Saturday, July 20, 2013

Home » » Rumah Sewa Murah Untuk Orang Muda di KL

Rumah Sewa Murah Untuk Orang Muda di KL

Share

Rumah Sewa Murah Untuk Orang Muda di KL

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menyediakan perumahan khas untuk golongan muda yang baru bekerja di Kuala Lumpur, kata menteri berkenaan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata beberapa kawasan dikenal pasti untuk penempatan itu, antaranya di Keramat, Bukit Bintang, Kampung Kerinchi, Sentul, Hartamas, Bukit Kiara dan Segambut.

"Kementerian menyedari masalah golongan muda yang sukar mendapatkan rumah sewa berdekatan tempat kerja, dan terpaksa berulang-alik berjam lamanya.

"Kita tidak mahu timbul mental stress di kalangan mereka kerana masalah ini," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah di sini, hari ini.

Beliau berkata perumahan khas atau 'council home' yang akan dimiliki dan diselenggara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu juga bakal dibina
berdekatan kemudahan pengangkutan awam.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata Flat San Peng di Jalan Hang Tuah yang berusia lebih 50 tahun akan dibangunkan semula dengan penempatan yang lebih selesa dan sesuai untuk penghuni.

"Dengan pembangunan semula ini, jumlah unit rumah dapat ditambah, sekaligus memberi penempatan kepada 10,000 orang berbanding 4,800 orang ketika ini," katanya.

Beliau berkata pembangunan semula flat itu mungkin akan dijalankan dengan kerjasama pihak swasta.

Terdahulu pada majlis itu, Tengku Adnan menyampaikan sumbangan wang dan pakaian kepada 200 anak yatim dan warga emas sekitar Parlimen Bukit Bintang.

Beliau turut menyampaikan sumbangan wang berjumlah RM10,000 kepada Masjid Al-Bukhary untuk kerja menaik taraf masjid berkenaan. - Bernama


0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive