Friday, June 29, 2012

Temuduga Terbuka Offshore dan Onshore Kemaman 30/6/2012 dan 1/7/ 2012

Share

Temuduga Terbuka Offshore dan Onshore Kemaman 30/6/2012 dan 1/7/ 2012
Senarai Jawatan Kosong:
- Rigger
- Scaffolder
- Pipe Fitter
- Firewatcher
- Welder
- Blaster Painter
- QC Inspector
- Foreman (Fitter/Rigger/Scaffolder)

Kelayakan:

- Mempunyai pengalaman bekerja di luar persisiran pantai (OFFSHORE). Minimum 2 tahun dan ke atas/Pengalaman bekerja di Yard
- Mempunyai sijil training Loss Prevention System (LPS) untuk jawatan ke Offshore
- Mempunyai sijil BOSET asal dan Salinan untuk jawatan ke Offshore
- Mempunyai laporan pemeriksaan perubatan terkini untuk jawatan ke Offshore
- Mempunyai sijil ”Rigging & Slinging” bagi jawatan Rigger
- Mempunyai sijil ”Scaffolder Level 1” bagi jawatan Scaffolder
- Mempunyai sijil "Firewatch Safety" bagi jawatan Firewatcher

- Mempunyai sijil "Gas Pipe Installer Level 1" bagi jawatan Pipe Fitter
- Mempunyai "Welder Performance" yang masih sah bagi jawatan Welder
- Mempunyai sijil "IMM Level 1 atau 2" bagi jawatan Blaster Painter
- Mempunyai sijil "CSWIP 3.1" bagi jawatan QC Inspector (Piping/Structural)

Kepada yang berminat untuk sesi temuduga sila lihat butiran di bawah:
Tarikh      : 30 June - 01 Julai 2012 ( Sabtu and Ahad )
Tempat    : Dewan Theterate , Bangunan KSB , Kemaman Supply Base , 24007 Kemaman
 
 
Sila bawa bersama sekeping gambar berukuran paspot, maklumat diri yang lengkap (resume), semua salinan sijil dan kad pengenalan semasa temuduga.
 
 
Kepada yang berminat untuk submit melalui emel, sila emelkan resume/cv anda yang lengkap kepada azuar@shapadu.com.my / syamim@shapadu.com.my

Saturday, June 23, 2012

Lembaga Panjat Atas Belakang

Share

Lembaga Panjat Atas Belakang

POKOK SENA - Suasana di sebuah sekolah menengah di sini semalam kecoh apabila 22 pelajar perempuan diserang histeria.

Kejadian dikatakan bermula kira-kira jam 10.15 pagi ketika sekumpulan pelajar yang baru menamatkan latihan sukan di padang sekolah sedang berjalan menuju ke arah kantin.

Pelajar tingkatan empat, Muhammad Nabil Fikri Abdul Rahim berkata, pada masa itu, seorang pelajar perempuan daripada tingkatan yang sama dengannya, tiba-tiba jatuh pengsan dan terus meracau.

“Dia jatuh di sebelah pondok pengawal,” katanya.

Selang beberapa minit kemudian, sekumpulan pelajar perempuan yang berada di kantin tiba-tiba turut meracau. Kejadian histeria itu turut melibatkan beberapa individu lain di pelbagai lokasi termasuk di blok bangunan yang lain juga di pintu masuk sekolah. Ia dikatakan melibatkan 22 pelajar kesemuanya.

“Keadaan kelam kabut itu berlarutan sehingga jam 1.30 petang,” katanya.

Menurutnya, dalam situasi kelam kabut itu, dia sendiri terdengar seorang daripada mangsa yang meracau menyebut “nak pi (pergi) kat adik” yang dirujuk kepada pelajar yang mula-mula diserang histeria di sebelah pondok pengawal.

“Walhal mereka bukan adik-beradik dan tidak ada apa-apa hubungan pun,” katanya. Menurutnya, daripada cakap- cakap yang didengar, kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan gangguan makhluk halus yang marah apabila tempat mereka yang kononnya dikatakan terletak dalam kawasan sekolah itu diceroboh.

“Petang kelmarin (sehari sebelum), ada kawan yang mendakwa melihat satu lembaga tidak dikenali memanjat belakang seorang pelajar lelaki yang sedang menjalani latihan sukan di padang.

“Pelajar lelaki itu jatuh dan mengadu belakangnya terasa berat namun orang lain tidak nampak apa-apa,” katanya. Muhammad Nabil berkata, kejadian yang melibatkan pelajar lelaki itu bagaimanapun berakhir begitu sahaja.

“Tidak sangka pula ia akan jadi macam ini hari ini,” katanya. Difahamkan, itu kejadian yang seumpamanya berlaku sejak sekolah itu dibuka pada 14 Jun 2010.

Sementara itu, pengawal keselamatan sekolah, Kamariah Abd Ghani, 54, berkata, ketika kejadian, dia sedang bertugas dan turut melihat 20 pelajar diserang histeria dalam kawasan sekolah manakala dua lagi di luar pintu pagar sekolah.

“Semua pelajar berkenaan terdiri daripada tingkatan satu hingga lima, manakala seorang pelajar tingkatan tiga turut dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana terlalu lemah manakala mangsa lain diarahkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Saturday, June 9, 2012

Yazid Burger Sekilo Seksyen 7 Shah Alam

Share

Yazid Burger Sekilo Seksyen 7 Shah Alam

TATKALA melihat hidangan burger sebesar pemeluk, sudah pasti melahirkan perasaan teruja kepada sesiapa sahaja.
Apatah lagi, burger merupakan salah satu hidangan yang menjadi pilihan penggemar makanan segera di negara ini.

Lazimnya, burger gergasi yang mencecah lebih tiga kilogram (kg) sebelum ini hanya dapat ditonton melalui kaca televisyen berdasarkan cerita dari luar negara ataupun Internet.

Ternyata, idea hidangan seumpama itu telah mencetus kreativiti beberapa pengusaha burger di negara ini.

Kini, penggemar makanan tempatan boleh menikmati burger gergasi di gerai burger YB yang terletak di Kompleks Perniagaan Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.


Burger gergasi buatan sendiri Abu Yazid Abdul Kadir, 32, itu menawarkan tiga pilihan saiz dan pelbagai jenis roti kepada penggemar burger yang inginkan sesuatu yang baharu.

Berbekalkan pengalaman selama hampir 14 tahun dalam bidang perniagaan burger, Abu Yazid berkata, pengenalan burger YB, iaitu singkatan untuk 'yang besar' adalah untuk mencipta kelainan kepada penggemar burger di negara ini. 
 

"Sungguhpun pengenalan burger YB baru mencecah usia sebulan, permintaan terhadap burger berkenaan berjaya mencuri tumpuan orang ramai.

"Ia sesuatu yang di luar dugaan kerana saya tidak menjangka sama sekali burger besar ini akan mendapat permintaan tinggi," ujarnya ketika ditemui Kosmo!.

Pada mulanya, perasaan ragu-ragu menyelubungi pemilik burger YB itu memandangkan pembuatannya disasarkan untuk para tetamu jamuan hari jadi ataupun majlis korporat sahaja.

Lebih melucukan, terdapat segelintir pihak yang meragui kesahihan saiz burger berkenaan apabila gambarnya dimuat turun di laman blog. Bahkan, ada yang mengatakan ia adalah hasil kesan penyuntingan imej.

Bagaimanapun, anak jati Perak itu tidak pernah mengenal erti putus asa, sebaliknya terus berupaya menarik nafas lega apabila burger gergasi mula mendapat permintaan tinggi selepas beberapa minggu beroperasi.
 

"Saya perlu memastikan tempahan awal dilakukan terlebih dahulu oleh para pelanggan agar permintaan mereka dapat dipenuhi.

"Kualiti dan kesegaran dalam penyediaan burger YB amat dititikberatkan. Ia perlu dilakukan demi memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan," katanya.  

Aneka Sos, Roti dan Patti

Abu Yazid menjelaskan, pelanggan-pelanggan boleh memilih tiga variasi berat patti daging. Mereka boleh memilih patti daging burger seberat satu kilogram (kg), 500 gram (g) atau 250g. 
 

"Patti daging burger yang seberat sekilogram sesuai dimakan sehingga lapan orang, 500g pula untuk empat orang manakala 250g sesuai bagi pasangan.

"Kalau larat, boleh habiskan burger seberat sekilogram tersebut seorang diri," katanya berseloroh.

Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih salah satu daripada tiga perisa daging patti iaitu lada hitam, cendawan, tom yam dan BBQ (barbeku).

"Pelanggan boleh memilih roti oregano, bawang putih, oat madu ataupun roti mil penuh mengikut selera masing-masing.

"Mengikut selera masing-masing, kami memberi pilihan sayur-sayuran untuk disertakan dalam burger YB iaitu salad, bawang, tomato, timun, kobis dan lobak merah," ujarnya yang sedang mengikuti kursus Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Shah Alam.

Semua pilihan itu disempurnakan dengan aneka jenis sos tambahan dan buah-buahan termasuk lada hitam, cendawan, jalapeno, epal, nanas, serta zaitun.  
 
 

Proses

Abu Yazid memberitahu, demi memastikan kesegaran, bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan patti daging, roti dan sayur-sayuran akan dibeli setiap hari mengikut tempahan.

"Pada awal pagi, saya akan ke pasar untuk membeli bahan-bahan mentah. Sekitar pukul 9 pagi, rutin harian mengisar patti daging dan mengadun bahan-bahan membuat roti akan dimulakan sebelum membuka perniagaan pada pukul 5 petang," ujarnya.

Mengimbas kembali tujuan dia membikin patti daging dan roti buatan sendiri, dia memberitahu, ia lebih segar malah enak apabila dimakan.

"Bahkan, saya telah melakukan kerja penyelidikan dan pembangunan terhadap pembikinan roti selama hampir empat bulan untuk memastikan ia lembut dan segar.

"Tidak ramai yang membuat roti burger sendiri apatah lagi apabila menghidangkan burger bersaiz besar kepada pelanggan-pelanggan," ujarnya.

Selain patti daging dan roti yang dibuat sendiri, Abu Yazid menambah, sos seperti lada hitam dan cendawannya merupakan resipi sendiri.

Terangnya, dia banyak menggunakan kaedah cuba-cuba dalam mengecapi kesempurnaan pembikinan produk buatan sendiri.

Tempahan Secara Online 

Abu Yazid yang pernah mengikuti kursus pemprosesan daging Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) pada tahun 2011, memberitahu, dia menggalakkan para pelanggannya membuat tempahan sehari lebih awal sebelum datang ke gerainya.

Untuk tujuan itu, pelanggan boleh membuat tempahan melalui laman blog yazidburger.blogspot.com.

"Ini bagi memudahkan saya membuat persiapan bahan-bahan patti daging dan roti dengan kuantiti yang mencukupi.

"Ia juga dapat memastikan penggemar makanan segera ini tidak berasa hampa apabila mengunjungi kedai untuk menikmati burger YB," ujarnya.

Walaupun masih baru diperkenalkan, dia memberitahu, burger YB sudah menerima kunjungan pelanggan dari segenap negeri di Malaysia.

Justeru itu, dia berasa amat bertuah kerana dapat berkongsi resipi buatan sendiri untuk membawa keceriaan kepada pelanggan-pelanggannya. 
 
Teruja 

Sementara itu, seorang pelanggan burger YB, Mohd. Izham Mukhari, 27, mengakui, dia sangat teruja apabila kali pertama melihat burger besar tersebut.

"Kali pertama melihatnya, perasaan membuak-buak untuk merasainya. Ia sama sekali tidak menghampakan kerana apabila mengunyah, kita boleh merasai campuran rempah ratus yang sebati dalam burger berkenaan," katanya yang mencuba burger seberat 500g.

Izyani Zahari, 29, pula memberitahu, keenakan burger berkenaan bukan sahaja terletak pada patti malah rotinya.

"Tekstur roti sangat gebu dan lembut apatah lagi apabila kita menikmati bersama dengan daging burger serta sayur-sayuran.

"Dalam pada itu, ia amat sesuai untuk dinikmati secara beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan," kata pekerja swasta itu lagi.

Bagi seorang lagi penggemar burger YB, Norly Azman, 23, dia dapat merasai kelainan pada daging burger dan roti apabila menikmati burger YB.

"Daging yang dimakan terasa lebih segar dan tidak berminyak. Lebih utama, rupa dan rasanya membangkitkan selera," katanya.


Sumber: Kosmo dan YB Burger

Wednesday, June 6, 2012

Jadual Penuh UEFA EURO 2012

Share

Jadual Penuh UEFA EURO 2012

Bahang kejuaraan bola sepak Eropah makin panas! EURO 2012 bakal berlangsung tak lama lagi. Sebanyak 16 pasukan daripada benua Eropah telah dibahagikan kepada 4 kumpulan akan berentap sesama sendiri untuk merebut kejuaran kali ke 14 bermula dari 8 Jun hingga 1 Julai 2012 nanti. Antara pasukan yang akan beraksi nanti antaranya:


Group A
Russia
Greece
Republic Czech
Poland

Group B
German
Portugal
Netherlands
Denmark

Group C
Spain
Itali
Crotia
Republic of Ireland

Group D
England
France
Ukrain
Sweden


Tak sabar nak tengok bintang-bintang baru bakal menyinar nanti. Lepas EURO ni confirm harga perpindahan pemain akan melambung. Kat bawah ni jadual penuh EURO 2012 untuk semua.


Download sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive