Tuesday, October 23, 2012

Gadis Ni Ada Misai dan Berjambang

Share
 
Gadis Ni Ada Misai dan Berjambang

BEIJING: Bagi setiap gadis, usia belasan tahun adalah yang paling sukar dalam kehidupan mereka dan juga yang paling menyeronokkan dan tidak boleh dilupakan.

Tetapi tidak bagi Nana, 16, yang baru-baru ini ditumbuhi bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan nyawa.

Dia kini lebih rela menghabiskan masa bersendirian, berkurung di dalam bilik.

Gadis warga China itu, yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, menunjukkan janggut dan misai lebat yang tumbuh kerana menghidap penyakit ganjil, hirsuitism, selepas menjalani rawatan.

“Doktor berkata, penyakitnya amat serius dan dia boleh mati jika tidak dirawat,” kata ibu gadis itu kepada agensi berita China, Zinhua.

Nana terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap ‘aplastic anemia’ pada 2010, penyakit yang menyebabkan tulang sumsum Nana tidak menghasilkan sel darah baru secukupnya.

Kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan dengan memakan ubat.

Bagaimanapun, keadaan fizikalnya mula berubah.

“Selepas memakan ubat itu, jambang lebat tumbuh pada muka sementara ketiak dan kakinya dilitupi bulu yang juga lebat,” menurut laporan Liao Shen Evening News.

“Setiap hari dia menangis, ingin ke sekolah,” kata ibunya.

Gadis itu berhenti sekolah pada 2010 kerana keadaannya itu.

Si ibu menyifatkan anaknya sebelum ini sebagai periang tetapi sejak menghadapi masalah itu, dia mula memencilkan diri dan memakai topeng kertas untuk melindungi mukanya dan kemeja lengan panjang setiap kali keluar rumah.

“Dia kini tidak mahu bercakap walaupun sepatah dan lebih banyak menghabiskan masa di bilik, membaca buku,” lapor Zinhua.
 

Monday, October 22, 2012

Hukum Berkahwin Dengan Khunsa

Share
Hukum Berkahwin Dengan Khunsa

Khunsa dalam bahasa Arab bererti lembut.

Istilah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu merujuk kepada golongan kaum yang lembut atau pondan.

Pondan pula merujuk kepada lelaki yang memiliki sifat wanita terutama dalam penampilan dan ada yang sanggup merubah kejadian asal dengan membuat pembedahan bagi memiliki organ wanita (payudara dan alat sulit).

Ada riwayat peristiwa khunsa ketika zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali yang menggemparkan masyarakat ketika itu apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita khunsa iaitu memiliki dua alat kelamin.

Selepas berkahwin, si suami menghadiahkan isterinya seorang jariah (pembantu).
Hasil perkahwinan itu, wanita khunsa berkenaan melahirkan zuriat.
Namun, wanita khunsa itu timbul pula berahi kepada jariahnya lalu menyetubuhinya sehingga jariah itu melahirkan anak.

Masyarakat amat terkejut dengan kejadian itu dan menyampaikan berita kepada Saidina Ali. Baginda menghantar pakar bagi mengesahkan jantina wanita khunsa itu.
Pengesahan itu membuktikan kedua-dua alat kelamin wanita khunsa berkenaan berfungsi.

Dia mengalami haid seperti perempuan dan keluar mani dari zakarnya.
Ini bermakna wanita khunsa itu boleh dijimak suaminya dan dia dapat menjimak jariahnya.

Namun, Saidina Ali tidak berputus asa bagi mengenal pasti jantina wanita khunsa itu kerana mahu menyelesaikan masalah yang menimpa pasangan terbabit dan menjadi pengajaran kepada umat Islam.

Lalu, Saidina Ali menghantar pakar menghitung tulang rusuk wanita itu. Ini amat tepat sesuai kepada ketentuan Allah yang menjadikan Hawa dengan mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri nabi Adam.

Hasilnya, Saidina Ali membuat keputusan wanita khunsa itu adalah lelaki lalu memisahkan perkahwinan dengan suaminya kerana dianggap tidak sah.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata pengajaran daripada riwayat itu ibu bapa patut berbincang dengan pakar perubatan jika mendapati anak mereka dilahirkan khunsa.

“Dalam Islam, khunsa merujuk kepada seseorang yang dilahirkan secara semula jadi yang diragui jantinanya sama ada mempunyai dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki, tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya.

“Jalan terbaik ibu bapa perlu reda dan meminta doktor perubatan mengesahkan jantina bayi mereka sebelum melakukan pembedahan membuang satu alat kelamin itu,” katanya yang dipetik dari Harian Metro tidak lama dulu.

Beliau berkata, keputusan itu perlu dibuat supaya tidak timbul masalah di kemudian hari terutama yang membabitkan masalah perkahwinan, pendaftaran kelahiran dan proses membezakan lelaki dan wanita.

“Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana yang berfungsi, maka dia tidak boleh pula menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya. “Itu sebab berlaku masalah besar, si lelaki yang ingin menukar jantina kepada wanita,” katanya.

Katanya, khunsa terbahagi kepada dua jenis iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui).

“Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.
“Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.
“Bagi khunsa yang datang haid, dia adalah seorang wanita dan jika air kencingnya keluar melalui zakar bermakna dia lelaki atau jika melalui faraj, dia wanita,” katanya.

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.
Jika khunsa ghair musykil seorang lelaki, maka pasangannya mestilah seorang perempuan. Manakala jika khunsa itu seorang perempuan, pasangannya adalah seorang lelaki.

Malah, harus bagi individu (khunsa ghair musykil) memotong atau membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi bagi tujuan persetubuhan atau membuang air kecil.

“Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana berfungsi, dia tidak boleh menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya,” katanya.

Beliau berkata, golongan ini biasanya menyalahkan takdir dan mengatakan mereka memang dilahirkan sedemikian serta tidak mampu berubah lagi.

“Tanggapan sedemikian salah kerana Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Usaha mereka bagi merubah kejadian asalnya adalah haram kerana bertentangan dengan ajaran agama.

“Golongan ini digelar mukhannas, mak nyah atau pondan.
“Khunsa dan pondan adalah dua istilah berbeza kerana khunsa dilahirkan mempunyai dua alat kelamin manakala pondan atau mak nyah sengaja melakukan perubahan bentuk fizikal dari lelaki kepada wanita,” katanya.

Katanya, golongan pondan atau mak nyah perlu bertaubat dan tidak melayani naluri songsang mereka.

“Mereka tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk melakukan pembedahan payudara atau faraj kerana hakikatnya mereka adalah lelaki.
“Masyarakat perlu memperbetulkan pandangan terhadap mereka yang dilahirkan khunsa dan golongan pondan secara adil,” katanya.


Sumber

Friday, October 19, 2012

Final Piala Malaysia 2012: Helang Rimba Bawak 20 Trak

Share

Final Piala Malaysia 2012: Helang Rimba Bawak 20 Trak

KELAB penyokong bola sepak Angkatan Tentera Malaysia, Helang Rimba mahu menggegarkan Stadium Shah Alam ketika final Piala Malaysia, esok.

Kira-kira 20 trak akan membawa 500 anggota Helang Rimba dari Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat Kem Sungai Besi.

Menurut Ketuanya, Pegawai Waran 1, Azman Talib, persiapan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia sedang giat dijalankan.

"'Fitness' setiap anggota mestilah baik kerana kami bukan datang sebagai penonton tapi sebagai penyokong.

"Kami akan menyokong dengan penuh semangat selama 90 minit tanpa henti sehingga permainan tamat," jelas beliau.

Azman berkata, 20 trak yang membawa 500 anggota Helang Rimba akan bertolak dari Pangkalan Sungai Besi pada jam 3 petang.

"Kami akan tiba jam 4 petang di Stadium Shah Alam dan setibanya di sana, saya akan mengumpulkan semua anggota untuk memberi sedikit taklimat.

"Di sana saya akan melakukan sesi 'memanas badan' untuk membakar semangat Helang Rimba dan menyayikan lagu keramat ATM," katanya.

Helang Rimba juga akan membawa pasukan pancaragam ATM untuk sama-sama memeriahkan lagi kehangatan perlawanan malam esok.

Azman selaku wakil Helang Rimba berharap agar ATM akan menjulang Piala Malaysia yang dinantikan sejak sekian lama.

"Saya menyeru semua anggota tentera di sekitar Lembah Klang dan seluruh Malaysia turun ke stadium untuk menyokong pasukan ATM.

"Saya harap ATM menewaskan Kelantan 2-1 dan membawa pulang Piala Malaysia tahun ini," katanya lagi.

Helang Rimba merupakan kelab penyokong bola sepak ATM, mewakili ketiga-tiga unit. Ia kini terletak di bawah naungan Leftenan Kolenal Ab Rahman Mahmood.

Kelab ini ditubuhkan dua tahun lalu bagi memberi sokongan dan semangat kepada pasukan ATM di pentas bola sepak Malaysia.


Apa keputusan pilihan korang?ATM @ Kelantan? ATM 2 - Kelantan 1 kot:-D

Wednesday, October 17, 2012

Menyingkap Misteri Potret Agung Mona Lisa

Share

 Menyingkap Misteri Potret Agung Mona Lisa

Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci. Apa yang membingungkan adalah, potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini. Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu.

Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain. Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian. Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Antara Misteri Potret Monalisa:

- Identiti Monalisa itu sendiri.

- Riak wajah Monalisa.

- Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.

- Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.

- Makna senyuman Monalisa sehinggakan ia menjadi igauan penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.

- Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.

Teori Mengenai Monalisa 

- Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa. 
- Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.

- Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.

- Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari! Fakta Potret Monalisa

- Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.

- Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.

- Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo.

- Selain Mona Lisa, judul lain adalah La Gioconda.

- Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya.

- Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.

- Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.

- Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa semakin lama semakin membimbangkan. 


Saturday, October 13, 2012

Bercakap Dengan Jin - Misteri Banglo Cheras

Share



Sumber

Misteri Bola Mata Gergasi

Share

Misteri Bola Mata Gergasi
 
PANTAI POMPANO, Florida - Beberapa saintis Amerika Syarikat (AS) cuba menyelesaikan misteri satu bola mata gergasi yang ditemui di sini.

Mata gergasi yang sebesar bola lisut itu ditemui oleh seorang lelaki semasa dia berjalan pada Rabu lalu.

Beberapa pegawai hidupan liar menyatakan mata itu mungkin milik sotong gergasi atau ikan paus kerana ia ditemui di pantai.

Mata tersebut kini disimpan di sebuah makmal Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida (AS) untuk dikaji bagi menentukan sama ada ia milik haiwan hidupan laut.

Ia disimpan dalam larutan formalin bagi mengelak berlakunya proses pereputan. - Agensi
 

Friday, October 12, 2012

[Hot] Lagu Baru Ramlah Ram feat. Caprice - 5:00 minit

Share


Lagu terbaru yang best dari Kak Melah:-D

Sumber

Petua Kempiskan Perut Buncit

Share

Petua Kempiskan Perut Buncit

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.

Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

Thursday, October 11, 2012

6 Jenis Makanan Hilangkan Perut Buncit

Share


Cendawan
Cendawan sangat bagus untuk pembakaran lemak kerana ia merupakan satu-satunya sumber tanaman semulajadi untuk penghasilan vitamin D yang berfungsi sebagai nutrisi penting untuk menyerap kalsium. Seseorang yang kekurangan vitamin D pada kebiasaannya akan memiliki lebih banyak lemak terutamanya pada bahagian perut.


Pisang
Kandungan kadar kalium yang tinggi dalam buah pisang membantu untuk membuang lebihan berat air yang berada di dalam tubuh anda. Apabila tubuh anda mempunyai terlalu banyak natrium, secara semulajadi ia akan menyimpan air sebanyak yang boleh di dalam tubuh. Jadi, dengan menggantikan kalium, ia akan memerah keluar air tambahan. Sumber lain untuk anda mendapatkan kalium termasuk betik, kentang dan limau.


Teh Hijau
Ia mengandungi sebatian yang mampu meningkatkan tahap metabolisme seseorang, untuk memudahkan proses pembakaran lemak. Penyelidik di Switzerland mendapati bahawa peminum teh dapat membakar 226 kalori setiap hari berbanding orang yang tidak meminumnya. Malangnya, 1 cawan saja belum cukup, sekurang-kurangnya anda perlu mendapatkan antara 4-5 cawan setiap hari untuk melihat hasilnya.


Telur
Ianya mengandungi kadar vitamin B12 yang tinggi, penting untuk proses penghancuran lemak. Selain itu juga, ia turut mengandungi protein yang akan membuatkan anda berasa kenyang. Ini akan membantu terhadap diet pemakanan anda.
 
 
Peanut Butter
Kandungan niacin yang berada didalamnya akan menjaga saluran sistem pencernaan dengan baik. Tetapi, ia juga mengandungi banyak lemak. Jangan sesekali mengambilnya lebih daripada 2 sudu pada setiap hari.


Kacang/Almonds
Hasil kajian di Purdue Universiti menunjukkan seseorang yang memakan kacang akan berasa kenyang lebih lama berbanding orang yang memakan nasi. Ini dapat membantu untuk anda menghadkan jumlah pengambilam makanan yang anda ambil setiap hari.

Full Show Linkin Park - iTunes Festival 2011 [London]

Share

Wednesday, October 10, 2012

Misteri Di Sebalik Kota Mekah

Share

Misteri Di Sebalik Kota Mekah

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi 
Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)

Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)

Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. 


Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.


Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah SAW bersabda:

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani) Wallahu’alam….

Tuesday, October 9, 2012

Movie Trailer: RoboCop [2013]

Share

Genderuwa Suami Hantu Tetek

Share


Genderuwa Suami Hantu Tetek

TANAH Jawa, Indonesia dikatakan satu-satunya lokasi untuk menemui makhluk halus yang dikenali sebagai genderuwa. Dalam bahasa masyarakat Sunda, ia dipanggil genderuwa.

Menurut catatan orang tempatan, makhluk tersebut merupakan jelmaan jin yang terdapat di kawasan Slogohimo dan Wonogiri, Jawa Tengah serta Kulon Progo di Jogjakarta, Indonesia.

Ia gemar mendiami kawasan sunyi terutamanya tempat berbatu dan berair, pokok besar, bangunan lama dan tempat yang jauh daripada manusia.

Fizikal makhluk ini sering diterjemah seperti manusia atau monyet tetapi saiznya lebih besar, memiliki kulit berwarna hitam kemerahan dan badannya ditumbuhi bulu.

Sering menjadi bahan cerita orang tua untuk menakutkan kanak-kanak dan anak gadis agar mendengar kata di Jawa, genderuwa juga dikatakan boleh berubah rupa.

Selain itu, sesetengah rakyat Indonesia percaya genderuwa merupakan jelmaan orang yang mati yang mayatnya tidak diuruskan dengan sempurna.

Penulis kisah misteri Indonesia, R. P. Suyono dalam bukunya yang berjudul Dunia Mistik Orang Jawa menjelaskan bahawa genderuwa memiliki sifat yang boleh menampakkan diri dalam pelbagai bentuk.

Pada waktu siang makhluk tersebut boleh menonjolkan dirinya seperti ular, buaya, burung pemangsa atau haiwan ganas lain yang sering ditakuti manusia.

“Pada malam hari pula genderuwa boleh berubah menjadi seperti lelaki dan menganggu wanita yang suka berjalan sendirian di kawasan sunyi,” ujar Suyono mengenai makhluk kepercayaan agama Hindu dan Buddha itu.

Genderuwa terkenal dengan sifatnya yang gemar menganggu manusia. Masyarakat Jawa percaya bahawa apabila kedengaran seperti sesuatu dicampakkan di atas bumbung rumah, itu adalah angkara genderuwa.

“Makhluk itu memang suka mengganggu manusia dengan cara melempar batu ke atap rumah penduduk kampung atau meludah pada orang dan haiwan dengan air liur sirih.

Isteri

“Orang Jawa percaya apabila lampu yang terpadam dan hidup kembali juga merupakan kerja genderuwa. Ia turut mengetuk dan menggoncang pintu dan tingkap rumah penduduk,” katanya lagi.

Biarpun menurut Suyono bahawa genderuwa tidak merbahaya dan sekadar muncul untuk menganggu ketenteraman manusia, namun makhluk tersebut boleh menyebabkan kematian.

Dipercayai bahawa mereka yang terserempak dengan genderuwa akan terkejut kerana ketakutan sehingga akhirnya menemui ajal.

Tambahnya juga, genderuwa mempunyai isteri yang dikenali sebagai wewe gombel. Ia digambarkan sebagai makhluk yang berupa orang tua yang menakutkan.

“Badan wewe kurus dan kerepot. Buah dadanya panjang dan tergantung hingga mencecah lantai. Makhluk itu mencari kanak-kanak pada waktu senja dan disembunyikan di bawah dadanya,” jelas Suyono mengenai makhluk yang mempunyai sifat sama dengan hantu kopek yang popular di negara ini.

Menurut versi cerita masyarakat tempatan, genderuwa merupakan lembaga yang memiliki nafsu seksual yang tinggi.

Ia boleh menyamar sebagai suami kepada seorang wanita yang ingin ditidurinya dan melakukan hubungan intim dengan wanita tersebut.

Dikhabarkan genderuwa juga boleh menyebabkan seseorang wanita yang kesepian hamil apabila bersekedudukan dengannya.

“Ia sering mencari wanita kesepian untuk bersama,” kata seorang penduduk di Kebumen, Jawa Tengah, Indonesia, Didik Budi.

“Genderuwa berupaya menarik wanita untuk melakukan seks dengannya. Menurut cerita, makhluk itu boleh memberikan kepuasan yang lebih kepada wanita terbabit.

Monday, October 8, 2012

Jangan Pertaruhkan Telur Anda!

Share

Jangan Pertaruhkan Telur Anda!

Ada seorang pak cik yang bernama Pak mat yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Mat dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000 miliknya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Manager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.


Manager : Setiap hari saya nampak pak cik akan menyimpan duit sebanyak RM1000 di bank. Apa kerja pak cik sebenarnya? Macam masyuk jer? MLM ek?

Pak Mat : Kalau nak tahu, pakcik sebenarnya tak kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : (Dalam hati, kerek giler orang tua nih!!) Owh macam itu rupanya, ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang terror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Mat : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak Mat : Macam ni, dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha, tak logiklah pak cik. Tapi tak pe, saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya. Erm,, ok masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Mat.

Manager : Pak cik minta maaflah yer, telur saya masih lagi ada. Haha (gelak jahat).

Pak Mat : Betul ke? Aku tak percaya, mari sini aku pegang…
Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Mat pun berkata..

Pak Mat : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Mat pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang terror. Sorrylah pakcik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh…

Tiba-tiba Pak Mat mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Mat.

Manager : Mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Mat : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak Mat : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.

Manager : Tak guna punya orang tua..

Moral: Jangan suka berjudi , jangan terlalu yakin dengan apa-apa pertandingan walaupun nampak mudah, sebab mesti ada udang disebalik batu. Dan akhir sekali , jangan pertaruhkan telur anda!! Haha.


Sunday, October 7, 2012

Hantu Kena Sepak

Share

Ditenung Lembaga Wanita

Share

 
Ditenung Lembaga Wanita

MERSING: “Lembaga wanita dengan rambut mengerbang itu merenung tajam ke arah saya. Seketika kemudian, saya terus tidak sedarkan diri,” kata Muhamad Alif Aidil Anuar, 15, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sri Pantai, di sini, semalam.

Alif adalah seorang daripada 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu (SMKAB) yang diserang histeria, kelmarin.

Pelajar tingkatan tiga itu berkata, pada awalnya dia hanya mahu membantu rakan sekelas yang menjerit serta menangis kerana diserang histeria.

“Ketika membantu rakan, tubuh saya tiba-tiba berasa seram sejuk. Ketika itu, saya nampak lembaga wanita terbabit dengan beberapa lembaga kelihatan seperti kanak-kanak bersamanya.

“Saya tergamam sebelum tidak sedarkan diri. Saya hanya tersedar selepas diberi rawatan di surau sekolah,” katanya.

Menceritakan semula apa yang berlaku, Alif berkata, sebelum kejadian, dia bersama lebih 100 pelajar tingkatan tiga SMKAB mengadakan latihan kebudayaan di dewan yang terletak di hujung kawasan sekolah.

Katanya, semasa latihan, seorang daripada pelajar perempuan tiba-tiba menjerit dan meronta ketakutan sebelum diikuti puluhan yang lain.

“Hanya dua pelajar lelaki terkena histeria. Badan saya masih lemah dan kini mengambil cuti, saya harap perkara itu tidak berulang,” katanya.

Pelajar, Nurul Nazariah Mentawinata, 17, berkata dia menjadi mangsa selepas menghampiri seorang rakan sekelas yang tiba-tiba menjerit dan meronta.

“Berdasarkan apa yang dimaklum rakan, saya tidak sedarkan diri tetapi mampu berlari di sekitar kawasan sekolah. “Mereka beramai-ramai mengejar dan menenangkan saya. Pada masa sama, saya juga terlihat lembaga wanita itu,” katanya.

Katanya, itu kali pertama dia diserang histeria dan bersyukur tiada kejadian lebih teruk menimpanya.

Beberapa pengamal perubatan tradisional diketuai oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan, Wahid Junid akan ke SMKAB esok untuk memagar kawasan sekolah itu.

“Saya akan cuba mengalihkan makhluk halus terbabit jauh dari sekolah ini dan berdoa supaya ia berjaya.

“Saya galakkan pelajar memperbanyakkan bacaan al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan,” katanya.
 

Pesta Seks dan Dadah Bersebelahan Balai Polis

Share

Pesta Seks dan Dadah Bersebelahan Balai Polis

PETALING JAYA 6 Okt. - Tujuh pelajar kolej swasta adalah antara 32 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah di sebuah rumah kedai di Jalan SS21/39, Damansara di sini awal pagi ini.

Lebih mengejutkan dalam serbuan pada pukul 3 pagi itu, kesemua yang ditahan iaitu 27 lelaki dan lima wanita adalah berketurunan Melayu dan dipercayai turut membabitkan beberapa anak orang kenamaan (VIP).

Mereka yang berusia antara 19 dan 26 tahun itu dipercayai menyewa premis di tingkat tiga bangunan yang hanya terletak kira-kira 500 meter dari Balai Polis Damansara dengan bayaran RM500 semalam.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Petaling Jaya bersama anggota dari Balai Polis Damansara dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya diketuai Asisten Supritendan Mohd. Nazri Daud.


Friday, October 5, 2012

Saya Bukan Pelacur!

Share

Saya Bukan Pelacur!

LOS ANGELES - Aktres terkenal China, Zhang Ziyi menyaman portal berita Boxun News kerana menyiarkan laporan yang mendakwa dia merupakan seorang pelacur, kata seorang peguam pelakon itu kelmarin.

Portal berita itu yang berpangkalan di sini mendakwa Ziyi melakukan hubungan seks dengan seorang ahli politik China, Bo Xilai.

"Boxun News berulang kali melaporkan bahawa Ziyi ialah seorang pelacur," kata peguam tersebut, Adam LeBerthon.

Pendengaran saman itu dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober ini di sebuah mahkamah di sini.

Pada Jun lalu, Ziyi, 33, yang merupakan pelakon filem Crouching Tiger, Hidden Dragon menyaman sebuah akhbar di Hong Kong, Apple Daily dan majalah mingguan, Next kerana mendakwa dia melacur untuk beberapa pegawai kanan China.

Bo dipecat sebagai setiausaha parti komunis di bandar Chongqing pada Mac lalu kerana didakwa menerima rasuah. - Agensi
 

Thursday, October 4, 2012

18 Sebab Jin Merasuk Manusia

Share


18 Sebab Jin Merasuk Manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat, katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

wallahhualam....

Monday, October 1, 2012

Pelajar Lelong Dara Untuk Kebajikan

Share

Pelajar Lelong Dara Untuk Kebajikan
 
FLORIANOPOLIS, Brazil - Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin.

Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).

Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina.

Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia.

Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.

"Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus," kata Migliorini.

"Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur," tambahnya.

Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.

Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.

Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.

Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.

Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.

Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks. - Agensi
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive