Friday, October 19, 2012

Home » » Final Piala Malaysia 2012: Helang Rimba Bawak 20 Trak

Final Piala Malaysia 2012: Helang Rimba Bawak 20 Trak

Share

Final Piala Malaysia 2012: Helang Rimba Bawak 20 Trak

KELAB penyokong bola sepak Angkatan Tentera Malaysia, Helang Rimba mahu menggegarkan Stadium Shah Alam ketika final Piala Malaysia, esok.

Kira-kira 20 trak akan membawa 500 anggota Helang Rimba dari Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat Kem Sungai Besi.

Menurut Ketuanya, Pegawai Waran 1, Azman Talib, persiapan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia sedang giat dijalankan.

"'Fitness' setiap anggota mestilah baik kerana kami bukan datang sebagai penonton tapi sebagai penyokong.

"Kami akan menyokong dengan penuh semangat selama 90 minit tanpa henti sehingga permainan tamat," jelas beliau.

Azman berkata, 20 trak yang membawa 500 anggota Helang Rimba akan bertolak dari Pangkalan Sungai Besi pada jam 3 petang.

"Kami akan tiba jam 4 petang di Stadium Shah Alam dan setibanya di sana, saya akan mengumpulkan semua anggota untuk memberi sedikit taklimat.

"Di sana saya akan melakukan sesi 'memanas badan' untuk membakar semangat Helang Rimba dan menyayikan lagu keramat ATM," katanya.

Helang Rimba juga akan membawa pasukan pancaragam ATM untuk sama-sama memeriahkan lagi kehangatan perlawanan malam esok.

Azman selaku wakil Helang Rimba berharap agar ATM akan menjulang Piala Malaysia yang dinantikan sejak sekian lama.

"Saya menyeru semua anggota tentera di sekitar Lembah Klang dan seluruh Malaysia turun ke stadium untuk menyokong pasukan ATM.

"Saya harap ATM menewaskan Kelantan 2-1 dan membawa pulang Piala Malaysia tahun ini," katanya lagi.

Helang Rimba merupakan kelab penyokong bola sepak ATM, mewakili ketiga-tiga unit. Ia kini terletak di bawah naungan Leftenan Kolenal Ab Rahman Mahmood.

Kelab ini ditubuhkan dua tahun lalu bagi memberi sokongan dan semangat kepada pasukan ATM di pentas bola sepak Malaysia.


Apa keputusan pilihan korang?ATM @ Kelantan? ATM 2 - Kelantan 1 kot:-D

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive