Friday, September 27, 2013

Home » , , » Tips Berkenalan Melalui Internet

Tips Berkenalan Melalui Internet

Share


Tips Berkenalan Melalui Internet

Impak kewujudan internet bersifat positif dan negatif. Ada yang sanggup melekat di depan komputer melayari internet untuk pelbagai tujuan, termasuk mencari teman penghilang kesunyian. Namun ada kebaikan dan juga keburukannya. Berikut merupakan tips bagi yang ingin berkenalan di internet:


Tips berkenalan melalui internet: 

  • Jangan terlalu cepat mempercayai orang yang baru dikenali. 
  • Penggunaan laman sosial perlulah ikhlas dan fokus terhadap tujuan melayari laman itu. 
  • Jika bertujuan mencari kenalan, pastikan hubungan itu berjalan dalam keadaan dibenarkan syarak dan moral kemasyarakatan. 
  • Bertemu dulu dengan ahli keluarga supaya tidak timbul masalah kemudian hari. 
  • Perkahwinan bukan hanya membabitkan dua insan saja, sanggupkah kita berpisah dengan ahli keluarga disayangi hanya kerana insan dicintai baru beberapa bulan wujud dalam hidup kita. 
  • Perlu banyak membuat muhasabah diri dan membuat penilaian terhadap implikasi sesuatu tindakan sebelum membuat keputusan. 
  • Sentiasa berdoa dan meminta petunjuk hidup. 
  • Jangan mudah keluar berseorangan dengan individu baru dikenali melalui internet. 
  • Jangan cepat menghulurkan bantuan kewangan yang diminta. 
  • Janganlah mudah tertipu dengan gambar cantik dipaparkan dalam internet.


Teknik penipuan: 

‘Scammers’ atau penipu, lazimnya mensasarkan laman rangkaian sosial mensasarkan pencarian jodoh dan sebagainya. 

Mereka mengendalikan profil palsu dengan menggunakan gambar menarik dan menunjukkan sikap positif melalui perbualan atau mesej dihantar. 

Apabila pasangan (mangsa) sudah berjaya dipengaruhi, seterusnya mereka akan menanyakan soalan peribadi untuk mendapatkan maklumat dari mangsa. Maklumat itu kemudian akan digunakan bagi tujuan manipulasi pasangan. 


Terdapat pelbagai jenis penipuan. 

Dalam kes tertentu, ‘scammer’ menghubungi mangsa dan memaklumkan bahawa dia akan berjumpa mangsa bertujuan melamar atau berkahwin. Kemudian, mereka akan menghubungi pasangan memberitahu ditahan pihak kastam atau imigresen dan meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun supaya mereka dibebaskan. 

Dalam kes berlainan, penipu memaklumkan kepada pasangan (mangsa) bahawa mereka ada menghantar bungkusan dan meminta mangsa untuk buat pembayaran supaya bungkusan itu berjaya melepasi pihak berkuasa. 

Terdapat juga insiden ‘scammer’ meminta belas kasihan pasangan (mangsa) menerusi alasan kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan perubatan keluarga mereka. 

Kaedah lain pula, sesetengah ‘scammer’ merakam gambar pasangan (mangsa) melalui kamera talian’ pada komputer mangsa tanpa disedari. Pesalah kemudian gunakan gambar itu memeras-ugut dan meminta wang serta sebagainya sebelum menghilangkan diri.


0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive