Friday, November 30, 2012

Gambar Lembaga Terjelir Lidah Dirakam

Share

Gambar Lembaga Terjelir Lidah Dirakam

KERIAN - Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.

Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.

Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

"Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.


Sumber

Thursday, November 29, 2012

Mayat Osama Laden Dimandikan Ikut Cara Islam?

Share

Mayat Osama Laden Dimandikan Ikut Cara Islam?

NEW YORK 23 Nov. - Kontroversi berhubung apa yang terjadi kepada jenazah orang yang paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS), Osama bin Laden selepas beliau dilaporkan dibunuh oleh komando AS tahun lalu, sedikit terjawab apabila beberapa e-mel antara pegawai tentera AS mendedahkan persoalan itu.

Akhbar Daily Mail melaporkan e-mel dalaman rahsia tentera AS itu mendedahkan jenazah Osama dimandikan, dikapankan dengan kain putih dan kemudian dibuang ke dalam laut, mengikut cara pengebumian Islam.

Menurut e-mel rahsia itu, tiada kelasi yang menyaksikan proses pengebumian itu dilakukan.

E-mel antara pegawai tentera AS yang sebelum ini dirahsiakan dan dikawal ketat dan berjaya didapati melalui Akta Kebebasan Maklumat, merupakan pendedahan pertama maklumat kerajaan AS mengenai pembunuhan Osama pada 1 Mei 2011 oleh komando SEAL AS dalam serbuan di pekan Abbottabad, Pakistan.

Bagaimanapun, pendedahan e-mel itu masih menimbulkan keraguan kerana ketiadaan bukti-bukti lain termasuk gambar pengebumian, selain dianggap sebagai 'permainan' kerajaan AS bagi mengaburi apa sebenarnya yang berlaku.

Satu e-mel yang ditandakan sebagai sulit dan dihantar oleh pegawai kanan tentera, Laksamana Muda Charles Gaouette pada 2 Mei lalu, secara ringkas menerangkan bagaimana mayat Osama dimandikan, dikapan dan kemudian dimasukkan dalam beg yang mengandungi pemberat.

Satu lagi e-mel oleh pegawai hal ehwal awam kapal pengangkut USS Carl Vinson menyatakan, hanya sejumlah kecil kepemimpinan kapal itu dimaklumkan mengenai pengebumian Osama itu.

''Selepas dimandikan dan dikapan, mayat (Osama) diletakkan di dalam sebuah beg mengandungi pemberat. Seorang pegawai tentera membacakan doa yang kemudian diterjemah dalam bahasa Arab. Selepas selesai, mayat itu diletakkan ke atas papan dan dilepaskan ke dalam laut,'' kata e-mel Gaouette itu

Saturday, November 3, 2012

Majlis Pernikahan Diana Danielle dan Farid Kamil

Share

Majlis Pernikahan Diana Danielle dan Farid Kamil

Akhirnya, Diana Danielle milik Farid Kamil dengan sekali lafaz di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang bertemakan perkahwinan dalam taman pada 03/11/2012, jam 9.12 pagi tadi dengan mas kahwin sebanyak RM10,000.

Farid, 31 menerima 7 hantaran iaitu sebentuk cincin dan dompet, tepak sirih, album foto, sebuah mini bike Kawasaki KSR 1000, majalah Polo International, produk wangian Hugo Boss dan manisan.

Manakala Diana Danielle, 21 pula menerima 5 hantaran berupa sebentuk cincin, wang hantaran bernilai RM20,000 nilai emas, sebuah mini bike Kawasaki KSR 1000, sirih junjung, telekung dan Al-Quran.

Majlis resepsi bagi pihak perempuan akan diadakan sehari sebelum hari ulang tahun kelahiran Diana Danielle, iaitu pada 21/11/2012 dan bagi pihak lelaki akan berlangsung pada bulan Disember.

Malam ini jam 9.00 malam, liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan ini akan disiarkan di Astro Ria dan Astro On-The-Go. Tahniah Diana dan Farid Kamil! Sama cantik, sama padan:-).
 
















Sumber foto: Ohbulan!

dan

Facebook MIG


Gambar Majlis Akad Nikah Farid Kamil Diana Danielle|Farid Kamil Diana Danielle Nikah 03 November 2012|Diana Danielle Wedding|Farid Kamil Wedding

 

Baddrol Bakhtiar & Khyril Muhymeen Bakal Ke Kelantan??

Share

Baddrol Bakhtiar & Khyril Muhymeen Bakal Ke Kelantan??

JIKA benar Norshahrul Idlan Talaha bakal tinggalkan Kelantan dan menyertai Johor musim depan, penyokong setia The Red Warriors (TRW) tidak perlu panik.

Apa tidaknya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kini sedang mengadakan ’projek’ khas bagi memancing dua ayam tambatan Kedah, Baddrol Bakhtiar (BB7) dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri (KM18) bagi ‘dibawa’ ke Kota Bharu.

Menurut sumber, kelibat pegawai media Kafa yang kini berada di Alor Setar bagaikan memberi petunjuk mereka serius mendapatkan tonggak Hijau Kuning itu.

“Kalau betul Mat Yo mahu meninggalkan Kelantan, apa boleh buat. Tetapi, peminat TRW jangan bimbang, dua bintang Kedah bakal sertai pasukan yang mencipta treble tahun ini.

“Faktor pasukan Kedah yang bermain dalam Liga Perdana musim depan barangkali boleh mempengaruhi fikiran mereka bagi memperkasa cabaran TRW musim 2013.

“Sekiranya berjaya, masalah ketiadaan peledak seperti digembar-gemburkan pihak luar dapat diatasi,” dedah sumber berkenaan kepada Sinar Harian, semalam.

Usaha Kafa tidak boleh dianggap perkara remeh kerana Khyril pernah ditawarkan gaji sebanyak RM22,000 sebelum ini, namun ditolak beliau atas sebab masalah keluarga.

Sementara itu, pemain Harimau Muda, Izuan Salahuddin dikatakan kembali ke pangkuan Kijang selepas gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Ong Kim Swee yang beraksi dalam Liga Singapura.


Thursday, November 1, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive