Saturday, March 3, 2012

Home » » Nilai Seorang Kekasih

Nilai Seorang Kekasih

Share

 Nilai Seorang Kekasih

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberinya peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya. Kita terlupa kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti, kerana ada juga janji yang tidak kita tepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewaan tetapi kita sering terlupa!

Untungnya mempunyai seorang kekasih yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita sehingga terlupa pasangan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? 
 
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kekasih yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaannya, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan seseorang sebagai kekuatan. Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu tetapi jika kita cuba jadi kekasih seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Wahai sang kekasih, renungilah

3 comments:

Izzat Aziz said...

Lelaki tugas dia menjaga perempuan, dan perempuan tugas dia menemani lelaki, lelaki biasanya perlukan kurang mengadu, sebaliknya lebih kepada mendengar.

Anonymous said...

Wahai sang kekasih, renungilah

Himpunan bersih 3.0 said...

hargai la kekasih anda

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi