Friday, June 28, 2013

Kenapa Manusia Perlukan Air?

Share


Kenapa Manusia Perlukan Air?

BERAPA gelas anda minum air setiap hari? Dua, tiga, empat atau lebih? Soalan tersebut memang kerap kita dengar terutama ketika berjumpa doktor atau pakar pemakanan.

Mungkin ada yang menganggap ia soalan remeh tapi sebenarnya ia amat penting untuk mengingatkan anda supaya minum lebih banyak air.

Kita selalu memperkatakan bahawa asas kepada kesihatan yang baik ialah diet makanan yang seimbang, senaman yang kerap, rehat, sentiasa gembira dan ketawa.

Pengambilan air juga merupakan salah satu daripada asas utama ini. Jika mahukan tubuh sihat, mungkin sudah tiba masanya anda memikirkan saranan pakar iaitu minum enam hingga lapan gelas besar air sehari. Fakta-fakta di bawah mungkin membuatkan anda mula memikirkannya.

Mengapa Tubuh Memerlukan ‘Bekalan’ Air Baru Setiap Hari?

Antara 55 peratus hingga 75 peratus berat badan adalah air. Air bahan kedua terpenting selepas oksigen yang diperlukan oleh tubuh. Berikut adalah antara sebab kenapa tubuh memerlukan air:

- Ia membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.

- Ia membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.

- Untuk menyelaraskan suhu badan 24/7.

- Memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran.

- Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh. Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air.

- Rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air (sistem penghadaman menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari).

Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan normal tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum. Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh mana individu tersebut mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca persekitaran.


Bagaimana Kita Boleh Kehilangan Air?

- Melalui pernafasan, perpeluhan dan penyingkiran (najis dan air kencing) tubuh anda kehilangan 1.7 liter setiap hari.

- Dalam cuaca panas, perpeluhan meningkat jadi lebih banyak air diperlukan bagi membantu menyelaraskan suhu bandan dan menjadikan anda berasa selesa.

- Ketika cuaca sejuk, lembapan tambahan hilang melalui pernafasan.

- Bagi setiap jam aktiviti fizikal atau bersenam, anda memerlukan tambahan 1-3 gelas air.

- Sistem haba berpusat memberi kesan kekeringan, jadi anda perlu minum lebih banyak air atau kurangkan suhunya.


Tahukah Anda?

Air adalah penahan selera secara semula jadi. Kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan, ini kerana otak tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga, jadi apabila anda fikir anda berasa lapar kemungkinan tubuh sebenarnya memerlukan air. Jadi minum segelas besar air sebelum anda makan kerana itu yang mungkin diperlukan oleh tubuh bukannya makanan seperti otak anda fikirkan.


Antara Simptom-Simptom Tubuh Memerlukan’ Air:

Pening
Salah satu fungsi utama air ialah membuang toksin dari tubuh. Otak manusia mengandungi 75 peratus air, jadi walaupun mengalami sedikit penyahhidratan boleh menyebabkan pening.

Letih/Lemah Tumpuan 
Jika tubuh mengandungi terlalu banyak toksin dan tidak cukup air untuk mengeluarkannya, anda akan berasa kurang bertenaga kerana tubuh bergelut dengan toksin.

Sembelit
Air melawaskan proses penyingkiran najis, jadi minumlah air secukupnya untuk melancarkan penyingkirannya.

Mengurangkan Pengeluaran Air Kencing/Air Kencing Kotor
Buah pinggang adalah penapis bahan-bahan buangan dari darah. Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari. Proses ini bergantung kepada bekalan air segar yang secukupnya, tanpanya pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor.

Mulut Berbau
Jika cecair tidak cukup di dalam mulut untuk membersihkan sisa-sisa makanan, bakteria akan membiak di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau.

Mulut Kering
Air liur merupakan bahan ‘pelincir’ mulut, penyahhidratan mengurangkan jumlah air liur.


Apakah Kesan Manusia Kekurangan Air?

Ketegangan Otot
Ini berlaku apabila tidak cukup oksigen sampai ke otot melalui pembuluh darah disebabkan tubuh tidak cukup air.

Kulit
Kulit yang tidak cukup air akan hilang keanjalan. Ujinya dengan mencubit kulit di belakang tangan ia akan terlepas dengan serta merta.

Mata
Mata cengkung dan kulit di sekeliling mata lembah menandakan penyahhidratan yang teruk.


Jadikan pengambilan air sebagai habit. Matlamat anda sekarang ialah untuk minum air secara kerap sepanjang hari. Bagi beberapa hari pertama mungkin anda akan berasa kerap ke tandas, ini kerana tubuh belum biasa dengan keadaan itu dan memerlukan masa untuk penyesuaian. Anda juga akan berasa berat badan berkurangan memandangkan simpanan air dalam tubuh menjadi berlebihan dan secara beransur-ansur anda melepaskannya.


Tetapi...Adakah air yang kita minum setiap hari adalah bersih? Bebas daripada bahan-bahan tercemar? Dari manakah sumber air yang kita minum setiap hari? Tunggu artikel seterusnya.

Wednesday, June 26, 2013

Kelebihan Spirulina Ketika Berpuasa

Share


Kelebihan Spirulina Ketika Berpuasa

Semasa kita berpuasa kita masih perlu melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sekiranya kita seorang pekerja, kita perlu kekalkan kecergasan fizikal untuk membolehkan kita melakukan aktiviti fizikal mahupun pergerakan biasa, selain perlukan tahap kewaspadaan dan kemampuan berfikir yang optimum untuk meneruskan kerja-kerja harian.

Bagi anak-anak yang berpuasa, kebanyakan daripada mereka berada di bangku sekolah atau sedang belajar, di mana kecerdasan mental dan fizikal sangat penting untuk membolehkan mereka menumpukan kepada pelajaran di dalam kelas mahupun aktiviti luar darjah. Oleh yang demikian, mengekalkan pengambilan makanan yang sihat dan mencukupi sangat penting untuk semua golongan untuk meneruskan aktiviti masing-masing.




Pengambilan spirulina telah memberi manfaat kepada berjuta orang sejak berabad lamanya. Apabila merujuk sejarahnya, spirulina yang tergolong dalam kategori alga hijau kebiruan ini menyimpan kekayaan zat yang sukar ditandingi oleh makanan semula jadi lain yang membolehkannya kekal mendapat gelaran 'super food'. 

Spirulina merupakan sumber protein yang unggul, beta karoten, vitamin B, mineral, klorofil dan enzim. Ia turut mengandungi asid gama linolenik (GLA) serta merupakan antara sumber zat besi semula jadi terbaik bersama dengan mineral-mineral penting lain seperti kalsiu, magnesium dan zink.




Mereka yang berpuasa tentunya boleh memperolehi manfaat dengan pengambilan spirulina. Apabila berpuasa, terutamanya bagi mereka yang tidak mengamalkan pengambilan seimbang, kekurangan pengambilan makanan boleh menyebabkan daya konsentrasi yang lemah serta kekurangan sesetengah zat. Spirulina boleh diambil semasa bersahur boleh membantu mereka yang berpuasa lebih tenaga sepanjang hari untuk mengekalkan ketahanan dan prestasi waktu siang hari.

Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti tahap kolesterol yang tinggi serta berlebihan berat badan, bulan puasa merupakan kesempatan yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja demi membaiki masalah kesihatan. 

Spirulina turut disarankan pengambilannya di kalangan mereka yang ingin mengawal berat badan. Kekurangan pengambilan makanan boleh menyumbang kepada keletihan mental dan fizikal. Dengan itu, pengambilan bukan sahaja boleh membantu menampung kekurangan nutrien tertentu yang penting kesejahteraan tubuh, tanpa kolesterol, tetapi dalam masa yang sama membantu mempertingkatkan proses detoksifikasi tubuh.



"Spirulina bagus untuk sumber nutrien semasa berpuasa & berdiet, ia amat bagus sekali kerana ia membantu membersihkan saluran usus & juga mengendurkan otot licin dlm usus besar" - Dr. Christoper Hills, Ph.d., D.Sc."


Pengambilan Spirulina tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja, malah tidak terkecuali untuk:

Warga Tua
Kebanyakan daripada mereka tidak dapat menyerap dan mengguna sepenuhnya nutrien penting dalam makanan harian. Spirulina dengan sel dinding yang lembut, lebih mudah dicerna, diserap dan diguna oleh badan.

Individu yang sibuk bekerja/golongan pekerja
Golongan ini biasanya kurang mendapat hidangan makanan seimbang dan berkhasiat sama ada akibat kesibukan masa.

Kanak-kanak
Spirulina kaya dengan sumber protein, sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Mereka yang sedang pulih daripada kecederaan
Spirulina membantu memperbaiki sel dan mempercepat proses pemulihan.

Golongan atlet/aktif secara fizikal
Spirulina membantu membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal.



Adakah Elken Spirulina ini selamat dimakan ?

Laporan-laporan kajian telah membuktikan bahawa Spirulina tidak mendatangkan kesan sampingan atau kesan keracunan terhadap manusia.

Elken Spirulina dijamin kualitinya. Antara pengiktirafan, pengesahan dan anugerah yang diterima:

1. Pensijilan JHFA oleh Persatuan Makanan Dan Makanan Berkhasiat Jepun

2. Anugerah Emas oleh Persatuan Pemakanan Kesihatan Taiwan

3. Anugerah Bioteknologi Antarabangsa & Kualiti Penjagaan Perubatan

4. Anugerah Berlian Emas oleh Persatuan Pengguna Taiwan

4. Sijil Makanan GMP

5. Disijilkan ISO14001 oleh SGS, UK

6. Disijikan Halal oleh Jabatan Pembangunan Islamik Malaysia (JAKIM)

7. Dikilangkan oleh kilang yang disijilkan EN ISO 9001:2001 dan Loji GMP

8. Disijilkan Bebas Mikrosistin oleh Sains Perikanan, Universiti Antarabangsa Taiwan

9. Sijil Organik oleh Persatuan Perniagaan Pertanian Organik China




Harga: 

1. 300 tablet per packet - RM108 WM / RM110 EM
(Harga ahli RM92 WM / RM 94 EM)

2. 500 tablet per bottle - RM176 WM / RM179 EM
(Harga Ahli RM157 WM / RM161 EM)

3. 1200 tablet per bottle - RM391 WM / RM400 EM
(Harga ahli RM355 WM / RM 363 EM)

4. 3000 tablet per bottle - RM796 WM / RM799 EM
(Harga ahli RM721 WM / RM729 EM )


Untuk tempahan atau pertanyaan berkaitan Elken Spirulina boleh hubungi saya:

Ejen Elken berdaftar

H/P: 017-3357247 (Zuar) 

Email: zuarxpdc@gmail.com. 

Untuk register sebagai ahli dan membuat pembelian secara online klik sini






Friday, June 21, 2013

Kisah Benar: Pengalaman Membersihkan Kerajaan Langit

Share


Kisah Benar: Pengalaman Membersihkan Kerajaan Langit

Kisah Benar: Pengalaman Hj Lokman ‘Membersihkan’ Jin Di Kawasan Ayah Pin | Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama…

Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah PinRamai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.

Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Lokman
19 November 2010

Tuesday, June 18, 2013

Kisah Tragis Rundingan dan Pencerobohan Lahad Datu

Share

Kisah Tragis Rundingan dan Pencerobohan Lahad Datu


KEJAYAAN kerajaan menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas di Daerah Lahad Datu, Sabah melalui pasukan keselamatan dipimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar dikagumi.

Di sebalik kejayaan itu, terpahat 1001 kisah pahit selain mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, PDRM menghadapi pelbagai kerenah dan permintaan tidak masuk akal pengganas.

Mahu dirinya diiktiraf sebagai ‘King of Borneo’, itu antara tuntutan yang disuarakan Ketua Pengganas, Agbimudin Kiram susulan rundingan tiga hari dengan PDRM.

Sinar Harian berkesempatan bertemu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib yang berkongsi pengalaman sebelum dan ketika serangan ke atas pengganas dilancarkan. Ikuti temubual khas bersama wartawan Sinar Harian, di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Sabah.

Bolehkah Datuk ceritakan dari awal bagaimana krisis pencerobohan Lahad Datu bermula serta langkah-langkah penyelesaiannya? 

Saya menerima laporan berkenaan pencerobohan Lahad Datu pada pagi 12 Februari lalu mengatakan sekumpulan orang bersenjata mendarat di Kampung Tanduo.

Saya menghubungi Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsudin Mat untuk mengesahkan perkara itu dan beliau memaklumkan kepada saya bahawa 60 hingga 80 orang mendarat di kampung itu. Sesetengahnya memakai jubah, seragam serta ‘half uniform’.

Setelah mendapat tahu perkara itu dan selepas disahkan oleh Ketua Polis Daerah Lahad Datu, apa tindakan Datuk seterusnya? 

Saya arahkan pegawai saya membuat laporan berhubung perkara ini serta menghubungi Komander Briged Sabah, Datuk Ahmad Marzuki untuk mengepung kawasan berkenaan serta menggerakkan Eastern Command.

Petang itu juga saya kumpulkan semua ketua-ketua jabatan untuk membincangkan perkara ini dan perkara pertama adalah mencari satu kod operasi yang mana nama Ops Sulu dipersetujui.

Kita telah gerakkan Ops Sulu dan kumpulkan segala maklumat yang ada. Saya juga arahkan agar Ketua Cawangan Khas untuk sahkan maklumat yang diterima, Komander Briged Sabah mengepung kawasan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) wujudkan pasukan siasatan serta melantik seorang perunding.

Langkah seterusnya adalah memaklumkan pihak Bukit Aman operasi yang dilaksanakan.

Bagaimana perjalanan rundingan antara polis dengan pihak penceroboh? 

Saya bertindak selaku pegawai pemerintah dalam operasi ini dan dimaklumkan oleh perunding bahawa mereka dapat bertemu dengan pihak penceroboh yang diketuai oleh Agbimudin Kiram.

Pertemuan dengan pihak penceroboh diadakan sebanyak tiga kali iaitu 14, 15 dan 16 Februari. Bagaimanapun proses rundingan sebenarnya bermula sejak hari pertama, iaitu pada 12 Februari melalui telefon. 

Boleh Datuk ceritakan, daripada proses perbincangan itu, apa yang Agbimudin mahukan? 

Antara dituntut Agimudin adalah mahu gerombolannya dikenali sebagai ‘Royal Sulu Force’ dan bukan sebagai pihak mewakili Abu Sayaf atau Moro Islamic Liberation Front (MILF). Agbimudin juga menuntut agar orang Sulu tidak diusir keluar dari Sabah di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI). Perkara ini kita boleh tunai kerana proses RCI belum habis.

Seterusnya dia minta menemui seorang personaliti dan memaklumkan personaliti itu ada di Kota Kinabalu. Kita cari dan berjaya temui dengan harapan apabila berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.

Apakah pihak datuk berjaya temui personaliti itu dan apa keputusan Agbimudin selepas itu? 

Kita jumpa personaliti itu dan bawa orang ini masuk berjumpa Agbimudin.

Selepas itu dia minta berjumpa abangnya, Ismail Kiram. Untuk usaha ini kita juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina berjumpa dengan Agbimudin. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka, namun dia tetap tidak mahu beralah.

Selain itu, apa lagi tuntutan diajukan oleh Agbimudin Kiram? 

Dia mahu kita iktiraf dia sebagai ‘King of Borneo’. Saya cakap dengan dia, sedangkan Kerajaan Filipina tak iktiraf dia sebagai 'King of Borneo', mustahil kita boleh iktiraf apa dia mahu.

Pelbagai usaha kita buat. Kita panggil isteri dia, anak dia dan libatkan Kerajaan Filipina tapi masih degil.

Selepas rundingan dan segala usaha gagal. Selaku pegawai pemerintah, adakah Datuk rasa sudah sampai masa serangan dilakukan? 

Kita boleh serang, tapi ini bukan cara Malaysia. Kita tak nak ada pertumpahan darah dan ambil keputusan teruskan usaha rundingan melalui telefon.

Keadaan memang tegang ketika itu. Proses rundingan terus berjalan dan saya dipertanggungjawabkan kerajaan Malaysia buat sidang akhbar setiap hari. Memang sukar dan akhirnya selepas 20 hari proses rundingan berlangsung, kerajaan Malaysia arah serangan dilakukan.

Adakah pihak polis beri sebarang amaran kepada penceroboh sebelum serangan dilancarkan?

Dua hari sebelum serangan dilakukan, kita beri amaran kepada mereka. Kita jatuhkan risalah menggunakan helikopter dua hari berturut-turut sebelum serangan untuk meminta penceroboh serah diri. Risalah itu guna tiga bahasa iaitu Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Sulu.

Pada masa itu, beberapa anggota penceroboh yang takut mula menyusup keluar dari Kampung Tanduo dan kita berjaya menahan mereka. Namun sebahagian besar masih bertahan di dalam kampung itu.

Boleh Datuk ceritakan bagaimana pertempuran bermula? 

Pada hari pasukan keselamatan sepatutnya sampai, kita telah ketatkan kawalan di semua penjuru.

Apabila pasukan Vat69 masuk mereka terserempak dengan sekumpulanpengganas dan mereka diminta menyerah. Kerana pengganas enggan menyerah, terjadilah pertempuran menyebabkan dua anggota VAT69 meninggal dunia, manakala 15 pengganas ditembak mati.

Masa kejadian saya memang berada di situ dan bila terima berita anggota kita terkorban, saya memang rasa sedih, marah dan geram. Kalau anda berada di situ sebagai ketua ketika itu, anda juga turut rasakan perasaan sama.

Tapi kita tak nak sebarang tekanan dan serang pada hari itu sebab kita nak serang pada keesokan harinya. Kita nak elak bertempur pada Jumaat kerana kita tahu semangat mereka lebih tinggi pada hari itu, namun tidak dapat dielak. Kita terpaksa juga melaksanakan gerakan ofensif dan berjaya tembak mati 15 pengganas.

Pertempuran di Kampung Simunul pula enam pengganas maut. Boleh ceritakan bagaimana pertempuran di situ boleh berlaku?

Sebenarnya pusat persembunyian pengganas Sulu ini berada di Simunul, namun seperti kita tahu, ia merupakan sebuah kampung air. Anggota kita masuk seramai 25 orang dan berpecah kepada tiga kumpulan.

Satu kumpulan berjaya tangkap enam pengganas dalam sebuah rumah, satu kumpulan lain berada tidak jauh dari rumah itu dan berlindung di rumah lain. Manakala satu kumpulan berjaya selamatkan diri.

Untuk selamatkan mereka, kita gerakkan Unit Tindakan Khas (UTK) membantu dan selepas 22 jam kita berjaya keluarkan keduadua kumpulan. Dalam kejadian itu, enam pengganas ditembak mati manakala enam anggota kita terkorban.

Sepanjang Op Daulat, adakah Datuk sentiasa berhubung dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan bagaimana keadaan Datuk ketika itu?

Saya bernasib baik kerana Tan Sri Ismail yang bertindak sebagai penasihat operasi turut bersama saya di Felda Sahabat. Begitu juga dengan Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkefli Zainal Abidin, keadaan ini membolehkan kami mengadakan perbincangan setiap hari dan ketika itu sememangnya masa saya cukup padat. 

Saya hanya tidur empat jam dan kami dapat dengar setiap bunyi tembakan serta apa sahaja yang berlaku dari Felda Sahabat yang hanya 20 kilometer dari tempat operasi. Ketika ini saya kagum dengan kecekalan serta keberanian anggota VAT69.

Walaupun ada anggota gugur semasa operasi. Mereka masih mampu hantar laporan serta berbincang langkah yang perlu diambil.

Bagaimana Datuk bawa diri sepanjang berada di tempat operasi? 

Saya berada di situ lebih 20 hari rasanya dan sepanjang tempoh itu, saya nikmati makanan bersama mereka. Tiada layanan khas. Antara menu paling lazat bagi saya ketika itu adalah nasi berlauk ikan sardin dan cucur tepung.

Kadang-kadang bila berkesempatan balik ke Kota Kinabalu sekejap, saya belikan burger atau lain-lain makanan untuk semua anggota dan bawa ke tempat operasi guna helikopter. Bukan senang jadi polis dan bayangkan bila anggota terpaksa makan dalam gelap, serta terpaksa makan sambil perhati pergerakanmusuh dalam hutan dengan sebelah tangan Hamza pegang senjata.

Pada pandangan Datuk, adakah pengganas ini terlatih dan bagaimana pula khabar angin mengatakan mereka kebal?

Tidak dinafikan mereka cukup terlatih dalam peperangan, bersemangat tinggi dan mereka datang ke sini untuk mati. Berkenaan kebal, susah untuk saya kata ya atau tidak.

Namun saya tidak menafikan perkara itu. Memang tidak dapat disangkal bila kita periksa mayat pengganas, hampir kesemuanya memakai tangkal.

Apa nasihat Datuk kepada anggota atau lontaran kata-kata motivasi ketika menghadapi situasi itu?

Saya nasihatkan mereka, walau apapun berlaku kita percaya kepada kuasa ALLAH, kuatkan semangat, sentiasa solat dan tabah. Jika sampai masa mereka (pengganas) mati, sama ada kebal atau tidak mereka tetap akan mati. Saya juga berpesan kepada setiap anggota bahawa kita berjuang demi mempertahankan negara dan jangan gentar hadapi musuh.

Bagaimana isteri dan anak-anak Datuk menghadapi situasi ini?

Mereka cukup tabah, tapi saya kasihan melihat isteri saya (Datin Alauyah Mohamed) yang semakin susut berat badannya kerana sentiasa risau tentang keselamatan saya.

Saya sentiasa hubunginya dan sering katakan selagi dia nampak saya di televisyen, bermakna saya selamat.

Empat anak saya pula sentiasa hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya untuk ketahui perkembangan diri saya sepanjang operasi.

Adakah insiden pencerobohan ini pengalaman paling mencabar?

Sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam PDRM, inilah pengalaman saya paling mencabar. Saya juga akui saya sangat takut PRU13 gagal diadakan di Sabah berikutan insiden ini. Bayangkan jika berlaku pengeboman semasa proses pengundian berlangsung, pasti ramai rakyat di sini takut keluar mengundi.

Bagaimanapun, syukur semua berjalan lancar dan 80 peratus rakyat Sabah keluar mengundi 5 Mei lalu.

Adakah insiden pencerobohan ini merupakan insiden tidak disangka akan berlaku ke atas negara kita? 

Sebenarnya saya memang menjangkakan serangan ini akan berlaku dan kerana itulah kita bentuk Eastern Command, iaitu sistem pertahanan yang melibat polis di sekitar Malaysia Timur. Saya akan pastikan mesyuarat Eastern Command ini diadakan secara kerap bagi memastikan tiada ancaman.

Seperti sedia maklum kawasan Malaysia Timur sentiasa terdedah dengan serangan pihak luar dan kawasan ini juga terdedah dengan aktiviti pelanunan. Oleh itu, setiap pegawai yang menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Apa perasaan Datuk bila ada pihak katakan insiden ini satu sandiwara dan berterusan politikkannya?

Geram bila memikirkannya, saya tak nampak macam mana insiden ini boleh dikatakan sandiwara. 73 musuh maut bukan satu mainan. 10 anggota keselamatan yang terkorban, perasaan keluarga, anak dan …apa faedah kita nak kata ini satu sandiwara? Ramai menyangka Op Daulat telah selesai sedangkan ia masih berjalan hingga kini namun dalam skala lebih kecil. Saya juga yakin Sabah ketika ini berada dalam keadaan aman dan selamat.

Tuesday, June 11, 2013

Berbaloikah Beli Samsung Galaxy S4?

Share

Berbaloikah Beli Samsung Galaxy S4?

Setelah menempa nama dengan model-model meletup sebelum ini, Samsung sudahpun mengeluarkan Samsung Galaxy S4 kepada pengguna tempatan dengan harga pasaran sebanyak RM2,199.

Sebelum kita ke kedai atau menempah telefon ini menerusi syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi atau U Mobile, cuba tanya diri sendiri, adakah berbaloi untuk membeli telefon baru Samsung ini? Blog ini akan cuba menjawab persoalan anda di akhir artikel selepas beberapa penerangan mengenai spesifikasinya.



Perbandingan Galaxy S4 dengan model lain

Ini adalah siri telefon pintar yang terbaru dari Samsung yang diikuti dari Note ke Note 2 dan Galaxy S3. Ciri-ciri yang terdapat padanya dilengkapi dari keluarga Galaxy dengan tambahan ciri dan teknologi yang terbaru.


Aplikasi S Translator

Kita mulakan dengan apa yang tidak berubah, iaitu rekabentuk, saiz tidak banyak beza dengan Galaxy S3. Sedikit nipis yang menampakkan kesesuaian dengan skrin 5 inci. Bahagian sisi pula diratakan berbanding Galaxy S3 menjadikan lebih selesa dalam genggaman.

Ok, tapi masih ada kekurangannya, rekaan GS4 masih dirasakan seolah-olah bukanlah telefon pintar yang premium. Ianya masih direka dengan plastik, OK, plastik yang premium tetapi tahan lasak. Jadi bila tangan anda mudah berpeluh, mungkin kurang selesa. Ya, rekabentuk ergonomik mungkin menjadi pilihan Samsung. Ciri rekabentuk lain jelas menunjukkan, ianya hanya kurang premium jika dibandingkan dengan iPhone dan HTC One. Samsung percaya pengguna akan terlepas pandang kekurangan tersebut. Apalah agaknya rekabentuk Galaxy S5 nanti kan?

Jika bercakap tentang skrin, Samsung memang pandai menghasilkan kekuatan AMOLED iaitu skrin yang terdapat pada GS4 tersangatlah menarik. Ia dilengkapi Super Amoled HD yang mana sangat terang, kurang tepu warna, (ok, tak faham? Saturation!) yang menjadikan skrin ini mantap.


Mudah dipegang

Kamera pula merupakan satu langkah yang besar bagi Samsung. Ia adalah kamera yang terbaik dalam keluarga Android, setakat ini. Fokus yang cepat, pemproses imej yang mantap dan tajam. Kamera GS4 terlalu banyak ciri yang dimuatkan. Macam-macam anda boleh buat. Anda boleh ambil gambar dan muatkan audio didalam photo tersebut. Anda boleh padam photo 'bomber' dengan menggunakan mode Eraser. Anda boleh merakam foto panorama dan membuat animasi foto terus dari mod yang sedia ada. Dan kepada jurugambar yang sering tiada didalam gambar, anda boleh menggunakan kedua-dua kamera sekaligus untuk merakamkan semua subjek, termasuk anda! Walaupun tidak sebagus kamera yang sebenar, tetapi GS4 sudah menghampirinya. Dan ciri tambahan yang banyak hingga tidak masuk akal.



Mod Dual Shot untuk rakaman depan dan belakang sekaligus

Samsung Galaxy S4 juga mempunyai fungsi dua kamera sekaligus. Kamera depan dan kamera belakang beroperasi pada satu masa dengan beberapa pilihan template bagi kotak depan dan 'background'. Contohnya, kamera depan merakam gambar anda dan kamera belakang merakam gambar persekitaran. Empat langkah mudah menggunakan ciri ini ialah aktifkan fungsi, sentuh dan leretkan untuk menggerakkan kotak kamera depan, pilih template dan terus rakam.

Iphone 5 vs S4 vs HTC One

Tambahan satu lain ialah rakam foto dan bunyi pada masa sama. Contoh mudah, pilih mod kamera, pilih fungsi 'Sound&Shot' dan rakam foto pegun serta suara. Tujuannya, kalaulah anda mahu hantar foto kepada orang tersayang, boleh hantar juga pesanan suara anda dalam foto tersebut.

Cipta Group (kumpulan rakan atau keluarga) seakan Whatsapp atau BBM tetapi anda boleh memasang muzik, berkongsi video atau foto, dokumen atau bermain game. Katakan seorang rakan dalam Group anda menghantar muzik, kesemua rakan lain boleh mendengarnya serentak. Terhad kepada lapan orang dan berada dalam lingkungan wifi terdekat saja. Anda boleh menetapkan kata laluan pada masa sama jika tidak mahu Group lain mendengar/lihat/kongsi apa yang anda lakukan dalam Group anda. Tetapi, muzik yang anda dengar tidak boleh disalin berikutan masalah cetak rompak yang berlaku.



Aplikasi S Translator, berbeza daripada Google Translate. Jauh berbeza, kalau anda berada di luar negara, asalkan mempunyai data, anda boleh boleh alih bahasa dengan meminta orang yang sedang bercakap dengan anda untuk 'bercakap' dengan telefon dan ia akan menterjemahkan perkataan tersebut ke bahasa yang ada fahami. Dalam kes ini, bahasa Inggeris yang paling hampir. Contoh, anda ke China dan ingin memesan roti, hanya taip dalam bahasa Inggeris dan ia akan menterjemahkan dalam perkataan kemudian menyebutnya dan apabila pekedai membalasnya, suaranya akan diterjemahkan semula ke dalam perkataan.

Manakala Air View seakan sama dengan apa yang ada dalam Note 2, anda tidak perlukan S Pen untuk menyentuh skrin secara langsung, dengan S4, hanya gunakan jari saja. Sensornya berada di sudut atas telefon. Boleh berfungsi untuk S Calendar atau Gallery atau menjawab panggilan. Misalnya, anda sedang makan nasi dan tidak mahu mengotorkan skrin, gunakan Air View untuk leretkan di berhampiran skrin untuk menjawab panggilan. Ia antara contoh kepada rakyat Malaysia yang menggunakan tangan untuk makan ya!


Kesimpulan:

Pengguna yang pertama membeli telefon pintar: S4 sangat berguna!

Pengguna yang ingin menukar telefon secara suka-suka: Anda tidak perlukan S4!

Pengguna yang pentingkan kamera: S4 memang secocok dengan anda!

Pengguna yang ingin beli S4 tetapi tiada bajet: Lupakan saja S4!

Pengguna yang mahukan telefon yang tidak besar dan tidak kecil: S4 memang padan dengan anda!

Korang berada dalam kategori mana?


Friday, June 7, 2013

Misteri Lebuhraya KM20.6 Kulim

Share

Misteri Lebuhraya KM20.6 Kulim

KULIM - Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.

Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalanganbagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.

Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.


Anggap Kawasan Puaka

KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.

Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.

Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu ‘inginkan’ mangsa.

“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

“Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.

“Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.


Makhluk Halus Merangkak

Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.

Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.

“Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.


Masih Jadi Tanda Tanya

Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.

Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.

Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.

Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.

Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu. Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.


Thursday, June 6, 2013

Job Vacancy 2013 Marketing & Creative Designer

Share

Job Vacancy 2013 Marketing & Creative Designer


DIGIPHOTO ENTERTAINMENT IMAGING SDN BHD is a leading provider of on-location souvenir photographs with operations in UAE, Singapore, Malaysia, Bahrain, Kuwait, Oman, India, and Indonesia. 

Position: Marketing & Creative Designer 
Region: Malaysia 
Salary: RM 5,000

Position: Overview
Reporting to the Director Business Development, the role is responsible for handling projects in the Far East region (mainly Malaysia/Indonesia) for Digiphoto Entertainment Imaging (DEI) sites in the markets that we operate in.

Responsibilities:
- Design and prepare presentations and graphics for the Sales Team to be presented to the clients.
- Work with DEI’s team on existing clients and potential prospects. 

Skills and Specifications:
- Skilled in creative technologies on the Apple Macintosh, Adobe Photoshop, Illustrator, Excel, PowerPoint Presentation, Web Design with Flash/Animation, Word Documents and Outlook skills.
- A valid driving license would be an advantage.
- Good verbal and written communication skills.
- Assertive, yet pleasant disposition and attitude.
- Capability to handle multiple tasks/projects while adhering to deadlines.
- Enthusiastic about working in a quick changing, fast-growing environment.
- Should be willing to travel if required within the Middle East regions, Far East Asia and South East Asia for trainings.
- Applicants must be willing to work in Petaling Jaya.

Education and Qualification:
- Graduate with 5 years experience in Graphic Designing/Marketing


Interested candidates please e-mail your complete resume to:

Company Address:
DIGIPHOTO ENTERTAINMENT IMAGING SDN BHD
21.02, Level 21, Menara AmFIRST, No.1 Jln 19/3, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Website: 


Pelancaran Jersey Baru Man United 2013/2014

Share












Smart tapi simple.:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive