Tuesday, August 28, 2012

Pendaratan Neil Armstrong di Bulan Satu Penipuan?

Share


Pendaratan Neil Armstrong di Bulan Satu Penipuan?

LONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.

Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun. 
 

Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.

Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.

Dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus.

Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu.

Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan.

Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif.

Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.

Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan.

Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.

Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.

Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB).

Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS.

Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan.

Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut.

Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya. 
 
 
Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.

Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang.

Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.

Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.

Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya.

Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan. 
 

Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.

 
Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan.

Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA.

Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.

Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.

"Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio," kata Bill.

Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.

Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O'Leary berkata: "Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan."

Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.

Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB.

Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.

Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung. - Agensi 
 
 

Monday, August 27, 2012

Usain Bolt Bakal Pemain Man Utd

Share

Usain Bolt Bakal Pemain Man Utd

MANCHESTER - Pelari terpantas di muka bumi, Usain Bolt mengulangi hasratnya untuk menyertai kelab gergasi England, Manchester United.

Bolt pernah menyuarakan hasrat tersebut sebaik melakar rekod baharu dalam acara pecut 100 meter pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini.

Dia kemudiannya dilaporkan telah bersemuka dengan pengurus United, Alex Ferguson sebelum pasukan kegemarannya itu menewaskan Fulham 3-2 dalam aksi Liga Perdana England di Stadium Old Trafford malam kelmarin.

"Saya bakal menjadi pemain terpantas dalam skuad United.

"Justeru, saya percaya mampu membuat perubahan yang besar bersama kelab ini," kata Bolt kepada Ferguson.

Bolt dilaporkan kembali semula ke London selepas memenangi acara 200 meter dengan catatan masa 19.58 saat pada kejohanan olahraga Liga Berlian Lausanne, Switzerland pada Rabu minggu lalu.

Kehadiran pelari sensasi Jamaica itu di Stadium Old Trafford malam kelmarin turut mendapat sokongan bergemuruh penonton yang mendesak Ferguson supaya mendapatkan khidmat Bolt pada masa terdekat.

Selain itu, Bolt juga dihadiahkan jersi United bernombor 963 - signifikan dengan catatan masa 9.63s yang dilakarnya di Stadium Olimpik, London tempoh hari.

Rekod terpantas dunia acara 100m ketika ini juga masih dipegang Bolt iaitu 9.58s yang dilakukannya ketika Kejohanan Dunia di Berlin pada 2009. - Agensi :-p
 
 

Friday, August 24, 2012

Kisah Misteri Lebuh Raya Utara Selatan

Share

Kisah Misteri Lebuh Raya Utara Selatan

DI SEBALIK keghairahan warga kota yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, banyak cerita mistik dikaitkan dengan lebuh raya yang mereka lalui.

Lebuh Raya Karak dan sepanjang jalan lama dari Genting Sempah ke Gua Musang, misalnya, popular dengan pelbagai kisah seram yang tersebar di internet.

Ramai yang mendakwa mereka bertemu entiti menyeramkan seperti kelibat kereta rosak, ibu mendukung bayi, kereta tanpa pemandu dan Volkswagen kuning di laluan ke Pantai Timur itu.

Perjalanan ke arah selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Pedas Linggi juga sering diuar-uarkan sebagai kawasan berpenunggu. Banyak kemalangan ngeri dilaporkan terjadi di situ.

Menurut anak kelahiran Johor, Masnita Abdul Rahim, 38, dia pernah terserempak dengan kereta Proton Iswara putih yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.  
 
Kereta Bau Bangkai

“Ketika itu, saya memandu kereta bersama anak lelaki saya yang berusia 15 dan 12 tahun. Kami dalam perjalanan dari Seremban, Negeri Sembilan ke Pagoh, Johor untuk menziarahi ibu mertua yang sakit.

“Apabila tiba di bawah jejantas Simpang Ampat kira-kira pukul 1.30 pagi, saya lihat ada sebuah kereta Iswara putih kira-kira 500 meter di hadapan saya yang dipandu perlahan.

“Mungkin pemandunya mengantuk lebih-lebih ketika itu hujan gerimis. Semakin saya mendekati kereta itu, hidung saya terhidu bau busuk seperti bangkai.

“Apabila saya memintas kereta itu, bau busuk itu semakin kuat sehingga memaksa saya menurunkan cermin kereta.

“Pada masa itu, saya memandang sekilas ke arah kereta tersebut dan sangat terkejut apabila mendapati bahagian hadapan kereta itu rosak teruk. Kalau diikutkan fikiran logik, ia memang tidak boleh bergerak lagi.

“Saya mula rasa tidak sedap hati. Apabila saya tanyakan kepada anak-anak saya, mereka tidak nampak kereta yang saya maksudkan malah mereka juga tidak tercium bau bangkai.

“Apabila saya melihat ke cermin pandang belakang, saya lihat kereta tersebut sudah tiada.

“Perasaan aneh dan seram terus menyelinap dalam diri. Saya cuma bertawakal sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk menenangkan hati,” cerita Masnita.

Sementara itu, bagi seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Izza, dia pernah berdepan kejadian misteri di kawasan lebuh raya arah selatan itu.

“Petang itu selepas habis waktu kerja, saya dan rakan, Nisa berhajat untuk pergi ke Masjid Tanah, Melaka bagi menziarah rakan kami yang baru bersalin.

“Memandangkan kami bekerja di Senawang, perjalanan ke Masjid Tanah tidaklah begitu lama, kira-kira 45 minit sahaja jika menggunakan lebuh raya.

“Selepas meluangkan bersama rakan kami itu dan puas menilik bayinya yang comel, kami meminta diri untuk pulang. Ketika itu jam menunjukkan pukul 11 malam.

“Nisa memandu kereta Kelisa miliknya dan kami berbual sepanjang perjalanan untuk mengelak daripada mengantuk,” kata Izza.

Sebaik sahaja memasuki Plaza Tol Pedas-Linggi, Nisa tiba-tiba membrek secara mengejut.

Tindakannya itu mengundang rasa cemas Izza. Apa yang lebih menggeramkannya, Nisa langsung tidak bersuara.

“Beberapa minit selepas itu, Nisa memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia minta saya memandu, katanya kakinya menggigil dan kepalanya berdenyut.

“Saya tidak memikirkan yang bukan-bukan. Mungkin Nisa juga masih terkejut dengan tindakan berbahayanya tadi.

“Tidak lama selepas saya memandu, saya cuba berbual dengan Nisa, namun dia hanya membisu. Beberapa minit kemudian, Nisa bertanya kepada saya, kau nak bawa aku ke mana?

“Saya menjawab, hendak balik ke rumahlah. Bukankah engkau yang suruh aku bawa kereta tadi?


 
Gambar misteri wanita kebaya merah tahun 2009

Lelaki Tua

“Nisa bertanya lagi, rumah aku tu dekat mana? Saya mula berasa tidak sedap hati. Bila saya toleh ke kiri, saya lihat Nisa menundukkan kepalanya dengan rambutnya yang lebat dan panjang itu menutupi mukanya.

“Melihatkan keadaannya, saya berasa seram, apatah lagi Nisa kerap ketawa dengan perlahan. Sebaik sahaja membayar tol di Senawang, saya memberhentikan kereta di plaza tol itu dan keluar daripada kereta.

“Nisa sempat bertanya, rumah aku jauh lagi? Belum sempat saya menjawab, dia sudah ketawa mengekek. Saya katakan, dekat saja lagi, saya kata kepadanya, saya mahu ke tandas dan memintanya tunggu di kereta.

“Saya terus ke tandas dan menghubungi bapa. Saya ceritakan apa yang telah terjadi kepada kami dan bapa meminta saya tunggu di situ sehingga dia datang.

“15 minit kemudian, bapa, ibu dan dua adik lelaki saya tiba. Saya menaiki kereta bersama ibu dan adik, sementara bapa dan seorang lagi adik memandu kereta Nisa menuju ke rumah seorang ustaz di Port Dickson untuk berubat.

“Setibanya di rumah ustaz, Nisa terus diubatkan. Saya tidak berani masuk sebaliknya cuma duduk di sofa bersama ibu di luar.

“Saya dengar Nisa meracau-racau menjerit meminta tolong. Bila ustaz menyuruhnya keluar, Nisa menjawab, ‘keluarganya’ telah dimusnahkan oleh Nisa dan ‘dia’ enggan melepaskan Nisa.

“Sekitar pukul 3 pagi barulah Nisa tidak melawan dan dapat dipulihkan. Ketika itu ahli keluarga Nisa juga sudah sampai untuk membawanya pulang berehat di Tampin,” katanya.

Selang beberapa hari kemudian, Izza pergi melawat Nisa di rumahnya dan bertanyakan apa yang berlaku malam itu. Nisa memberitahu, dia nampak ada lelaki tua menaiki basikal sedang melintas jalan.

“Semasa dia meminta saya memandu, dia masih sedar. Namun selepas itu dia langsung tidak sedar apa yang berlaku ke atasnya,” ujarnya.

Thursday, August 16, 2012

Robin Van Persie Sah Milik Man Utd

Share

Robin Van Persie Sah Milik Man Utd

MANCHESTER United (MU) akhirnya mengesahkan perpindahan penyerang Arsenal, Robin van Persie dengan bayaran £24 juta (RM117 juta) bagi mengikat kontrak selama empat tahun di Old Trafford musim ini.

 
Menurut laporan BBC semalam, pemain antarabangsa Belanda itu akan bertemu dengan wakil MU dalam tempoh 48 jam akan datang untuk membincangkan syarat peribadi dan menjalani pemeriksaan perubatan.


Laporan MU mengesahkan, "kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa perjanjian United dan Arsenal telah mencapai persetujuan berhubung perpindahan Van Persie ke Manchester."
 


"Perjanjian itu tertakluk kepada perubatan dan perjanjian dari segi peribadi. Apa-apa pun, pengumuman selanjutnya akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya.

Dalam pada itu, sekiranya ia berjalan dengan lancar, Persie mungkin akan diturunkan ketika MU bertemu Everton pada perlawanan pertama musim Liga Perdana Inggeris baru, Isnin ini.
 



Pemain antarabangsa Belanda itu telah menjaringkan 44 gol dalam 57 perlawanan untuk kelab dan negara musim lepas, termasuk dua ketika menentang MU. 

 Sumber 

LONDON - Manchester United mengesahkan bahawa mereka telah berjaya mendapatkan khidmat bintang Belanda, Robin van Persie daripada kelab seteru utama, Arsenal.

"Sukacita dimaklumkan bahawa Manchester United telah mendapat persetujuan Arsenal untuk melepaskan Robin van Persie ke Old Trafford," lapor satu kenyataan di laman web rasmi kelab itu kelmarin.

Menurut laporan itu lagi, van Persie akan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum disahkan menjadi milik kelab terkaya di dunia itu musim ini.

Van Persie mengguris emosi pengurus The Gunners, Arsene Wenger setelah dia mengumumkan mahu meninggalkan Arsenal selepas Kejohanan Bola Sepak Negara-Negara Eropah (Euro) 2012 kerana kelab itu tidak mampu menjamin masa depan gemilang dalam kerjayanya.

Pengumuman van Persie itu telah membuatkan tiga kelab gergasi Eropah, Manchester City, Juventus dan United membuat tawaran lumayan bagi memancing penyerang sensasi itu.

Musim lepas, penyerang prolifik tersebut menjaringkan 37 gol dalam aksinya bersama The Gunners seterusnya dinamakan sebagai Pemain Terbaik Sepanjang Tahun oleh Persatuan Penulis Sukan Profesional England.

Menurut sumber United, tiada laporan rasmi berhubung yuran perpindahan penyerang berusia 29 tahun itu namun ia dianggarkan bernilai sekitar £20 juta (RM98.04 juta).

Jika segala proses berjalan lancar, van Persie mungkin diturunkan pada perlawanan pertama The Red Devils menentang Everton, Isnin depan.

Perpindahan itu merupakan yang terbesar dibuat United selepas mereka membawa Dimitar Berbatov pada 2008 pada harga £30.75 (RM150.75 juta) dari Tottenham.

Van Persie menjadi sasaran Alex Ferguson bagi membentuk jentera serangan mantap bersama Wayne Rooney, Danny Welbeck dan Javier Hernandez.

Difahamkan, jurulatih dari Scotland itu berhubung terus dengan Wenger yang sebelum ini berkeras tidak mahu menjual van Persie. Perpindahan itu meneruskan tradisi pemain utama Arsenal yang berhijrah ketika berada di puncak prestasi antaranya, Cesc Fabregas, Samir Nasri, Patrick Vieira dan Thierry Henry.



Van Persie|Van Persie Man Utd|Robin Van Persie Manchester United



Monday, August 6, 2012

Terjun Flight Air Asia Nampak Hantu

Share

Terjun Flight Air Asia Nampak Hantu

MIRI - Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.

"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ.

Saturday, August 4, 2012

Rahsia Kecantikan Gadis Jepun

Share

Rahsia Kecantikan Gadis Jepun

Gadis jepun mempunyai wajah yang putih, lembut dan halus. Apakah rahsia mereka bukan? Mereka menggunakan bahan semula jadi sejak turun temurun lagi. Ingin tahu lebih lanjut? Ayuh semak panduan berikut!

Vitamin C

Vitamin C baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit seperti buahan bertujuan untuk memecah dan mengoksidakan melanin sehingga menjadikan kulit putih.

Kacang merah

Azuki, sejenis kacang merah yang digunakan sebagai bahan untuk menggosok wajah sejak dulu lagi. Hasilnya, wajah menjadi lebih halus dan bebas daripada sebarang masalah jerawat.

Beras Merah

Bahan ini untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. Malahan, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.

Pengelupasan

Mereka rajin melakukan pengelupasan kulit untuk menghilangkan sel kulit mati dari wajah hingga membuatkan wajah mereka tampak berseri dan tidak nampak kusam.

Alga

Wakame, sejenis alga laut di perairan Jepun merupakan bahan perawatan kulit semula jadi terbaik. Wakame melindungi kulit daripada sinar ultra violet serta kerosakan kulit. Bahan semula jadi ini juga mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata.
 
 
 
 
Rahsia kecantikan gadis Malaysia?? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive