Blackberry Terbaru Curve 9320 dan Curve 9220
KUALA LUMPUR:
Research In Motion (RIM) memperkenalkan dua lagi model baru telefon
pintar dalam siri Curve iaitu model 9320 dan 9220 yang dikatakan lebih
bertenaga bagi pengguna yang gemar bertaut di laman sosial.
Blackberry Curve 9220
Dibangunkan
dengan hasrat memudahkan penggunaan dan mudah dimiliki, kedua-dua model
terbaru ini dibekalkan dengan bateri yang tahan lebih lama untuk
memastikan pengguna terus terhubung dengan rakan sosial mereka.
Antara lain, ciri baru yang dimasukkan ke dalam Curve 9320 dan Curve 9220 ini ialah butang khusus untuk aplikasi pesanan segera BBM, radio FM dan sistem operasi (OS) BlackBerry 7.1 yang dirangkumkan dengan ciri kawalan keluarga bagi memudahkan ibu bapa melindungi anak-anak daripada capaian ke aplikasi, fungsi spesifik serta ciri yang sensitif dan tidak sepatutnya dibuka.

Blackberry Curve 9320
Tidak
ada harga yang diberikan buat masa ini, namun bagi model Curve 9220 ia
dijangka memasuki pasaran mulai 4 Jun ini menerusi rakan niaga yang
disahkan dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan.
Tune Talk dijangka membuka tempahan awal bermula 25 Mei 2012.
0 comments:
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D