DUA PERAGUT MATI DI SEMBELIH ORANG RAMAI DI KL
Kuala Lumpur 14 Mei 2013, Nasib malang menimpa 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk Kampung Baru. Menurut saksi, Haji Hassan Bin Hussin 61, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua dua peragut itu telah membawa keluar sebilah parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu, akan tetapi sempat dihalang oleh jirannya.
Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa apa barang yang berharga yang didapati pada peragut itu, salah seorang penduduk tempatan yang juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintahkan anak buahnya menyembelih kedua dua peragut ini, kaki peragut itu diikat dengan takbir yang bergema, dia telah menyembelih peragut itu tanpa rasa belas kasihan dan darah telah menyembur keluar,
Orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu, kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan seekor lembu yang meragut rumput di sembelih untuk kenduri kahwin.
Sekian terima kasih.
1 comments:
buat suspen je. Hahaha.
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D