Luahan Hati Felixia Yeap
Semestinya semua dah kenal dan tahu siapa Felixia Yeap iaitu seorang bekas model profesional dan pernah menjadi model untuk majalah Playboy. Dia dilahirkan pada 3 Julai 1986 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Ipoh, Perak.
Merupakan seorang yang cantik dan selalu menjadi pilihan photographer untuk muka depan majalah. Tapi disebabkan dia telah mendapat hidayah untuk berubah dan niat ikhlas untuk mula berjinak dengan memakai tudung dan hijab, ramai peminat-peminatnya sebelum ni yang suka melihat bentuk tubuh cantik Felixia sendiri mula menjauhkan diri dan mencacinya sehinggakan dia jatuh sakit.
Dikhabarkan dia akan memeluk islam pada bulan Ramadhan nanti dan sama-sama kita berdoa untuk mendapat seorang lagi saudara baru Islam kita.
Di bawah merupakan rintihan hatinya yang kecewa dengan peminat beragama islam sendiri tidak menyokongnya untuk berubah.
Rintihan Seorang Bakal Muallaf
Ku berlari dari bayang-bayangku
Dari kegelapan dahulu
Ingin menuju ke jalan bercahaya
Tidak menghiraukan bahaya
Adakah itu salah
Apakah itu masalah
Untuk seorang insan hina bertaubat
Walaupun dosa kekafirannnya lebat
Inginkan ke jalan yang sepatutnya
Dan lepaskan diri dari racun dunya
Aku mahu redha
Tapi aku tetap manusia
Tetap ada airmata
Yang mengalir bila terluka
Kenapa yang sepatutnya membantuku
Yang akan menjadi saudari saudaraku
Mencaci, mencemuh dan menhina
Menggali aib dan menayangkan semua
Kenapa, kenapa, kenapa?
Begitu membenciku sehingga
Ku berasa bersalah ingin bertaubat
Salahkah apa yang ku buat?
Pernah ku terfikir untuk berhenti
Berpaling dan berlari
Namun aku tak sanggup
Untuk terus sia-siakan hidup
TanpaMu Ya Allah
KeranaMu aku akan belajar lebih redha
Jika tidak, aku pasrah...
Ditulis oleh Felixia Yeap sendiri
0 comments:
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D