Tuesday, May 29, 2012

Home » , , » Petua Turunkan Berat Badan

Petua Turunkan Berat Badan

Share


Petua Turunkan Berat Badan

Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, ia sebenarnya boleh dilakukan dalam tempoh cepat menggunakan cara betul agar tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Berikut tips ataupun petua yang ingin di kongsi bersama supaya dapat membantu anda mengurangkan berat badan agar tampil lebih berkeyakinan.


Kita mulakan dengan tips diet dan pemakanan:
  • Makan lima hingga tujuh hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan saja dapat mengawal nafsu pemakanan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari. 
  • Jangan tinggalkan setiap waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) sebab ia tetap tidak akan membantu anda menguruskan badan.  
  • Kenali keperluan kalori seharian. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing.  
  • Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tips menguruskan badan yang paling senang. Hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, minuman coklat atau minuman ringan dengan air bebas gula. Hasilnya, anda boleh kurangkan kira-kira 10 kilogram (kg) dalam setahun.  
  • Banyakkan minum air mineral. Air jenis ini tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.  
  • Jangan makan buah-buahan terlalu banyak. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.  
  • Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mi kuning mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tidak kenyang, tambahkan lauk.  
  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan, pastikan anda mengambil dua hingga 2.5 gram untuk setiap kilogram berat badan anda. Harus diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.   
  • Kawal nafsu makan. Satu-satunya cara untuk mengawal nafsu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk berkembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. 

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tidak perlu mencari trend senaman terkini asalkan anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

  • Senaman bukanlah perkara yang wajib dilakukan cuma manfaatnya dapat membantu mempercepatkan usaha anda menurunkan berat badan. 
  • Angkat berat! Tidak kira jantina dan umur, pastikan anda sertakan senaman angkat berat dalam program senaman. Kenapa? Ini kerana ia membantu menguatkan otot, tulang dan sendi. 
  • Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi paling penting adalah kualiti senaman. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan bernas daripada mereka yang mahir. 
  • Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukosa. Jika anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman berkarbonat dan bertenaga. 
  • Tidak perlu bersenam setiap hari. Senaman dua hingga empat kali seminggu pun sudah cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih dulu. 
  • Inginkan perut yang kempis? Crunches atau bangkit tubi dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana otot abs masih diliputi dengan lapisan lemak. Maka, fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak. 
  • Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga memang sesuai untuk keseimbangan dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  • Sauna dan bilik berwap? Kedua-duanya boleh membantu membakar kalori dan proses pencernaan. Tidak menjadi masalah untuk anda melakukannya. 
  • Seks sebagai senaman? Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan dapat mengurangkan stres. :-D
 
Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, makanan tambahan dapat membantu mempercepatkan usaha anda mengurangkan berat badan. Tapi pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.  

  • Pil cepat kurus? Tidak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan atau membakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Ia mustahil.
  • Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teorinya, ya. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolisme badan melalui ramuan seperti kopi dan guarana. Jadi, dengan pembakaran kalori berlebihan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Namun dinasihatkan jangan bergantung kepada makanan tambahan untuk jangka masa panjang. 
  • Ingin kurangkan satu kilogram? Anda perlu membakar atau membuang 7,700 kalori sama ada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya. 
  • Makanan tambahan protein adalah pilihan yang baik sebagai snek. Ia rendah kalori, mudah dibeli dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah. 
  • Dapatkan multivitamin yang baik. Kekurangan mikro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi, pastikan anda mempunyai multivitamin yang bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya hidup anda.

Sumber: Hmetro

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive