Tuesday, July 30, 2013

Kerja Kosong Part Time atau Full Time 2013

Share


Kerja Kosong Part Time atau Full Time 2013

DIGIPHOTO ENTERTAINMENT IMAGING SDN BHD adalah sebuah syarikat pembekal perkhidmatan cenderamata gambar terkemuka berpengkalan di Dubai yang menjalankan operasi perkhidmatan di UAE, Singapura, Malaysia, Bahrain, Kuwait, Oman, India dan Indonesia, United Kingdom, Maldives dan Thailand.


Partner in Malaysia:
- Genting Skyway Upper and Lower
- Ripley`s Museum Genting
- Snow World Genting
- Indoor and Outdoor Genting
- Menara Taming Sari Melaka
- Melaka River Cruise
- KL Tower
- KLCC
- Sunway Lagoon
- Sunway Pyramid Icerink
- Langkawi Cable Car
- Wildlife Bird Park Langkawi
- Petrosains KLCC
- I-City (New Site)

JAWATAN: 

PHOTOGRAPHER/GUEST ASSOCIATE/PROMOTER/CASHIER

- Lelaki/Perempuan
- Kelayakan minima SPM dan berumur tidak lebih 30 tahun
- Pengalaman berkerja tidak diperlukan
- Boleh berkerja lebih masa jika diperlukan
- Jawatan untuk separuh/sepenuh masa
- Gaji RM1000 - 1200 + OT + Insentif (Sepenuh Masa)
- Gaji RM5.00 - RM6.00/jam + Insentif (Separuh Masa)
- Lokasi kerja: Sunway Lagoon/Genting Highland/Langkawi/Melaka/KL Tower/KLCC/I-City
- Untuk lokasi di Genting hostel disediakan
- Uniform juga disediakan

Tarikh:
Isnin - Jumaat (Ogos 2013)

Masa: 
10.00 pagi - 4 petang

Tempat: 
DIGIPHOTO ENTERTAINMENT IMAGING SDN BHD
21.02, Level 21, Menara AmFIRST, No.1 Jln 19/3, 46300 Petaling Jaya, Selangor
(Bersebelahan British American Tobacco)


Sebarang pertanyaan sila hubungi:03-79609436 (Azuar)

Email: 
muhamad.azuar@digiphotogulf.com

Website: 

Friday, July 26, 2013

Punca, Rawatan dan Petua Elakkan Buasir

Share


Punca, Rawatan dan Petua Elakkan Buasir

Apa itu Buasir?

Penyakit buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir .

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang keras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur terbabit akan membengkak.

Kemudian, ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesan apabila dikesat dengan tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, namun pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya disebabkan buasir, tetapi boleh menjadi petunjuk kepada pe­nyakit lain yang lebih serius seperti kanser kolorektal.




Peringkat Buasir:

- Peringkat pertama membabitkan buasir yang mengalami pendarahan, tetapi ia tidak menonjol keluar.

- Peringkat kedua berlaku apabila buasir menonjol keluar ketika buang air besar, tetapi masuk kembali dengan sendirinya.

- Peringkat ketiga buasir keluar ketika atau selepas buang air besar dan hanya hilang (masuk kembali) apabila ditekan atau ditolak dari luar.

- Peringkat keempat (kronik) apabila buasir sentiasa berada di luar hingga menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian.

“Untuk peringkat paling kronik mungkin pembedahan adalah pilihan terbaik, tetapi kini ada banyak cara boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan ketika ‘menghilangkan’ buasir serta mempercepatkan penyembuhan.



Punca Buasir:

- Duduk untuk jangka masa lama.

- Sembelit 

- Cirit-birit yang kronik.

- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama.

- Batuk yang teruk.

- Bersalin.

- Mengangkat berat.

- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.

- Kekurangan serat dalam pengambilan makanan. 




Petua Elakkan Buasir:

- Minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.

- Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.

- Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. (Makan Spirulina yang kaya dengan serat dan kandungan Spirulina merangkumi satu piramid makanan)

- Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar. 

- Elakkan memakan makanan yang boleh me­nyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah. (Minum Lactose-S untuk mencuci usus yang kotor)

- Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.

Saturday, July 20, 2013

Rumah Sewa Murah Untuk Orang Muda di KL

Share

Rumah Sewa Murah Untuk Orang Muda di KL

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menyediakan perumahan khas untuk golongan muda yang baru bekerja di Kuala Lumpur, kata menteri berkenaan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata beberapa kawasan dikenal pasti untuk penempatan itu, antaranya di Keramat, Bukit Bintang, Kampung Kerinchi, Sentul, Hartamas, Bukit Kiara dan Segambut.

"Kementerian menyedari masalah golongan muda yang sukar mendapatkan rumah sewa berdekatan tempat kerja, dan terpaksa berulang-alik berjam lamanya.

"Kita tidak mahu timbul mental stress di kalangan mereka kerana masalah ini," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah di sini, hari ini.

Beliau berkata perumahan khas atau 'council home' yang akan dimiliki dan diselenggara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu juga bakal dibina
berdekatan kemudahan pengangkutan awam.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata Flat San Peng di Jalan Hang Tuah yang berusia lebih 50 tahun akan dibangunkan semula dengan penempatan yang lebih selesa dan sesuai untuk penghuni.

"Dengan pembangunan semula ini, jumlah unit rumah dapat ditambah, sekaligus memberi penempatan kepada 10,000 orang berbanding 4,800 orang ketika ini," katanya.

Beliau berkata pembangunan semula flat itu mungkin akan dijalankan dengan kerjasama pihak swasta.

Terdahulu pada majlis itu, Tengku Adnan menyampaikan sumbangan wang dan pakaian kepada 200 anak yatim dan warga emas sekitar Parlimen Bukit Bintang.

Beliau turut menyampaikan sumbangan wang berjumlah RM10,000 kepada Masjid Al-Bukhary untuk kerja menaik taraf masjid berkenaan. - Bernama


Friday, July 19, 2013

Letihnye Berpuasa......

Share


Letihnye Berpuasa......










Penat tahan lapar sambil tunggu waktu berbuka lambat sangat sampai tetido. Agaknya tak bangun sahur ni..Tak pun mesti buat qiammullail semalam penat sangat. Harap-harap dapatla malam lailatulqadar kan..hehe.Enjoy this pictures...


Thursday, July 18, 2013

Cerita Di Bulan Puasa

Share



Cerita Di Bulan Puasa

Di beleknya jam di tangan, baru pukul 1 petang...Lebih kurang 6 jam lagi sebelum tiba waktu berbuka. Samad berdiri, tak sedar yang kain pelikat terlucut jatuh kebumi. Dengan perlahan dia merayap ke dapur...Di buka peti sejuk...Gugusan angin dingin keluar dari peti ais tu..... Samad menutup mata sambil menikmati kedinginan udara dari peti ais tersebut. Sambil mencari sisa-sisa makanan yang ada matanya terpandang sekotak Koko Crunch di dalam peti ais tu.

Entah kenapa tiba-tiba seleranya terbuka...Dia terpaku sejenak... Padahal dah sebulan Koko Crunch tu dok dalam peti ais. Perutnya berbunyi.....Memberontak minta diisi. "Arghhhhhhh sesungguhnya aku berpuasa!" Jerit Samad di dalam hati sambil menutup erat pintu peti ais tersebut.

Untuk melepaskan keboringan yg teramat sangat, Samad baring di atas sofanya...Sekali lagi dibelek jam ditangan... pukul 1.15 minit petang..."Mak Aiii!! baru 1:15??" Jeritnyer di dalam hati. Mengapa hari ni berlalu begitu lambat sekali?? Untuk mengisi masa, Samad buka cerita Hindustan... Sekurang kurangnya 2 3 jam boleh lepas. Sepanjang melihat cerita Hindustan tu, ada lebih kurang 28 kali Samad membelek jam tangannya. Perutnya semakin menjerit..... tekaknya semakin perit. Dah lebih 100 kali dia kentut.. Muka sampai naik biru.

Enam setengah petang!.. Ye ye yeee.. Semangat Samad melonjak keriangan. Lagi beberapa minit pucuk dicita ulam mendatang... Samad dah plan apa yang nak dicekup dulu. Ya...Koko Crunch kat dalam peti ais tu dan satu jag air bandung yang dah ready atas meja. Sambil berbaring sambil mendengar radio..... Samad terlelap sejenak... Tapi disentak dengan laungan azan. Samad tersenyum riang lalu cepat-cepat bangun meluru ke dapur... Pada waktu tu azan pun habis sambil diikuti dengan pengumuman oleh DJ radio " Begitulah saudara saudari demikan tadi berakhirnya azan subuh untuk hari ini"

"What????? Azan subuh???" Samad terkejut beruk sampai terkentut-kentut. Barulah dia sedar yang dia tetido dari sebelum waktu berbuka hingga ke waktu subuh keesokkan harinya.......


Nasihat: Agak-agakla nak tido pun:-p

Thursday, July 11, 2013

Khasiat Elken Spirulina Untuk Ibu Mengandung

Share


Khasiat Elken Spirulina Untuk Ibu Mengandung

SPIRULINA 

- Bersifat alkali, organik dan semulajadi.
- Kaya dengan mineral surih dan asid lemak perlu.
- Makanan lengkap yang mengandungi 46 nutrien perlu dalam kadar yang seimbang dan selaras dengan keperluan tubuh manusia.








- Mengandungi 4 pigmen semulajadi dan 5 nutrien utama seperti :

- 20 jenis mineral

- karbohidrat

- 18 jenis vitamin

- lemak
- 18 jenis asid amino (protein)



- Lebih daripada 10 penganugerahan antarabangsa daripada pertubuhan kerajaan dan organisasi kesatuan. 
- Sumber protein biotersedia yang tinggi tanpa kolesterol.
- Untuk menyokong pembentukan sel baru yang sihat dan berkualiti.
- Bersedia dihadam dan mudah diasimilasikan oleh tubuh manusia.


Untuk Ibu Mengandung

- Memberikan yang terbaik untuk bayi anda, Elken Spirulina ialah makanan serba semula jadi yang membekalkan kesemua 46 jenis nutrien perlu termasuk besi dan asid folik pada kadar 5 kali ganda lebih banyak daripada kacang soya dan 68 kali lebih kaya daripada bayam. Ia membantu kedua-dua kesihatan ibu dan keperluan perkembangan janin.




- Elken Spirulina boleh membantu mengurangkan risiko bahaya kelahiran. Surat khabar The Star 22/06/2003 melaporkan bahawa klorofil dapat mengurangkan risiko kehilangan darah yang berlebihan sementara Vitamin K membantu memberhentikan pendarahan.






Untuk Bayi

- Asid Gama Linolenik (GLA) membantu mengurangkan kemungkinan bayi menghadapi masalah kulit sensitif dan asma. Elken Spirulina mengandungi 3 kali lebih banyak GLA berbanding minyak Primros Kembang Petang /Evening Primrose oil (EPO), serta dapat dijadikan serbuk demi pengambilan mudah.

- Bayi juga tidak alami kuning, jadi sihat dan mempunyai daya imun yang tinggi


Untuk Kanak-Kanak

-Professor Keiun Kodo, Bapa Elken Spirulina, menjelaskan bahawa Elken Spirulina adalah sempurna untuk perkembangan sel otak dikalangan kanak-kanak.Elken Spirulina membekalkan kesemua kebaikan disamping kalsium dan magnesium membantu membina tulang dan gigi yang kuat terutama dikalangan kanak-kanak yang sedang membesar.







Kelebihan-kelebihan Lain:

1. Menyediakan keperluan pemakanan harian yang lengkap

2. Menghalang pertumbuhan sel kanser
3. Menguatkan sistem imun
4. Meningkatkan fungsi otak

5. Meneutralkan keasidan badan
6. Memberi tenaga bagi orang yang berpuasa
7. Membersihkan saluran usus & juga mengendurkan otot licin dalam usus besar.



Pengambilan :
Dewasa : 5-10 biji, 2-3 kali sehari
Kanak-kanak : 1-4 biji 2-3 kali sehari 




Harga: 

1. 300 tablet per packet - RM108 WM / RM110 EM

(Harga ahli RM92 WM / RM 94 EM)

2. 500 tablet per bottle - RM176 WM / RM179 EM

( Harga Ahli RM157 WM / RM161 EM)

3. 1200 tablet per bottle - RM391 WM / RM400 EM

( Harga ahli RM355 WM / RM 363 EM)

4. 3000 tablet per bottle - RM796 WM / RM799 EM

( Harga ahli RM721 WM / RM729 EM )

Untuk pembelian atau sebarang pertanyaan hubungi:

Ejen Elken berdaftar
H/P: 017-3357247 (zuar) atau
Emel: zuarxpdc@gmail.com

Untuk register sebagai ahli dan membuat pembelian secara online klik sini

Tuesday, July 2, 2013

Tanda dan Kesan Usus Kotor

Share

Tanda dan Kesan Usus Kotor


Fakta Mengenai Usus!
- 90% penyakit adalah berpunca daripada usus yang tidak bersih [KOLEJ PERUBATAN ENGLAND] 
- 500,000 kematian diseluruh dunia adalah disebabkan Kanser Kolon (usus) [THE STAR, 13 MEI 2004] 
- Kanser Usus ialah pembunuh No.2 selepas Kanser Payudara

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.


Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin. Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. 





Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan. 





Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:
1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Susah nak hadam
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (Pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon





Masalah Usus Dan Sembelit

Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.






Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:
1. Jantung stres atau lemah
2. Sakit sendi dan arthiritis
3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5. Badan lesu dan otot lemah
6. Berat badan bertambah
7. Cepat nampak tua
8. Kanser





Apa Itu Penyahtoksifikasi?

Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin.

Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin. Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.

Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan.

Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang. Dr.Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan".


Apakah minuman kesihatan terbaik untuk membersihkan usus?


Fujita Lactose-S

Minuman kesihatan yang unik dan dirumus khas untuk membersihkan kolon dengan sempurna. Ia amat berkesan untuk merangsangkan pembuangan najis terlonggok(najis degil) bagi menyingkirkan bahan kumuhan, toksik badan dan benda buangan usus lain yang merbahaya justeru menghalang toksik daripada diserap semula dalam badan. Penyerapan semula bahan berbahaya boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain.


Minuman tambahan ini mengandungi enzim, laktos terutamanya Lactobasilus, serabut diet, ekstrak daripada benih Coix Lachryma dan komponen penguat kesihatan yang lain.







Ciri-ciri istimewa:
- Fujita Lactose-S merupakan pembersih kolon semulajadi dan selamat.
- Membantu menyingkirkan toksin terkumpul dan najis terlonggok (najis degil), justeru menghalang toksin daripada diserap semula ke dalam badan. 
- Membekalkan bakteria bioaktif baik untuk mengekalkan persekitaran sihat di dalam saluran usus.
- Setiap paket 40g uncang mengandungi 1 billion Bakteria Bifidus hidup, iaitu sejenis probiotik yang menghasilkan asid laktik yang membantu merendahkan pH usus serta 1.5 kali lebih berkesan daripada Bakteria Asid Laktik lain untuk menyekat pembiakan bakteria tidak baik.
- Membantu meningkatkan populasi bakteria berfaedah dan mengembalikan kesihatan usus.
- Membantu mengurangkan sembelit dengan menggalakkan pembebasan gas melalui penapaian laktosa semulajadi untuk mengembangkan dinding usus dan menggalakkan penyingkiran toksik.
- Menggalakkan pergerakan usus yang sihat supaya membuang najis degil dan toksin dalam badan 
- Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah berat badan dan individu yang menjaga berat badan.
- Sebelum mengambil produk diet ataupun produk untuk kurus disarankan minum Fujita Lactose-S kerana ia akan mencuci usus dan memudahkan penyerapan produk tersebut.




Berminat ataupun perlukan penjelasan lanjut sila email di zuarxpdc@gmail.com ataupun sms saya seperti no di bawah:


017-3357247 (zuar)

Harga satu kotak (3 paket): RM83 (Harga Runcit) / RM75 (Harga Ahli)

Untuk register sebagai ahli dan membuat pembelian secara online klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive