Tuesday, March 5, 2013

Terkini Lahad Datu: Pengganas Berjaya Ditumpaskan

Share

Terkini Lahad Datu: Askar Sulu Berjaya Ditumpaskan

KAMPUNG TANDUO: Kumpulan bersenjata Sulu bersenjata telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.

Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata yang merupakan pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, yang menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan yang diberikan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.

Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan, untuk dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang terbang melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu.

Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.

Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal oleh pihak polis dan tentera yang mengawal ketat keselamatan di beberapa lokasi strategi di mana mereka diancam oleh tindakan daripada pengikut Sultan Sulu bahawa akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan.


Sunday, March 3, 2013

Lahad Datu Terkini: Kenapa Polis Bukan Tentera?

Share

Lahad Datu Terkini: Kenapa Polis Bukan Tentera?


Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?


Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.


Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna:

1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (Perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga. 

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (Darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- Tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu.

Nota Tambahan: Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (Ketua Almaunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agong. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos: Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Great Wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa Padang Steppe yang berulang-alik (Serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).


Sumber


Update:

LIMA POLIS TERKORBAN DALAM SERANG HENDAP DI SEMPORNA.

Seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.

Sementara dua dari kumpulan bersenjata turut terbunuh, katanya.- BERNAMA


LAHAD DATU - OPS SULU 

Sidang Media oleh YDH Ketua Polis Negara 3 Mac 2013 (Ahad), menyatakan bahawa dalam OPS SULU ini terdapat 3 kejadian iaitu yang pertama kejadian di Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana keadaan terkawal dan penceroboh berada dalam kepungan pihak keselamatan kita, PDRM dan ATM berkerjasama untuk menamatkan konflik ini. Setakat ini polis telah berjaya menangkap 3 penceroboh yang cuba melepaskan diri dari kepungan polis di Kampung Tanduo.

Kejadian kedua ialah yang berlaku di daerah Kunak di mana maklumat diterima terdapat satu pendaratan penceroboh di antara Kg. Lormalong dan Kg. Dasar Lama. Seramai 10 orang disyaki orang asing, 3 daripadanya bersenjata dan kini bersembunyi di sebuah rumah. VAT 69 telah dihantar untuk "ground assesment" dan bertindak.

Seterusnya kejadian ke 3 pula berlaku pada 2 Mac 2013 jam 1830hrs. Di mana sepasukan anggota polis telah diserang hendap oleh suspek dengan menggunakan senjatapi sewaktu mereka membuat serbuan di kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Serbuan tersebut telah dijalankan berikutan maklumat diterima dimana penjenayah ini dipercayai berada dikawasan tersebut dan mempunyai senjatapi. Dalam serbuan itu, dipercayai 5 orang pegawai/anggota polis terkorban manakala dipihak penceroboh 2 orang terkorban. Berikutan insiden ini pihak polis juga telah mengepung kawasan sekitar di mana penceroboh ini bersembunyi. Butir-butir lengkap pegawai/anggota polis yang terkorban belum dapat didedahkan buat masa ini bagi menghormati keluarga mangsa.

YDH Ketua Polis Negara memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan merasa cemas dan panik serta jangan mendengar khabar angin dan berita yang tidak berasas. Jika merasa ragu-ragu orang ramai bolehlah menghubungi pihak polis di balai berdekatan atau melayari laman website facebook PDRM Sabah.

Setakat ini tidak ada perintah berkurung diistiharkan di mana-mana daerah di Negeri Sabah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive