Tuesday, December 31, 2013

Kutub Menyongsang Tahun 2015?

Share

Kutub Menyongsang Tahun 2015?

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?


Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63) - Kosmo.com.my

Thursday, December 26, 2013

Salji di Luar Jangkaan

Share


Salji di Luar Jangkaan

SUDAH menjadi kebiasaan bagi negara empat musim, musim sejuk pastinya bermula pada Disember, setiap tahun.

Salji yang turun seperti hujan memang sentiasa dinantikan, lebih-lebih lagi menjelang Krismas yang jatuh pada 25 Disember.

Pada tahun ini, salji dikatakan turun lebih awal bermula November dan cuaca dilaporkan sangat buruk di beberapa negara Eropah sehingga sesetengah kawasan diselimuti dengan salji yang sangat tebal.

Bagaimanapun apa yang mengejutkan adalah kehadiran salji di negara Asia Barat yang terkenal dengan daerah gurun pasir yang sangat panas.

Turunnya salji itu menjadi suatu fenomena alam di luar jangkaan kebolehan manusia.

Contohnya di Kaherah, Mesir, kehadiran salji mengejutkan penduduk yang rata-ratanya tidak pernah terfikir dapat melihat salji memenuhi halaman rumah.

Lebih mengejutkan apabila salji buat kali pertama turun dalam tempoh 100 tahun di Timur Tengah terutama di Kaherah, Jerusalem dan kawasan-kawasan di sempadan Syria.

Dalam pada itu, salji juga dilaporkan turun di tengah padang pasir Arab Saudi hingga ke kawasan timur Lebanon setebal 20 inci dan mengakibatkan cuaca yang sangat sejuk.

Malah lebih mengejutkan, salji juga turun di negara Asia Tenggara.

Di Asia Tenggara, salji turun di wilayah Sapa di utara Vietnam buat kali pertama.

Salji tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas selama beberapa hari di kawasan pergunungan seperti Lao Cai dan Ha Giang.

Jabatan kaji cuaca negara itu menyatakan fenomena tersebut bakal mengakibatkan keadaan cuaca di bahagian lain di rantau ini terjejas dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Biasanya, musim kering berlaku mulai Disember di beberapa negara, namun laporan mengatakan bahawa hujan lebat telah mengakibatkan banjir di Laos, Vietnam dan tenggara China.


Tuesday, December 24, 2013

Fenomena Ribut Salji di Mesir Menurut Hadis dan Sains

Share




Fenomena Ribut Salji di Mesir Menurut Hadis dan Sains

Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji yang tidak begitu berat berbanding Mesir.

Kehadiran salji di beberapa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.

Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.


Fenomena Ribut Salji 

Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari.

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara ke arah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubah suai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.

Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah.

Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir.

Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.




Khatulistiwa Berada di Antartika

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air

Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.





Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku?

Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi.

Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.


Sabda Rasulullah S.A.W "
“..Antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai”


Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.

Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.

Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".


Antara fakta Komet ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu-debu komet ISON pada 14 Januari 2014.

Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.

Semoga setelah membaca artikel ini, saudara-saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah.

Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.- Harakatul Muqawamatul Islamiyyah

Friday, December 20, 2013

Nooraida Yang Dikaitkan Dengan Adi Putra Diceraikan Suami

Share


Nooraida Yang Dikaitkan Dengan Adi Putra Diceraikan Suami

PUTRAJAYA 20 Disember. - Ahli perniagaan, Amiruddin Othman, 59, hari ini mengejutkan media apabila memberitahu telah menceraikan isterinya yang dikaitkan dengan aktor Adi Putra, Nooraida Abdul Mutalib, 30.

Tanpa menjelaskan punca yang membawa kepada penceraian itu, Amiruddin memberitahu, tindakan itu demi kebaikan bersama.

“Setelah 10 tahun berkahwin, kami sudah cuba berbincang dan ini adalah yang terbaik untuk saya, untuk dia dan anak kami juga. Bekas isteri saya memang tidak ada masalah dengan perceraian ini dan menyokong apa sahaja keputusan yang telah saya buat," katanya ketika ditemui di Jabatan Peguam Negara Putrajaya di sini hari ini.

Sebelum itu, dengan diwakili peguam Muhammad Hasif Hasan, Amiruddin turut menyerahkan surat rayuan membuka semula kes membabitkan pelakon terkenal itu dan bekas isterinya.

Menurut ahli perniagaan ini, selepas keputusan kes sebelum ini mendapat status tiada tindakan lanjut (NFA), dia kembali membuat rayuan untuk membuka semula kes di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

"Walaupun saya sudah menceraikan isteri saya semalam, saya fikir permohonan untuk meneruskan kes ini dilihat sebagai cara terbaik bagi saya menegakkan keadilan.

"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan sahaja daripada keluarga tetapi juga masyarakat, tetapi saya tetap mahu mendapatkan keadilan untuk semua pihak dengan sekali lagi membuat permohonan membuka semula kes ini, " katanya. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, December 3, 2013

Apa Hebatnya Ahmad Ammar di Turki?

Share


Apa Hebatnya Ahmad Ammar di Turki?


KEHIDUPANNYA seperti remaja lain, aktif bersukan, lasak dan suka melakukan sesuatu yang baru serta mencabar dirinya. Ketika hayatnya, dirinya kurang dikenali, namun tatkala dia meninggal, satu dunia mengenalinya!

Dialah Ahmad Ammar Ahmad Azam, meninggal dunia kerana dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki, jam 1.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia), pada 2 November lalu.

Istimewanya Ammar, apabila disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki.

Kematiannya dikaitkan penghijrahan sahabat Nabi, Abu Ayyub al-Ansari dari Madinah ke Konstantinopel (Istanbul) yang akhirnya syahid di kota itu.

Begitulah juga dengan perjalanan hidup Ammar yang berhijrah dari Malaysia ke Istanbul, yang dikatakan syahid ketika dalam perjalanan untuk mengajar agama Tafsir Risalah An -Nur kepada pelajar baru dari Malaysia, Thailand dan Kemboja.

Semalam, genap sebulan arwah Ammar, 20, menemui pencipta-Nya, namun kehilangannya masih dirasai sehingga hari ini. Terselit ‘sesuatu’ pada diri Ammar sehinggakan dia diberi kemuliaan sehinggakan ramai orang berebut-rebut mahu mengusung jenazahnya ke tempat persemadiannya.

Mengimbas kembali kisah itu, bapa arwah Ammar, Ahmad Azam Ab Rahman, 53, berkata, pelbagai perasaan terbit dalam dirinya saat dikhabarkan satu-satu anak lelaki tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan Nur Azlina Abdul Aziz disahkan meninggal dunia.

“Saya sedih dan terkejut. Saya dapat berita itu pada 2 November jam 11.30 malam. Sepanjang malam itu tidak tidur. Keesokannya selepas Subuh ketika dalam ‘flight’ ke Turki, saya dan isteri menangis berganti-ganti, tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Namun, sebaik tiba di Istanbul, perasaan sedih Ahmad Azam bertukar terharu dan bersyukur kerana begitu ramai guru, ustaz serta rakan-rakan universiti Ammar dari Malaysia dan Turki hadir menziarahi arwah anaknya.

“Kami pergi ke rumah mayat dan pada malam itu, pelajar Malaysia dengan pegawai kedutaan buat tahlil. Jamaah Hayrat juga turut mengadakan majlis,” katanya.

Ahmad Azam tidak menyangka anak lelakinya begitu dimuliakan apabila permohonannya untuk mengebumikan Ammar di Eyub Sultan, ditunaikan.

Ini kerana, tanah perkuburan itu dianggap tempat paling mulia di Turki kerana menempatkan sahabat nabi yang mati syahid.

“Waktu itu terdetik di hati saya bahawa permohonan Ammar itu sangat berat untuk dilaksanakan Jamaah Hayrat. Ini umpama saya beri wasiat; ‘kalau saya meninggal dunia, terus kebumikan saya di makam pahlawan di Masjid Negara’.

“Ammar hanya budak 20 tahun, tidak ada sejarah, orang luar pula, minta tempat sangat diidam-idamkan oleh semua orang Turki. Itu hampir mustahil sampai ada orang Turki kata; ‘anak kamu ini dapat (dikebumikan di Eyub Sultan) ini, tempat kami nak mimpi pun tak berani sebab hampir mustahil, tapi ALLAH SWT membuka dan memuliakan anak kamu’.

“Ketika itu, barulah timbul rasa terharu kerana Ammar begitu dimuliakan ribuan orang Turki termasuklah kerajaan Turki. Rupanya berita kematian Ammar sampai kepada Menteri Luar Turki. Beliau ke luar negara waktu itu. Bila saya pulang ke Malaysia, beliau mengucapkan takziah,” katanya.


Imej Malaysia Naik

Berita arwah Ammar, rakyat Malaysia pertama dikebumikan di Eyub Sultan menjadikan negara dipandang tinggi dan sangat dihormati kerana masyarakat Turki menganggap orang luar yang disemadikan di situ, sudah pasti seseorang yang sangat istimewa.

Seorang pendakwah terkenal di Turki yang dikenali sebagai Omer Dongeloglu beri syarahan mengatakan bahawa Ammar adalah orang yang dimuliakan ALLAH dan dikira sebagai mati syahid. Pandangan itu turut sama dikongsi ulama lain di Turki.

Perkara itu membuatkan Ahmad Azam dan isterinya tertanya-tanya mengenai ‘kehebatan’ anaknya sehingga digelar sebegitu. Malah, jenazah Ammar juga kelihatan percikan peluh di dahi dan bawah kelopak mata ketika dikafankan – antara tanda kematian yang baik.

“Kami lihat wajah Ammar tenang, seolah-olah sedang tidur. Raut wajahnya kelihatan seperti tersenyum, sesuatu yang jarang kami lihat ketika hayatnya sebab mukanya sentiasa serius seakan-akan sedang memikirkan sesuatu,” katanya.

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila rakannya memaklumkan kepada Ahmad Azam bahawa anaknya sudah menamatkan pengajian Tafsir al-Quran Risalah an-Nur, dalam tempoh lapan bulan.

“Saya sendiri tidak pernah tahu perkara ini. Tafsir ini, yang diasaskan Ustaz Bediuzzaman Said Nursi agak payah dan orang Turki sendiri ambil masa lama untuk tamatkan. Saya sendiri ada tafsir ini, tapi tak habis baca lagi.

“Disebabkan itu, ustaz kepada arwah Ammar ini menjalankan ujian terhadap Ammar dan dia telah lulus, sama mengikut kefahaman mereka. Akhirnya, ustaz mentauliahkan dia dan Ammar sudah boleh mengajar tafsir itu,” katanya

Ahmad Azam, yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, ketika kejadian Ammar dilanggar, ia merupakan hari pertama arwah mengajar pelajar baharu dari Malaysia, Thailand dan Kemboja.

“Takdir ALLAH, dalam perjalanan hendak mengajar Tafsir Risalah an-Nur, dia meninggal. Saya difahamkan, Ammar sudah melintas ketika itu, namun dia hilang imbangan, lalu terjatuh.

“Dalam beg yang dibawa Ammar waktu itu, dia memang hendak ajar tafsir tajuk pertama iaitu mengenai bab ikhlas sebab hanya sifat ini saja menjadikan semua amalan dapat pahala.

Di sinilah, baru saya nampak kenapa Ammar dimuliakan,” katanya. Ahmad Azam berkata, tiada kesan darah ditemui pada pakaian dipakai Ammar ketika kemalangan tersebut.

“Autopsi dijalankan untuk mengetahui punca kematian. Hasil pemeriksaan mendapati, tangan kiri dan dua tulang rusuk Ammar patah, serta kecederaan dalaman,” katanya.


Mimpi Bertemu Bidadari 

Dua minggu sebelum kematian anaknya, Ahmad Azam berpeluang bertemu Ammar semasa lawatan urusan kerjanya di Istanbul, namun arwah tidak memberitahunya tentang pengalamannya ketika mengikuti misi kemanusiaan di Syria.

“Rakannya bercerita, Ammar bermimpi bertemu dengan bidadarinya. Dia cakap; ‘Alhamdulillah, ALLAH beri hadiah pada aku dengan bertemu bidadariku. Aku dah mati, aku mati syahid. Tak sabar nak jumpa dengan bidadari,” ceritanya mengulangi kisah diberitahu rakan anaknya.

Dalam nota dicatatkan arwah menerusi telefon bimbitnya, kata Ahmad Azam, ketika Ammar berada di Syria, berlaku pergolakan dalam dirinya sama ada mahu mengangkat senjata atau meneruskan pengajiannya.

“Sebagai bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC), soal tembak menembak ini tiada masalah.

Akhirnya, dia melihat tugasnya sebagai pelajar belum selesai. Dia buat keputusan untuk berdakwah. Jadi dia kena balik dan habiskan tugas-tugasnya sebagai pendakwah.

“Sebab itu, kawan-kawannya dalam nada gurauan menggelarkan Ammar sebagai ‘syahid yang tertangguh’. Dua minggu kemudian, Ammar meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, kematian Ammar umpama menghidupkan banyak hati yang terlena terutama golongan muda dan ramai ingin mengikut jejak langkah arwah anaknya.

“Ada tujuh perkara yang saya lihat pada diri Ammar, iaitu visi yang dikaitkan dengan ALLAH dan Rasul, wawasan ‘Ummati’ dan ‘Rahmatan lil Alamin’ (rahmat ke seluruh alam), tanam rasa ketinggian pada ALLAH, baca al-Quran setiap hari, solat sunat Tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali, mengkaji ilmu sejarah Islam, mendalami kitab Risalah An- Nur dan mempelajari bahasa Turki.

“Keseluruhannya, saya lihat ada tiga nilai penting yang saya perhatikan sebelum dia meninggal, iaitu keikhlasan Ammar membuat kerja, lakukan kerja bersungguh sungguh dan suka menolong orang lain,” katanya.


Rakam Gambar Sebelum Meninggal

Sebelum pergi buat selama-lamanya, arwah Ammar dikatakan banyak bergambar dengan tokoh-tokoh terkenal seperti sasterawan, Datuk Baha Zain dan mengambil gambar di tempat yang dikunjunginya.

Bagi Ahmad Azam, sikap Ammar kelihatan agak luar biasa kerana anaknya bukan seorang yang begitu, tetapi tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa ia adalah ‘kenangan’ yang akan ditinggalkan buat tatapan keluarga.

“Kehadirannya tidak dirasai orang kerana dia seorang pemalu. Kalau dia ada pun, orang tidak akan perasan.

Tapi kali ini dia minta orang tolong ambilkan gambar. Kita tak terfikir, kelakuan itu pelik ke apa, sekarang baharu rasa, ada mesej dia nak bagi.

“Yang paling saya tak jangka, kawan dia hendak siapkan tugasan dan ada masalah hendak cari tokoh korporat. Ammar telah minta bantuan saya untuk bantu rakannya. Ini pun bukan sikap dia. Kami ingat, dia sekarang sudah lebih matang, rupa-rupanya itu tanda dia nak pergi,” katanya.

Menurut Nur Azlina, anaknya sempat menziarahi saudara dan rakannya ketika pulang ke Malaysia selama dua bulan, bermula Ramadan lalu, seolah-olah mahu mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada mereka.

“Masa dia dengan kami pun tak banyak. Dia banyak mengembara dan dalam tempoh dua bulan cuti, dia mengikuti misi kemanusiaan kami ke Kemboja, melibatkan diri dalam program Ramadhan sekolah pelarian Rohingya di Klang dan program di Pesantren Hamka di Padang, Indonesia. Dia nampak seronok apabila berpeluang mempelajari selok-belok kerja sawah padi di Sik, Kedah.

“Kalau dia balik, tiada masa untuk lihat Ammar bersantai atau menonton televisyen. Masa banyak dihabiskan buat terjemahan drama TV Al Hijrah atau laporan projeknya di Kemboja dan sebagainya,” katanya.

Walaupun Ammar seorang yang pendiam, Nur Azlina berkata, dia tetap disukai rakann kerana sikapnya disenangi, suka bercakap bila perlu.

“Dia tidak pernah bercerita sesuatu perkara yang membangga dirinya. Kami kenal dia sebagai seorang anak yang merendah diri, terutama dengan orang yang lebih tua daripadanya.

Dia pernah terpilih sebagai pelajar terbaik, tetapi tidak tercalon kerana sikapnya pendiam," katanya.


Tak Pernah Mimpi Ammar

Dalam keluarganya, Ammar adalah anak keempat daripada lima adik-beradik.

Nur Azlina berkata, tiada tanda-tanda pelik ditunjukkan ketika kali terakhir beliau bertemu Ammar, iaitu semasa menghantar arwah anaknya ke lapangan terbang selepas habis bercuti, pada 22 September lalu, iaitu 40 hari sebelum kematian Ammar.

“Cuma dia ada menyebut, selepas ini dia tidak akan balik lagi. Tiada benda ketara yang disebutnya. Tapi kawannya ada menceritakan yang Ammar ingin mempertingkatkan kerja dakwah kerana masa sudah suntuk,” katanya.

Bagaimanapun setakat ini, Nur Azlina tidak pernah bermimpikan arwah anaknya walaupun ramai orang yang berkongsi pengalaman mimpi bertemu dengan Ammar.

“Sampaikan ada orang kata; ‘saya doakan makcik mimpikan Ammar’. Saya kata; ‘tidak mengapa, yang penting berdoa dan tahu dia (Ammar) dekat dengan hati saya," katanya.

Sebagai tanda memperingati jasa Ammar, pihak Universiti Marmara, Turki menanam pokok di tempat pengajiannya.

Selain itu, Ahmad Azam memberitahu, semua barang milik anaknya ditinggalkan di sana kerana permintaan orang Turki.

“Buku-buku dia semua kami tinggalkan di Turki untuk diletakkan dalam perpustakaan. Baju-baju Ammar pula, habis dibahagikan kepada orang Turki, sebagai kenangan kerana syahid,” katanya.


Hidup Dalam Keluarga Besar

Ammar dibesarkan dalam suasana keluarga ‘extended family’ (lebih dua generasi dalam sebuah rumah) selama 12 tahun. Ammar membesar bersama dengan datuk, nenek dan ramai bapa dan emak saudara kerana dia sibuk bekerja ketika itu.

Bercerita lanjut mengenai kisah putera tunggalnya, Ahmad Azam berkata, arwah anaknya membesar dengan datuk, nenek dan bapa saudara kerana dia dan suami sibuk bekerja ketika itu.

“Dari kecil lagi, Ammar diterapkan dengan ilmu agama dan bersekolah Sekolah Rendah Islam Abim Al-Huda dan di Sekolah Agama Menengah Bestari. Sikap kepimpinan Ammar terserlah apabila dia melanjutkan pelajaran di RMC,” katanya.


Wednesday, November 27, 2013

Gangguan Langsuir di Terengganu

Share


Gangguan Langsuir di Terengganu

PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.


Rujuk mereka yang layak 

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.


Suara mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.


Sudah dipasung

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.

Majlis Perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain RM13 Juta

Share

Majlis Perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain RM13 Juta

SHAH ALAM – Majlis perkahwinan pelakon Rozita Che Wan bersama pasangannya pelakon sensasi, Mohamad Zain Mohd. Saidin bulan depan mencatat sejarah tersendiri dalam dunia hiburan tempatan apabila ia mendapat tajaan berjumlah RM13 juta.

Rozita atau lebih sinonim dengan panggilan manja Che Ta, 40, bakal melangsungkan perkahwinan paling mahal dalam sejarah tanah air yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini pada 11 Disember depan.
Beliau berkata, syarikat barangan kemas terkenal Habib Jewels merupakan penaja utama apabila sanggup menaja set barangan kemas berjumlah RM10 juta untuk perkahwinan tersebut.
Katanya, barangan kemas Habib Jewels itu akan diperagakan semasa majlis berinai, akad nikah dan resepsi.

Penajaan lain bernilai RM3 juta adalah daripada 27 pihak lain yang sudi memeriahkan perkahwinan pasangan tersebut.
“Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu rezeki.
“Kami memang tidak menyangka apabila ramai pihak sudi untuk menjadi penaja.
“Pada awalnya kami cuma merancang untuk mengadakan majlis yang ringkas, misalnya upacara akad nikah pun sudah memadai.
“Mungkin dengan pelbagai tajaan yang diterima ini membuatkan majlis ini kelihatan besar dan meriah,” katanya pada sidang akhbar di SCCC semalam.

Sumber

Tuesday, November 26, 2013

Misteri Penunggu Gunung Jerai

Share



Misteri Penunggu Gunung Jerai

Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang. Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli bin Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun beliau bekerja di situ.

”Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ? ” Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.

En.Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran daripada beliau terlebih dahulu. Boleh atau tidak, beliau yang akan putuskan.

Tapi kali ini beliau terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu beliau menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. ” Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi,” pinta Rasidah lagi.

En.Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini ? Gunung ini ‘bernyawa’. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.

Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.

Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali beliau menghalang, ada-ada saja alasan yang diterimanya.

”Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…” rayu Rasidah, tinggi suaranya.

Tok wan mana pula, fakir En.Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena ! Segera beliau amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian !

”Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam ! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan,” kata Rasidah lagi.

Puteri ? Siapa puteri ? Fikiran beliau semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya ? Mengapa lain benar percakapan mereka ?

Lalu beliau cuba menakut-nakutkan mereka. En.Ramli katakan yang hutan itu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, atau dipatuk ular, kala jengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain.

”Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatang tu. Puteri pun ada !” jawab Rasidah. Ah! En.Ramli semakin terasa aneh dengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu ? Siapa pula puteri itu ?

Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga En.Ramli. Seakan ada orang meniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima. ”Puteri Delima. Puteri Delimaaaa !! ” beliau terpaku. Siapa yang bercakap ? Darahnya mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak datang, fikirnya berulang.

”Sayalah Puteri Delima !” kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. ”Ehh… ehheeee…! Ehh… ehheeee… ! Saya nak jumpa tok wan ! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!! ” kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli.

En.Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah dirasuk bunian, beliau terpaksa tunaikan saja permintaan mereka.




Esoknya En.Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut ada berjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yang dimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan beliau, tok wan itu seorang lelaki tua dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa ini baru berlaku dua tiga tahun lepas.

Pada pengalaman En.Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasan air terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian.

Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air terjun di situ. Mujur mereka cepat-cepat beredar. Kalau mereka masuk ke kawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alam ghaib.

Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini.

Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.

En.Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau di puncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tua bunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di situ.

Sebenarnya En.Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yang dikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu. Jadi, beliau diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu.

”Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan ni,”kata En.Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari, usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya.

Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari. Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasan air terjun tadi.

Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakan diserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apa sebenarnya yang telah terjadi ?

En.Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian kerana sebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu, pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudian tiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu ? Mesti ada sebab yang lain.

En.Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasan air terjun itu dan hutan- hutan di sekitarnya adalah tempat letaknya perkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia. Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai.

Beliau juga selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cuba menyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata.

Di pinggir air terjun pula, kata En.Ramli, terletaknya istana bunian. Istana itu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian. En.Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alam bunian dan terus lenyap.

Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatang buas, tapi Ramli kurang setuju. “Ini kerja bunian,” berkali-kali dikatakan begitu.

Oleh kerana itulah En.Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan. Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala mungkin akan menimpa.

”kalau ada apa-apa perkara yang pelik berlaku, jangan tegur. Lebih baik, diam ! Kalau ternampak benda-benda yang ganjil, tinggalkan. Ini kampung bunian ” pesan En.Ramli.

Gunung itu sering ‘mengambil nyawa’ manusia yang berniat tidak baik. Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi En.Ramli, mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu. En.Ramli percaya semua itu angkara bunian.

Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasa berhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu dan berjumpa En.Ramli, dia akan berpesan, ”hati-hati. Jangan main-main dengan pengunggu Gunung Jerai ini. Tempat ini keras ! ”

Monday, November 25, 2013

Roller Coaster Tertinggi Dunia Dibina

Share

Roller Coaster Tertinggi Dunia Dibina

MIAMI - Sebuah syarikat merancang untuk membina sebuah roller-coaster yang paling tinggi di dunia di Florida, lapor portal berita News Channel 5 kelmarin.
Syarikat US Thrill Rides LLC mahu membina roller-coaster itu dengan ketinggian 198.12 meter yang mempunyai dek pemandangan.
Bagaimanapun, pihak syarikat tersebut tidak memberitahu lokasi sebenar di Florida yang akan menempatkan roller-coaster itu.
Ia dijadualkan siap pada tahun 2016.
Ketika ini, roller-coaster yang tertinggi di dunia terdapat di New Jersey, AS dengan ketinggian 138.98 meter.
Terdapat dua buah restoran dan kedai di menara roller-coaster baharu itu.
Kos untuk membina roller-coaster itu dianggarkan sebanyak AS$20 juta (RM64.24 juta) hingga AS$60 juta (RM192.72 juta). - Agensi

Friday, November 22, 2013

Kisah Benar: 20 Tahun Dirogol Jin

Share


Kisah Benar: 20 Tahun Dirogol Jin

Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan.

Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal).

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suiz lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar.

Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam).

Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling’

“SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup ‘mengorbankan’ keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam.”

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. Ikuti luahannya:

Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.

Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.

Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.

Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.

Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada ‘belaan’ keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah. Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat.

Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk – selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.

Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:

“Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai ‘wali’ ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan ‘khadam’ untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

“Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

“Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah,” katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.

Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.

Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang ‘ia’ sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.

Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.

Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi ‘amalannya’ diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.

Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.

Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat – perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.


Fakta Tanda Penyakit

Share

Fakta Tanda Penyakit 

Ukuran Jari
Wanita yang mempunyai indeks jari lebih pendek daripada jari cincin mereka mungkin mempunyai dua kali ganda terdedah kepada osteoartritis di lutut, menurut satu kajian pada tahun 2008. Manakala bagi lelaki yang mempunyai masalah ini, mereka lebih cenderung untuk mempunyai tahap estrogen yang lebih rendah. 

Cara elakkan: Kukuhkan otot di sekitar lutut anda. Ketika duduk, luruskan setiap kaki selari ke lantai sebanyak 10 kali dan pegang setiap rep selama 5 hingga 10 saat. 

Ketinggian
Wanita yang lebih tinggi lebih daripada 5 kaki 2 inci boleh kehilangan mutasi gen yang membantu mereka mencapai ulang tahun ke-100 mereka, menurut satu kajian. 

Cara elakkan: Berhenti merokok dan kurangkan alkohol dan daging makan. 

Ukuran Kaki
Jika kaki anda berada di pihak yang gempal, anda mungkin perlu untuk menjaga hati anda lebih baik. Dalam satu kajian, penyelidik British mendapati bahawa wanita dengan kaki di antara 20 dan 29 inci cenderung untuk mempunyai tahap yang lebih tinggi daripada empat enzim yang menunjukkan penyakit hati. Faktor-faktor seperti pemakanan kanak-kanak bukan sahaja boleh mempengaruhi corak pertumbuhan, tetapi juga pembangunan hati dan pertumbuhan menjadi dewasa, tambah mereka lagi. 

Cara elakkan: Hindari pendedahan kepada toksin yang hati anda perlu proses, yang akan memastikan ia sihat lebih lama. Pakai topeng dan sarung tangan semasa pembersihan atau bekerja dengan mana-mana jenis bahan kimia yang bahaya serta hadkan pengambilan alkohol. 

Deria Bau
Orang tua yang tidak dapat mengenal pasti bau pisang, lemon, kayu manis, atau barang-barang yang lain adalah lima kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit Parkinson dalam tempoh 4 tahun, menurut satu kajian pada tahun 2008 di Parameswara Neurologi. Para penyelidik percaya bahawa kawasan otak yang bertanggungjawab untuk berfungsi untuk mencium bau boleh menjadi salah satu yang pertama terjejas oleh Parkinson penyakit di antara 2 dan 7 tahun sebelum diagnosis. 

Cara elakkan: Ambil makanan tambahan minyak ikan. Omega-3 asid lemak boleh meningkatkan rintangan otak anda untuk MPTP, sebatian toksik yang bertanggungjawab Parkinson. 

Ukuran Lengan
Mengalami masa yang sukar untuk mencapai ke atas kabinet dapur anda? Wanita yang mempunyai lengan pendek adalah 1 ½ kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit Alzheimer daripada mereka yang dapat mencapai. Ujilah dengan menyebarkan tangan anda selari dengan lantai dan seseorang ukur dari hujung jari ke hujung jari. Ukuran yang kurang adalah kurang daripada 60 inci. 

Cara elakkan: Satu kajian selama 5 tahun mendapati bahawa orang dewasa yang menghabiskan masa yang paling terlibat dalam aktiviti riadah lebih daripada 2 kali mampu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer berbanding mereka yang kurang menghabiskan masa beriadah. 

Saiz Coli
Wanita yang memakai saiz coli D atau lebih besar pada usia 20 adalah 1.5 kali lebih berkemungkinan untuk mendapat diabetes berbanding mereka yang memakai A atau lebih kecil, walaupun selepas penyelidik mengambil kira untuk obesiti, pemakanan, merokok, dan sejarah keluarga. Mereka turut mengatakan bahawa tisu lemak dalam payudara wanita adalah sensitif dan mempengaruhi rintangan insulin, yang boleh membawa kepada diabetes. 

Cara elakkan: Gabungkan selang tinggi intensiti dalam rutin senaman anda. Dalam satu kajian, orang dewasa yang melakukan enam 'sprint' 30 saat pada basikal senaman (4 minit berehat di antara) meningkatkan keupayaan badan untuk memetabolismekan gula darah dengan hampir 25% selepas enam sesi - cukup untuk mengurangkan risiko diabetes. 

Jenis Darah
Orang yang mempunyai jenis darah A, B, atau AB adalah 44 % lebih cenderung untuk menghidap kanser pankreas daripada orang-orang dengan jenis O, menurut satu kajian. Ini mungkin menunjukkan bahawa gen yang menentukan jenis darah juga boleh membawa risiko genetik untuk kanser pankreas. 

Cara elakkan: Ambil D vitamin tambahan. Orang dewasa yang mengambil 300 IU atau lebih setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser pankreas mereka sehingga 44 %, berbanding dengan mereka yang mengambil kurang daripada 150 IU setiap hari dalam satu kajian 2006.


Wednesday, November 13, 2013

Peluang Beli Rumah Murah

Share


Peluang Beli Rumah Murah

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Satu skim pembiayaan baharu dengan kadar bayaran bulanan jauh lebih rendah akan diperkenalkan kerajaan bagi membantu individu yang gagal memperoleh pinjaman bagi memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Melalui skim baharu itu, pembeli PR1MA mungkin hanya akan membayar antara RM400 dan RM500 sebulan untuk sebuah rumah berharga RM200,000.

Kadar tersebut jauh lebih rendah berbanding pinjaman bank komersial yang biasanya sekitar RM1,800 sebulan bagi membiayai pinjaman sebanyak itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kemudahan mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan untuk individu terbabit turut disediakan di bawah skim tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan skim itu nanti akan diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat, selepas perincian pelaksanaannya dibawa ke pengetahuan Kabinet minggu ini.

"Saya akan bentangkan skim ini di mesyuarat Kabinet minggu ini sebelum Perdana Menteri mengumumkannya secara rasmi.

"Skim ini bakal menawarkan bayaran pinjaman bulanan yang cukup rendah berbanding ditetapkan institusi kewangan tempatan," katanya ketika pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, skim berkenaan akan membabitkan tiga peringkat pembiayaan bermula RM200,000, RM300,000 dan RM400,000.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 44,223 unit rumah PR1MA akan mula dibina tahun ini di seluruh negara.

Katanya, projek berkenaan akan dibina di 10 buah negeri bermula di Negeri Sembilan dengan 6,174 unit rumah.

"Walaupun kita menyasarkan membina 80,000 unit rumah setiap tahun, namun tahun ini mengalami sedikit kekangan disebabkan PR1MA ini hanya mula dilaksana bermula Jun lalu iaitu selepas Akta PR1MA diluluskan Parlimen Januari lepas.

"Memang sukar menyiapkan semua unit PR1MA (80,000 unit) seperti disasarkan dengan baki hanya dua bulan lagi, tapi yang penting, pembinaannya akan kita mulakan tahun ini juga," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kawasan atau tapak bagi projek PR1MA termasuk kerjasama dengan swasta dan pemilik tanah persendirian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive