Tuesday, February 28, 2012

Fakta Portugis Tak Berani Serang Negeri Belah Utara

Share

Fakta Portugis Tak Berani Serang Negeri Belah Utara

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan oleh adanya agenda tertentu..Semoga ianya dapat dijadikan iktibar dari pendedahan yang hebat ini...

1508: Alfonso de al Buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan Timur Barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan 158 biji kapal dengan 15300 orang ( anggaran) bala tentera...

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.

1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu). Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..Tapi setelah bersusah payah dapat juga Alfonso menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa…

1512: Setahun kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk dijadikan gula di rantau ini.

1513: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana. Mengikut sejarah, perisiknya menggunakan taktik minum di kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.


Seminggu selepas itu...

Perisik pulang ke Melaka untuk menceritakan hasil risikan kepada Alfonso. 

Di bawah adalah perbualan di antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah Malaysia.

Perisik 1& 2: Selamat pagi tuan (Sambil tabik hormat)

Alfonso: Selamat pagi. Apa cer??

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang tuan.

Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka tu?? (Dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang mempunyai beribu ribu hang tuan.

Perisik 1: Betul tu tuan!…Kalau tuan nak tau banyak benar hang antaranya hang sihat, hang buat apa, hang loklaq, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tunggu sat, hang tau dak, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana yang saya dengar tuan!

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak buat serangan disebabkan pengalamannya sebelum ini menentang 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri……Ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang di situ. Ape celop??




Sumber tapi selepas diolah semula: www.gempak.org

Thursday, February 23, 2012

Pramugari Disetubuhi Hantu Raya

Share

Pramugari Disetubuhi Hantu Raya


CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.

Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.

Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.


Putus tunang


Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.

Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.

“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.

“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.

Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.

“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.


Disetubuhi


“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.

“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.

“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.

“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.

Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.

Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.

Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.



Sumber: Kosmo!

Saturday, February 4, 2012

Koleksi Spyshot Proton P3-21A Pelancaran Bulan Mac 2012

Share
 










Kat bawah ni la Proton Tuah iaitu Proton Konsep/Prototaip di Kuala Lumpur International Motorshow 2010 yang lepas. Lebih kurang sama dengan gambar atas ni kan. Lawooo^_^





Melalui info yang saya dapat dari rakan yang berkerja dengan Proton, Proton akan keluarkan model terbaru ni pada bulan 16 Mac 2012 nanti. Tapi tarikh akan berubah kalau ada ada masalah dengan vendor.Warna yang ada putih, kuning, silver, biru laut.

Pelancaran model baru Proton yang belum ada nama lagi ni (sekarang menggunakan nama P3-21A) akan dibuat di Bukit Jalil. Harga dia lebih kurang macam Proton Exora. Maknanya dalam 60k++ - 70k++ la kot. Difahamkan jugak 16 bijik model ni dah pun dihantar ke luar negara baru-baru ni. Selepas pelancaran dilaksanakan, Proton akan stop production Persona M-Line dan H-Line. Cuma Proton Persona B-Line saja yang akan diteruskan.

Harap-harap model baru ni bakal memberi satu kepuasan kepada rakyat Malaysia yang inginkan kereta yang berkualiti dan bergaya dengan bajet yang rendah.:-)


Update:

KUALA LUMPUR 14 Mac - Harga model kereta terbaharu Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) P3-21A yang dijangka diperkenalkan kepada umum pada penghujung bulan ini berada sekitar RM62,000 hingga RM75,000 sebuah, berbeza mengikut varian yang ditawarkan.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, tempahan model itu juga telah dibuka kepada orang ramai dengan harga tempahan awal serendah RM500.

"Tempahan ini juga boleh dilakukan di seluruh gerai pameran Proton di seluruh negara," katanya semasa berucap bagi merasmikan Pameran Automotif Proton, POWER OF 1, di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Model P3-21A akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6L CFE Premium, 1.6L CVT Executive dan 1.6 MT dengan menawarkan enam warna iaitu Merah, Hitam, Putih, Perang, Biru dan Perak. Sumber: http://www.utusan.com.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive