Sunday, October 20, 2013

Home » , » Telefon Bimbit Tak Jejas Kesihatan

Telefon Bimbit Tak Jejas Kesihatan

Share

Telefon Bimbit Tak Jejas Kesihatan

KAJIAN baru menunjukkan telefon bimbit dan WiFi tidak memberi kesan kepada kesihatan pengguna.

Agensi Keselamatan Makanan, Kesihatan dan Alam Sekitar (Anses) mendakwa keputusan ujian makmal menunjukkan elektromagnetik yang dibebaskan oleh alat tersebut tidak meningkatkan risiko barah atau penyakit lain.

Laporan itu dikeluarkan hasil penyelidikan 16 pakar ke atas lebih 300 kajian saintifik yang pernah diterbitkan sejak 2009.

Bagaimanapun, panel tersebut tetap mengesyorkan supaya kanak-kanak atau pengguna telefon bimbit supaya mengehadkan penggunaan alat komunikasi mudah alih terbabit. 

Menuruti laporan AFP, cadangan itu dibuat berdasarkan kajian sebelum ini yang mendakwa frekuensi radio (RF) yang dibebaskan daripada telefon bimbit boleh memberi kesan kepada aktiviti otak dan corak masa tidur individu selain berisiko menghidapi barah.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive