Tuesday, August 27, 2013

Tukang Urut Lari Bogel

Share

Tukang Urut Lari Bogel

SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini, diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.

Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.

Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.

Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Wednesday, August 21, 2013

[Gambar] Nahas Bas Ekpress Genting 21/8/2013

Share

[Gambar] Nahas Bas Ekpress Genting 21/8/2013


KUALA LUMPUR 21 Ogos - Sehingga kini, 32 mayat ditemui di lokasi sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands menghala ke ibu negara kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

Dalam pada itu, 17 daripada mayat tersebut telah dibawa naik oleh pihak bomba.

Tragedi yang paling buruk selepas nahas bas ekspres dan bas sekolah di Merapoh, Pahang pada November 2003 yang meragut 18 nyawa.









Sunday, August 18, 2013

[Gambar] Pelancaran Proton Suprima S

Share

[Gambar] Pelancaran Proton Suprima S

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan model 'hatchback' terbaharunya, Proton Suprima S berenjin 1.6 liter berharga antara RM76,338 seunit hingga RM79,638 seunit.



Nama Suprima yang dipinjam daripada kata asal Inggeris supreme yang membawa maksud tertinggi dilihat sesuai kerana model itu memiliki semua kehendak serta keperluan semasa lebih moden sekarang.

Kereta terbaharu ini merupakan model dilengkapkan dengan produk terkini yang tidak pernah dimiliki model Proton terdahulu seperti lampu siang (DRL), Android-based Operating System, lampu LED di belakang dan Hill-hold Assist serta Park Assist bagi varian premium.




Proton Suprima S merupakan sebuah model lima pintu yang dinamik serta memiliki reka bentuk luaran dan dalaman yang sporty lagi premium dengan prestasi enjin yang unggul. 


Kereta model tersebut menggunakan enjin 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.

 
Malah, Suprima S juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dengan enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.



Selain itu, Proton turut menawarkan program lima bintang kepada pembeli Suprima iaitu jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer dan bantuan jalan raya secara percuma selama lima tahun.

Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, model itu terhasil daripada pelbagai kajian dari dalam dan luar negara bagi memastikan Suprima S dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.

"Sekali lagi, Proton telah membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia kami komited untuk memenuhi keperluan pengguna dengan menghasilkan pelbagai produk yang seronok di pandu lagi selamat," katanya.







Harga Proton Suprima S:

Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

Pilihan variasi warna: 
Atlantic Blue
Fire Red 
Genetic Silver
Solid White dan
Tranquilty Black

Sumber: Utusan dan Paultan

Thursday, August 15, 2013

Muzium Patung Lilin The Red Carpet @ i-City

Share


Muzium Patung Lilin The Red Carpet @ i-City

PEMAJU hartanah I-Bhd memperkenalkan muzium lilin interaktif pertama di Malaysia yang dipenuhi patung lilin bintang terkenal dunia, dan dijangka akan menarik 30,000 pengunjung setiap bulan selepas ianya mula dibuka kepada orang ramai, esok.

Muzium dengan tema permaidani merah seperti di anugerah berprestij Oscar itu mempamerkan 100 patung lilin personaliti terkenal mengikut enam tema iaitu Ikon Dunia, Selebriti, Bintang Sukan, Buku Rekod Dunia, Bintang Kafe dan Interaktif.

Pengarah I-Bhd, Monica Ong berkata, muzium itu dibina sebagai antara tarikan pelancongan di Malaysia dan dipercayai dapat menarik pelancong dari dalam atau luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Kami sasarkan 30,000 pengunjung setiap bulan sepanjang tahun ini bagi muzium lilin itu kerana jumlah pengunjung keseluruhan i-City setiap minggu 90,000 orang.

"Disebabkan konsep i-City berorientasikan keluarga, sasaran pengunjung bagi muzium lilin ini juga adalah keluarga kerana ianya sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak, dewasa dan warga emas," katanya.

Menurut beliau, konsep muzium tersebut direka dengan santai dan memberi kepuasan terutama kepada kanak-kanak berbanding muzium lilin di negara lain.

"Bagi tema interaktif kita boleh melihat patung lilin Psy (penyanyi Korea Selatan) menari tarian terkenalnya, Gangnam Style serta tarian dan nyanyian Michael Jackson. Pengunjung juga boleh mencuba persalinan baju yang dipakai oleh patung-patung lilin tersebut dan bergambar bersama," tambahnya.

Antara patung lilin yang dipamerkan di muzium itu adalah Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman, pelakon Bruce Lee, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pelakon Hollywood Daniel Craig dan Angelina Jolie serta ramai lagi.






Muzium seluas 30,000 kaki persegi itu turut dilengkapi kafeteria untuk pengunjung berehat serta kedai cenderahati.

Sempena pembukaan muzium tersebut, i-City menawarkan harga tiket promosi, iaitu pakej keluarga RM180 bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.

Harga tiket biasa bagi dewasa adalah RM100 seorang dan RM50 seorang bagi kanak-kanak manakala bagi pemegang MyKad, harga tiket adalah RM80 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak.



Wednesday, August 14, 2013

Cari Lokasi Kekasih Guna Nombor Telefon

Share

Cari Lokasi Kekasih Guna Nombor Telefon

Aplikasi ni telah telah terbukti dapat jejak orang yang di cari menggunakan nombor hp. Korang boleh kesan lokasi kekasih, pakwe, makwe, gf, bf, buah hati, tok wan, tok nek dsb. Untuk menggunakan aplikasi yang di namakan SAT GPS LOCATE ni sila ikut langkah di bawah:

1. Buka tab baru pada browser internet, taipkan pada url : https://www.sat-gps-locate.com/
2. Select country dan pilih Malaysia.
3. Kemudian masukkan nombor telefon orang yang di cari
4. Klik Click to Search dan tunggu proses aplikasi selesai. Aplikasi ini memerlukan masa berdasarkan berapa jauh kedudukan orang yang di cari.
5. Tadaaa! Korang akan berjaya jejaki lokasi nombor gf yang di cari. 

Ataupun boleh gunakan aplikasi GPS Tracker

Tuesday, August 13, 2013

[Video] Pukul Isteri Dalam Lif Depan Anak

Share
Quote daripada sumber asal:
Harap kawan2 suma tonton video ni sampai abis dan tlg bg komen dan pendpat skit kat lelaki dayus yg pukoi kak aku ni. P repot polis polis kata tak leh ambik tindakkan pasai tk mendatangkan kecederaan kekal. Abg polis oi tkkan nk tgu kakak aku mati atau cacat br nk ambik tindakkan kot. Tlg share...and komen


Sumber

Polis Nafi Tidak Ambil Tindakan

Mengenai HIV/AIDS

Share



Mengenai HIV/AIDS 


AIDS disebabkan oleh Virus Kurang Daya Tahun Manusia (Human Immunodeficiency Virus atau HIV). Jika seseorang dijangkiti HIV, tubuh akan menghasilkan antibodi untuk cuba melawan jangkitan. 

Ujian darah untuk HIV mencari antibodi ini. Jika seseorang itu mempunyai antibodi ini dalam darah mereka, bermakna orang itu dijangkiti HIV. Mereka yang mempunyai antibodi HIV dipanggil ‘HIV Positif’. 

HIV membabitkan pelbagai jenis dan terbukti mampu bermutasi dalam tubuh individu ketika jangkitan. Aids wujud dalam individu HIV positif selepas beberapa tahun dijangkiti kerana HIV akan melemahkan sistem imun tubuh sedikit demi sedikit, selain menyebabkan tubuh mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. 


Ketahanan ubat HIV 

Keupayaan HIV untuk bermutasi dan mengubah semula virus dengan kehadiran ubat antiretrovirus dipanggil ketahanan ubat HIV. 

Mutasi ini mengakibatkan kegagalan rawatan, kenaikan kos langsung dan tidak langsung berkaitan dengan keperluan untuk memulakan rawatan barisan kedua yang lebih mahal untuk pesakit, penyebaran strain HIV yang tahan dan keperluan membangunkan ubat anti-HIV yang baru. 


Ujian beban viral HIV 

Ujian beban viral HIV mengukur jumlah HIV di dalam darah pesakit. Ia membantu memantau penyakit, mengawasi terapi dan prognosis penyakit. 

Ujian beban viral HIV dwi sasaran Roche mensasarkan dua kawasan bebas genom HIV, dan mengelak potensi kurang pengkuantitian beban viral virus dalam pesakit yang dijangkiti. 

Ia memastikan keutuhan keputusan yang dipertingkatkan dan peningkatan keyakinan dalam menilai beban viral walaupun dalam menghadapi kepelbagaian genetik HIV-1 yang semakin meningkat. 


Info Terapi HIV 

HIV tiada penawar tetapi pelbagai jenis ubat boleh digunakan secara gabungan untuk mengekang virus. 

Terapi antiretrovirus mengekalkan jumlah HIV dalam tubuh pada tahap rendah. Ini mengurangkan kelemahan sistem imun dan membolehkannya pulih daripada kerosakan yang mungkin disebabkan oleh HIV. 

Terapi antiretrovirus standard membabitkan kombinasi sekurang-kurangnya tiga ubat antiretrovirus untuk melawan virus HIV dan mencegah penyakit HIV daripada merebak.

Sunday, August 11, 2013

Hujan Meteor Esok 12/8/2013

Share

Hujan Meteor Esok 12/8/2013

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. "Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.

Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. 




Monday, August 5, 2013

Rebat RM200 Telefon Pintar Ditamatkan Secara Rasmi

Share

Rebat RM200 Telefon Pintar Ditamatkan Secara Rasmi


PEMBERITAHUAN

Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada inisiatif ini. Ianya telah berjaya mencapai sasaran di mana SKMM telah menerima 1.5 juta permohonan. Oleh yang demikian, pendaftaran untuk rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia ini dengan secara rasminya ditutup. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Mereka yang telah mendaftar tetapi masih belum menebus rebat tersebut masih boleh berbuat demikian dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mendaftar. Sekian. Harap maklum.

Saturday, August 3, 2013

Goreng Telur Atas Jalan

Share

Goreng Telur Atas Jalan

Anda tidak perlukan dapur serta api untuk menggoreng udang atau telur. Di China, penduduk boleh memasak telur dan makanan laut hanya di tepi jalan.

Menurut laporan AP, tahun ini, cuaca panas yang meningkat secara mendadak iaitu mencecah suhu 40 darjah Celsius di 40 buah bandar dan daerah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di China.

Malah, suhu panas yang berlaku selepas 140 tahun itu menyebabkan beberapa papan iklan lebuh raya terbakar dengan sendirinya.

Pihak berkuasa pula, buat julung-julung kalinya mengisytiharkan kepanasan melampau di China berada pada 'tahap 2' yang digunakan untuk mengkategorikan peringkat bahaya taufan dan banjir.

Gelombang haba mendadak itu menyerang Shanghai dan beberapa bandar di wilayah timur dan selatan sejak awal Julai lalu yang dijangka membakar China sehingga pertengahan Ogos ini.

Setakat ini, kawasan ditimur Fenghua dicatatkan paling panas dengan suhu 42.7 darjah Celsius, Julai lalu.

Friday, August 2, 2013

Thursday, August 1, 2013

Kisah Benar Hukuman Mati di Tali Gantung

Share


Kisah Benar Hukuman Mati di Tali Gantung

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive