Tips Mudah Elak Tambah Kalori
Makan buah Oren
Makan buah oren adalah lebih baik daripada minum jus terutamanya jus yang anda beli di pasaraya. Gula yang terdapat dalam jus mengandungi tahap kalori yang tinggi.
Elakkan Mayonis
Mayonis memang lazat. Lagi – lagi jika di makan bersama sandwic atau burger. Cuba tukar mayonis itu dengan mustard. Mustard dikatakan lebih sihat daripada mayonis.
Makan roti gandum
Anda boleh sahaja makan roti kegemaran anda. Tapi lebih elok jika anda memilih roti gandum atau 'whole-grain bread'. Ini akan mengelakkan penambahan berat sebanyak 100 kalori setiap hari.
Minum kopi atau teh tanpa gula dan krimer
Anda tidak perlu berhenti ketagihan anda terhadap the atau kopi. Elakkan minum kopi atau teh yang dicampurkan dengan gula dan krimmer. Jika anda seorang yang menyukai kopi atau teh susu, digalakkan supaya anda menggunakan susu segar tanpa lemak. Pasti lebih sihat.
Kurangkan makanan berminyak
Elakkan makan makanan yang bergoreng, terutamanya pada waktu makan malam. Jika anda ingin memasak sayur – sayuran, adalah lebih sihat jika anda tidak mengguna minyak yang banyak. Satu sudu minyak mempunyai 120 kalori.
1 comments:
Thanks for the info..mana yg baik blh la diikuti nnt nih..
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D