Sunday, January 27, 2013

Bumi Dilanggar Asteroid Feruari 2013??

Share

Bumi Dilanggar Asteroid Feruari 2013??

Sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi pada pertengahan Februari ini.

Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini.

Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km.

Asteroid 2012 DA14 mendekat pada jarak 35,000 km dari bumi. Perhitungan astronomi dari orbit asteroid dapat dipercayai berdasarkan rekod kejayaan puluhan tahun ketika Neil Amstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan 20 Julai 1969.

Tetapi apa yang akan berlaku ketika 2012DA14 mendekati bumi? Jawapannya adalah ‘mungkin tidak terjadi apa-apa’.

Kebanyakan orang tidak akan melihat atau menyedarinya kerana kehadiran asteroid tersebut tidak mengubah pusingan pasang surut air laut, ia juga tidak menyebabkan gunung berapi.

Ketika kehadiran asteroid itu, pakar astrologi akan mengukur jarak tepat kedudukan bintang dan bulan dengan teleskop mikro.

Andainya asteroid itu bersaiz 46 meter dan memintas bumi, ia masih tidak boleh menghancurkan bumi, tetapi kejadian itu akan meninggalkan kesan seperti kawah di kawasan ia mendarat.

Peristiwa itu pernah terjadi pada 1908 di daerah terpencil di Rusia, di mana satu ledakan asteroid telah meratakan sebuah kawasan di situ hingga membentuk sebuah kawah dan melenyapkan pokok dan haiwan yang terdapat di situ.

Mungkin sekiranya 2012 DA14 mendarat ke bumi kejadian sama dijangka berlaku. Ahli astrologi juga mengharapkan asteroid itu mendarat di laut dan bukannya di kawasan pembangunan kerana dikhuatiri binaan akan musnah sama seperti pokok dan haiwan yang lenyap
ketika kejadian di Rusia.

Ahli astronomi di Observatorio Astronomico de La Sagra di Spanyol menemui 2012 DA14 pada awal 2012. Ia menyerupai bumi dan pusingan orbitnya juga menyamai pergerakan bumi iaitu mengelilingi matahari.

Pastinya, Asteroid 2012 DA14 akan menghampiri bumi pada 15 Februari 2013. perkara ini bakal mendapat perhatian orang ramai. - Earthsky.org

Apa itu asteroid?

Asteroid ialah planet minor atau planetoid. Ia berukuran lebih kecil daripada planet, tetapi lebih besar daripada meteoroid dan selalu berada dalam orbit planet Neptunus. Asteroid berbeza dengan komet dari struktur visualnya. Komet mempunyai 'ekor' sementara asteroid hanya berbentuk seperti ketulan batu.

Sunday, January 6, 2013

Tak Boleh Akses Website Daftar Rebat Telefon Pintar

Share

Tak Boleh Akses Website Daftar Rebat Telefon Pintar

KUALA LUMPUR - Pakej Komunikasi Belia yang menawar rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar golongan berkenaan mendapat sambutan amat menggalakkan sehingga menyebabkan 'kesesakan' dalam talian semasa membuat pendaftaran.

Sejak permohonan dibuka pada 1 Jan, beberapa belia yang ditemui Bernama mengadu sukar mengakses laman web http://pakejkomunikasibelia.skmm.gov.my yang dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengisi borang permohonan secara dalam talian.

Antara rungutan mereka ialah masa terlalu lama diambil memuat naik maklumat peribadi mereka sehingga ada kalangan mereka yang sudah berputus asa.

Mereka berharap pihak yang berkenaan dapat mengatasi masalah itu secara mempertingkatkan kelajuan perkhidmatan laman web berkenaan.

Mohamad Fazli Nordin, 25, berharap pihak SKMM dapat menaiktaraf pengaksesan laman web itu memandangkan beliau tidak dapat membuat permohonan sejak bermula pada 1 Jan.

"Saya sanggup berjaga hingga lewat malam dengan harapan dapat mengakses dengan cepat dan mengisi borang, namun keadaan sangat menghampakan kerana menghadapi masalah sama sudah empat hari berturut-turut," katanya yang bertugas sebagai anggota Jabatan Pertahanan Awam di Jalan Semarak di sini.

"Sepatutnya sebelum permohonan dibuka SKMM perlu meningkatkan mutu pengaksesan laman web bagi memberi lebih banyak ruang kepada belia membuat permohonan kerana biasanya perkara seperti ini mendapat sambutan ramai," katanya kepada Bernama.

Kenny Lai, 22, Eksekutif Operasi sebuah syarikat pembuatan di Kuantan, Pahang, berkata walaupun insentif diberi kerajaan itu mendapat sambutan menggalakkan, pihak SKMM perlulah menaiktaraf akses laman web supaya orang ramai mudah memohon.

"Ramai rakan-rakan saya merungut dan risau akan terlepas rebat itu kerana ia hanya terhad kepada 1.5 juta belia berpendapatan RM3,000 ke bawah sahaja dan skim itu pula berasaskan siapa cepat dia dapat," katanya yang menghadapi masalah sama sejak dua hari lepas.

Yong Jin Jin, 21, mahasiswa tahun tiga sebuah universiti tempatan berkata beliau sudah berputus asa memohon berikutan kegagalan memasuki laman web sejak permohonan itu dibuka.

"Lagipun, saya rasa telefon bimbit pintar itu bukan satu keperluan bagi saya kerana di universiti sudah ada internet yang lancar. Telefon bimbit biasa sudah memadai bagi saya untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan," katanya.

Seorang pegawai SKMM yang enggan memberi nama berkata pihaknya sedang menaiktaraf pengaksesan laman web berkenaan bagi memudahkan orang ramai membuat permohonan.

"Kami juga menerima banyak aduan dan pihak kami sedang membaik pulih perkhidmatan laman web itu bagi memberi ruang kepada belia membuat permohonan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, setakat ini lebih 200 ribu permohonan sudah diterima dan menganggarkan rebat itu akan habis diagihkan dalam masa beberapa minggu sahaja.

Pada perbentangan Belanjawan 2013 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah ditawarkan rebat RM200 untuk membeli telefon mudah alih 3G sebagai usaha kerajaan memberi 1.5 juta belia akses kepada gerbang maklumat dengan peruntukan RM300 juta.

Kemudian, pada 27 Dis lalu, SKMM mengumumkan belia boleh mendapatkan rebat RM200 itu ketika membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 sahaja daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik.

Namun dua hari lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan bahawa Jemaah Menteri bersetuju mereka boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan mendapat rebat RM200 itu, berkuatkuasa serta merta.

Thursday, January 3, 2013

Tiada Had Harga Rebat Pendaftaran Telefon Pintar SKMM

Share

Tiada Had Harga Rebat Pendaftaran Telefon Pintar SKMM
 
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini berkata, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut hari ini.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat’.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.

Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.

SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.

Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm. gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive