Friday, May 17, 2013

Job Vacancy 2013 Procurement Executive

Share


DIGIPHOTO ENTERTAINMENT IMAGING SDN BHD is a leading provider of on-location souvenir photographs with operations in UAE, Singapore, Malaysia, Bahrain, Kuwait, Oman, India, and Indonesia. 




PROCUREMENT EXECUTIVE


Responsibilities: 
  • Able to source, purchase and negotiate with vendors to ensure optimal price, quality, services and delivery . 
  • Liaise with Finance to ensure accurate and timely payment. 
  • Conduct price negotiation with vendor and submit price comparison report to management.
  • Maintain good relationships with suppliers to manage quotes, price negotiation. 
  • Liaise closely with other department to ensure timely delivery of product to meet new site opening. 
  • Handle ad hoc duties as per assigned by superior.

Requirement: 

  • Must have at least 3-5 years of procurement and forecasting experience.
  • Analyze, forecast and purchase patterns to identify optimum inventory planning.
  • Strong analytical skills, meticulous, excellent interpersonal skills and team player.
  • Must demonstrate strong negotiation skills.
  • Candidate must possess at least a Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Others or equivalent.
  • Specializing in Purchasing/Inventory/Material & Warehouse Management or equivalent.
  • Applicants must be willing to work in Petaling Jaya.
  • Full-Time position(s) available.
  • Salary range RM5000 - RM7000.


Successful candidates can expect an attractive remuneration package and opportunities for personal & career development. 

Interested candidates please e-mail your resume to:

Company Address: 

DIGIPHOTO ENTERTAINMENT IMAGING SDN BHD 
21.02, Level 21, Menara AmFIRST, No.1 Jln 19/3, 46300 Petaling Jaya, Selangor 



Biografi Sir Alex Ferguson

Share

Biografi Sir Alex Ferguson

“SAYA tidak boleh mempercayainya. Saya tidak boleh mempercayainya. Bola sepak sungguh di luar jangkaan.”

Itu ucapan keramat yang keluar daripada mulut jurulatih legenda, Sir Alexander Chapman Ferguson atau popular dengan nama Alex Ferguson setelah berjaya menjulang United memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 26 Mei 1999.

Terkenal dengan sikap kepala batunya yang mempersoalkan tindakan pengadil, Ferguson sebenarnya seorang yang rasional dan bersemangat waja terhadap bola sepak. Tidak dinafikan, beliau merupakan pengurus pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak England yang memiliki pelbagai sisi personaliti yang mengagumkan.

Kisah tentang legenda tersohor itu akan sentiasa diceritakan selagi permainan bola sepak mengekalkan pengaruh di England. Tiada seorang pun individu yang mampu menafikan kehebatan Ferguson menyusun strategi perlawanan dan kekurangan pada dirinya.



Prinsip Ferguson

Penulis buku Football-Bloody Hell! The biography of Alex Ferguson, Patrick Barclay menyifatkan Ferguson bukan seorang yang genius ketika merumuskan bab terakhir kajiannya ke atas figura penting dalam arena bola sepak itu.

Namun, Barclay menyatakan tentang beberapa kualiti prinsip Ferguson yang membezakan beliau dengan pengurus hebat lain seperti Jock Stein, Arsene Wenger dan Matt Busby ialah semangatnya mempertahankan corak perlawanan yang ‘kejam’, bertenaga dan kawalan mutu permainan.

“Kemarahan Ferguson ibarat petrol. Beliau mampu berdebat dengan pengurus pasukan lain dan media seperti Perbadanan Penyiaran England.

“Sesuatu yang jauh daripada sempadan yang boleh diterima, tiada adab dan tidak logik akal,” ujar Barclay melalui buku tersebut.

Ia merupakan sisi hitam Ferguson yang memaksa pemerhati sukan bola sepak yang bersikap neutral untuk menyembunyikan rasa kagum mereka terhadap kejayaan beliau.

Bekas pengadil profesional, David Elleray yang sering menjadi mangsa rasa tidak puas hati Ferguson berkata, dia seperti seorang yang memandu di belakang sebuah kereta.

“Bila perlawanan semakin sengit, dia berubah menjadi orang lain. Sama ada tepat atau tidak perumpamaan tersebut, saya tidak pasti,” ujarnya.

Dilahirkan pada 31 Disember 1941 di Glasgow, Scotland, Ferguson merupakan anak kepada bekas pemain amatur bola sepak, Alexander Sr. dan isterinya, Elizabeth.

Ferguson dibesarkan di kawasan kejiranan berkelas rendah di Govan. Beliau boleh dianggap sebagai budak pintar namun tidak begitu beminat melakukan kerja sekolah. Figura itu lebih gemar bermain bola sepak bersama adiknya, Martin di kaki-kaki lima rumah tenemen. Bapanya menggilap bakat Ferguson sehingga bergelar bintang ternama.



Penampilan sulungnya dalam arena berkenaan bermula pada usia 16 tahun ketika menyertai kelab amatur, Queens Park Rangers pada November 1958, Ferguson berjaya menjaringkan gol tunggal untuk pasukannya. Beliau kemudian berpindah ke kelab St. Johnstone pada tahun 1960 dan berjaya mempamerkan kebolehan menjaringkan gol yang cemerlang sebagai pemain posisi penyerang.

Nama Ferguson meniti zaman kegemilangan pada tahun 1964 sewaktu bermain untuk kelab Scotland, Dunfermline Athletic dan dilanjutkan kontrak sehingga tahun 1967. Ferguson berjaya mengikat Divisyen Satu Scotland dengan jaringan sebanyak 31 gol (1965-1966).

Beliau kemudian menjadi penjaring terbaik dalam dua musim berikutnya dengan mendahului rekod lamanya. Ferguson turut menonjolkan corak pemikiran seorang bakal pengurus, beliau berjaya membuatkan rakan sepasukan kagum dengan pengetahuannya yang luas serta gaya permainan pasukan lawan.

Ferguson memulakan kerjaya baharu sebagai seorang pengurus kelab East Stirlingshire pada 1974 ketika berumur 32 tahun, sebelum berpindah ke kelab kelab St. Mirren.

Walaupun Ferguson berjaya memimpin St. Mirren memenangi kejuaraan Divisyen Satu Scotland pada 1977, beliau tetap dipecat setahun kemudian kerana melanggar kontrak.

Namanya kembali melonjak ketika dilantik menjadi pengurus pasukan Aberdeen sehingga berjaya mengecapi kejayaan pada kejuaraan Celtic Rangers, seterusnya mempertahankan gelaran kemenangan di tiga Liga Perdana Scotland, empat Piala Scotland, Piala Liga, Piala Super dan Piala Eropah selama lapan musim.




Akhiri karier

Pada 1986, beliau menjadi insan yang bertanggungjawab membangkitkan kemaraan kelab United yang ketika itu dianggap lemah. Tiga tahun kemudian, United memenangi piala FA dan terus melakar kejayaan dengan menjulang Piala Juara-juara Eropah (1991), Piala Liga (1992) dan Liga Perdana England (1993).

Pencapaian kemuncaknya sebagai pengurus dilihat pada tahun 1999 apabila berjaya menjadi pengurus pertama membentuk United mengecapi kemenangan trebel iaitu pada kejuaraan Liga Perdana England, Piala FA dan Liga Juara-juara.

Setelah menghambakan diri dengan sepak terajang dunia bola sepak selama 55 tahun, Ferguson akhirnya bersara sebagai seorang pengurus pada usia 71 tahun.




Pada 8 Mei lalu, pengendali pasukan United selama 27 tahun itu mengakhiri kariernya secara rasmi setelah mengambil keputusan untuk bersara sejak Krismas tahun lalu.

Ferguson dalam nada emosi menyifatkan setiap pemain dan penyokong setia United sebagai pengalaman menakjubkan yang dilalui dalam hidupnya.

“Terima kasih. Saya amat bertuah kerana berpeluang mengendalikan pemain terbaik dari negara ini. Mereka memenangi kejuaraan dengan cukup bergaya. Syabas kepada mereka.


“Persaraan ini tidak bermakna hidup saya bersama kelab ini telah berakhir. Sekarang saya akan dapat menikmati (menonton) perlawanan mereka bukannya menderita dengan mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan selamat tinggal kepada penyokong pada perlawanan terakhirnya bersama kelab itu di Old Trafford.

Sumber

Wednesday, May 15, 2013

10 Tips Membeli Tablet

Share

10 Tips Membeli Tablet

Bajet
Soalan yang sukar dijawab namun jika anda perlu memikirkan soal poket dan masih mahukan tablet, lebih baik jika membeli jenama yang berharga sekitar RM500 ke bawah namun perlu bersedia dengan beberapa kekurangan fungsi.

Anda perlu ingat, lebih murah, kurang pula spesifikasinya jadi bersedia untuk memperoleh tablet dengan saiz, pemprosesan dan kualiti skrin yang tidak seberapa.

Kalau anda bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi, anda boleh mendapatkan tablet yang disediakan dengan subsidi namun terikat pula bersama kontrak sekitar satu hingga dua tahun.

Bezanya, kalau anda bersedia menerima subsidi, tempoh kontrak sehingga satu hingga dua tahun sedikit membebankan tetapi anda boleh jimat hingga 40 peratus berbanding membelinya secara langsung dari kedai.


Berat dan Ketebalan
Pada kebiasaannya, tablet dianggarkan mempunyai berat sekitar 700g atau kurang manakala tahap nipisnya mampu menjang­kau hingga 8.0mm yang mana purata pengeluar menghasilkan sekitar 7.0mm saja.

Saiz yang bersesuaian untuk anda pastinya bergantung kepada tahap genggaman individu. Pastikan anda membeli tablet yang ringan dan boleh dimuatkan poket atau beg tangan tanpa mendatangkan masalah.

Berat dan ketebalannya mungkin agak subjektif tetapi jika anda memegang tablet anda untuk tempoh masa yang lama atau dalam satu tangan, anda pasti akan perasan tablet lebih berat selepas beberapa ketika.


Skrin
Antara faktor penentu dalam pembelian termasuk saiz skrin yang perlu dipertimbangkan apabila membuat keputusan membeli tablet terbaik untuk anda.

Terdapat dua saiz biasa iaitu tujuh inci dan 10 inci. Kalau anda individu yang mempunyai mata yang baik, tujuh inci sudah cukup.

Pada kebiasaan pengeluar tablet masa kini, format saiz skrin 1280 x 800 piksel mungkin format minimum.

Selain itu, ia turut berkait rapat dengan keselesaan anda memegangnya memandangkan perbezaan tiga inci sekalipun ada perbezaan ketara.


Pemprosesan
Boleh dikatakan, semua tablet berdasarkan teknologi pemproses ARM sama seperti hampir keseluruhan pemprosesan dalam telefon mudah alih.

Syarikat pengeluar menghasilkan versi mereka sendiri selain reka bentuk cip ARM dan kebanyakannya menawarkan kelajuan sekurang-kurangnya Dual Core bagi memproses data.

Sebaik-baiknya, pilih ciri di atas memandangkan ia akan mengoperasikan aplikasi dan grafik anda dengan lebih baik.

Kalau ikutkan kelajuan pemprosesnya, sila pilih tablet yang mempunyai kelajuan minimum 1.2GHZ.


Kamera
Pengeluar membangunkan kamera depan untuk fungsi panggilan video membolehkan anda menggunakan Skype atau aplikasi seperti Google Talk.

Fungsi kamera belakang pula sudah diketahui sebagai merakam foto atau video seperti telefon mudah alih, namun kebanyakan kamera tablet pada masa kini belum memiliki lensa kamera yang baik.

Namun begitu, terdapat kamera tablet mampu mengambil video definisi tinggi 720p, jadi periksa sama ada fungsi ini penting untuk anda atau tidak.


3G atau WiFi
Semua tablet menyokong WiFi membolehkan anda menyambungkannya ke rangkaian rumah anda atau ketika berada di kafe atau pejabat anda.

Walau bagaimanapun, tablet datang dalam dua versi. Jika anda mahukan 3G, ia membolehkan anda menempatkan kad SIM mudah alih yang memuatkan rangkaian Internet dan menggunakannya ketika bergerak.

Versi 3G lebih mahal dan anda juga perlu berdaftar dengan syarikat telekomunikasi yang ditetapkan secara kontrak.

Berita baik apabila kebanyakan kedai menawarkan tablet pada kadar subsidi seperti yang mereka lakukan dengan telefon pintar.

Kalau anda menggunakan tablet dengan 3G, biasanya langganan Internet sebulan dianggarkan dalam sekitar RM30 hingga RM250.

Periksa tabiat penggunaannya, kalau anda kerap berada di kawasan yang mempunyai liputan WiFi, tidak perlu membeli tablet dengan 3G.


Aplikasi
Apple App Store mempunyai aplikasi yang paling banyak setakat ini dengan lebih 700,000 aplikasi kini boleh didapati manakala Android mengejar hampir dari belakang.

Lain-lain sistem operasi (OS) mungkin jauh ketinggalan namun pastikan aplikasi yang anda mahukan bersesuaian dengan keperluan anda.


Sambungan ke TV 
Ada yang bertanya persoalan sama ada tablet boleh menyambung ke televisyen melalui kabel HDMI sekiranya anda mahu stream kandungan foto atau video pada tablet anda. Jika ia penting untuk anda, cari saiz penuh atau mini HDMI output yang boleh didapati pada pelbagai tablet.


Storan
Berapa banyak simpanan yang anda perlukan bergantung kepada apa yang anda mahu gunakan dengan tablet.

Saiz 16GB lebih daripada mencukupi untuk menyimpan beban muzik dan gambar tetapi aplikasi besar dan video HD memerlukan memori yang lebih banyak.

Jika anda tidak menyimpan banyak muzik atau video, saiz yang lebih kecil mungkin bersesuaian.

iPad tidak mempunyai slot kad memori tetapi banyak tablet lain mempunyai slot microSD/microSDHC, jadi anda boleh mengembangkan simpanan.


Sistem Operasi
Boleh dikatakan, terdapat pelbagai sistem operasi yang berbeza tersedia untuk tablet tetapi yang paling popular untuk tablet setakat ini adalah iOS dikeluarkan Apple yang terdapat pada iPad dan iPhone.

Android yang tersedia untuk pelbagai jenama pula seperti Samsung, Sony, Huawei, ASUS dan sebagainya.

Banyak tablet dikeluarkan sejak 2011 beroperasi pada Android 3.0 dan sekarang ia mempunyai versi sehingga Android 4.1 Jelly Bean.

Sistem operasi lain adalah pada tablet daripada Blackberry dan HP. Walaupun terdapat beberapa tablet yang beroperasi pada Microsoft Windows 8, ia masih sistem operasi yang merangkak namun boleh diberi perhatian, cuma ada kekurangan dari segi aplikasi.

Sumber

Tuesday, May 14, 2013

DUA PERAGUT MATI DI SEMBELIH ORANG RAMAI DI KL

Share


DUA PERAGUT MATI DI SEMBELIH ORANG RAMAI DI KL

Kuala Lumpur 14 Mei 2013, Nasib malang menimpa 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk Kampung Baru. Menurut saksi, Haji Hassan Bin Hussin 61, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua dua peragut itu telah membawa keluar sebilah parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu, akan tetapi sempat dihalang oleh jirannya. 

Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa apa barang yang berharga yang didapati pada peragut itu, salah seorang penduduk tempatan yang juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintahkan anak buahnya menyembelih kedua dua peragut ini, kaki peragut itu diikat dengan takbir yang bergema, dia telah menyembelih peragut itu tanpa rasa belas kasihan dan darah telah menyembur keluar, 

Orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu, kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan seekor lembu yang meragut rumput di sembelih untuk kenduri kahwin. 

Sekian terima kasih.

Thursday, May 9, 2013

Taktik Terbaru Penjenayah di Stesen Minyak?

Share

Taktik Terbaru Penjenayah di Stesen Minyak?

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.


Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia!

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam.

Tuesday, May 7, 2013

20 Tips Mudah Langsingkan Badan

Share

20 Tips Mudah Langsingkan Badan

Golongan wanita kini ramai yang mahu kelihatan langsing sehingga mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata mahu kelihatan langsing dan menarik.


Namun ramai yang kecewa apabila sudah banyak wang habis, tetapi tidak mendapat kesan seperti yang diharapkan. 


Di bawah ada beberapa tips untuk langsing yang anda boleh cuba: 

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 


2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan. 


3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan ketika di majlis itu. 


4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan. 


5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam. 


6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang. 


7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan. 


8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 


9. Jangan 'jadikan'diri anda gemuk dengan 'memenuhi' permintaan perut. Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari. 


10. Jika anda suka mengunyah ketika 'stres', inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi 'stres' tanpa melibatkan makanan. 


11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori. 


12. Jangan lupa untuk bersarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 


13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu 'hidup sihat'. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 


14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan ¬fikiran anda lupa pada snek malam. 


15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda. 


16. Tulis di atas sekeping kertas 'tutup selepas makan malam'. Tampalkan di pintu peti sejuk anda. 


17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis. 


18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan. 


19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet. 


20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Thursday, May 2, 2013

5 Mitos Deodoran dan Kanser Payudara

Share

5 Mitos Deodoran dan Kanser Payudara

Tidak dapat dinafikan, produk kosmetik dan penjagaan kulit mengandungi pelbagai bahan kimia. Justeru tidak hairanlah begitu banyak laporan tentang kesan buruk penggunaan produk-produk itu termasuk khabar angin yang mengatakan bahawa deodoran boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Adakah dakwaan itu benar? 


Usah ditelan bulat-bulat segala perkara yang anda dengar. Berikut, lima mitos tentang penggunaan deodoran dan antipeluh, yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak termasuk American Cancer Society.

1. Deodoran meningkatkan risiko kanser payudara.
Hampir tiada bukti saintifik yang menyokong mitos ini. Beberapa saintis pernah melakukan kajian pada tahun 2002 yang melibatkan 813 wanita yang menghidap kanser payudara dan 793 wanita sihat. Para saintis tidak menemukan kaitan antara risiko kanser payudara dengan penggunaan deodoran, atau dengan kebiasaan mencukur bulu ketiak.

2. Memakai deodoran selepas mencukur bulu ketiak akan menyebabkan bahan kimia berbahaya mudah menyerap ke dalam tubuh dan mengakibatkan kanser payudara. Jika anda mencukur dan secara tidak sengaja mencederakan kulit ketiak anda, kulit anda berisiko terkena jangkitan. Apabila kulit yang terluka atau terjena jangkitan disapu dengan deodoran, sudah tentu ia akan mengakibatkan kerengsaan pada kulit. Yang pasti, ia tidak menyebabkan kanser payudara. 

3. Deodoran mengandungi bahan kimia parabens yang mengakibatkan kanser. 
Kajian menunjukkan bahawa parabens mengandungi bahan yang serupa dengan hormon estrogen. Risiko kanser payudara memang meningkat sekiranya tubuh terdedah kepada jumlah estrogen yang banyak. Namun estrogen dalam parabens amat sedikit berbanding estrogen yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh kita. Fakta lain: parabens tidak hanya terkandung dalama deodoran, tetapi juga dalam syampu, losyen badan, pelindung mentari dan pelbagai produk solekan. Kajian lain juga menunjukkan bahawa parabens boleh dikesan dalam air kencing 99% manusia. Namun hingga kini, belum ada bukti yang parabens mengakibatkan kanser.

4. Antipeluh mengurangkan pengeluaran peluh sekali gus menghalang penyingkiran bahan toksin keluar daripada tubuh. Tubuh mengeluarkan bahan toksin yang berpotensi mengakibatkan kanser dengan bantuan buah pinggang dan hati, bukannya melalui peluh. Bahan-bahan berbahaya itu disingkirkan melalui air kencing dan najis. 

5. Bagi lelaki, risiko menghidap kanser payudara adalah lebih kecil kerana mereka tidak mencukur bulu ketiak justeru bahan-bahan kimia dalam deodoran tidak menyerap ke dalam kulit. Risiko lelaki menghidap kanser payudara adalah jauh lebih kecil berbanding wanita. Ini kerana tisu payudara lelaki adalah sedikit berbanding yang dimiliki oleh wanita. Tisu payudara wanita adalah 100 kali ganda lebih banyak justeru wajarlah risiko kanser payudara pada wanita pun 100 kali lebih tinggi. Satu lagi perkara yang menyebabkan perbezaan tingginya risiko kanser payudara ialah hormon. Jika seseorang lelaki mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi, dia berhadapan risiko lebih besar untuk menghidap kanser payudara -- bukan kerana bulu ketiak atau pun deodoran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive