Thursday, May 31, 2012

PlayStation Vita (PS Vita) Memang Kelas!

Share

PlayStation Vita (PS Vita) Memang Kelas!

SONY mengembalikan zaman kegemilangan ‘game’ mudah alih dengan memperkenalkan PlayStation Vita (PSVita) yang membolehkan pengguna bermain menggunakan butang kawalan atau menyentuh skrin bagi mengaktifkan karektor.

Konsol game mudah alih popular, PSP Vita yang diperkenalkan syarikat Jepun itu secara rasmi tiba di Malaysia minggu lalu dan dijual pada harga RM1,099 bagi mod Wifi manakala terdapat pakej bersama game Mode Nation pada harga RM1,299. 



Manakala game Uncharted dengan aksesori tambahan dijual pada harga RM1,399.

Rekaannya juga lebih mantap dengan ciri ergonomik memudahkan genggaman ketika bermain walaupun untuk tempoh yang lama.

Selain itu, PSP Vita dilengkapi inovasi skrin sentuh 5 inci OLED dan pemprosesan ARM Cortex- A9 MPCore namun peranti dengan rangkaian 3G masih lagi belum dipasarkan di negara ini. 




Spesifikasi

PRODUK: PS Vita
HARGA: RM1,099
PEMPROSESAN: 4-core ARM Cortex-A9 MPCore
OS: PlayStation Vita
INTERNET: PlayStation Network (PSN)
RANGKAIAN: Wifi
SKRIN: 5 inci OLED
GRAFIK: 4-core SGX543MP4+
KAMERA: 0.3MP
MEMORI: 512 MB RAM, 128 MB VRAM
MEDIA: Kad PS Vita
KAPASITI: Kad Memori PS Vita (pilihan 4, 8, 16 atau 32 GB)
DIMENSI: 83.55 X 182 X 18.6 mm
BERAT: 260 gram

Tuesday, May 29, 2012

Petua Turunkan Berat Badan

Share


Petua Turunkan Berat Badan

Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, ia sebenarnya boleh dilakukan dalam tempoh cepat menggunakan cara betul agar tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Berikut tips ataupun petua yang ingin di kongsi bersama supaya dapat membantu anda mengurangkan berat badan agar tampil lebih berkeyakinan.


Kita mulakan dengan tips diet dan pemakanan:
  • Makan lima hingga tujuh hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan saja dapat mengawal nafsu pemakanan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari. 
  • Jangan tinggalkan setiap waktu makan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) sebab ia tetap tidak akan membantu anda menguruskan badan.  
  • Kenali keperluan kalori seharian. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing.  
  • Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tips menguruskan badan yang paling senang. Hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, minuman coklat atau minuman ringan dengan air bebas gula. Hasilnya, anda boleh kurangkan kira-kira 10 kilogram (kg) dalam setahun.  
  • Banyakkan minum air mineral. Air jenis ini tidak mengandungi kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.  
  • Jangan makan buah-buahan terlalu banyak. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.  
  • Segenggam tangan karbohidrat. Sama ada anda makan nasi, roti, mi kuning mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tidak kenyang, tambahkan lauk.  
  • Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan, pastikan anda mengambil dua hingga 2.5 gram untuk setiap kilogram berat badan anda. Harus diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.   
  • Kawal nafsu makan. Satu-satunya cara untuk mengawal nafsu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk berkembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. 

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tidak perlu mencari trend senaman terkini asalkan anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

  • Senaman bukanlah perkara yang wajib dilakukan cuma manfaatnya dapat membantu mempercepatkan usaha anda menurunkan berat badan. 
  • Angkat berat! Tidak kira jantina dan umur, pastikan anda sertakan senaman angkat berat dalam program senaman. Kenapa? Ini kerana ia membantu menguatkan otot, tulang dan sendi. 
  • Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi paling penting adalah kualiti senaman. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan bernas daripada mereka yang mahir. 
  • Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukosa. Jika anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman berkarbonat dan bertenaga. 
  • Tidak perlu bersenam setiap hari. Senaman dua hingga empat kali seminggu pun sudah cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih dulu. 
  • Inginkan perut yang kempis? Crunches atau bangkit tubi dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana otot abs masih diliputi dengan lapisan lemak. Maka, fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak. 
  • Yoga untuk kuruskan badan? Tidak juga. Yoga memang sesuai untuk keseimbangan dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  • Sauna dan bilik berwap? Kedua-duanya boleh membantu membakar kalori dan proses pencernaan. Tidak menjadi masalah untuk anda melakukannya. 
  • Seks sebagai senaman? Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan dapat mengurangkan stres. :-D
 
Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, makanan tambahan dapat membantu mempercepatkan usaha anda mengurangkan berat badan. Tapi pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.  

  • Pil cepat kurus? Tidak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan atau membakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Ia mustahil.
  • Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teorinya, ya. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolisme badan melalui ramuan seperti kopi dan guarana. Jadi, dengan pembakaran kalori berlebihan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Namun dinasihatkan jangan bergantung kepada makanan tambahan untuk jangka masa panjang. 
  • Ingin kurangkan satu kilogram? Anda perlu membakar atau membuang 7,700 kalori sama ada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-duanya. 
  • Makanan tambahan protein adalah pilihan yang baik sebagai snek. Ia rendah kalori, mudah dibeli dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah. 
  • Dapatkan multivitamin yang baik. Kekurangan mikro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi, pastikan anda mempunyai multivitamin yang bersesuaian dengan jantina, umur dan gaya hidup anda.

Sumber: Hmetro

Monday, May 28, 2012

Seram!Hantu Belakang Kereta di Bukit Lengkok

Share
 
Seram!Hantu Belakang Kereta di Bukit Lengkok

KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.
 
 
 
Sumber: Sinar Harian

Thursday, May 24, 2012

Tuesday, May 22, 2012

Blackberry Terbaru Curve 9320 dan Curve 9220

Share

  Blackberry Terbaru Curve 9320 dan Curve 9220

KUALA LUMPUR: Research In Motion (RIM) memperkenalkan dua lagi model baru telefon pintar dalam siri Curve iaitu model 9320 dan 9220 yang dikatakan lebih bertenaga bagi pengguna yang gemar bertaut di laman sosial.



 Blackberry Curve 9220

Dibangunkan dengan hasrat memudahkan penggunaan dan mudah dimiliki, kedua-dua model terbaru ini dibekalkan dengan bateri yang tahan lebih lama untuk memastikan pengguna terus terhubung dengan rakan sosial mereka.

Antara lain, ciri baru yang dimasukkan ke dalam Curve 9320 dan Curve 9220 ini ialah butang khusus untuk aplikasi pesanan segera BBM, radio FM dan sistem operasi (OS) BlackBerry 7.1 yang dirangkumkan dengan ciri kawalan keluarga bagi memudahkan ibu bapa melindungi anak-anak daripada capaian ke aplikasi, fungsi spesifik serta ciri yang sensitif dan tidak sepatutnya dibuka.



 Blackberry Curve 9320

Tidak ada harga yang diberikan buat masa ini, namun bagi model Curve 9220 ia dijangka memasuki pasaran mulai 4 Jun ini menerusi rakan niaga yang disahkan dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan. 

Tune Talk dijangka membuka tempahan awal bermula 25 Mei 2012. 
 
 

Nazmi Faiz Sah Pemain SC Beira-Mar Portugal

Share

Nazmi Faiz Sah Pemain SC Beira-Mar Portugal

Tahniah kepada Nazmi Faiz! Nazmi berjaya meyakinkan SC Beira-Mar dan menandatangani kontrak selama 3 tahun hingga Jun 2015. SC Beira-Mar merupakan kelab dari Liga Division 1 Portugal. Nazmi berpeluang menentang kelab hebat seperti Sporting Lisbon bekas kelab Christiano Ronaldo, Benfica pasukan yang kalahkan Man Utd baru-baru ni, Porto yang memiliki pemain-pemain yang hebat dll. Tahniah sekali lagi buat anak Malaysia! Bakal jutawan baru selepas Safee Sali.







Wednesday, May 9, 2012

Kerja Kosong Offshore Mei 2012

Share

Kerja Kosong Offshore Mei 2012

Senarai Jawatan Kosong:
- Rigger
- Scaffolder
- Pipe Fitter
- Firewatcher

Kelayakan:
- Mempunyai pengalaman bekerja di luar persisiran pantai (OFFSHORE). Minimum 2 tahun dan ke atas
- Mempunyai SMART CARD yang masih sah
- Mempunyai Sijil BOSET asal dan Salinan
- Mempunyai laporan pemeriksaan perubatan terkini
- Mempunyai sijil ”Rigging & Slinging” bagi jawatan Rigger
- Mempunyai sijil ”Scaffolder Level 1” bagi jawatan Scaffolder
- Mempunyai sijil "Firewatch Safety" bagi jawatan Firewatcher

- Mempunyai sijil "Gas Pipe Installer Level 1" bagi jawatan Pipe Fitter

Kepada yang berminat sila emelkan resume/cv anda yang lengkap kepada azuar@shapadu.com.my



Tuesday, May 1, 2012

Keluarga Bebas dari Hantu Kak Limah

Share


Keluarga Bebas dari Hantu Kak Limah

MARANG – Empat bulan selepas rumah usang diperbuat daripada kayu cengal dihuni keluarga Mohd Syawal Mazlan, 23, yang diganggu lembaga misteri berambut panjang di Kampung Temiang di sini, ia kembali mendapat perhatian.

Sebulan lalu, sekumpulan kru penerbitan berkampung sehari di situ untuk penggambaran dan temu bual bersama keluarga Syawal, termasuk bapanya, Mazlan Ali, 56, mengenai gangguan misteri yang dialami itu.

Keluarga terbabit sebelum ini hidup ketakutan kerana sering diganggu lembaga wanita berambut panjang persis ‘hantu Kak Limah’ seperti watak dalam sebuah filem Disember lalu.

Bagaimanapun, selepas dipaparkan Sinar Harian dan dibantu seorang pengamal perubatan, lembaga perempuan misteri yang sering menjelma dan merayau di sekitar kawasan rumah itu sudah tidak lagi mengganggu mereka.

Menceritakan kembali kisah itu, Mazlan memberitahu, lembaga berpakaian batik lusuh dan berambut mencecah paras pinggang yang sering mengganggu rumah anaknya itu dari waktu malam hingga ke subuh itu kini tidak lagi muncul dan mengganggu ahli keluarganya.

Beliau bersyukur pengamal perubatan tradisional Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor itu berjaya menghalau makhluk halus tersebut.

“Sebulan lalu, kami mendapat kunjungan kru penerbitan dari ibu kota yang datang untuk membuat penggambaran dan temu bual di rumah Mohd Syawal selama sehari bagi mengisi satu slot dokumentari,” katanya ketika ditemui di sini, namun enggan mengulas lanjut mengenai penggambaran itu.


Sumber: Sinar Harian 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive