Thursday, August 16, 2012

Home » , , , » Robin Van Persie Sah Milik Man Utd

Robin Van Persie Sah Milik Man Utd

Share

Robin Van Persie Sah Milik Man Utd

MANCHESTER United (MU) akhirnya mengesahkan perpindahan penyerang Arsenal, Robin van Persie dengan bayaran £24 juta (RM117 juta) bagi mengikat kontrak selama empat tahun di Old Trafford musim ini.

 
Menurut laporan BBC semalam, pemain antarabangsa Belanda itu akan bertemu dengan wakil MU dalam tempoh 48 jam akan datang untuk membincangkan syarat peribadi dan menjalani pemeriksaan perubatan.


Laporan MU mengesahkan, "kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa perjanjian United dan Arsenal telah mencapai persetujuan berhubung perpindahan Van Persie ke Manchester."
 


"Perjanjian itu tertakluk kepada perubatan dan perjanjian dari segi peribadi. Apa-apa pun, pengumuman selanjutnya akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya.

Dalam pada itu, sekiranya ia berjalan dengan lancar, Persie mungkin akan diturunkan ketika MU bertemu Everton pada perlawanan pertama musim Liga Perdana Inggeris baru, Isnin ini.
 



Pemain antarabangsa Belanda itu telah menjaringkan 44 gol dalam 57 perlawanan untuk kelab dan negara musim lepas, termasuk dua ketika menentang MU. 

 Sumber 

LONDON - Manchester United mengesahkan bahawa mereka telah berjaya mendapatkan khidmat bintang Belanda, Robin van Persie daripada kelab seteru utama, Arsenal.

"Sukacita dimaklumkan bahawa Manchester United telah mendapat persetujuan Arsenal untuk melepaskan Robin van Persie ke Old Trafford," lapor satu kenyataan di laman web rasmi kelab itu kelmarin.

Menurut laporan itu lagi, van Persie akan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum disahkan menjadi milik kelab terkaya di dunia itu musim ini.

Van Persie mengguris emosi pengurus The Gunners, Arsene Wenger setelah dia mengumumkan mahu meninggalkan Arsenal selepas Kejohanan Bola Sepak Negara-Negara Eropah (Euro) 2012 kerana kelab itu tidak mampu menjamin masa depan gemilang dalam kerjayanya.

Pengumuman van Persie itu telah membuatkan tiga kelab gergasi Eropah, Manchester City, Juventus dan United membuat tawaran lumayan bagi memancing penyerang sensasi itu.

Musim lepas, penyerang prolifik tersebut menjaringkan 37 gol dalam aksinya bersama The Gunners seterusnya dinamakan sebagai Pemain Terbaik Sepanjang Tahun oleh Persatuan Penulis Sukan Profesional England.

Menurut sumber United, tiada laporan rasmi berhubung yuran perpindahan penyerang berusia 29 tahun itu namun ia dianggarkan bernilai sekitar £20 juta (RM98.04 juta).

Jika segala proses berjalan lancar, van Persie mungkin diturunkan pada perlawanan pertama The Red Devils menentang Everton, Isnin depan.

Perpindahan itu merupakan yang terbesar dibuat United selepas mereka membawa Dimitar Berbatov pada 2008 pada harga £30.75 (RM150.75 juta) dari Tottenham.

Van Persie menjadi sasaran Alex Ferguson bagi membentuk jentera serangan mantap bersama Wayne Rooney, Danny Welbeck dan Javier Hernandez.

Difahamkan, jurulatih dari Scotland itu berhubung terus dengan Wenger yang sebelum ini berkeras tidak mahu menjual van Persie. Perpindahan itu meneruskan tradisi pemain utama Arsenal yang berhijrah ketika berada di puncak prestasi antaranya, Cesc Fabregas, Samir Nasri, Patrick Vieira dan Thierry Henry.



Van Persie|Van Persie Man Utd|Robin Van Persie Manchester United



0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive