram ft Sleeq link mediafire kat sini

Thursday, November 24, 2011

Baddrol Bakhtiar Dah Ada Awek Ke Belum??

Share

 Baddrol Bakhtiar Dah Ada Awek Ke Belum??

Cek nak tanya hangpa la..Baddrol Bakhtiar tu dah ada marka(awek) ka belum? Hensem la dia tu. Kalau bleh buat laki baguih ni. Main bola pun pandai. Muka pun baik ja. Bertuah la no sapa jadi marka dia. Hahaha. Smart tak baddrol a.k.a badd ni?



Boleh pulak search kat google macam kat bawah ni kan. Anak sapa la ni..Jumpa dak cari awek Baddrol Bakhtiar kat blog ni. Kui3



Surat lucah pun ada tu...Adoi..Hahaha


Anyway tahniah buat pasukan Harimau Malaya yang menang pingat emas bola sepak Sukan SEA 2011 baru-baru ni.  Selamanya Harimau Malaya!!We are the Champion!!






Nak tiket free ke UEFA UERO 2012 tak? Read more....




Wallpaper Baddrol Bakhtiar|Gambar Baddrol Bakhtiar

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday #5: Selamanya Harimau Malaya!!Aumm!!

Share
:  
Final Bola Sepak Sukan SEA Malaysia vs Indonesia: Restoren Hakim Seksyen 7 27/11/2011

Saturday, November 19, 2011

Proton Saga FLX 1.6 SE vs Myvi 1.5 SE vs Myvi 1.5 Extreme?

Share





2 Pilihan Warna: 
Fire Red(Metallic) & Solid White

Harga: 
Fire Red/Metallic - RM49, 899
Solid White - RM49, 449

Enjin:
CamPro IAFM, 4-cylinder DOHC 16V


Enjin Proton Saga FLX 1.6 SE dikuasakan dengan teknologi Continously Variable Transmission(CVT) yang memiliki kelebihan dari aspek penjimatan minyak & menjanjikan penukaran gear yang lebih lancar.







 Perodua Myvi SE 1.5

5 Pilihan Warna: 
Ivory White(Solid)/Majestic Yellow(Solid)/Ebony Black(Metallic)/Mystical Purple(Metallic)/Glittering Silver(Metallic)

Harga: 
Solid - RM56, 000
Metallic - RM56, 500

Enjin:
DOHC, 16V with DVVT




Perodua Myvi Extreme 1.5

5 Pilihan Warna: 
Ivory White(Solid)/Majestic Yellow(Solid)/Ebony Black(Metallic)

Harga:
Solid - RM61, 200
Metallic - RM61, 700

Enjin:
DOHC, 16V with DVVT

Yang mana lebih bergaya? Yang mana lebih menawan? Yang mana lebih berkuasa? Yang mana lebih berbaloi? Cuba komen:-D


Mana lagi best Myvi 1.5 vs Saga FLX 1.6 SE

Thursday, November 17, 2011

Lagi Spyshot Proton Saga FLX 1.6 SE?

Share

Kredit to www.cbt.com.my


Memang Sporty~


Nak buat personal loan online??Masuk sini

Sunday, November 13, 2011

[Gambar] Ini Ke Proton Saga FLX 1.6 SE??

Share

Gambar kat atas ni diambil daripada blog funtastickodesign . Menurut apa yang ditulis dalam blog tu, Saga 1.6 SE ni gunakan rim 15" dan bentuk lebih kurang sama dengan model konsep Proton Kasturi di KLIMS 2010. Model Proton Kasturi macam gambar kat bawah ni:









Kalau Saga FLX 1.6 SE ni sama macam Proton Kasturi tu memang cun la. Tapi kalau belakang dia siap pasang spoiler macam kat bawah ni lagi cun melecun dengan kaler plak merah berkilat.^_^


Kredit to paultan.org


Lawa kan??Tapi sayangnya Saga ni kecik..Wuwuwu. Tunggula kemunculan sebenar Saga FLX 1.6 SE ni nanti..>_<. Ready for the showdown?

Saturday, November 12, 2011

[Gambar] Fesyen Berani Mati Terbaru Fasha Sandha

Share







Kredit to Roti Kaya
  
Majlis Pelancaran Majalah LISA versi Malaysia bertempat di The Intermark, Kuala Lumpur pada hari jumaat bertarikh 11/11/11

Antara artis lain yang datang seperti Lisa Surihani, Nur Fazura, Liyana Jasmay, Awal Ashaari, Sazzy Falak, dan Shaheizy Sam

Makin lama makin sendat, makin sexy. Ntahpape >_<


Gambar Seksi Fasha Sandha dalam Majalah Lisa|Fasha Sandha Terkini|Fasha Sandha 2011|Fasha Sandha Seksi


Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday #4: Tiz Zaqyah Yang Hot!

Share

Doa Lisa Surihani Termakbul?

Share

 Doa Lisa Surihani Termakbul?

Aktres berusia 25 tahun ini sememangnya menyimpan angan-angan untuk mengunjungi Istanbul satu hari nanti untuk melihat pemandangan indah selepas diceritakan oleh temannya. Oleh itu apabila ditawar ke sana selama 30 hari oleh pengarah "Pisau Cukur", Bernard Chauly untuk penggambaran filem terbarunya, "Istanbul Aku Datang!", Lisa Surihani Mohamed terus bersetuju tanpa melihat skrip filem.

"Saya pernah berdoa untuk terlibat dalam penggambaran di luar negara. Oleh itu apabila produksi Red Films menghubungi saya dan menawarkan watak tersebut, saya terus menerimanya tanpa berfikir panjang," kata Lisa ketika ditemui di majlis tamat penggambaran filem di Kota Damansara baru-baru ini.

Memegang watak dengan nama yang sama dalam filem bercorak romantik komedi, Lisa turut bersyukur kerana pada mulanya watak itu telah ditawarkan kepada aktres Nur Fazura. Namun oleh kerana terikat dengan komitmen lain, rezeki telah berpihak kepada Lisa apabila watak tersebut ditawarkan kepadanya walaupun ianya berbeza dengan apa yang pernah dilakonkannya selama ini. "Watak Lisa cukup berbeza dengan watak yang saya pernah bawa selama ini. Bernard sendiri memberi tunjuk ajar agar tidak melakonkan watak tersebut, sebaliknya cuba menjadi Dian agar boleh menghayati watak tersebut dengan lebih baik."

Melalui filem ini, Lisa telah bergandingan dengan Beto Kusyairy dan juga dua penyanyi yang pertama kali melangkah ke dunia lakonan, Tomok dan Aizat. Lisa turut mengakui menghadapi kesukaran dan gugup apabila berlakon di samping dua lelaki yang sudah berkahwin iaitu Beto dan Tomok.

"Sukar untuk mendapatkan keserasian kerana bimbang perkara yang tidak dijangka akan berlaku. Namun saya lega dan selesa apabila Beto membawa isterinya bersama ke Istanbul. Bagi Lisa, jika isteri sudah mengizinkan, barulah Lisa akan teruskan," ujar Lisa.

Diajukan tentang perkembangan terbaru bersama kekasih, Yusry Abdul Halim, Lisa mengakui bahawa mereka masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

"Masih awal lagi untuk menjangka hubungan kami tetapi kami sememangnya mempunyai perancangan untuk mempunyai ikatan yang lebih serius. Sebagai seorang wanita, saya tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menunggu," kata Lisa tersenyum dan berharap hubungan mereka akan berkekalan.

"Istanbul Aku Datang!" mengisahkan Lisa yang ingin membuktikan bahawa dia mampu menjadi isteri idaman kepada tunangnya, Tomok, seorang pelajar jurusan medik di Istanbul. Namun di sana dia telah bertemu Beto, seorang pelukis berperwatakan pelik tetapi artistik.

Ditulis oleh Rafidah Abdullah, "Istanbul Aku Datang! dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2012.

Friday, November 4, 2011

Rekod Dunia Terbaru Gol Tandukan Paling Jauh!

Share


Perghh!!Jauh tu 58.6 meter..Rekod dunia terbaru gol paling jauh guna kepala. Korang boleh?


Thursday, November 3, 2011

7 Perkara Ganjil

Share


 7 Perkara Ganjil

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Wednesday, November 2, 2011

Tuesday, November 1, 2011

Taktik Licik Penyeludupan Dadah

Share


 Taktik Licik Penyeludupan Dadah


Kat bawah ni ada beberapa bukti dan pendedahan polis cara penyeludupan sindiket penjenayah dadah masa sekarang ni. Macam-macam cara diorang nak bawak masuk dadah. Memangla lumayan jual dadah tapi sekali kena tangkap hukuman mati la jawabnya...

Serangga
Sejumlah 300 gram kokain ditemui di dalam 100 kumbang mati, yang ditemui oleh pegawai-pegawai kastam di Amsterdam di dalam kargo dari Peru.

Lampin bayi
Di Jerman, seorang ibu muda ditahan kerana cuba menyeludup 15 gram amphetamines dan 46 pil ecstasy ke dalam lampin anaknya.

Rambut palsu
Pihak berkuasa Namibia, menahan seorang pelajar berusia 21 tahun di Angola dalam cubaan pelajar itu menyeludup kokain ringan menggunakan 76 paket yang dibungkus melalui rambut sambungan di kepalanya.

Gajet seks
Seorang wanita Ukraine tidak menyangka pegawai-pegawai kastam Lapangan Terbang Kiev akan memeriksa kandungan barang-barang, terutama gajet seks yang dibawanya yang terbukti ada kandungan dadah di dalamnya.

Air gereja
Pihak berkuasa Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) menangkap Warren Maynard Brooklyn berusia 50 tahun kerana cuba menyeludup 42 botol cecair ketamin ke Amerika Syarikat dari Kanada. Maynard cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan mengisytiharkan cecair itu sebagai ‘holy water’ penganut Kristian.

Patung
Menyorokkan dadah dalam patung agama adalah helah lama tetapi kini patung agama turut digunakan. Sebuah patung Jesus diperbuat daripada plaster yang digabungkan dengan kokain berjaya dirampas kastam Amerika Syarikat di sempadan Laredo, Texas pada tahun 2008. Wanita yang membawa patung £6.6 juta (RM2.83 juta) berjaya melarikan diri kembali ke Mexico, tetapi seorang lelaki Mexico berusia 61 tahun disyaki membayar wanita untuk membawa patung itu telah ditangkap.

Anak anjing
Penyeludupan dadah biasanya takut dengan anjing yang dilatih pihak berkuasa narkotik untuk mengesan dadah, namun kali ini mereka menggunakan anjing dengan memasukkan heroin yang dipaketkan ke dalam perut haiwan berkenaan. Perut anak anjing itu dibedah dan dijahit semula. Kejam bunyinya, namun itulah hakikatnya apabila pihak berkuasa narkotik Amerika Syarikat pada 2006 menahan ahli organisasi dadah Colombia yang cuba menyeludup heroin ke negara itu .

Kaki palsu
Seorang lelaki Chile berusia 66 tahun telah ditangkap oleh pihak berkuasa lapangan terbang di Barcelona, Sepanyol setelah mereka mendapati bahawa simen pada kakinya yang patah itu dibuat daripada kokain. Polis dilaporkan berkata, kaki lelaki itu mungkin telah sengaja dipatah bagi membolehkan kokain dijadikan simen kakinya. Walaupun nampak macam tidak logik dan sukar dikesan, namun ia dapat dipatahkan pihak berkuasa negara itu.

Kerepek kentang
Pada 2006, polis di Austin, Texas Amerika Syarikat menemui 168 gram kokain dalam kerepek kentang berjenama popular. Ini jelas menunjukkan pengedar dadah semakin kreatif kerana berjaya menghasilkan kerepek kokain yang menyerupai kerepek kentang sebenar. Namun, mereka tewas juga kerana polis juga kreatif dalam mengesan tempat dadah itu disorokkan.

Beg pakaian
Bukan seperti taktik lama yang mana dadah disorokkan di dalam bahagian beg pakaian, kerana penjenayah dadah kreatif dengan menjadikan beg pakaian itu menggunakan campuran kokain dengan damar dan gentian kaca. Kejadian berlaku di Sepanyol apabila seorang wanita Chile yang cuba masuk ke Sepanyol ditahan bersama dua beg pakaian yang dibawanya. Wanita itu ditahan kerana pihak berkuasa mendapati beg pakaian yang dibawanya lebih berat daripada kandungannya.





Perghhh!!Memang gila orang ketagih dadah ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive