Friday, May 17, 2013

Home » , , » Biografi Sir Alex Ferguson

Biografi Sir Alex Ferguson

Share

Biografi Sir Alex Ferguson

“SAYA tidak boleh mempercayainya. Saya tidak boleh mempercayainya. Bola sepak sungguh di luar jangkaan.”

Itu ucapan keramat yang keluar daripada mulut jurulatih legenda, Sir Alexander Chapman Ferguson atau popular dengan nama Alex Ferguson setelah berjaya menjulang United memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 26 Mei 1999.

Terkenal dengan sikap kepala batunya yang mempersoalkan tindakan pengadil, Ferguson sebenarnya seorang yang rasional dan bersemangat waja terhadap bola sepak. Tidak dinafikan, beliau merupakan pengurus pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak England yang memiliki pelbagai sisi personaliti yang mengagumkan.

Kisah tentang legenda tersohor itu akan sentiasa diceritakan selagi permainan bola sepak mengekalkan pengaruh di England. Tiada seorang pun individu yang mampu menafikan kehebatan Ferguson menyusun strategi perlawanan dan kekurangan pada dirinya.



Prinsip Ferguson

Penulis buku Football-Bloody Hell! The biography of Alex Ferguson, Patrick Barclay menyifatkan Ferguson bukan seorang yang genius ketika merumuskan bab terakhir kajiannya ke atas figura penting dalam arena bola sepak itu.

Namun, Barclay menyatakan tentang beberapa kualiti prinsip Ferguson yang membezakan beliau dengan pengurus hebat lain seperti Jock Stein, Arsene Wenger dan Matt Busby ialah semangatnya mempertahankan corak perlawanan yang ‘kejam’, bertenaga dan kawalan mutu permainan.

“Kemarahan Ferguson ibarat petrol. Beliau mampu berdebat dengan pengurus pasukan lain dan media seperti Perbadanan Penyiaran England.

“Sesuatu yang jauh daripada sempadan yang boleh diterima, tiada adab dan tidak logik akal,” ujar Barclay melalui buku tersebut.

Ia merupakan sisi hitam Ferguson yang memaksa pemerhati sukan bola sepak yang bersikap neutral untuk menyembunyikan rasa kagum mereka terhadap kejayaan beliau.

Bekas pengadil profesional, David Elleray yang sering menjadi mangsa rasa tidak puas hati Ferguson berkata, dia seperti seorang yang memandu di belakang sebuah kereta.

“Bila perlawanan semakin sengit, dia berubah menjadi orang lain. Sama ada tepat atau tidak perumpamaan tersebut, saya tidak pasti,” ujarnya.

Dilahirkan pada 31 Disember 1941 di Glasgow, Scotland, Ferguson merupakan anak kepada bekas pemain amatur bola sepak, Alexander Sr. dan isterinya, Elizabeth.

Ferguson dibesarkan di kawasan kejiranan berkelas rendah di Govan. Beliau boleh dianggap sebagai budak pintar namun tidak begitu beminat melakukan kerja sekolah. Figura itu lebih gemar bermain bola sepak bersama adiknya, Martin di kaki-kaki lima rumah tenemen. Bapanya menggilap bakat Ferguson sehingga bergelar bintang ternama.



Penampilan sulungnya dalam arena berkenaan bermula pada usia 16 tahun ketika menyertai kelab amatur, Queens Park Rangers pada November 1958, Ferguson berjaya menjaringkan gol tunggal untuk pasukannya. Beliau kemudian berpindah ke kelab St. Johnstone pada tahun 1960 dan berjaya mempamerkan kebolehan menjaringkan gol yang cemerlang sebagai pemain posisi penyerang.

Nama Ferguson meniti zaman kegemilangan pada tahun 1964 sewaktu bermain untuk kelab Scotland, Dunfermline Athletic dan dilanjutkan kontrak sehingga tahun 1967. Ferguson berjaya mengikat Divisyen Satu Scotland dengan jaringan sebanyak 31 gol (1965-1966).

Beliau kemudian menjadi penjaring terbaik dalam dua musim berikutnya dengan mendahului rekod lamanya. Ferguson turut menonjolkan corak pemikiran seorang bakal pengurus, beliau berjaya membuatkan rakan sepasukan kagum dengan pengetahuannya yang luas serta gaya permainan pasukan lawan.

Ferguson memulakan kerjaya baharu sebagai seorang pengurus kelab East Stirlingshire pada 1974 ketika berumur 32 tahun, sebelum berpindah ke kelab kelab St. Mirren.

Walaupun Ferguson berjaya memimpin St. Mirren memenangi kejuaraan Divisyen Satu Scotland pada 1977, beliau tetap dipecat setahun kemudian kerana melanggar kontrak.

Namanya kembali melonjak ketika dilantik menjadi pengurus pasukan Aberdeen sehingga berjaya mengecapi kejayaan pada kejuaraan Celtic Rangers, seterusnya mempertahankan gelaran kemenangan di tiga Liga Perdana Scotland, empat Piala Scotland, Piala Liga, Piala Super dan Piala Eropah selama lapan musim.




Akhiri karier

Pada 1986, beliau menjadi insan yang bertanggungjawab membangkitkan kemaraan kelab United yang ketika itu dianggap lemah. Tiga tahun kemudian, United memenangi piala FA dan terus melakar kejayaan dengan menjulang Piala Juara-juara Eropah (1991), Piala Liga (1992) dan Liga Perdana England (1993).

Pencapaian kemuncaknya sebagai pengurus dilihat pada tahun 1999 apabila berjaya menjadi pengurus pertama membentuk United mengecapi kemenangan trebel iaitu pada kejuaraan Liga Perdana England, Piala FA dan Liga Juara-juara.

Setelah menghambakan diri dengan sepak terajang dunia bola sepak selama 55 tahun, Ferguson akhirnya bersara sebagai seorang pengurus pada usia 71 tahun.




Pada 8 Mei lalu, pengendali pasukan United selama 27 tahun itu mengakhiri kariernya secara rasmi setelah mengambil keputusan untuk bersara sejak Krismas tahun lalu.

Ferguson dalam nada emosi menyifatkan setiap pemain dan penyokong setia United sebagai pengalaman menakjubkan yang dilalui dalam hidupnya.

“Terima kasih. Saya amat bertuah kerana berpeluang mengendalikan pemain terbaik dari negara ini. Mereka memenangi kejuaraan dengan cukup bergaya. Syabas kepada mereka.


“Persaraan ini tidak bermakna hidup saya bersama kelab ini telah berakhir. Sekarang saya akan dapat menikmati (menonton) perlawanan mereka bukannya menderita dengan mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan selamat tinggal kepada penyokong pada perlawanan terakhirnya bersama kelab itu di Old Trafford.

Sumber

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive